YBHG. TAN SRI ABU BAKAR KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PENYERAHAN BILANGAN 9 TAHUN
“PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAANDALAM PERKHIDMATAN AWAM”
28 OKTOBER 2011
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA
UCAPTAMA YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
DI MAJLIS PENYERAHAN PEKELILING PERKHIDMATAN
BILANGAN 9 TAHUN 2011: AN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAANDALAM PERKHIDMATAN AWAM”
28 OKTOBER 2011 (JUMAAT) DEWAN 10
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
ABDULLAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PEKELILING PERKHIDMATAN
AN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA
2
Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Saudara dan saudari Pengacara Majlis. i. YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI TERMUZI BIN
HAJI ABDUL AZIZ, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR AWANG
SARIYAN Mantan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Kementerian Pengajian Tinggi / Beijing Foreign Studies University merangkap Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia
3
iii. YANG BERBAHAGIA KETUA-KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
iv. YANG BERBAHAGIA KETUA-KETUA PENGARAH
AGENSI PUSAT v. YANG BERHORMAT SETIAUSAHA-SETIAUSAHA
KERAJAAN NEGERI vi. KETUA-KETUA JABATAN
vii. DIF-DIF KEHORMAT
viii. YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
4
1. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin Nya jua, kita
dipertemukan dalam majlis yang cukup bermakna ini
iaitu Majlis Penyerahan Pekeliling Perkhidmatan
“Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam
Perkhidmatan Awam”. Sesungguhnya majlis pada hari
ini yang merupakan salah satu daripada komitmen kita
sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada
tahun ini.
2. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima
kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
yang telah bersama-sama menjayakan acara ini.
3. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengalu-
alukan kehadiran semua Ketua Setiausaha Kementerian,
Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah Jabatan dan
Setiausaha Kerajaan Negeri yang sudi bersama-sama
kita pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ini merupakan cerminan komitmen yang
tinggi oleh semua pihak terhadap pemerkasaan Bahasa
Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
5
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
Tuan-tuan dan puan-puan,
4. Saya berhasrat untuk memulakan ucapan saya
pada hari ini dengan membawa kotak ingatan kita
menelusuri lipatan sejarah perkembangan bahasa
kebangsaan yang kita junjung bersama ini. Sejak zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, atau lebih
lama lagi, penduduk di Semenanjung Emas ini telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah
komunikasi yang utama. Bahasa Melayu bukan sahaja
menjadi bahasa pertuturan, malah menjadi bahasa nilai
tinggi yang terangkum di dalamnya nilai ekonomi dan
nilai ilmu, lantas menjulang statusnya menjadi Lingua
Franca.
6
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
5. Kedatangan pedagang-pedagang dari segenap
pelusuk dunia telah menyuntik nilai-nilai tersebut
lantaran asimilasi bahasa yang terjadi serta dinamika
bahasa Melayu itu sendiri beradaptasi dengan
perubahan masa. Kini, setelah lebih lima abad, bahasa
Melayu masih kekal dituturkan oleh lebih 300 juta orang
penutur di seantero dunia bersama-sama dengan lebih
6000 bahasa yang masih diguna pakai. Hal ini sekali gus
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelima
terbesar digunakan dari segi jumlah penuturnya.
6. Sejarah juga telah merakam dengan kemas bahawa
kepupusan sesuatu bahasa didorong oleh kejatuhan
bangsanya. Kejatuhan beberapa empayar agung seperti
7
Roman dan Srivijaya telah menzahirkan kenyataan ini.
Namun masih ada juga yang kekal bertahan seperti
China dan Arab.
7. Ia membuktikan bahawa bahasa terbina bersama-
sama dengan penuturnya, agung dan mulia bersama
penuturnya, jatuh dan hina bersama penuturnya
serta berubah bersama dengan masyarakat yang
menuturkannya. Kita bernasib baik kerana bahasa
Melayu masih kekal bertahan meredah perubahan masa,
masih lagi tinggi melewati runtuhan budaya dan jati diri
yang kian tercemar.
