USRAHVERSITY
BAB 14
TADABBUR SURAH AL-FATIHAH
USRAHREMAJA
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
AL FATIHAH
TEMA SURAH AL FATIHAH
Hubungan yang betul akan dapat membuka potensi diri dan mencapai kejayaan yang besar
Mengajar manusia bagaimana berhubung dengan Allah dengan cara yang betul
MEMBUKA POTENSI DIRI.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
• ‘Hamd’ – Kombinasi antara Pujian & Syukur, bukan sekadar puji atau sekadar syukur sahaja.
• Dalam berhubung dengan Allah, Allah mengajar perkara yang pertama sekali yang perlu manusia lakukan adalah dengan meletakkan pujian tertinggi dan berterima kasih/syukur kepada Allah.
• Meletakkan ‘mindset’ dan adab yang betul:
• Merendahkan diri di hadapan Allah, dan meninggikan Allah di hadapan diri. Aku hamba, engkau Tuhan.
• Pujian - mengiktiraf kehebatan dan kemuliaan Allah. Ambil peduli tentang Allah.
• Syukur - berterima kasih dan mengiktiraf segala pemberian Allah. Peduli tentang pemberian Allah
• Meletakkan diri dalam keadaan dan pemikiran positif dalam berhubung dengan Allah.
• ‘Rob’ - Allah memperkenalkan diriNya yang memiliki, menguasai, memelihara dan mentadbir seluruh alam dan manusia.
• Mengingatkan manusia sedang berhubung dengan Penguasa yang Maha Agung.
• Maka jika hubungan ini dijaga, akan beruntunglah manusia kerana Panguasa ini mentadbir seluruh alam dan manusia, maka tidak satu perkara yang tidak dapat Dia beri.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Rahman: Amat pemurah, sedang berlaku sekarang tetapi ia boleh berakhir
• Rahim: Amat penyayang, kekal berlaku.
• Maha – Infiniti / Tidak ada had.
• Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani:
• Telah memberi tubuh badan, masa, rezeki, kesihatan, rumah, pakaian, keselamatan dan bermacam-macam lagi
• Kekal memberi walaupun manusia bersifat menderhaka kepada Tuhannya
• Bersedia memberi keampunan!
• Rahman – kasih sayang untuk semua manusia, Rahim – kasih sayang khusus untuk orang yang beriman. Rahman – kasih sayang melalui Sunnah Allah (sains / alam), Rahim kasih sayang melalui Syariat (Iman dan hidayah)
• Allah mengutamakan dan memperkenalkan diriNya/namaNya dengan kasih sayang berbanding sifatNya yang lain, termasuk yang menghukum. SifatNya yang Maha Penyayang membawa manfaat secara langsung kepada makhlukNya.
• Jangan berputus asa dan letakkan harapan yang tinggi kerana anda sedang berhubung dengan Maha Penyayang.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Disusun selepas memperkenalkan diriNya yang bersifat Penyayang sebagai pengimbang kerana manusia suka mengambil
kesempatan dan tidak menghargai kasih sayang yang diterima.
• Juga mengajar Hari Pembalasan adalah suatu hari yang mesti selalu diperingatkan, diperingatkan 5 kali sehari (dalam
solat).
• Pada hari Pembalasan nanti, kita akan amat-amat memerlukan hubungan yang baik dengan Allah. Maka binalah hubungan
yang baik sekarang agar menjadi orang yang selamat di Akhirat kelak.
• Allah menerangkan ketika di hari Pembalasan, Allah memainkan peranan sebagai pemerintah, bukan lagi Maha
Penyayang. Nasib manusia akan ditentukan oleh undang-undangNya. Maka insaflah.
• Mengajar mind-set yang betul, aku hambaMu dan engkau Tuhanku.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Sekali lagi meletakkan mind-set yang betul, aku hambaMu dan engkau Tuhanku.
• Tauhid Uluhiyah – Tuhan bukan sekadar untuk dipercayai, tetapi lebih dari itu iaitu perlu sembah Allah, perlu menyerah diri kepada Allah
• Sifat manusia tak nak jadi hamba, nak kebebasan? Menjadi hamba Allah, menyerah diri kepada Allah – membebaskan diri dari penghambaan daripada yang lain (kebebasan yang hakiki).
