Download - tugasan HBML 4303
NAMA PELAJAR : ABG. SUHARDI B. ABG. SUHAILI
NO. MATRIK : 720806135859002
NO. TELEFON : 0198884551
SEMESTER : MEI 2010
NAMA TUTOR : ENCIK OMAR SHARIF B. BUSERI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
Penghargaan 3
Soalan 1 4
1.0 Pengenalan 4 -5
2.0 Fungsi Kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia 5
3.0 Pengisian Kurikulum Di Peringkat Sekolah Rendah Dan
Sekolah Menengah 5 - 6
4.0 Kurikulum Bahasa Melayu Di Peringkat Sekolah Rendah 6 - 8
5.0 Kurikulum Bahasa Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah 8 - 9
6.0 Kesimpulan 9 - 10
Soalan 2 10
1.0 Pengenalan 10 - 11
2.0 Peringkat Dan Contoh Bahan Bantu Mengajar Berdasarkan
Kon Pengalaman Dale 11 – 15
3.0 Kesimpulan 16
Bibliografi 17
2
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana dengan keizinanNya, maka dapat juga saya
menyiapkan tugasan kursus HBML 4303 : Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu untuk semester Mei tahun 2010 ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Omar Sharif Bin
Buseri selaku Tutor bagi kursus ini yang telah banyak membantu, ember tunjuk ajar serta
panduan bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan
individu-individu lain yang turut membantu sama ada secara langsung atau pun tidak
langsung.
Dengan kesempatan ini juga, saya memohon maaf di atas segala kekurangan yang ada
di dalam tugasan ini. Saya sangat berharap agar hasil tugasan ini dapat dimanfaatkan oleh diri
saya sendiri dan juga oleh individu-individu lain yang memerlukannya.
Terima kasih
3
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Soalan 1
Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian
Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya
sejajar dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami
perubahan dan perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan
murid-murid, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa
Melayu pada masa kini.
1.0 Pengenalan
Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang perkembangan kurikulum bahasa Melayu
pada masa kini, adalah lebih baik saya menyatakan definisi kurikulum untuk memberi
gambaran umum tentang konsep kurikulum di Malaysia. Kurikulum berasal dari perkataan
latin yang merujuk kepada ‘laluan dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan kepada konsep
tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-
laluan’. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan
pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. Frank Bobbit (1918), dalam
buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai ‘keseluruhan pengalaman, yang tak
terarah dan terarah, tertumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau satu siri
latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan
menyempurnakan pendedahannya’. Konsep beliau menekankan kepada pemupukan
perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan
oleh sekolah. John Dewey (1902, halaman 5) dalam bukunya ‘The Child and The
Curriculum’ pula merujuk istilah kurikulum sebagai ‘pengajian di sekolah dengan
mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini’ menekankan kepetingan
dan keperluan masyarakat. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks
Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai ‘Semua perancangan pendidikan yang
dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan’.
Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit
beruniform. Mengikut Akta Pendidikan 1996, Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan)
1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai ‘program pendidikan yang merangkumi
aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid
4
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan
memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’.
Oleh itu, amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat
pendidikan, dan wawasan negara. Di samping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah
sejauh manakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu
memenuhi tuntutan asalnya.
2.0 Fungsi Kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia
Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang
meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, ember kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah
bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan ember
dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa ember perpaduan
ember serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan ember.
Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan
kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti
kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-
146).
Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib
menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan
meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau
bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan
ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan
demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki
peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
3.0 Pengisian Kurikulum Di Peringkat Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah
Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah
berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di
seluruh ember pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak
(1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan
5
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan
pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara
langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi
membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-
tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Perakuan 2(a) Laporan
Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979)
menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan
di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada
pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan
perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah
dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang
komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai
dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan
Jawatankuasa Kabinet,1979).
Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah
berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula
dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini
juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58,
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan “adalah diperakukan bahawa kurikulum
peringkat menengah rendah hendaklah berupaya memperkembangan daripada kurikulum
sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan
umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan
Jawatankuasa Kabinet,1979). Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan ember yang
seimbang, harmoni dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1
hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata
pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar.
4.0 Kurikulum Bahasa Melayu Di Peringkat Sekolah Rendah
Matlamat kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, perhubungan ember dan urusan harian. Objektif pengajaran dan
pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah rendah adalah agar murid-murid dapat :
6
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
(a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
(b) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi
(c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
(d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan, menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis
(e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ember membina budaya pembelajaran
berterusan
(f) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis
(g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul
(h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan
yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis
(i) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu
(j) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat emberism dan
perasaan cinta akan ember. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah digubal dengan
memberikan embe kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil
pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga
menggabungkan peraturan dalam ember bahasa dan disokong oleh elemen pengisian
kurikulum, iaitu:
i. Kemahiran mendengar dan bertutur; dan
ii. Kemahiran membaca dan kemahiran menulis (Kamarudin Haji Husin, 1991:38).
