e4800 programmable logic controllers unit4

Upload: adamwaiz

Post on 05-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    1/8

    4.0 BAHASA PENGATURCARAAN

    Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang sepertimembina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang

    dikehendaki.

    Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara

    PLC.

    Mula

    Memulakan sesuatu operasi

    Mod Operasi

    Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga

    kedudukan mula.

    Keadaan Reset

    Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di

    dalam aturcara.

    Operasi/Turutan Proses

    Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.

    Isyarat Keluaran

    Memicu peralatan keluaran.

    Status Keluaran

    Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.

    Tamat

    Menghentikan operasi.

    4.1 BAHASA-BAHASA PENGATURCARAAN

    23

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    2/8

    Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat

    antarabangsa iaitu :

    Rajah Tangga (Ladder Diagram)

    Senarai Arahan (Instruction List)

    Teks Struktur(Structured Text)

    Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)

    Fungsi Rajah Blok(Function Block Diagram)

    4.1.1 Rajah Tangga (Ladder Diagram)

    Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang

    ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga

    mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah

    4.1.1 ). Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan

    sedia buka ( normally open NO ) atau penyuisan sedia tutup

    ( normally closed NC ) menerusi laluan arus dan gelung elemen.

    Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi

    serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar

    secara berasingan.

    4.1.2 Senarai Arahan (Instruction List)

    Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari

    suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan

    24

    Rajah 4.1.1 : Rangkakerja Rajah Tangga

    +ve-ve

    Keadaan / MasukanTindakan / Keluaran

    NO NC

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    3/8

    kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang

    menggunakan bahasa senarai arahan.

    LD A

    AND B

    ST C

    4.1.3 Teks Struktur (Structured Text)

    Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi

    ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti

    berikut :

    Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C

    4.1.4 Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)

    Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah 4.1.4 ). Elemen-elemennyaterdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap

    langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau

    tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan

    kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur turutannya

    sendiri.

    25

    Langkah 1 MOTOR (MULA)

    Langkah 2 MOTOR (HENTI)

    Peralihan 1 Tindakan

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    4/8

    4.1.5 Rajah Fungsi Blok(Function Block Diagram)

    Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam

    rajah fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok fungsi

    ( rujuk rajah 4.1.5 ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan

    aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.

    4.2 ASAS RAJAH TANGGA

    Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan

    kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke kanan yang

    dinamakan garis-garis arahan ( instruction lines ).

    Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan

    (conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di

    sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan

    seperti di Rajah 4.2.a di bawah.

    26

    Langkah 3

    Peralihan 2

    Rajah 4.1.4 : Contoh Aturcara Dalam Bahasa Carta Fungsi Turutan

    ATAU

    Suis 1

    Suis 2

    Lampu ON

    DAN Selinder keluar

    Rajah 4.1.5 : Contoh Bahasa Rajah Fungsi Blok

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    5/8

    Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil

    keadaan (conditions). Keadaan-keadaan ini terdiri daripada dua iaitu :

    i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ( )

    ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed NC ) ( )

    Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan.

    Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada

    status bit operasi yang telah ditentukan.

    Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan

    OFF jika bit operasi adalah OFF.

    Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan

    akan OFF jika bit operasi adalah ON.

    Rajah 4.2.b menerangkan keadaan di atas.

    4.3 ISTILAH-ISTILAH ASAS

    4.3.1 Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions)

    27

    Y0

    X0 X1 X2 X3 X4

    X5 X6 X7

    Rajah 4.2.a : Contoh Rajah Tangga

    suruhan

    suruhan

    X0

    Normally Open

    Normally Closed

    X0

    Suruhan dilaksanakan apabila

    X0 adalah ON

    Suruhan dilaksanakan apabilaX0 adalah OFF

    Rajah 4.2.b : Contoh Rajah Tangga

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    6/8

    Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan

    keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan.

    Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan. Rujuk Rajah

    4.3.1.

    Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (ExecutionConditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalahON.

    4.3.2 Bit Operasi (Operand Bits)

    Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit

    dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR.

    Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga

    boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ),

    pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain. Jadual 4.3.2

    menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON

    SYSMAC CQM1H.

    KAWASAN DATA BIT FUNGSI

    Kawasan IR

    KawasanInput

    IR00000 - IR01515 Digunakan sebagai bit masukan

    Kawasan

    Output

    IR10000 IR11515 Digunakan sebagai bit keluaran.

    KawasanKerja

    IR21600 IR21915 Bit ini tidak mempunyai fungsi yang.khusus. Boleh digunakan secarabebas dalam program.

    Kawasan SR SR24400 SR25507 Bit ini melakukan fungsi yang tertentuseperti bendera (flags) dan bitkawalan.

    Kawasan TR TR 0 TR 7 Bit ini digunakan untuk menyimpansecara sementara status ON / OFFpada cabang-cabang program

    Kawasan HR HR 0000 HR 9915 Bit ni digunakan untuk menyimpandata dan mengekalkan status ON /OFF bila kuasa dimatikan.

    28

    suruhan

    X0 X1 X2

    Rajah 4.3.1 : Contoh Keadaan Perlaksanaan

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    7/8

    Kawasan Timer/Counter TC 000 TC 511 Nombor yang sama digunakan untuktimer dan counter. TC000 ke TC002dgunakan utk. `interval timer

    4.3.3 Blok Logik( Logic Blocks )

    Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah

    ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions)

    yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang

    kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan

    logik dinamakan blok logik. Rujuk rajah 4.3.3.

    4.3.4 Blok Arahan ( Instruction Block )

    Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang

    terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu

    garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya.

    Rujuk rajah 4.3.3.

    4.4 KOD MNEMONIK

    Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah

    Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan

    maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada

    Konsol Pengaturcaraan.

    ALAMAT ARAHAN OPERASI / DATA

    00000 LD X000001 OR X1

    00002 AND X3

    29

    Jadual 4.3.2 : Peta Ingatan

    suruhan

    X 0 X2

    X1 X3

    Rajah 4.3.3 : Contoh Blok Logik

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT4

    8/8

    00003 AND LD

    00004 OUT Y000005 TMY 00

    K20

    00006 CNT 002#0010

    00007 END

    30

    Rajah 4.4 : Contoh Kod Mnemonik