e-jadual kedatangan calon (ejkc) manual...

14
Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 1 e-Jadual Kedatangan Calon (eJKC) Manual Pengguna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 1

e-Jadual Kedatangan Calon (eJKC)

Manual Pengguna

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 2

MANUAL PENGGUNA

1.0 PENGENALAN

Sistem eJKC merupakan aplikasi dalam talian yang digunakan untuk menanda atau mengisi kedatangan calon oleh Ketua Pengawas. Bagi pengguna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sistem ini digunakan untuk mengemaskini status Ketua Pengawas dan pengagihan semula tugasan Ketua Pengawas yang baharu bagi menggantikan Ketua Pengawas yang menarik diri. Langkah-langkah menggunakan sistem eJKC adalah seperti yang berikut: 1.1 Agihan tugas MUET & STPM (mukasurat 2 sehingga 9) 1.2 Agihan tugas semula MUET & STPM (mukasurat 10 sehingga 17) 1.3 Carian Ketua Pengawas (mukasurat 18 sehingga 19)

2.0 AGIHAN TUGAS MUET & STPM

Untuk menggunakan sistem eJKC, pengguna perlu memastikan komputer mempunyai akses internet. Sila masukkan alamat url seperti berikut untuk ke sistem eJKC: http://www.mesp.gov.my/ejkc

2.1 Untuk langkah yang pertama, pengguna dikehendaki memasukkan alamat url ke dalam ruangan

yang disediakan seperti yang dipaparkan pada Gambar rajah 1 di bawah. Setelah itu, pengguna akan memperolehi paparan seperti pada Gambar rajah 2.

Gambar rajah 1

Gambar rajah 2

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 3

2.2 Sebagai pengguna JPN, pengguna perlu klik pada ikon seperti yang terdapat pada Gambar rajah 2. Paparan seperti pada Gambar rajah 3 akan terpapar. Untuk memasuki sistem eJKC ini,

pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan juga kata

laluan di dalam ruangan yang telah disediakan. Setelah itu, sila

tekan pada butang untuk memasuki ke dalam sistem eJKC. (Nama pengguna dan kata laluan adalah sama seperti yang digunakan semasa pendaftaran)

Gambar rajah 3

2.3 Sila pastikan nama pengguna dan kata laluan yang dimasukkan adalah betul sepertimana yang dibekalkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jika tidak amaran seperti pada Gambar rajah 4 akan terpapar. Pengguna dikehendaki memasukkan semula nama pengguna atau kata laluan yang betul.

Gambar rajah 4

2.4 Bagi pengguna yang pertama kali memasuki sistem eJKC, paparan seperti pada Gambar rajah 5

akan terpapar di mana tiada sebarang senarai nama ketua pengawas serta maklumat yang berkaitan yang akan dipaparkan pada halaman tersebut.

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 4

Gambar rajah 5

2.5 Untuk membuat agihan tugas MUET atau STPM, pengguna perlu klik pada yang terdapat pada bahagian atas halaman eJKC ini seperti yang ditunjukkan pada Gambar rajah 5 di atas.

Kemudian pengguna dikehendaki klik pada sub-menu dan pilih sub-menu

atau untuk membuat agihan tugas sepertimana yang dipapar pada Gambar rajah 6.

Gambar rajah 6

2.6 Paparan seperti pada Gambar rajah 7 akan terpapar. Pada halaman ini, kesemua senarai pusat MUET atau STPM yang berdaftar di negeri tersebut akan dipaparkan.

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 5

Gambar rajah 7

2.7 Untuk melantik Ketua Pengawas bagi setiap pusat MUET atau STPM, pengguna perlu klik pada

pautan kod pusat seperti yang tertera pada Gambar rajah 7 di atas. Setelah itu, paparan seperti pada Gambar rajah 8 akan terpapar.

Gambar rajah 8

2.8 Sila klik pada butang sekiranya pengguna ingin melantik Ketua Pengawas yang baharu bagi pusat tersebut. Paparan seperti pada Gambar rajah 9 akan terpapar. Pengguna

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 6

dikehendaki memasukkan maklumat Ketua Pengawas yang dilantik pada ruangan yang telah disediakan. Ruangan yang bertanda mandatori (*) wajib diisi oleh pengguna.

Gambar rajah 9

2.9 Setelah selesai memasukkan maklumat Ketua Pengawas, sila klik pada butang untuk menyimpan maklumat yang telah diisi ke dalam sistem. Pop-up amaran seperti pada

Gambar rajah 10 akan terpapar. Sila klik pada butang jika pengguna ingin menyimpan

maklumat tersebut atau klik pada butang jika sebaliknya.

Gambar rajah 10

2.10 Maklumat Ketua Pengawas yang telah berjaya disimpan dan akan dipaparkan seperti pada Gambar rajah 11. Untuk mengemaskini semula maklumat Ketua Pengawas yang dilantik, pengguna hanya perlu klik pada pautan nama Ketua Pengawas tersebut

.

Gambar rajah 11

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 7

2.11 Paparan seperti pada Gambar rajah 12 akan terpapar sekiranya pengguna ingin membuat

pengemaskinian semula maklumat Ketua Pengawas. Sila klik pada butang jika

pengguna ingin meneruskan proses pengemaskinian atau klik pada butang jika pengguna ingin kembali semula ke halaman seperti pada Gambar rajah 11. Sekiranya pengguna klik pada butang kemaskini, pengguna akan memperolehi paparan seperti pada Gambar rajah 9.

Gambar rajah 12

2.12 Untuk menghapuskan maklumat Ketua Pemeriksa, pengguna hanya perlu klik pada ikon seperti yang terdapat pada Gambar rajah 11. Pop-up amaran seperti pada Gambar rajah 13 akan

terpapar. Sila klik pada butang jika pengguna ingin menghapuskan maklumat tersebut atau

klik pada butang jika sebaliknya.

Gambar rajah 13

2.13 Untuk kembali ke halaman utama, pengguna hanya perlu klik pada butang . Paparan seperti pada Gambar rajah 14 akan terpapar di mana nama Ketua Pengawas yang aktif sahaja bagi setiap pusat yang dilantik akan terpapar pada halaman tersebut.

Gambar rajah 14

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 8

2.14 Setelah itu, pengguna perlu menjana kata laluan bagi Ketua Pengawas yang dilantik. Untuk menjana kata laluan, pengguna perlu klik pada ruangan Jana Katalaluan seperti pada paparan

Gambar rajah 15 dan klik butang seperti yang dipaparkan pada Gambar rajah 7.

Gambar rajah 15

2.15 Pop-up amaran seperti pada Gambar rajah 16 akan terpapar. Sila klik pada butang jika

pengguna ingin jana kata laluan atau klik pada butang jika sebaliknya.

Gambar rajah 16

2.16 Kata laluan yang telah dijana untuk Ketua Pengawas yang dilantik akan dipaparkan seperti pada

Gambar rajah 17.

Gambar rajah 17

Nota: Kata laluan: 660311-09-6523 (No.Kad Pengenalan) Nama pengguna: MT0101 (Kod Pusat) Kedua-dua maklumat di atas akan digunapakai oleh Ketua Pengawas untuk memasuki sistem eJKC

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 9

3.0 AGIHAN TUGAS SEMULA MUET & STPM

3.1

Gambar rajah 18

3.2 Untuk membuat agihan tugas semula, pengguna perlu klik pada pautan kod pusat dan paparan seperti pada Gambar rajah 19 akan terpapar. Nama Ketua Pengawas yang telah dilantik sebelum ini akan terpapar pada halaman ini.

Gambar rajah 19

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 10

3.6 Sebelum memasukkan maklumat Ketua Pengawas yang baharu, pengguna terlebih dahulu perlu menukar status Ketua Pengawas yang terdahulu. Untuk menukar status Ketua Pengawas,

pengguna perlu klik pada pautan nama Ketua Pengawas tersebut. Kemudian paparan seperti pada Gambar rajah 20 akan terpapar.

Gambar rajah 20

3.7 Sila klik pada butang untuk menukar status Ketua Pengawas tersebut dan paparan seperti pada Gambar rajah 21 akan terpapar. Pengguna perlu menukar status Aktif kepada Tidak Aktif pada ruangan yang disediakan.

Gambar rajah 21

3.8 Setelah selesai menukar status Ketua Pengawas, sila klik pada butang untuk menyimpan maklumat yang telah diubah. Pop-up amaran seperti pada Gambar rajah 22 akan

terpapar. Sila klik pada butang jika pengguna ingin menyimpan maklumat tersebut atau klik

pada butang jika sebaliknya.

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 11

Gambar rajah 22

3.9 Maklumat Ketua Pengawas yang telah diubah akan dipaparkan seperti pada Gambar rajah 23 di bawah di mana status Ketua Pengawas tersebut telah bertukar kepada Tidak Aktif.

Gambar rajah 23

3.10 Sila klik pada butang sekiranya pengguna ingin membuat lantikan Ketua Pengawas yang baharu. Paparan seperti pada Gambar rajah 24 akan terpapar. Pengguna dikehendaki memasukkan maklumat Ketua Pengawas yang dilantik pada ruangan yang telah disediakan. Ruangan yang bertanda mandatori (*) wajib diisi oleh pengguna.

Gambar rajah 24

3.11 Setelah selesai memasukkan maklumat Ketua Pengawas, sila klik pada butang untuk menyimpan maklumat yang telah diisi ke dalam sistem. Pop-up amaran seperti pada

Gambar rajah 25 akan terpapar. Sila klik pada butang jika pengguna ingin menyimpan

maklumat tersebut atau klik pada butang jika sebaliknya.

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 12

Gambar rajah 25

3.12 Nama Ketua Pengawas yang baharu dilantik akan dipaparkan seperti pada Gambar rajah 26. Pengguna akan dapat melihat status Ketua Pengawas yang baharu dilantik adalah berstatus Aktif.

Gambar rajah 26

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 13

4.0 CARIAN KETUA PENGAWAS

4.1 Pengguna juga boleh membuat carian Ketua Pengawas di dalam sistem eJKC ini dengan klik pada

kemudian klik pada sub-menu dan pilih sub-menu

seperti pada paparan Gambar rajah 35. Kemudian paparan seperti pada Gambar rajah 36 akan terpapar.

Gambar rajah 35

Gambar rajah 36

4.2 Untuk membuat carian Ketua Pengawas, pengguna boleh membuat carian berdasarkan butiran seperti Peperiksaan/Ujian, Tahun/Sesi, Pusat, Nama atau No.Kad Pengenalan. Pengguna hanya perlu memilih maklumat tersebut daripada drop down list yang telah disediakan tersebut. Kemudian

klik pada butang untuk memulakan carian. Maklumat Ketua Pengawas yang dicari akan dipaparkan seperti pada Gambar rajah 37.

Manual Pengguna JPN: e-Jadual Kedatangan Calon

Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page | 14

Gambar rajah 37

5.0 KELUAR DARIPADA SISTEM eJKC

5.1 Untuk keluar daripada sistem eJKC ini, pengguna hanya perlu klik pada pautan seperti yang ditunjukkan pada Gambar rajah 38.

Gambar rajah 38