Tuan-tuan dan puan-puan,
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
Portugis
Belanda
British
Jepun
MERDEKA
8
8. Dari runtuhan kota Melaka di tangan bala tentera
Alfonso de Albuquerque membawa ke Belanda,
hinggalah ke British dan penundukan Jepun; Bahasa
Melayu tetap teguh menerobos citra bangsa yang masih
sayangkannya. Meski pun rantai penjajahan mengikat,
ia tetap diangkat dan didaulat. Penggunaannya masih
menjadi wahana rasmi, pemakaiannya masih menjadi
medium komunikasi.
9. Melewati batas kemerdekaan, usaha mendaulatkan
bahasa Melayu giat dilaksanakan. Tatkala Persekutuan
Tanah Melayu menggenggam ikatan kemerdekaan pada
1957, bapa-bapa kita telah meninggalkan kita dengan
kitab Perlembagaan Persekutuan dengan salah satu
fasalnya, tersepuh Perkara 152 mengenai Bahasa
Kebangsaan.
10. Kemudian, atas dasar kesedaran bahawa bukan
mudah merubah struktur yang ada, bapa-bapa kita
telah meletakkan batu tanda supaya Bahasa Melayu
yang telah diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan
tersebut, dijadikan bahasa utama dalam urusan
pentadbiran kerajaan serta pendidikan negara bagi
menggantikan bahasa Inggeris hanya setelah satu
9
dasawarsa kemudiannya. Molek perancangannya namun
berliku untuk meletakkannya di mercu persada.
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
11. Pun begitu, langkah mendaya pembangunan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diteruskan dengan:
a. Penggubalan Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959 (Pindaan dan Perluasan 1995);
dan
b. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67.
10
12. Penggubalan akta-akta ini telah mendorong
Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif memartabat
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan secara
serius seperti:
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
MALAYAN
ESTABLISHMENT OFFICE
a. Penubuhan Jawatankuasa Istilah Kerajaan
yang bertanggungjawab mencipta dan
menterjemah nama-nama Jabatan Kerajaan
ke bahasa Melayu. Contohnya perubahan
nama Malayan Establishment Office kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam yang dimeteri
pada 15 Ogos 1968;
11
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
b. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
mulai 1960 serta pelancaran slogan “Bahasa
Jiwa Bangsa”;
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
12
c. Penubuhan 24 buah Jawatankuasa khas
penciptaan istilah dalam 24 bidang yang
telah menghasilkan 560,836 istilah bahasa
Melayu; dan
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
d. Penerbitan Kamus Dewan pada 1970, yang
disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa
Istilah Pusat melalui DBP.
13. Namun pada ketika itu, terdapat beberapa dokumen
utama perkhidmatan awam masih lagi menggunakan
bahasa Inggeris, termasuklah dokumen yang diterbitkan
seawal tahun 1940-an seperti:
13
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
Laporan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam 1947
Laporan Suffian 1967
Laporan Harun 1973
a. Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaya (1947);
b. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kajian
Semula Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan
dalam Perkhidmatan Awam (1967) – dikenali
sebagai Laporan Suffian;
c. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Saraan
dan Syarat Perkhidmatan di Badan-badan
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
(1973) – dikenali sebagai Laporan Harun;
14
d. Laporan Jawatankuasa Kabinet Gaji 1976
bagi seluruh Perkhidmatan Awam – dikenali
sebagai Laporan JKK.
BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG
Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Gaji Sektor Awam
Oktober 1991
14. Akhirnya, iltizam memartabatkan Bahasa
Kebangsaan sepenuhnya diterjemah oleh Kerajaan
melalui penghasilan Laporan Jawatankuasa Khas
Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam Oktober 1991 –
yang memperkenalkan Sistem Saraan Baru (SSB).
GAGASAN PERDANA 1MALAYSIA
Tuan-tuan dan puan-puan,
15
GAGASAN PERDANA 1MALAYSIA
15. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sering kali juga
dikaitkan dengan budaya bangsa. Sejajar dengan itu,
gagasan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri
merupakan satu tekad politik yang perlu kita dakap dan
raikan. Sebagai penjawat awam, gagasan ini membawa
makna yang cukup besar untuk memperkemas langkah
memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
16. Penjawat awam secara keseluruhannya perlu
memainkan peranan bahawa agenda memperkasa
Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman.
