edaran air tanih

Upload: aylwin-ng

Post on 11-Oct-2015

263 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

air tanih

TRANSCRIPT

KULIAH 14 - EDARAN AIR TANIH

KULIAH 14 - Edaran air Tanih [ 2 masa ]Objektif P&P.a) Menyatakan dan menghuraikan proses edaran air tanih.b) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih. 1. Konsep Edaran Air Tanih

i. Air tanih merujuk kepada air yang berasal daripada hujan atau pencairan salji yang meresap secara tegak ke dalam tanah dan kemudiannya tersimpan di zon pengudaraan berhampiran permukaan bumi atau di lapisan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer.ii. Dengan lain perkatan ianya merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium ( bahan antaranya) seperti aliran sup-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.2. Komponen-komponen edaran air tanih i. Larian Air Permukaan Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan. ii. Resapan Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pori tanah. iii.Aliran Air Bawah Tanah Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer. iv.Simpanan air tanih Air yang tersimpan dalam batuan yang boleh menakung dam/ lapangan membendung air (akuifer) bergantung kepada:- 1. Keporosan Nisbah rongga atau liang pori berbanding dengan keseluruhan isipadu batuan. 2. Ketelapan Keupayaan sesuatu jenis batuan untuk memindahkan air atau membenarkan air mengalir dan meresap melaluinya. 3. Akuifer Formasi/ lapangan air geologi yang boleh menyimpan air dan bertidak sebagai konduit untuk air mengalir di dalam tanih menuju ke sungai.LARIAN AIR PERMUKAAN Konsep air larian permukaanLarian air permukaan merujuk kepada saki baki air hujan yang mengalir sama ada di atas permukaan bumi, di antara permukaan dan dalam alur setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang digunakan oleh tumbuhan. RESAPAN ( INFILTRASI )Konsep ResapanResapan atau infiltrasi merujuk kepada susupan air secara menegak ke dalam tanah menerusi liang- liang pori tanah tersebut.Faktor-faktor yang mempengaruhi proses larian air permukaan/ Resapan ( Infiltrasi )1. Jenis tanih. - Jenis tanih mempengaruhi kadar susupan ( infiltrasi ) air kedalam tanah dan jumlah air larian permukaan. - Sekiranya tanih di sesuatu kawasan jenis yang mudah menyerap air ( liang-liang porinya banyak dan besar ) seperti tanah pasir, maka kadar susupan air ke dalam tanah adalah amat tinggi. Oleh itu kadar air larian permukaan adalah rendah. - Bagi tanih yang liang-liang porinya kecil dan tidak telap air seperti tanah liat kadar susupan air ke dalam tanah rendah sebaliknya kadar air larian permukaannya tinggi. 2. Intensiti hujan - Sekiranya hujan yang turun lebat maka kebolehan air tersebut untuk menyusup ke dalam tanah semakin berkurangan sebaliknya kadar air larian permukaan bertambah. - Bagi hujan yang renyai-renyai walaupun dalam jangka masa yang lama tidak akan memberi kesan kepada kadar aliran air permukaan sebaliknya memberi ruang kepada air tersebut menyusup ke dalam tanah. 3. Kecerunan - Merujuk kepada curam atau landai sesuatu kawasan. - Semakin curam sesuatu cerun semakin laju pergerakan air larian permukaan sekaligus mengurangkan susupan air ke dalam tanah. - Bagi cerun yang landai halaju pergerakan air adalah rendah dan keadaan ini akan menyebabkan kadar susupan air dalam tanah meningkat.4. Kandungan air dalam tanah- Kandungan air dalam tanah yang banyak akan mengurangkan kadar susupan air dalam tanah disebabkan tanah tersebut telah tepu dan tidak berupaya lagi untuk menyerap air. Keadaan ini akan menggalakkan larian air permukaan.- Sekiranya kandungan air dalam tanah kurang terutama semasa kemarau kadar susupan air ke dalam tanah adalah tinggi dan keadaan ini akan mengurangkan kadar air larian permukaan. 5. Peranan tumbuh-tumbuhan- Tumbuh- tumbuhan berperanan sebagai pintasan atau cegatan ke atas titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi.- Titisan air hujan yang jatuh akan dipintas oleh daun, ranting ( lapisan kanopi ) tumbuhan menyebabkan air hujan tersebut jatuh secara menitis ke atas permukaan bumi. - Air hujan yang jatuh jatuh ke permukaan bumi secara menitis ini cenderung untuk menyusup ke dalam tanah dan sekaligus mengurangkan air larian permukaan.ALIRAN AIR BAWAH TANAHKonsep aliran air tanahAliran air tanah merujuk kepada pergerakan air bawah tanah yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, resapan air secara tegak ke dalam tanah ( infiltrasi ) dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.Penerangan konsep - Aliran air tanah berlaku secara mendatar dari sistem akuifer ke dalam badan- badan air yang berhampiran dengannya seperti laut, sungai, tasik, kolam dan empangan. - Aliran air tanah ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan tekanan dan kecerunan antara ke dua-dua tempat tersebut. - Aliran ini berlaku secara perlahan dan banyak bergantung kepada faktor batuan di kawasn tersebut. Sekiranya rongga-rongga atau liang-liang pori batuan besar aliran air tanah ini berlaku dengan lebih cepat. - Air bawah tanah merupakan pembekal air utama kepada sungai, kolam, tasik atau empangan khususnya semasa badan-badan air tersebut mengalami kekurangan air. SIMPANAN AIR TANIH - Air tanih wujud di bawah permukaan bumi di dua zon yang berbeza iaitu di zon tidak tepu ( zon pengudaraan ) dan di zon tepu. i. Zon tidak tepu (zon pengudaraan ) - Zon yang terletak berhampiran dengan permukaan bumi. - Air bawah tanah di zon ini dikenali sebagai lembapan tanih. ii. Zon Tepu - Dianggap sebagai air tanah yang sebenar - Tersimpan di dalam rongga-rongga atau liang-liang pori tanah di bawah lapisan tanah. - Air pada zon ini penting sebagai penyumbang sumber air kepada badan-badan air utama semasa berlakunya kekurangan air.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SIMPANAN AIR TANAH/ IMBANGAN AIR TANIH.Faktor semulajadi1. Tumbuh-tumbuhan - Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan yangjatuh ke permukaan bumi. Akibat pintasan ini, air hujan akan jatuh secara perlahan ( menitis )ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara menitis akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk meresap ke dalam tanah. - Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah berupaya untuk menghalang larian air permukaan. Air yang tersekat oleh akar ini akan meresap ke dalam tanih menjadi air tanih.2. Jenis tanah - Tanah yang berstruktur longgar seperti batu pasir memudahkan resapan air secara menegak ke dalam tanah. - Tanah yang berstruktur padat seperti tanah liat menghalang resapan air ke dalam tanah sebaliknya menggalakkan berlakunya larian air permukaan. 3. Hujan - Hujan yang lebat dan dalam tempoh yang lama, contohnya semasa musim tengkujuh akan membekal jumlah air tanih yang banyak. - Hujan yang kurang terutamanya pada musim kemarau akan menyebabkan simpanan air tanah berkurangan. - Walau bagaimanapun hujan yang lebat dalam tempoh yang singkat tidak banyak menyumbang kepada air tanih disebabkan air hujan tersebut tidak sempat untuk meresap ke dalam tanih sebaliknya membentuk larian air permukaan. 4. Kewujudan sumber- sumber air permukaan - Sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik,kolam dan lain-lain menjadi pembekal utama kepada system akuifer air dalam tanah. AKTIVITI MANUSIA YANG MENGGANGGU SIMPANAN AIR TANAH.1. Penyahhutanan / pembalakan- Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi. Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan pintasan ini, kesannya air hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk mengalir di atas permukaan dalam bentuk aliran air permukaan dan seterusnya mengurangkan resapan air ke dalam tanah. Kesannya air tanih berkurangan. - Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah. Akar tumbuhan berupaya untuk menghalang larian air permukaan. Aktiviti penyahhutanan menyebabkan larian air permukaan bertambah dan keadaan ini mengurangkan resapan air kedalam tanih yang mengurangkan simpanan air tanih.2. Penurapan / penyimenan permukaan- Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan khususnya di kawasan bandar akan menghalang resapan air ke dalam tanah. - Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah. Air hujan tidak berupaya untukmeresap ke dalam tanah. Air hujan ini akan mengalir di atas permukaan dalam bentuk larian air permukaan dan mengurangkan resapan ke dalam tanah.