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara
yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian
atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
persahabatan serta dapat membincangkan embe yang lebih mencabar. Semua perbualan
harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan
hubungan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah berbual,
bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. Kemahiran membaca merupakan
7
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan ember serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada
aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca
diajar kepada murid untuk memastikan keberkesanan membaca. Hasil pembelajaran bagi
kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat, menaakul dan
menghayati teks. Kemahiran menulis pula merupakan keupayaan murid menulis perkataan
dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini
termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan
berunsur ilmu (Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz dan Arb’ie b Sujud,
1997:18). Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan
ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil
pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif dan membuat ulasan.
5.0 Kurikulum Bahasa Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat
dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan
dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan ember yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan
tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada
pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan
bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada
bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
8
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk
minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan
sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai
gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk
mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan
gambaran menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan
Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi
Kandungan merangkumi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, Hasil
Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali
sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tingkatan,
iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan urusan harian. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
sekolah menengah digubal bersesuaian dengan bahasa Melayu yang digunakan dalam
kehidupan harian semasa berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk
memahami bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk Hasil
Pembelajaran. Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkan dengan peraturan dalam
Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Pernyataan Hasil
Pembelajaran adalah dalam bentuk fungsian yang mencerminkan amalan harian dalam
kehidupan sebenar masyarakat Malaysia. Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini
meliputi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum.
6.0 Kesimpulan
Keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung kepada
pemerolehan kemahiran akademik. Namun, adalah agak sukar bagi kita untuk menilai adakah
kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh
di sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi
untuk mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di ember kita. Ditambah lagi
dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan
9
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan,
menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum
yang telah siap disusun akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat. Melalui
percubaan perlaksanaan ini ia akan ember maklum balas kepada perancang-perancang
kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan
diubah supaya memenuhi keperluan pelajar.
Soalan 2
Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah dalam
penyampaian ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap
pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.
Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar
yang sesuai.
1.0 Pengenalan
Bahan bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk
mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran yang baik menjadi lebih menarik.
Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk
“ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu itu mestilah dianggap sebagai
satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid ember murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (
1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” iaitu proses pembelajaran
bermula dengan proses aspek semi abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan
BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada
murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun, BBM pasti turut sama, supaya
komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo menyatakan, dalam proses
komunikasi itu terdapat empat embe penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi
pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.
Empat kemahiran diajar ialah mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini
pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM
yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak
akan berupaya mengganti tempat seorang guru.
10
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan bantu mengajar boleh diertikan sebagai segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru dan murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan
mengajar bukan sahaja terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-
gambar sahaja, tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang
melibatkan semua pancaindera iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh serta
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981: 179-203)
membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat
pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM
kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin
(1979: 51-52) dan Khairiah Ahmad (1980-13) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software”
dan “ hardware”
2.0 Peringkat Dan Contoh Bahan Bantu Mengajar Berdasarkan Kon Pengalaman Dale
Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang
disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini, Dale menjelaskan
kesan media yang berbeza yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurutnya,
penggunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar. Konsep
ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Pengalaman konkrit yang dialami
pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Namun, ia akan semakin berkurang sekiranya pelajar tidak terlibat di dalam sesuatu aktiviti.
Manakala pengalaman abstrak akan berlaku sekiranya penggunaan sesuatu ember visual dan
verbal yang mewakili peristiwa dialami oleh pelajar.
Kon Pengalaman Dale merupakan herarki pengalaman pembelajaran yang
mengklasifikasikan media dan teknik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memperolehi pengalaman pembelajaran berkesan. Kon Pengalaman Dale
oleh Edgar Dale, ( 1946 ), membahagikan pengalaman pembelajaran kepada 3 peringkat
iaitu peringkat penglibatan, peringkat pemerhatian dan peringkat persimbolan, iaitu bermula
dari konkrit ke abstark. Pada peringkat penglibatan, Dale menggunakan 3 teknik, iaitu teknik
menganalisa, penilaian serta mereka bentuk dan mencipta. Contohnya guru hendak mengajar
teknik tendangan. Murid dibawa ke padang bola sepak dan murid dikehendaki melakukan
teknik tendangan mengikut kumpulan. Satu kumpulan melakukan tendangan dan satu
kumpulan lagi akan membuat analisis dan menilai sama ada teknik tendangan kumpulan
tersebut betul atau tidak. Penilaian dibuat berdasarkan pengalaman sebenar mereka. Dengan
11
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
demikian murid dapat menilai teknik tendangan sendiri. Aktiviti tersebut akan dibuat
pengukuhan dan kesahan melalui peringkat pemerhatian, di mana guru akan menunjukkan
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian melalui video gambar kaku perlakuan yang betul
dan salah teknik yang dilakukan. Pada peringkat persimbolan guru meminta murid menyebut
kembali langkah-langkah sebelum tendangan dibuat dan menyenaraikannya. Jelaslah di sini,
dengan berpandukan Kon Pengalaman Dale, guru boleh menyusun atur aktiviti pembelajaran
secara yang sistematik. Melalui pengkelasan aktiviti dan teknik yang ditunjukkan akan ember
implikasi yang dapat merangsang proses pembelajaran contohnya murid akan mengingati apa
yang dipelajari dengan cepat dan berpanjangan. Di samping itu, murid akan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Penekanan utama Kon Pengalaman Dale ini
ialah, pengalaman sebenar seseorang pelajar itu mampu untuk membantu mentafsirkan
konsep pembelajaran yang abstrak.
Rajah : Kon Pengalaman Dale (1964)
12
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Rajah : Contoh Peringkat Dan BBM Berdasarkan Kon Pengalaman Dale
Mata pelajaran : Bahasa Melayu.
Tajuk : Bersama Menjaga Kebersihan Kelas Kita
Teknik : Perbincangan
Menurut Dale, terdapat tiga komponen besar yang telah ditunjukkan iaitu penglibatan,
pemerhatian dan persimbolan. Di dalam komponen penglibatan terdapat pengalaman lansung,
guna alat dan bahan, lakonan atau main peranan.
a. Pengalaman langsung
Berdasarkan pengalaman sebenar, murid diminta berbincang secara kumpulan apakah
aktiviti yang sesuai untuk mereka lakukan sewaktu aktiviti membersihkan kelas.
13
Persimbolan
Pemerhatian
Penglibatan
Demonstrasi/ Tunjuk cara
Lakonan/main peranan
Guna alat & bahan
Pengalaman
langsung
Pameran
Televisyen
Rakaman, radio, gambar
Simbol Penglihatan
Simbol Lisan
Lawatan
Menulis karangan
Memberi pendapat aktiviti yang boleh dilakukan semasaaktivit pembersihan kelas
Menyatakan mengapa aktiviti pembersihan kelas perlu dilakukanberdasarkan model
Melakonkan situasi pembersihan kelas secara kumpulan
Guru membuat demonstrasi aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu aktiviti pembersihan kelas
Murid-murid melihat tempat di dalam kelas untukdibersihkan
Membawa murid menghadiri pameran tentang aktiviti pembersihan kelas
Murid menonton aktiviti membersih kelas
Mengumpul gambar membersih kelas
Menyatakan aktiviti pembersihan kelas
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
b. Penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak tiga dimensi.
Murid diminta untuk menyatakan mengapa aktiviti pembersihan perlu dilakukan
berdasarkan model yang ditunjukkan kepada mereka.
c. Lakonan / main peranan.
Murid diminta untuk berbincang dan melakonkan situasi membersihkan kelas secara
berkumpulan di hadapan kelas.
Di dalam komponen pemerhatian pula, tedapat beberapa langkah pengajaran iaitu demontrasi
atau tunjuk cara, lawatan, rakaman, televisyen dan gambar.
d. Demonstrasi/tunjukcara.
Guru membuat demonstrasi kepada murid aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu
melakukan aktiviti membersihkan kelas.
e. Lawatan.
Murid meninjau kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan di dalam kelas. Murid diminta
untuk berbincang secara kumpulan tentang masa dan aktiviti dan peralatan yang sesuai
untuk melakukan aktiviti pembersihan kelas.
f. Pameran
Murid dibawa untuk melihat pameran aktiviti pembersihan. Setiap seorang murid
diminta untuk mencatatkan isi-isi penting berkaitan dengan tajuk pembersihan kelas.
14
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Rajah : Contoh pameran gambar membersihkan kelas
g. Televisyen
Murid diminta untuk menyenaraikan aktiviti-aktiviti membersihkan kelas atau bilik yang
mereka tonton melalui televisyen.
h. Rakaman radio dan gambar
Murid diminta untuk mengambil dan mengumpul gambar berkaitan dengan aktiviti
pembersihan kelas secara kumpulan. Mereka perlu menulis aktiviti yang boleh
dijalankan sewaktu aktiviti tersebut berdasarkan gambar yang mereka kumpul.
Di dalam komponen yang terakhir terdapat 2 langkah pengajaran iaitu simbol penglihatan
dan simbol lisan.
i. Simbol Penglihatan
Guru dan murid akan sama-sama membincangkan isi-isi penting sebelum mereka mula
menulis karangan berdasarkan gambar yang mereka kumpul.
j. Simbol Lisan
Murid diminta untuk menulis karangan pendek bertajuk “ Bersama Menjaga Kebersihan
Kelas Kita”.
3.0 Kesimpulan
15
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Berdasarkan kon Pengalaman Dale yang dihuraikan, murid-murid akan dapat
mengadaptasi pengalaman sebenar mereka sewaktu sesi pembelajaran dijalankan. Ini akan
membuatkan murid mudah memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kon
Pengalaman Dale juga mementingkan pembelajaran yang bersifat konkrit kepada
pembelajaran yang bersifat abstrak. Dalam erti kata lain, sesi pengajaran dan pembelajaran
dari mudah ke sukar akan membuatkan murid bersedia dan seterusnya seronok mengikuti
pembelajaran.
Bibliografi
16
HBML4303 :KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,
Tanjung Malim: Quantum Books.
Asmah Haji Omar (1993), Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (2008), HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan Dan Terjemahan, Selangor : Open University Malaysia (OUM)
Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi ke 2 Semester III, Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti.
Mok Soon Sang (2002), Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan
(edisi ke-8), Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Noriati A.Rashid. et al (2009), Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,
Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Teknologi Pengajaran, Selangor Darul Ehsan : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
17