Atas semangat menjunjung Perlembagaan Persekutuan,
setiap warganegara berperanan memastikan prinsip-
16
prinsip asas kemerdekaan terlaksana tanpa sebarang
prejudis.
17. Bahasa Kebangsaan juga perlu menjadi lambang
perpaduan, wadah penerimaan serta doktrin bersama
untuk merealisasikan azam ke mercu cita-cita negara.
18. Pun begitu, perjalanan membawanya ke mercu
perlu sentiasa subur di kalangan masyarakat meskipun
kecanggihan teknologi dan kepesatan pembangunan
melingkari setiap inci gerak nafas kita dewasa ini. Lebih
utama, struktur masyarakat yang digelar penjawat
awam perlu meletakkan usaha ini di atas pundak bahu
masing-masing dengan komitmen dan kesungguhan
yang tidak berbelah bahagi. Maka tidak syak lagi usaha-
usaha yang dirintis oleh kita memungkinkan matlamat
tersebut tercapai.
19. Menyedari hakikat bahawa sesuatu perlu
digerakkan, kerajaan sentiasa meletakkan usaha untuk
memastikan Bahasa Kebangsaan didaulatkan. Pelbagai
agenda, program dan aktiviti telah dirancang dan
dilaksanakan bagi memastikan kesedaran akan peri
pentingnya bahasa ini agar tidak bersifat bermusim.
17
KOMITMEN KERAJAAN
20. Justeru, Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan (JPBK) telah ditubuhkan pada tahun 2010
dengan YAB Timbalan Perdana Menteri berperanan
sebagai pengerusi. Jawatankuasa ini bertindak
memastikan bahasa kebangsaan diberi tempat
sewajarnya dalam pelbagai sektor termasuklah
Perkhidmatan Awam, Media Penyiaran dan
Komunikasi, Tempat Awam, Pendidikan, Perdagangan
dan Kepenggunaan serta Kewangan dan Insurans.
21. Melalui jawatankuasa induk ini, Jawatankuasa
Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor
18
Perkhidmatan Awam (JKPBK-PA) telah dibentuk dan
saya sendiri menjadi pengerusinya. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan
seperti Persatuan Linguistik Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, wakil Kementerian dan Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia selaku urus setia.
22. Jawatankuasa ini telah bertemu beberapa kali bagi
mendapatkan pandangan, buah fikiran serta pelan
tindakan berkesan untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan ini dalam sektor awam. Ia juga melihat
usaha memartabatkan bahasa ini secara menyeluruh
agar penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai
urusan rasmi kerajaan betul, baik dan tidak rancu.
KOMITMEN KERAJAAN
19
23. Maka, penerbitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
9 Tahun 2011 berhubung “Panduan Penggunaan
Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam”
menzahirkan hasil muafakat yang disimpul erat, menjadi
simbol tali pengikat untuk mengangkat dan mendaulat
bahasa kebangsaan ke puncak terhebat di dalam sektor
awam.
24. Panduan ini meliputi lima teras utama yang perlu
diberi perhatian oleh segenap lapisan penjawat awam
iaitu:
(i) Urusan rasmi dalam negara;
(ii) Urusan rasmi antarabangsa;
(iii) Pengiklanan kekosongan jawatan dalam
perkhidmatan awam;
(iv) Perkhidmatan kaunter agensi Kerajaan;
dan
(v) Urusan penyediaan maklum balas
berkaitan aduan dan isu di media massa
mengenai perkhidmatan awam oleh agensi
Kerajaan.
20
25. Sehubungan itu, panduan ini akan terpakai dan
berkuat kuasa serta-merta untuk semua agensi Kerajaan
tanpa sebarang kekecualian melainkan dinyatakan
sebaliknya di dalam panduan ini. Sehubungan itu,
semua agensi Kerajaan perlu memastikan kelima-lima
bidang utama panduan ini dikuatkuasakan melalui
tanggungjawab Ketua Jabatan.
BAHASA – MEDIUM KETINGGIAN PERIBADI
Tuan-tuan dan puan-puan,
26. Iltizam dan keyakinan yang tinggi amat diharapkan
daripada setiap penjawat awam untuk memastikan
usaha ini menemui titik kejayaan yang diharapkan.
