Download - Tugasan pengajian asia (ucs103)
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
TUGASAN
JANUARI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS UCS103
NAMA KURSUS PENGAJIAN ASIA
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
NAMA PELAJAR SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI
NO. MATRIK 690506125566
NAMA FASILITATOR
PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 1
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3
BAHAGIAN A
RENCANA ‘‘ REPUBLIK INDONESIA : Sejarah, Geografi, 4
Demografi, Politik, Ekonomi, Sumber
Alam, Seni Budaya ”
1. PENGENALAN : REPUBLIK INDONESIA 4
2. SEJARAH 5
3. GEOGRAFI 6
4. DEMOGRAFI 7
5. POLITIK 9
6. EKONOMI 10
7. SUMBER ALAM 11
8. SENI BUDAYA 12
BAHAGIAN B
RANCANGAN PELAJARAN I 15
BAHAN BANTU MENGAJAR 17
RANCANGAN PELAJARAN I 18
BAHAN BANTU MENGAJAR 20
RUMUSAN 21
BIBILIOGRAFI 22
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 2
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan
bagi kursus Pengajian Asia (UCS103) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi iaitu
kebolehan pelajar mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian
sesuatu masalah, menilai dengan kritis dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai
sesuatu yang sedia ada. Tugasan ini juga memperkenalkan pelajar kepada kepelbagaian benua
Asia sama ada dari segi budaya, bahasa dan agama, kemajuan yang dinikmati, bencana alam
yang pernah dialami oleh penduduk Asia dan banyak lagi.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan ini di atas tunjuk ajar kalian sepanjang
meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan
keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya
terutama dalam menjelaskan kepelbagaian benua Asia dari sudut geografi, bahasa, agama,
budaya, ekonomi dan politik. Selain itu, ia turut melahirkan rasa menghargai perbezaan di
antara penduduk benua Asia yang merupakan suatu keunikan juga satu kekuatan. Semoga
Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.
Disediakan oleh :
SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI
690506125566AEU Kudat (09 Mac 2013)
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 3
Bendera
Moto : ‘Bhinneka Tunggal Ika’ (Bersatu dalam
kepebagaian)
Ideologi : Pancasila
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
RENCANA ‘‘ REPUBLIK INDONESIA : SEJARAH, GEOGRAFI, DEMOGRAFI,
POLITIK, EKONOMI, SUMBER ALAM & SENI BUDAYA ”
1. PENGENALAN : Republik Indonesia
Republik Indonesia ialah sebuah negara
kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara
(Kepulauan Antara). Ia terletak di antara tanah
besar Asia Tenggara, Australia, Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia
di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua
dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain
adalah terdiri daripada Singapura, Filipina, Australia,
wilayah India, Kepulauan Andaman dan Nicobar.
Ibunegara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.
Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia
yang terdiri daripada 17,508 pulau. Jumlah penduduk
adalah seramai 222 juta orang pada 2006. Ia merupakan
negara keempat paling banyak penduduk dan negara
berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia.
Namun begitu secara rasminya, ia bukanlah
sebuah negara Islam. Indonesia merupakan
sebuah republik dengan kewujudan parlimen dan presiden Rajah 1 : Bendera & Jata
yang dipilih secara langsung. Republik Indonesia
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 4
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
2. SEJARAH
Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau
Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia
dan Pulau Mindanao. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujerat, India telah
membawa dan menyebarkan agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.
Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui
beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang
ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang
terkuat di antara negara-negara Eropah. Belanda mengalahkan British dan Portugis (kecuali
untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah
jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindi Timur Belanda (VOC) dan
kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.
Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, Manakala Jepun menguasai
Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para
pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia
mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Sukamo, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur dan Ki
Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.
Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatankuasa untuk kemerdekaan
Indonesia. Di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Sukamo
mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945.
Sukamo menjadi presiden pertama Indonesia dan Mohammad Hatta sebagai naib presiden.
Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera
mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian
dikenali sebagai ‘tindakan poli’ (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan
tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik kembali tenteranya pada 27 Disember 1949.
Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Sukamo mengikuti gerakan berkecuali
pada awalnya dan kemudian dengan blok soaialis, misalnya Republik Rakyat China dan
Yugoslavia. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 5
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Republik Rakyat China. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia,
negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.
Jeneral Suharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk
mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Sukamo yang kini semakin
lemah. Setelah Suharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki
memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Sukamo disebut sebagai
Order Lama.
Suharto berjaya mendapat pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia dan
menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat meskipun tidak merata di Indonesia. Pada
awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi
lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelar sebagai “ Kelompok
Berkeley”. Namun, Suharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan
rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya
tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk
pada tahun 1998.
Dari 1998 hingga 2001, Indonesia mempunyai tiga presiden iaitu Baharuddin Jusuf
Habibie, Abdurrahman Wahid dan Megawati Sukamoputri. Pada tahun 2004, Susilo
Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia yang terkini.
3. GEOGRAFI
Negara Indonesia terletak di antara :
Latitud 6ᵒ U - 11ᵒ S dan Longitud 95ᵒ T – 141 ᵒ T
Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi
Benua Asia dengan benua Australia
Rajah 2 : Kedudukan Republik Indonesia
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 6
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Rajah 3 : Peta Republik Indonesia
Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang terbesar di sekitar garisan khatulistiwa
dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar
ialah Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Papua dan Pulau Jawa mempunyai
setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.
Indonesia juga terletak di atas plattekrotik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami
gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-
kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang
paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus. Indonesia juga
merupakan sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Seperti Pulau
Sangeang Api.
Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau
barat serta Sulawesi, Lombok dan pulau-pulau di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini
digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai
sempadan antara Asia dan Australia. Oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.
4. DEMOGRAFI
Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 20000 ialah 206 juta orang, Biro
Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia menganggarkan populasi sebanyak 222 juta
pada 2006. Pembahagi penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat
Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua.
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 7
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Selain itu, ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India
dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (87.2% mengikut
banci 2010) dan sisanya penganut agama Kristian (9.9%), Hindu (1.7%), Buddha (0.7%) dan
sebagainya.
Rajah 4 : Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam
Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat
pemerintahan ialahpulau yang terpadat dengan setengah daripada jumlah penduduknya.
Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang
mendiami pulau-pulau di sebelah Utara sangat sedikit berbanding dengan negara-negara
berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah
Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk
dasar-dasar lebensraum (dasarperluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.
Bancian tahun 2010Agama Peratus
Islam 87.2%Kristian 9.9%Hinduism 1.7%Buddha 0.7%Lain 0.5%
Rajah 5 : Bancian Tahun 2010
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 8
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
5. POLITIK
Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua
kata Sankrit, “panca” yang bererti ‘lima’ dan “sila” yang bererti ‘dasar’. Pancasila terdiri atas
kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan :
Kepercayaan Kepada Tuhan yang Esa
Kemanusiaan yang adil dan Beradab
Perpaduan Indonesia
Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada
Musyawarah/Perwakilan
Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia
Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden dan
Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut
dinamakan Demokrasi Pancasila.
Presiden Indonesia di saat ini adalah Susilo Bambang Yudhoyono yang disokong
oleh Parti Demokrat.. Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang
terdiri daripada 560 Dewan Perwaklilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui
parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwaklilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi
yang dipilih melalui pemilihan wilayah. Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya
dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Taufiq
Kiemas,DPR oleh Marzuki Alie sedangkan DPD oleh Imam Gusman.
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 9
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
6. EKONOMI
Rajah 6 : Industri Pertamina
Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an akibat Krisis
Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah
pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa termasuk minyak
mentah, gas asli, timah, tembaga dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua
terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih
minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, the, kopi, rempah dan lobak.
Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, Amerika Syarikat serta
negara-negara berjiran iaitu Malaysia, Singapura dan Australia. Indonesia merupakan negara
yang amat kaya akan sumber daya alam dan manusia. Namun begitu masih terdapat sedikit
masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 10
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
7. SUMBER ALAM
Rajah 7 : Pokok Kelapa sawit
Getah yang pernah dikenali sebagai “emas hitam” di Indonesia merupakan hasil
utama pertukaran asing pada masa dahulu dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar
selepas Malaysia.
Kelapa sawit : Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan
pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit.
Tembakau : Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979
dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu
Logam : Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di Daerah Banten Selatan
dan tembaga di Papua.
Asfalt : Perlombongan asphalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah
lombong termasuk besar dan kecil yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.
8. SENI BUDAYA
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 11
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Rajah 8 : Gadis Palembang berkain sogket
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum dengan agama dan kepercayaan
yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Batak, Karo, Minangkabau dan Melayu. Islam
merupakan agama rasmi dan utama di Indonesia. Agama-agama yang lain termasuk Kritian,
Hindu dan Buddha juga diakui.
Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik.
Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo dan
Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang
berbeza-beza iaitu :
Baju kurung dengan songketnya dari Sumatra Barat (Minangkabau)
Songket Palembang dengan motif yang indah berbenang emas dan sutra (Palembang)
Kebaya
Kain batik dari Jawa
Kain ulos dari Sumatra Utara (Batak)
Pakaian khas Dayak di Kalimantan
Baju bodo dari Sulawesi Selatan
Pakaian berkoteka dari Papua dan sebagainya
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 12
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Seni pantun, gurindam dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara
seperti majlis kenduri perkahwinan dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang
kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukan dan biasanya diiringi oleh muzik
tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
Rajah 9: Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa
candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali
yang terkenal misalnya mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian
yang tidak menagndungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur)
dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam antaranya
Tarian Saman di Daerah Sumatera dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain
itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 13
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Rajah : Pemain muzik Melayu di Indonesia
Terdapat banyak jenis muzik Indonesia baik tradisional mahupun moden. Muzik
tradisional Indonesia termasuklah Keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan
sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia
misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang
dikenali sebagai dangdut.
Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu dan India.serta muzik tradisional lain
Indonesia Muzik ini dipanggil ‘dangdut’ kerana muziknya bergema dengan bunyi ‘dang’ dan
‘dut’ kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu
dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan
lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut
antaranya Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang telah ditambah alat
muziknya dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik
tradisional Jawa, Melayu dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an . Muzik
dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia
Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.
BAHAGIAN B
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 14
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
RANCANGAN PELAJARAN I
Tema : Hubungan baik sesama negara jiran
Tajuk : Bumi Indonesia
Peringkat Kelas : Tahun 6
Masa : 9.00 pagi -9.30 pagi (30 minit)
Objektif Pelajaran / Hasil
Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Menyatakan kedudukan Geografi Republik
Indonesia.
ii. Menyenaraikan lima dasar dalam lambang
Garuda Pancasila.
iii. Memperincikan pakaian asli rakyat
Republik Indonesia
Pengetahuan Sedia Ada : Republik Indonesia merupakan salah satu
Negara-negara Asia
Model /Teori/ KBKK/Nilai -Model Pembelajaran Kolaboratif
-Teori Pembelajaran Gagne
-Mencirikan, membuat gambaran mental,
menjana idea
-Nilai saling menghargai, saling menghormati,
tolong-menolong
Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, Portal Nasional Republik Indonesia, poster
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 15
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
bergambar, Rencana Republik Indonesia, laman
web dan laptop
Prosedur atau Langkah-langkah :
a) Pembukaan
b) Aktiviti
a) Pembukaan
Bacaan doa (1 minit)
Set induksi (3 minit)
-Murid diminta mengamati poster bergambar
(Gambar peta, bendera dan jata Republik
Indonesia)
-Murid diminta menjawab soalan guru ‘Peta
apakah ini?
-Guru mengaitkan jawapan murid yang betul
dengan tajuk pelajaran.
-KBKK : Gambaran mental
-Bahan : Poster bergambar
b) Aktiviti
Langkah 1 (2 minit) :
-Penerangan guru menggunakan Power Point
Presentation
-Murid diminta mendengar penerangan guru
-Isi pelajaran : Pengenalan Republik Indonesia
-Nilai : Saling Menghargai
-Power Point Presentation
Langkah 2 (20 minit) :
-Murid diminta berada dalam kumpulan
masing-masing (5 kumpulan)
-Dengan menggunakan laptiop murid diminta
melayari tiga bahagian daripada Portal
Nasional Republik Indonesia.
-Setiap kumpulan murid diminta membuat
pembentangan tentang apa yang mereka
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 16
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
c) Penyoalan
d) Penutup
peroleh daripada ketiga-tiga bahagian Portal
Nasional Republik Indonesia
-Isi pelajaran : Portal Nasional Republik
Indonesia tentang kedudukan Geografi
Republik Indonesia, Dasar Republik Indonesia
& Pakaian Asli Indonesia
-KBKK : Mencirikan dan menjana idea
-Nilai : Saling menghormati & tolong
menolong
c) Penyoalan :
Murid-murid diminta memperincikan semua
yang termasuk dalam pakaian asli Republik
Indonesia (2 minit)
d) Penutup :
Murid diminta menyebut semula apa yang
telah dipelajari hari ini
(2 minit)
Penilaian : Lembaran kerja sebagai kerja rumah.
BAHAN BANTU MENGAJAR
- http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesia (Laman Web -Wikipedia Bebas)
- http://www.indonesia.go.id/ (Portal Nasional Republik Indonesia –Halaman utama)
- http://www.indonesia.go.id/in/sekilas-indonesia/lambang-dan-bentuk-negara/lambang-
negara (Portal Nasional Republik Indonesia –Halaman kebudayaan)
- http://www.indonesia.go.id/in/sekilas-indonesia/lambang-dan-bentuk-negara/lambang-
negara (Portal Nasional Republik Indonesia –Halaman Lambang Republik
Indonesia)
RANCANGAN PELAJARAN II
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 17
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Tema : Hubungan baik sesama negara jiran
Tajuk : Bumi Indonesia
Peringkat Kelas : Tahun 6
Masa : 10.00 pagi -10.30 pagi (30 minit)
Objektif Pelajaran / Hasil
Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Menyatakan jumlah penduduk Indonesia
yang menganut agama Islam, agama
Kristian, agama Hindu dan agama Buddha
ii. Menyenaraikan sebanyak lima sumber alam
Republik Indonesia
iii. Memperincikan jenis-jenis muzik dan alat
muzik yang terkenal di Indonesia.
Pengetahuan Sedia Ada : Republik Indonesia mempunyai kepelbagaian
dari sudut pakaian asli/tradisional dan berpegang
kepada lima dasar pada lambang Republik
Indonesia yang digelar Garuda Pancasila
Model /Teori/ KBKK/Nilai
-Model Pembelajaran Kolaboratif
-Teori Pembelajaran Gagne
-Mencirikan, membuat gambaran mental,
menjana idea
-Nilai saling menghargai, saling menghormati,
tolong-menolong
Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, Portal Nasional Republik Indonesia, poster
bergambar, Rencana Republik Indonesia, laman
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 18
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
web dan laptop
Prosedur atau Langkah-langkah :
a) Pembukaan
b) Aktiviti
a) Pembukaan
Bacaan doa (1 minit)
Set induksi (3 minit)
-Murid diminta mengamati poster bergambar
(Gambar peta, bendera dan jata Republik
Indonesia)
-Murid diminta menjawab soalan guru ‘Peta
apakah ini?
-Guru mengaitkan jawapan murid yang betul
dengan tajuk pelajaran.
-KBKK : Gambaran mental
-Bahan : Poster bergambar
b) Aktiviti
Langkah 1 (2 minit) :
-Penerangan guru menggunakan Power Point
Presentation
-Murid diminta mendengar penerangan guru
-Isi pelajaran : Demografi Republik Indonesia
(Versi Bahasa Inggeris)
-Nilai : Saling Menghargai
-Power Point Presentation
Langkah 2 (20 minit) :
-Murid diminta berada dalam kumpulan
masing-masing (5 kumpulan)
-Dengan menggunakan laptop murid diminta
melayari tiga bahagian daripada Portal
Nasional Republik Indonesia.
-Setiap kumpulan murid diminta membuat
pembentangan tentang apa yang mereka
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 19
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
c) Penyoalan
d) Penutup
peroleh daripada ketiga-tiga bahagian Portal
Nasional Republik Indonesia
-Isi pelajaran : Portal Nasional Republik
Indonesia tentang kedudukan Demografi,
Sumber daya alam dan jenis muzik serta alat
muzik yang terkenal di Republik Indonesia
-KBKK : Mencirikan dan menjana idea
-Nilai : Saling menghormati & tolong
menolong
c) Penyoalan :
Murid-murid diminta memperincikan semua
jenis muzik & alat muzik yang terkenal di
Republik Indonesia (2 minit)
d) Penutup :
Murid diminta menyebut semula apa yang
telah dipelajari hari ini
(2 minit)
Penilaian : Lembaran kerja sebagai kerja rumah.
BAHAN BANTU MENGAJAR
- http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesia (Laman web versi Bahasa Inggeris)
- http://www.indonesia.go.id/ (Portal Nasional Republik Indonesia –Halaman utama)
- http://www.indonesia.go.id/in/potensi-daerah/sumber-daya-alam
(Portal Nasional Republik Indonesia –Halaman Sumber daya alam)
- http://www.asinah.net/indonesia/indonesian.html (Portal Mengenal Indonesia –
Komposisi penganut agama Islam, Kristian, Hindu & Buddha)
RUMUSAN
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 20
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Republik Indonesia mempunyai
latar belakang tersendiri dari sudut Sejarah, Geografi, Demografi, Politik, Ekonomi
Sumber Alam dan Seni Budaya. Kita rakyat Malaysia hendaklah menghargai kepelbagaian
latar belakang negara-negara Asia yang menjadi negara jiran kita. Sifat saling menghargai,
saling menghormati dan saling menolong perlu diamalkan oleh setiap penduduk negara-
negara Asia. Guru turut berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid-
murid sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali kita semua perlu
menghargai perbezaan di antara penduduk Benua Asia dan menerimanya sebagai suatu
keunikan mahu pun sebagai suatu kekuatan sekalian penduduk Benua Asia.
BIBILIOGRAFI
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 21
RENCANA : REPUBLIK INDONESIA
http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesia . Dicapai pada 10 Mac 2013.
http://www.indonesia.go.id/ . Dicapai pada pada 10 Mac 2013.
http://www.indonesia.go.id/in/potensi-daerah/sumber-daya-alam . Dicapai pada pada
10 Mac 2013.
http://www.asinah.net/indonesia/indonesian.html. Dicapai pada 10 Mac 203
- 2013.
http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesia .
Dicapai pada pada 10 Mac 2013
http://www.indonesia.go.id/in/sekilas-indonesia/lambang-dan-bentuk-negara/lambang-
negara . Dicapai pada 10 Mac 2013
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA (UCS103) | 22