ea f5 k2

10
SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini. 1 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran Jelaskan dua faktor pengeluaran tersebut. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan. Projek membina Institut Jantung RM60 juta Projek membina Hospital Daerah RM55 juta Bagaimanakah masalah ekonomi tersebut diselesaikan? [5 markah] 3757/2 2015 Hak cipta Panitia Ekonomi Asas SMKDHHY © [Lihat halaman sebelah SULIT Encik Ali berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kerani di Syarikat Amran Tuan Haji Amran merupakan pemilik Syarikat Amran Sdn Bhd mempunyai 988

Upload: letchumiedevivaratharaju

Post on 11-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 2 TINGKATAN 5

TRANSCRIPT

SULIT3757/2

Bahagian A[75 markah]Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini.

1 (a)Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran

Tuan Haji Amran merupakan pemilik Syarikat Amran Sdn Bhd mempunyai 988 orang pekerjaEncik Ali berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kerani di Syarikat Amran Sdn Bhd

Jelaskan dua faktor pengeluaran tersebut. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan.

Projek membina Institut Jantung

RM60 juta

Projek membina Hospital Daerah

RM55 juta

Bagaimanakah masalah ekonomi tersebut diselesaikan?[5 markah]

(c)Berikut adalah perbualan antara Anna dan Selina tentang jenis barang dalam ekonomi.Anna :Ayah saya menyatakan bahawa barang-barang yang dijual dalam pusat membeli-belah ini amat mahal.Selina:Ya, tetapi setahu saya, dalam negara kita ada juga barang yang tidak perlu dibayar kerajaan menanggung sepenuhnya.

(i)Apakah jenis barang yang dinyatakan oleh Anna dan Selina?[2 markah](ii)Bezakan ciri-ciri kedua-dua barang yang dimaksudkan oleh Anna dan Selina.[4 markah]

(d)Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara Azman dan Azizah.

Jadi, sistem ekonomi mereka tak samalah dengan negara kita? Walau bagaimanapun , saya tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Malaysia.

Saya baru balik melancong dari Amerika Syarikat. Di sana, pengguna dan pengeluar berkuasa penuh dalam ekonomi.

(i)Apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Amerika Syarikat? [1 markah](ii)Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi seperti di 1(d)(i) di atas.[5 markah]

(e)Bagaimana sistem ekonomi Kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi yang berikut?(i)Apa yang hendak dikeluarkan[2 markah](ii)Bagaimana hendak dikeluarkan[2 markah]

2.(a)(i)Upah dan untung merupakan pendapatan produktif yang diterima individu. Bezakan kedua-duanya.[6 markah](ii)Setujukah anda bahawa bekerja sendiri dan bekerja dengan orang lain merupakan punca pendapatan individu? Beri alasan anda.[6 markah]

(b)Maklumat yang berikut berkaitan dengan profil Encik Lee.

AsalSungai Petani, Kedah

Pengalaman kerjaPernah bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Shah Alam selama lapan bulan.Sekarang bekerja sebagai pegawai tadbir di Majlis Perbandaran Sugai Petani.

GajiGaji sebulan sebagai eksekutif pemasaran ialah RM2 000Gaji sebulan sebagai pegawai tadbir ialah RM2 500

Terangkan empat faktor yang menyebabkan Encik Lee bertukar kerja.[8 markah]

(c)Jadual di bawah ini menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan potongan wajib Encik Arsyam bagi tempoh satu bulan.ButiranJumlah (RM)

Gaji3 600

KWSP396

Zakat100

Makanan1 000

Elaun200

Cukai pendapatan250

PERKESO50

Bil utiliti semasa400

Sewa rumah500

Hitung:Pendapatan boleh guna;[5 markah]

3.(a)Pendapatan boleh guna Encik Maizan pada bulan Mei ialah RM3 000. Maklumat yang berikut menunjukkan perbelanjaan beliau dalam bulan tersebut.PerbelanjaanRMSewa rumah800Hiburan dan rekreasi500Sumbangan kepada ibu bapa600Kesihatan200Tambang400Bil elektrik, air dan telefon300Makanan700

(i)Adakah anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau? Berikan alasan anda.[6 markah](ii)Sediakan satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Encik Maizan.[6 markah]

(b)Jelaskan empat kepentingan menyediakan belanjawan peribadi.[7 markah](c)

Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-dua rajah di atas.[6 markah]

