TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
1
PELAJARAN 1 : Konsep Ketuhanan
Jawapan
1. Maksud tuhan ialah :
Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya
dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain
yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah SWT
2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana:
Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa
yang Maha Agung
Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih
sempurna dan selamat.
Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri
daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan.
3. Pengertian uluhiyyah ialah :
Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi
dan ditaati secara mutlak.
4. Konsep Uluhiyyah
Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati
Paksi utamanya ialah kalimah syahadah
Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
2
5. Pengertian Rububiyyah
Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT memiliki,
mentadbir dan mencipta seluruh alam.
6. Konsep Rububiyyah
Allah SWT adalah pencipta, pemilik dan pentadbir alam.
Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi
Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya
7. Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid uluhiyyah
Tauhid Rububiyyah Tauhid Uluhiyyah
Keyakinan dalam hati secara mutlak
Allah SWT sebagai pentadbir alam
Keyakinan dalam hati bahawa Allah SWT
yang Maha Esa yang layak disembah
dan dipatuhi
Diimani / dipercayai oleh semua manusia Diimani / dipercayai oleh orang Islam
sahaja
8. Pengertian Asma’ wa Sifat ialah :
Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia
9. Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.
Al-Hakim
Al-Khabir
Al-Azim
Al-Ghafur
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
3
Al-Alim
10. Maksud fitrah beragama ialah :
• Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.
11. Bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia :
• Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa
ghaib yang boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka.
Contohnya masyarakat primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.
• Secara fitrah manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha
mencarinya. Contohnya usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk
di sembah.
• Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila di timpa bencana dan musibah
untuk memohon pertolongan. Kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang
mampu menolong mereka, iaitu tuhan.
12 Peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang :
Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif
Islam mewajibkan umatnya menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan
Islam mengatur peradaban dan akhlak yang terpuji untuk memastikan manusia
dapat hidup dengan aman dan bahagia di dunia dan akhirat
Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan
negara
13 Ciri orang yang beragama :
Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
4
Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkan kejalan Allah
SWT
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT
Memiliki jiwa yang mantap dan teguh atas prinsip kebenaran
Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan, jiran dan tidak mencintai
dunia
14 Cara manusia mencintai Allah SWT
Mematuhi perintahNya, contohnya menunaikan solat lima waktu
Menjauhi laranganNya, contohnya menjauhi daripada zina
Sentiasa mengingatiNya, contohnya berdoa dan sentiasa bertahmid
Bertawakal kepada Allah SWT dan tidak hanya berserah kepadaNya contohnya
sentiasa berdoa dan berusaha
Redha dengan ketentuanNya; contohnya sentiasa sabar dengan musibah yang
menimpa
Bersyukur atas nikmat kurniaanNya; contohnya melakukan syujud syukur apabila
mendapat nikmat daripada Allah SWT
Melakukan amalan kebajikan; contohnya bersedekah kepada fakir miskin
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
5
PELAJARAN 2 : Konsep Kerasulan
1. Maksud nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain.
2. Pengertian rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain
3. Maksud rasul Ulul Azmi ialah gelaran yang diberikan kepada rasul yang
memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi cabaran semasa
berdakwah kepada kaumnya
4. Sebab diberi gelaran Ulul Azmi:
- Sebagai pengiktirafan Allah SWT di atas usaha dakwah yang telah
dijalankan
- Kerana mereka sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum
mereka tidak diturunkan azab
- Kerana mereka sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum
mereka tidak diturunkan azab
- