d.r. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di...

9
D.R. 11/97 Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 SUSUNAN FASAL Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan. 4. Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan. 5. Persetujuan pesakit. 6. Peraturan.

Upload: phungtuyen

Post on 30-Aug-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

D.R. 11/97

Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan

RANG UNDANG-UNDANGTELEPERUBATAN 1997

SUSUNAN FASAL

Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

2. Tafsiran.

3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan.

4. Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan.

5. Persetujuan pesakit.

6. Peraturan.

Page 2: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;
Page 3: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

3

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagipengawalseliaan dan pengawalan amalan tele-perubatan; dan bagi perkara-perkara yang berkaitandengannya.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengannasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyatyang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasadaripadanya, seperti berikut:

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Teleperubatan1997.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikhyang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalamWarta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainanbagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"Akta Perubatan" ertinya Akta Perubatan 1971;

"berdaftar sementara" ertinya didaftarkan sementaradi bawah seksyen 12 Akta Perubatan;

Tajuk ringkasdan mulaberkuatkuasa.

Tafsiran.

Akta 50.

Page 4: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

4 Rang Undang-Undang

"bidan berdaftar" ertinya mana-mana orang yangdidaftarkan di bawah Akta Bidan 1966;

"jururawat berdaftar" ertinya mana-mana orang yangdidaftarkan di bawah Akta Jururawat 1950;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Kesihatan,Malaysia;

"Majlis" ertinya Majlis Perubatan Malaysia yangditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perubatan;

"pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-manaorang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan(Pendaftaran) 1977;

"pengamal perubatan berdaftar penuh" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan penuh di bawah seksyen14 Akta Perubatan;

"perakuan amalan" ertinya perakuan amalan yangdikeluarkan di bawah seksyen 20 Akta Perubatan;

"teleperubatan" ertinya amalan perubatan denganmenggunakan komunikasi audio, visual dan data.

3. (1) Tiada seorang pun, selain—(a) pengamal perubatan berdaftar penuh yang

memegang suatu perakuan amalan yang sah;atau

(b) pengamal perubatan yang didaftarkan ataudilesenkan di luar Malaysia dan—

(i) memegang perakuan untuk mengamalkanteleperubatan yang dikeluarkan olehMajlis; dan

(ii) mengamalkan teleperubatan dari luarMalaysia melalui seorang pengamalperubatan berdaftar penuh yang memegangperakuan amalan yang sah,

boleh mengamalkan teleperubatan.

Akta 436.

Akta 14.

Akta 180.

Orang-orangyang bolehmengamalkanteleperubatan.

Page 5: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

Teleperubatan 5

(2) Walau apa pun perenggan (l)(a), Ketua Pengarahboleh, apabila permohonan dibuat oleh seseorang pengamalperubatan berdaftar penuh, membenarkan secara bertulis,tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukanoleh Ketua Pengarah, seseorang pengamal perubatanberdaftar sementara, pembantu perubatan berdaftar,jururawat berdaftar, bidan berdaftar atau mana-mana oranglain yang memberikan jagaan kesihatan, mengamalkanteleperubatan jika orang itu—

(a) difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untukdibenarkan sedemikian; dan

(b) berada di bawah pengawasan, arahan dan kuasapengamal perubatan berdaftar penuh yangmembuat permohonan itu.

(3) Mana-mana orang yang mengamalkan teleperubatandengan melanggar seksyen ini, walaupun dia mengamalkanteleperubatan dari luar Malaysia, adalah melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidakmelebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

4. (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perakuanuntuk mengamalkan teleperubatan yang disebut dalamperenggan 3(l)(b) hendaklah dibuat oleh seseorangpengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan diluar Malaysia melalui seorang pengamal perubatanberdaftar penuh kepada Majlis mengikut cara atau dalamborang dan disertakan dengan apa-apa dokumen, butirdan fee yang ditetapkan.

(2) Majlis boleh mengeluarkan suatu perakuan untukmengamalkan teleperubatan kepada pemohon bagi suatutempoh yang tidak melebihi tiga tahun tertakluk kepadaapa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlisdalam perakuan itu.

(3) Majlis boleh pada bila-bila masa mengubah termadan syarat sesuatu perakuan untuk mengamalkanteleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).

Perakuanuntukmengamalkanteleperubatan.

Page 6: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

6 Rang Undang-Undang

(4) Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan apa-apa perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yangdikeluarkan di bawah subseksyen (2) jika orang yangkepadanya perakuan itu dikeluarkan melanggar mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam perakuanitu.

(5) Mana-mana orang yang terkilan dengan keenggananMajlis untuk mengeluarkan suatu perakuan untukmengamalkan teleperubatan atau dengan pembatalansesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan bolehmerayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalahmuktamad.

5. (1) Sebelum seseorang pengamal perubatan berdaftarpenuh mengamalkan teleperubatan berhubungan denganseseorang pesakit, pengamal perubatan berdaftar penuhitu hendaklah mendapatkan persetujuan bertulis pesakititu.