• ‘Sahaja’ – mengiktiraf hanya Allah tumpuan penyembahan.
• Allah mengajar manusia perlu sentiasa memohon pertolongan Allah. Sifat selalu mohon pertolongan Allah meningkatkan hubungan terhadap Allah.
• Dalam memohon pertolongan, sembah Allah dahulu:
• Nak minta tolong pada ibubapa, buat baik pada ibubapa dahulu.
• Nak minta tolong, perlu berusaha dahulu. No such thing minta tolong tapi tak nak berusaha.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Perkara yang paling utama yang kita perlukan dari Allah adalah jalan yang lurus – iaitu hidayah dari Allah
• Hidayah menjadikan manusia beriman
• Iman menjadikan manusia melakukan amalan soleh
• Amalan soleh memasukkan manusia ke syurga
• Hidayah adalah lebih utama dari segala perkara di dunia. Mati dalam keadaan manusia paling miskin
tetapi dalam keadaan beriman adalah lebih baik dari mati dalam kemewahan tetapi tidak beriman.
• Jalan menuju Allah adalah jalan yang lurus. Syaitan akan cuba menyesatkan manusia sama ada ‘belok ke
kiri atau ke kanan’. Bermakna syaitan akan menghasut meninggalkan perintah Allah, atau menyuruh
melakukan amalan tersebut secara melampau sehingga meninggalkan kewajipan yang lain atau
terjerumus dengan kesalahan yang lain seperti takbur dan riak.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Engkaulah sahaja kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Surah An-Nisa’ ayat 69, yang bermaksud orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi,
dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh.
• Jalan yang diberi nikmat – jalan yang membuka potensi diri menjadi seorang yang berjaya dan mendapat
kemenangan yang besar.
• Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Yahudi itu adalah yang dimurkai dan Nashara adalah orang-orang yang
disesatkan.” - [Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dalam Sunan-nya no. 4029]
• Kaum yang dimurkai – Yahudi – berilmu tetapi tidak beramal
• Kaum yang sesat – Nasrani – beramal tetapi tidak berilmu
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Membuka Potensi diri
Memuji dan bersyukur kepada Allah, lantas berfikiran positif
Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi
6. Apa yang perlu dielak?
Pengakuan ikhlas bahawa aku adalah hamba dan Engkau ya Allah adalah Tuhan. Hanya kepada Allah aku sembah dan meminta pertolongan
Mohonlah pertolongan Allah untuk mendapatkan jalan yang lurus. Iaitu jalan yang dikurniakan nikmat.
Jalan yang dimurkai (ada ilmu tetapi tidak beramal) dan jalan sesat (beramal tetapi tidak berilmu)
1. Apakah tema surah Al- Fatihah?
2. Apa perkara pertama yang harus dilakukan?
3. Apakah sifat utama Allah?
4. Perlu ada ‘mindset’ bagaimana?
5. Apa yang perlu diminta?
ULANGKAJI
Allah berfirman, “Aku membahagikan shalat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua. Untuk hamba-Ku apa yang dia minta.
Apabila hamba-Ku membaca, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.”, Allah Ta’ala berfirman, “Hamba-Ku memuji-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Ar-rahmanir Rahiim.”, Allah Ta’ala berfirman, “Hamba-Ku mengulangi pujian untuk-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Maaliki yaumid diin.”, Apabila hamba-Ku membaca, “Hamba-Ku mengagungkan-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’in.”,Allah Ta’ala berfirman, “Ini antara diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku sesuai apa yang dia minta.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Ihdinas-Shirathal mustaqiim….dst. sampai akhir surat.”,Allah Ta’ala berfirman, “Ini milik hamba-Ku dan untuk hamba-Ku sesuai yang dia minta.”
(HR. Ahmad 7291, Muslim 395 dan yang lainnya)18
Al-Fatihah
Al Fatihah memohon,
Al Baqarah menjawab!Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan
sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang-orang yang berjaya.
TADABBUR SURAH AL-FATIHAH
RUMUSAN
Surah Al Fatihah mengajar manusia bagaimana
untuk berhubung dengan Allah dengan cara yang
betul agar boleh membuka potensi diri untuk
berjaya.