4.(a)Jadual di bawah menunjukkan permintaan kereta MYVI di pasaran.Situasi ASituasi B

Bilangan kereta MYVI yang diminta oleh orang ramai telah bertambah sebanyak 6000 unit daripada 24 000 unit pada Januari 2013 hingga Oktober 2013. Hal ini disebabkan oleh harga kereta MYVI telah turun sebanyak RM5000 daripada harga asal iaitu RM46 000. Penurunan harga ini bertujuan agar orang ramai mampu mempunyai kereta sendiri.Kakitangan kerajaan akan menikmati bonus sebulan gaji dalam belanjawan negara tahun 2014. Namun permintaan ke atas kereta MYVI telah menurun dari 30 000 unit ke 24 000 unit walaupun harga kereta MYVI tetap pada RM46 000.

(i)Lukiskan perubahan yang berlaku berdasarkan situasi A dan B.[7 markah] (ii) Terangkan tiga faktor lain yang mempengaruhi pengurangan permintaan pada situasi B. [6 markah]

(b)Jadual berikut menunjukkan kuantiti diminta dan harga bagi tiga jenis barang X, Y dan Z.(i)Hiungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang itu.[3 markah](ii)Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan setiap barang itu.[3 markah](c)Berikut adalah maklumat tentang Encik Aziz.Encik Aziz telah membeli sebuah kereta berharga RM78 500 daripada Syarikat Motor Nazmina. Beliau telah membayar RM8 000 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 9 tahun.

Terangkan fungsi wang yang wujud dalam maklumat di atas.[6 markah]

5.(a)Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Syazwan dengan bank perdagangan.Encik Syazwan ialah seorang pengurus pasar raya di Lembah Klang. Beliau perlu membuat beberapa bayaran melalui bank perdagangan. Bayaran tersebut adalah seperti yang berikut. Membayar gaji pekerja seramai 20 orang Bil elektrik dan air Ansuran kereta

Terangkan tiga kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan untuk membantuEncik Syazwan.[6 markah]

(b)Maklumat berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara. Stok barangan berkurang Kebanyakan harga barang meningkat

Huraikan tiga cara bank pusat mengawal situasi ekonomi negara tersebut. [9 markah]

(c)Gambar berikut menunjukkan sejenis sektor ekonomi dalam struktur ekonomi negara.

Gambar 2Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh negara apabila terlalu bergantung kepada sektor ekonomi tersebut. [6 markah]

(d)Carta pai di bawah menunjukkan sumber hasil kerajaan pada suatu tahun.

RM186.4 billion

Jelaskan dua jenis hasil kerajaan yang diperoleh daripada sumber Q. (4 markah)

Bahagian B[25 markah]Soalan ini wajib dijawab.

Encik Fahim baru bersara dan menerima pencen sebanyak RM2 500 sebulan. Encik Fahim mengisi masa lapangnya dengan menguruskan kebun sayurnya dan mendapat pendapatan sebanyak RM600 sebulan. Beliau juga akan menerima wang ganjaran sebanyak RM200 000 pada bulan hadapan. Manakala, anaknya Encik Aiman memasukkan RM300 setiap bulan ke dalam akaun Encik Fahim di bank perdagangan. Encik Aiman yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Beliau menerima gaji sebanyak RM2 000 sebulan. Encik Fahim bercadang untuk menabung 50% daripada wang ganjaran dalam institusi kewangan untuk tempoh dua tahun. Institute tersebut menawarkan faedah 2.5% setahun bagi akaun tabungan dan kadar faedah 3.5% setahun bagi akaun simpanan tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam akaun simpanan tetap bagi memperolehi pulangan yang lebih tinggi.

6.Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:-

(a)Terangkan tiga jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Aiman selain yang dinyatakan di atas.[6 markah](b)Terangkan dua kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.[4 markah](c)Terangkan tiga tujuan lain Encik Fahim menabung.[6 markah](d)Bezakan dua jenis akaun yang terdapat dalam petikan di atas.[4 markah](e)Hitungkan jumlah kadar faedah yang akan diperoleh oleh Encik Fahim akibat daripada pilihannya. [2 markah](f)Adakah anda bersetuju dengan pilihan Encik Fahim. Berikan dua alasan.[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT3757/2 2015 Hak cipta Panitia Ekonomi Asas SMKDHHY [Lihat halaman sebelah SULIT