Penyediaan panduan ini tidak akan ke mana-mana
sekiranya masih ada yang mengambil enteng apatah lagi
menyubur sikap bena tak bena di dalam melaksanakan
amanah ini.
27. Saya secara peribadi mempunyai firasat bahawa
inisiatif ini akan mampu menjulang bahasa kebangsaan
ke mercu yang kita impikan dengan syarat ia
dilaksanakan sebaiknya. Selain membudayakan
penggunaan bahasa yang baik dan betul, inisiatif ini
21
secara tidak langsung akan memugar budaya yang lebih
tertib di kalangan penjawat awam. Ini kerana konsep
kebahasaan dalam konteks bahasa Melayu perlu dilihat
dari sudut pandang yang menyeluruh. Bahasa yang baik
dan tertib tidak mungkin hadir melalui budi bahasa atau
perilaku yang tidak santun.
28. Dalam hal ini, Sasterawan Negara, Allahyarham
Dato’ (Dr.) Usman Awang atau lebih dikenali sebagai
Tongkat Warrant pernah menukilkan sajak bertajuk
“Melayu”. Izinkan saya memetik sebahagian daripada
bait-bait sajak itu seperti berikut:
22
Melayu itu orang yang bijaksana;
Nakalnya bersulam jenaka;
Budi bahasanya tidak terkira;
Kurang ajarnya tetap santun;
Jika menipu pun masih bersopan;
Bila mengampu bijak beralas tangan
Beliau seterusnya menukilkan:
Berdamai cara Melayu indah sekali;
Silaturrahim hati yang murni;
Maaf diungkap senantiasa bersahut;
Tangan dihulur sentiasa bersambut;
Luka pun tidak lagi berparut
29. Maka usaha seperti ini boleh dijadikan serampang
dua mata, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan dan
sekali gus membudayakan budi bahasa yang sewajarnya
kerana kedua-duanya merupakan cerminan bangsa
Malaysia.
30. Akhir bicara, sebelum saya melabuhkan tirai
ucapan ini, saya berdoa agar Allah Taala memberikan
kita segala kekuatan dan mandiri untuk terus
memartabatkan bahasa kebangsaan yang kita julang
23
atas prinsip Perlembagaan negara. Marilah kita juga
berdoa agar jalan yang kita rintis ini akan membuka
lebih banyak ruang dan peluang untuk kita melihat
bahasa kebangsaan ini teguh menjadi lingua franca
perkhidmatan awam, seterusnya menjadi nadi
perpaduan semua bangsa di Malaysia.
31. Sekali lagi saya menyeru, kepada semua pihak
khususnya Ketua-ketua Jabatan agar mengambil
perhatian yang serius akan panduan yang dikeluarkan
ini. Janganlah kita jadikan bahasa kita ini seperti
menilai kos lepas untuk didagangkan dengan yang lain.
Kelak kita dicemuh oleh generasi akan datang, menang
sorak, kampung tergadai. Nun jauh kita mengecap
kemajuan, tetapi nadi leluhur tersadai menagih simpati
di bumi sendiri.
32. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak
yang terlibat khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) selaku “penjaga dan pemelihara bahasa” untuk
terus menjalankan usaha agar bahasa kebangsaan kita
kekal relevan.
24
33. Sebelum berpisah, izinkan saya menitip secebis
bingkisan buat hadirin sekalian; petikan nasihat Raja
Ali Haji melalui Gurindam Dua Belasnya :
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa;
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia;
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia;
25
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu;
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal;
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
34. Semoga Bahasa Kebangsaan kita terus megah
berdiri dan dihormati. 1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara.
35. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamu
alaikum warah matullahi wabarakatuh.
Terima kasih
26
GLOSARI
1. Lingua Franca - bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yg berlainan bahasa
2. Dasawarsa - masa sepuluh tahun, dekad
3. Prejudis - rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama
4. Pundak - bahu (juga dlm erti kiasan)
5. Enteng - ringan, mudah
6. Bena tak bena - endah tak endah (tidak berapa peduli)
7. Mandiri - berdiri sendiri
8. Rancu - tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa)