Download - Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
1/14
Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perlkara yang amat penting untuk
membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah
berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju
seiring dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses
yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanahair. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :
1) Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit
politik.
2) Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik
yang lebih besar.
Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak
mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui
proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini
berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang
ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa
13 Mei 1969.
Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
1. Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran
antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini
kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan
diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
2/14
Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir
secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang
berlaku dalam masa yang singkat.
2. Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah
menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana
Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai
MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan
dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew
Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali
Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku
Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan
semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
3. Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk
membentuk perpaduan antara kaum diMalaysia. Majlis Perundingan Negara telah
dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
3/14
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum
di Malaysia.
4. Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang
jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan
yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah
manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan
rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.
Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk
membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud
dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
4/14
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu
peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat
penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini
berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum
dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan
pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
6. Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri
pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru
wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah
perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India
Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
5/14
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik
dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.
Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan
perpaduan kaum.
Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan
rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Dato' Abdul Razak Dato Hussein menyedari akan
hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi
yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi
maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang bangsa.
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang
dua mata iaitu:
(a) Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan
kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak
harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan
Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golonganseperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
i) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi
membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
6/14
ii) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih
kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta
bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun
kecil.
iii) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk
membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih
berguna.
iv) Melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni
desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA).
v) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan
air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi
kumpulan berpendapatan rendah.
(b) Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk
menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini
kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan
perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi
kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-
langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
7/14
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat
bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar
negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam
sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut
menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen
DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan
meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amanah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB
masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti
Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga
kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah,pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
8/14
berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk
membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan
melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan
kegiatan kokurikulum yang sama.
Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di
sekolah rendah pada tahun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun pertama
di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.
Antara matlamat lain dasar ini ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja
khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami
antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran
dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja
negara.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
9/14
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan
kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan
pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya
langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat
menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi
dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu.
Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat
menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada
peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara
yang telah ditetapkan seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
10/14
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara
adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang
secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu
sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia
tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini
unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih
baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang
telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan.
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya
masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari.
Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada
meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ialah:
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
11/14
a) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyatMalaysia.
b) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
c) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan
manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
kebendaan di Malaysia.
Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan
keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia
nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan
Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat
negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diumumkan oleh Dato' Seri Dr Mahathir
Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
12/14
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil .
Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri
dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi
menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan
tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan
kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
13/14
sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang
moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang
sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka
panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi
ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di
samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem
nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan
bertujuan untuk membina sebuah negaraMalaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Penutup
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan
kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia
sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui
peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia
yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara
yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana
yang aman damai.
-
7/29/2019 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
14/14
Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh
peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan
tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru
setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk
semula masyarakatMalaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah
diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan
terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana
selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku maka semua pihak mulai sedar dan saling
bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan
kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi
nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama
lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula
haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai
matlamatnya.
Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah
hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar
seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan 2020.