Transcript

Laporan dan gambar olehADLI YASHIR KUCHIT

[email protected]

USAHA menggalakpenggunaan bahasa Mela-yu, khususnya di kalangangenerasi muda di Singapu-ra, ibarat melawan arusyang deras.

Demikian menurut man-tan pengerusi Majlis Ba-hasa Melayu (MBMS), En-cik Hawazi Daipi, yang ju-ga Setiausaha Parlimen Ka-nan (Tenaga Manusia me-rangkap Pendidikan).

Namun, beliau berha-rap masyarakat MelayuSingapura akan menerimacabaran itu dan terus ber-usaha memastikan bahasaMelayu terus hidup danmekar di sini.

Jika ini tidak dilakukan,ada kebimbangan orangMelayu Singapura akan ke-hilangan jati diri mereka,ujarnya.

Encik Hawazi berkatausaha melestari pengguna-an bahasa Melayu satu usa-ha berterusan dan memer-lukan pelibatan setiap lapi-san masyarakat.

“Cabaran yang bakal ki-ta hadapi semakin rumit ke-rana penggunaan bahasaInggeris akan jauh lebihmeluas.

“Kajian menunjukkankeluarga dan rakyat Singa-pura lebih selesa menggu-nakan bahasa Inggeris se-bagai bahasa perantaraan,termasuk dalam keluarga,”kata beliau.

Setelah lebih 12 tahunterlibat dalam MBMS, ter-masuk sebagai pengerusiselama dua penggal, EncikHawazi melepaskan jawa-tan tersebut baru-baru ini.

Tugas itu diambil alihMenteri Negara (Ehwal Da-

lam Negeri merangkap Eh-wal Luar), Encik MasagosMohamad Masagos Zulkif-li.

Dalam satu wawancarabersama Berita Harian ba-ru-baru ini, Encik Hawazimenyenaraikan pencapai-an MBMS dalam menyema-rakkan penggunaan baha-sa Melayu di sini.

Menurut beliau, MBMSmenganjurkan dua kegia-tan utama, iaitu Bulan Ba-hasa dan Anugerah Persu-ratan Melayu.

Ia juga menyokong danmembantu kegiatan yangdianjurkan pertubuhanakar umbi dan badan-ba-dan masyarakat yang di-adakan sepanjang tahun.

Menerusi kegiatan-ke-giatan itu MBMS memain-kan peranan menanam mi-nat di kalangan generasimuda untuk menggunakanbahasa Melayu di dalamdan di luar bilik darjah.

MBMS juga mendam-pingi masyarakat mengikutkumpulan-kumpulan usia– kanak-kanak, remaja dandewasa. Ini dilakukan me-nerusi peraduan atau kegia-tan budaya dan bahasa.

Turut diberi tekanan ia-lah adab dan kesantunanMelayu.

Sehubungan itu, EncikHawazi berkata TimbalanKetua, Bahasa dan Kebuda-yaan Asia (ALC) NIE-Uni-versiti Teknologi Nanyang(NTU), Parofesor MadyaDr Hadijah Rahmat, se-dang menerajui programmeningkatkan kesedaranmengenai adab dan kesan-tunan Melayu.

Dr Hadijah timbalan pe-ngerusi MBMS.

“Matlamatnya ialah me-ningkatkan kesedaran khu-susnya di kalangan anak-

anak kita tentang sopansantun dan muluknya adabyang menjadi sebahagiandaripada pemikiran Mela-yu,” kata Encik Hawazi.

Selain itu, MBMS mem-beri perhatian pada bidangpenulisan.

Dalam hal ini, ia telahmemohon menjadi anggo-ta penuh Majlis SasteraAsia Tenggara (Mastera).

Manfaatnya, menurutEncik Hawazi, ialah pe-luang bagi penulis tempa-tan didedahkan kepadaperbincangan dan perkem-bangan penulisan di pering-kat serantau dan antara-bangsa.

“Ia juga membuka pe-luang bagi penulis mudaberkongsi pengalaman,pengamatan dan pemiki-

ran mereka dengan penulisseusia di luar negara,” kataEncik Hawazi.

Memandang ke depan,Encik Hawazi berpendapatibu bapa mempunyai pera-nan penting.

“Saya sendiri memilihuntuk bertutur dalam baha-sa Melayu dengan anak-anak serta anak-anak sau-dara.

“Mungkin jawapan me-reka teragak-agak, namunsaya gembira mereka men-cuba,” kata beliau.

