4
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam Negaraku Malaysia
Yang Dihormati Saudari
Pengacara Majlis
5
Yang Berhormat
Datuk Hjh Rosnah Abdul Rashid
Shirlin
Timbalan Menteri Kerja Raya
Kementerian Kerja Raya Malaysia
8
❖ Dato’ Hj Kamaruddin Ismail
❖ Tn Hj Mohamad Azmi
Omaruddin
❖ Dr. Mohd Azlan Yahya
YBhg. Datuk Derrick JH. Hooi
......................., Bio Perfect
9
Barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir
Kebangsaan ANGKASA
Ketua-Ketua Jabatan
(SALUTASI TERKINI AKAN
DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM
10
SEBELUM PERASMIAN
BERLANGSUNG)
Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-
Datin, Koperator Wanita, Tuan-
Tuan, Puan-Puan, Hadirin dan
11
Hadirat Yang Saya Hormati
Sekelian.
1. Bersyukur kita kepada Allah
SWT kerana menemukan kita
kembali, dalam acara tahunan
gilang-gemilang, meraikan dan
12
mengiktraf sumbangan koperator
wanita dalam Sambutan Hari
Wanita Desa Antarabangsa 2017.
2. Terlebih dahulu saya mengalu-
alukan kehadiran YB Datuk Hajah
Rosnah Abdul Rashid Shirlin,
13
Timbalan Menteri Kerja Raya ke
majlis ini. Terima kasih YB Datuk
kerana sudi bersama kita pada
malam ini. Kehadiran YB Datuk,
sebenarnya memberi inspirasi
kepada kita semua, khususnya
koperator wanita. Untuk
14
makluman YB Datuk, ini kali ke 17
ANGKASA menganjurkan majlis ini
bagi menghargai sumbangan
wanita dalam gerakan koperasi.
3. Saya juga mengambil
kesempatan mengalu-alukan
15
kehadiran semua dif-dif jemputan
dan koperator-koperator wanita
dari seluruh Malaysia yang
dihimpunkan khusus untuk tujuan
penuh bermakna ini.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
16
4. Untuk makluman semua,
Sambutan Hari Wanita Desa
Antarabangsa (HWDA) telah
dianjurkan ANGKASA semenjak
tahun 2000 lagi. Ia disambut bagi
meraikan wanita anggota
koperasi secara keseluruhannya.
17
Ia diraikan pada 15 haribulan
Oktober setiap tahun di peringkat
antarabangsa. HWDA telah
disambut buat pertama kalinya di
New York, Amerika Syarikat pada
bulan November 2008 selepas
mendapat pengiktirafan dari
18
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada November
2007 bagi menggantikan Hari
Wanita Desa Sedunia.
5. Objektif utama Hari Wanita
Desa Antarabangsa dianjurkan
19
untuk memberi pengiktirafan dan
meraikan sumbangan yang
dicurahkan golongan wanita
koperasi kepada negara dan
memperkasakan mereka melalui
pendedahan kepada peluang-
peluang perniagaan,
20
pembangunan diri, keluarga dan
masyarakat.
6. Untuk itu, ANGKASA sebagai
badan puncak yang menerajui
gerakan koperasi Malaysia
mengambil inisiatif menjadikan
21
sambutan ini sebagai acara
tahunan yang disambut selepas
15 Oktober setiap tahun di
peringkat kebangsaan. Tema
sambutan pula ditentukan
mengikut kesesuaian tema yang
dianjurkan oleh Hari Wanita Desa
22
Antarabangsa. Pada tahun ini,
tema yang dipilih “Transformasi
Wanita Berinspirasi” amat
bertepatan sekali dengan
gerakan koperasi sebagai entiti
perniagaan yang perlu sentiasa
melakukan perubahan bagi
23
membolehkan koperasi bersaing
di pasaran terbuka dan global.
7. Transformasi atau perubahan
merupakan satu keperluan dalam
hidup dan merupakan asas
penting dalam mencapai
24
kemajuan. Malah transformasi
dan perubahan ada dijelaskan di
dalam Al-Quran sepertimana
petikan Surah Al- Ra’ad
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka
25
mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri.”
8. Dalam konteks perniagaan,
koperator sebagai usahawan
koperasi mesti perlu lebih berani,
kreatif mencipta kejayaan untuk
26
diri, koperasi, keluarga, gerakan
koperasi dan negara serta
memberi inspirasi kepada
golongan wanita Malaysia
bersesuaian dengan tema yang
digariskan. ANGKASA berhasrat
untuk melahirkan lebih ramai
27
koperator wanita yang berjaya
dalam perniagaan dan mampu
membantu negara dalam
menjana peluang pekerjaan di
masa hadapan tanpa
menjejaskan peranannya
sebagai isteri dan ibu.
28
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
9. ANGKASA akan berterusan
melakukan yang terbaik dalam
membantu kejayaan koperasi
dan koperator wanita. Salah satu
usahanya melalui penubuhan
29
Konsortium Koperasi Malaysia
Berhad (KOWIMA) yang berjaya
didaftarkan pada 7 November
2017.
10. KOWIMA adalah
gabungan Koperasi Wanita,
30
Koperasi Ibu Tunggal dan
Koperasi Kaum Ibu seluruh negara
yang bergabung menjayakan
program-program pembangunan
koperasi dari segi ekonomi
berskala besar, sosial dan budaya
di samping membantu
31
meningkatkan perolehan
koperasi wanita serta
mewujudkan peluang
perniagaan dan pekerjaan.
11. Berdasarkan statistik SKM
sehingga Jun 2017 terdapat 249
32
buah koperasi wanita dengan
keanggotaan melebihi 30,000
orang, syer/yuran terkumpul
berjumlah RM15.38 juta, aset
RM59.25 juta dan perolehan
mencecah RM10.55 juta.
33
12. Mengakhiri ucapan, saya
sekali lagi mengucapkan terima
kasih kepada YB Datuk Hajah
Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang
sudi bersama dengan kita pada
malam ini. Tidak lupa juga
34
kepada dif-dif jemputan dan
koperator wanita semua.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah