ebook instagram

9

Upload: fauziati-binti-ab-wahab

Post on 11-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JOM KONGSI BISNES DI INSTAGRAM

TRANSCRIPT

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Terima kasih kerana memiliki ebook ini dengan cara yang sah. Ebook ini adalah untuk edaran percuma

    anda yang subscribe email di www.panduaninsta.blogspot.com.

    Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada saudara Nazarudin Lazin kerana berkongsi

    panduan ini kepada saya.

    Selepas saya gunakan panduan ini untuk beberapa akaun instagram perniagaan, saya lihat ada

    penambahan ketara dari segi follower.

    Jika dahulu saya hanya pos gambar, komen di akaun artis, meninggalkan hashtag,

    Kini tanpa perlu berbuat demikian, saya dah boleh tambah follower. Ramai dari kalangan pemilik bisnes

    percaya, dengan memiliki follower yang ramai di instagram, ia mampu memberi kredibiliti yang tinggi

    kepada bakal pelanggan yang melihat akaun instagram mereka.

    Mereka berasa teruja untuk membeli produk apabila melihat akaun kita diikuti oleh ramai follower.

    Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada saudara Nazarudin. Dengan mengamalkan panduan ini

    saya tidak perlu lagi untuk memasang bot atau mengupah orang untuk menaikkan follower instagram

    bisnes saya.

    Sebelum itu, jom follow instagram personal saya di www.instagram.com/noorizam

    Sekarang,

    Jom saya kenalkan dengan aplikasi dari Google Play ini!

  • Untuk panduan ini, anda perlu ada smartphone.

    Kepada pengguna Android, anda boleh ke Google Play untuk download applikasi JustUnFollow.

    Install aplikasi ini. Aplikasi ini didatangkan secara PERCUMA, anda boleh UPGRADE untuk dapat

    kelebihan lain bila-bila masa.

    Apa yang bagus aplikasi ini?

    Aplikasi ini membantu anda menambah follower di instagram. Kita boleh lihat follower terkini, mereka

    yang unfollow akaun kita, inactive following dan bukan followers.

    Kita boleh uruskan akaun-akaun instagram kita di aplikasi JustUnFollow tanpa perlu login ke akaun

    instagram kita.

    Untuk aplikasi percuma ini, anda boleh add follower seramai 60 orang dalam masa satu jam. Dari

    tempoh ini akan ada beberapa orang akan mula following akaun anda.

    Dan yang paling best, kita boleh selected target siapa yang kita nak. Contoh kalau kita jual produk

    tudung, kita boleh add follower sedia ada dari akaun instagram bisnes tudung tu supaya follow pula

    akaun instagram bisnes tudung kita.

    AMARAN: teknik ini bukan untuk tukar follower anda kepada pembeli, tetapi dengan teknik ini jika anda

    gunakan dengan cara yang betul seperti bina engagement, anda boleh tukar follower anda kepada

    pembeli.

    Jadi, jangan pandang sebelah mata dengan aplikasi ini!

  • Jika anda telah install akaun JustUnFollow, anda kini boleh mula login ke akaun instagram anda!

    Klik pada connect with instagram. Login akaun instagram anda.

  • Untuk dapatkan follower, anda klik pada copy followers.

  • Masukkan keyword target untuk produk anda. Dalam contoh ini saya masukkan katakunci tudung.

    Sebab? Saya nak cari ada tak akaun-akaun bisnes berkaitan tudung.

  • Bila keluar senarai ini, saya akan klik pada logo copy warna biru sebelah kanan tu. Katakan dalam

    panduan ini saya pilih salah satu dari list ini.

  • Kemudian saya akan pilih mereka yang berpotensi untuk di tambah ke akaun instagram saya. Antara

    kriteria untuk case study tudung ini ialah:

    - Female

    - Umur 20-40 tahun

    - Info akaun adalah peribadi bukan info bisnes

    Saya akan add sehingga had maksima cukup 60 orang dalam waktu sejam. Saya akan ulang proses ini

    selepas 1 jam kemudian ataupun mengikut kesesuaian masa saya.

    Tak percaya anda cuba, nanti anda lihat dalam masa beberapa minit atau jam, akan ada penambahan

    follower di akaun instagram anda!

  • Untuk dapatkan akses penambahan lebih besar tanpa sekatan mengikut jam, anda boleh upgrade

    aplikasi ini mengikut keperluan anda. Jika tidak, boleh la buat tambah-tambah, sikit-sikit lama-lama jadi

    bukit!

    Terima kasih kerana mendapatkan panduan percuma ini!

    Jika anda suka dengan panduan ini, jemput FOLLOW dan LIKE instagram berikut:

    http://www.instagram.com/emorraofficial

    http://www.instagram.com/exclusivebyemorra

    Jumpa lagi!

    NOORIZAM SHAH

    www.facebook.com/noorizamshah

    www.kuasalelong.com

    www.noorizamshah.net