Oleh itu, Encik Hawaziberharap dalam menanga-ni cabaran masa depanMBMS akan terus membu-ka peluang kepada ibu ba-pa menyertai kegiatan ber-corak bahasa bersama-sa-ma anak-anak mereka.

ADA orang Melayu malu berbahasa Mela-yu dan ada enggan bertutur dalam bahasa Me-layu sesama sendiri.

Namun, golongan sedemikian kecil dan ti-dak mewakili masyarakat Melayu Singapurasecara keseluruhannya, kata mantan pengeru-si Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS),Encik Hawazi Daipi.

“Kebanyakan orang kita mengakui diri-nya orang Melayu dan orang Islam Singapurabiarpun mereka kurang fasih bertutur dalambahasa Melayu. Pokoknya. kita perlu bersa-ma-sama meningkatkan keupayaan menggu-nakan bahasa Melayu sebagai warisan kita.

“Kita perlu rasakan bahawa bahasa Mela-yu itu satu kelebihan yang memberi kepua-san kepada diri kita sebagai insan,” kata En-cik Hawazi dalam satu wawancara bersamaBerita Harian.

Beliau, yang juga Setiausaha Parlimen Ka-nan (Tenaga Manusia merangkap Pendidi-kan), baru-baru ini melepaskan jawatannyadi MBMS.

Encik Hawazi berpendapat golongan maluatau enggan bertutur dalam bahasa Melayu ti-dak menimbulkan masalah bagi masyarakatsetempat.

“Ini semua terpulang pada individu. Seba-gai pemimpin bahasa, majlis bahasa ingin me-nampilkan peluang bagi masyarakat kitamenggunakan bahasa Melayu lebih kerap.

“Hakikatnya terpulang pada ibu bapa dankeluarga membuat keputusan apakah mempe-lajari bahasa Melayu itu satu kelebihan bagimereka dan anak-anak mereka atau ia hanyasatu mata pelajaran yang mereka harus lu-lus,” ujar beliau.

Namun, melahirkan keprihatinannya, En-cik Hawazi berkata banyak bahasa lain sudahpupus atau hampir pupus kerana masyarakat-nya tidak lagi menggunakan bahasa merekasendiri.

“Ini termasuk orang-orang Melayu yangkini menetap di negara-negara lain. Walau-pun hakikatnya mereka berasa mereka masihMelayu, tanggapan masyarakat tempat mere-ka wujud tidak menganggap mereka sebagaimasyarakat Melayu,” ujarnya.

Dalam hal sedemikian, masyarakat berke-naan boleh dianggap sudah hilang sebahagianidentiti mereka, kata Encik Hawazi.

“Oleh itu, kita menyokong penuh dasardwibahasa yang dilaksanakan pemerintah,”tambah beliau.

Pemerintah, menurut Encik Hawazi, telahdan akan terus memberi sokongan kepadapembelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Ini dilihat menerusi semakan kurikulumBahasa Melayu agar ia kekal relevan dan pe-nekanan cara baru dan inovatif dalam penga-jarannya.

GolonganMelayu maluatau enggan

berbahasaMelayu kecil

Usaha galak guna bahasa Melayu bak lawan arus

’Cabaran yang bakal kita hadapisemakin rumit keranapenggunaan bahasa Inggerisakan jauh lebih meluas. Kajian

menunjukkan keluarga dan rakyatSingapura lebih selesa menggunakanbahasa Inggeris sebagai bahasaperantaraan, termasuk dalamkeluarga.– Encik Hawazi Daipi, mengenai cabarandalam menggalak penggunaan bahasa Melayu

Hawazi harapmasyarakat teruskanagar tidak hilang jati diri

CABARAN SEMAKIN RUMIT: Encik Hawazi berkata usaha melestari penggunaan bahasa Melayu memerlukan pelibatan setiap lapisanmasyarakat kerana cabaran yang dihadapi semakin rumit memandang penggunaan bahasa Inggeris kian meluas di kalangan orang Melayu.

’Saya sendiri memilih untukbertutur dalam bahasa Melayudengan anak-anak sertaanak-anak saudara. Mungkin

jawapan mereka teragak-agak,namun saya gembira merekamencuba.– Encik Hawazi Daipi, mengenai perananpenting ibu bapa dalam menggalakanak-anak berbahasa Melayu

WAWANCARA BERSAMA HAWAZI DAIPI

4 Berita Harian4 Sabtu, 16 Jun 2012 DALAM NEGERI

chongchj
Rectangle

Top Related