(2) Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakitdi bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksudsubseksyen itu melainkan jika pengamal perubatanberdaftar penuh itu sudah, sebelum persetujuan itudiberikan, memaklumkan pesakit itu—

(a) bahawa dia bebas menarik balik persetujuannyapada bila-bila masa tanpa menyentuh haknyauntuk mendapat jagaan atau rawatan pada masahadapan;

(b) tentang risiko, akibat dan faedah yang mungkindiperoleh daripada teleperubatan;

(c) bahawa segala perlindungan kerahsiaan sediaada adalah terpakai bagi apa-apa maklumattentang pesakit itu yang diperoleh ataudidedahkan dalam masa interaksi teleperubatan;

(d) bahawa apa-apa imej atau maklumat yangdisampaikan atau digunakan semasa atau yangterhasil daripada interaksi teleperubatan yangdapat dikenal pasti sebagai imej atau maklumatpesakit itu atau tentang pesakit itu tidak akan

Persetujuanpesakit.

Page 7: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

Teleperubatan 7

disebarkan kepada mana-mana penyelidik ataumana-mana orang lain tanpa persetujuan pesakititu.

(3) Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakitdi bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksudsubseksyen itu melainkan jika persetujuan itu mengandungipernyataan yang ditandatangani oleh pesakit itu yangmenunjukkan bahawa dia memahami maklumat yangdiberikan menurut subseksyen (2) dan bahawa maklumatini telah dibincangkan dengan pengamal perubatanberdaftar penuh itu.

(4) Persetujuan bertulis di bawah subseksyen (1) danpernyataan di bawah subseksyen (3) seseorang pesakithendaklah menjadi sebahagian daripada rekod perubatanpesakit itu.

(5) Jika pesakit itu belum dewasa, atau mengalamiketakupayaan mental yang sedemikian rupa sehinggamenyebabkannya tidak berupaya untuk memberikanpersetujuan berpengetahuan, maka persetujuan bolehdiberikan bagi pihaknya oleh sahabat wakilnya ataupenjaga ad idem-nya.

(6) Mana-mana pengamal perubatan berdaftar penuhyang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidakmelebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

6. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yangdidapatinya perlu atau suaimanfaat bagi melaksanakanperuntukan-peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1),peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a) untuk menetapkan standard minimum berkenaandengan apa-apa kemudahan, komputer, perkakas,alat, kelengkapan, peralatan, bahan, artikel danbenda yang akan digunakan dalam amalanteleperubatan di mana-mana premis;

Peraturan.

Page 8: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

8 Rang Undang-Undang

(b) untuk mengadakan peruntukan bagi jaminanmutu dan kawalan mutu boleh terima berkenaandengan perkhidmatan teleperubatan;

(c) untuk menghendaki orang-orang yangmengamalkan teleperubatan supaya menyenggarabuku, rekod dan laporan sebagaimana yang perlubagi penguatkuasaan dan pentadbiran yangsepatutnya Akta ini dan untuk menetapkan carabagaimana buku, rekod dan laporan itu hendaklahdisimpan dan dikeluarkan;

(d) untuk menghendaki pemberian maklumatperangkaan kepada Ketua Pengarah;

(e) bagi memperuntukkan bahawa pelanggaranmana-mana peruntukan mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadisuatu kesalahan dan bahawa orang-orang yangdisabitkan atas kesalahan itu boleh didenda ataudipenjarakan atau kedua-duanya tetapi dendaitu tidaklah boleh melebihi lima ribu ringgitdan pemenjaraan itu tidaklah boleh melebihisatu tahun;

(f) untuk menetapkan kesalahan di bawah Akta iniatau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini yang boleh dikompaunkan dan orangyang boleh mengkompaunkan kesalahan itu dancara bagaimana kesalahan itu bolehdikompaunkan;

(g) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yangdikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkanatau dibenarkan oleh Akta ini untuk ditetapkan.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan membuat peruntukan bagipengawalseliaan dan pengawalan amalan teleperubatan dan bagiperkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Page 9: D.R. 11/97 · "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

Teleperubatan 9

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan.

3. Fasal 2 bertujuan mentakrifkan perkataan dan ungkapan tertentuyang digunakan dalam Rang Undang-Undang ini.

4. Fasal 3 bertujuan mengawalselia amalan teleperubatan denganmenentukan orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan.Selain pengamal perubatan berdaftar penuh, pengamal perubatanyang berdaftar di luar Malaysia juga boleh mengamalkan teleperubatandi Malaysia jika mereka telah diberi perakuan untuk mengamalkanteleperubatan. Fasal ini juga bertujuan memberi Ketua Pengarahkuasa untuk membenarkan orang tertentu yang bekerja di bawahpengawasan, kawalan dan kuasa pengamal perubatan berdaftar penuhuntuk mengamalkan teleperubatan. Orang-orang lain selain yangditentukan adalah melakukan kesalahan jika mereka mengamalkanteleperubatan.

5. Fasal 4 menyatakan prosedur bagi mendapatkan perakuan untukmengamalkan teleperubatan.

6. Fasal 5 bertujuan menghendaki seseorang yang mengamalkanteleperubatan mendapatkan persetujuan pesakit sebelum teleperubatandiamalkan berhubungan dengan pesakit itu.

7. Fasal 6 mengandungi kuasa Menteri untuk membuat peraturan.

1MPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U2) 1977.]