Transcript
Page 1: Zakat Diploma Institut Profesional Baitulmal

Institut Profesional Baitulmal MAIWP

17hb Oktober 2014 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Institut Profesional Baitulmal (IPB) milik Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP) menawarkan Biasiswa Baitulmal kepada pelajar

Islam lepasan SPM di seluruh Malaysia. 5 kursus yang ditawarkan dengan

usahasama UiTM iaitu Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma

Perakaunan, Diploma Sistem Maklumat Perakaunan, Diploma Sains

Komputer dan sijil Pra Perdagangan. Syarat minima kursus diploma, 5

kredit SPM termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Bagi program profesional diperlukan minima 2 kredit untuk kursus London

Chamber of Commerce and Industry International Qualifications (LCCIIQ)

dan 5 kredit untuk kursus Certified Accounting Technician (CAT).

Biasiswa Baitulmal MAIWP disediakan kepada yang layak, merangkumi

yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian dibiayai, wang sara diri

sehingga RM3000 per semester dan penginapan asrama disediakan.

Syarat memohon:

1. Beragama Islam dan mengikuti kursus yang ditawarkan di IPB.

2. Pendapatan keluarga kurang dari RM4000 sebulan.

3. Tertakluk kepada had kifayah Baitulmal MAIWP.

Sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran industri, 4 kursus baru bakal

diperkenalkan tahun hadapan iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah,

Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf, Diploma Pengajian Muamalat

dan Diploma Pengurusan Produk Halal.

Permohonan boleh di buat secara online di www.ipb.edu.my atau datang

terus ke kampus yang terletak di Jln Perkasa, Off Jln Kg Pandan, Kuala

Lumpur. Tarikh mendaftar bagi program usahasama UiTM pada 24

November 2014. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-92814054.

“Menggilap Potensi Mencapai Inspirasi”

Jabatan Pemasaran

Institut Profesional Baitulmal


Top Related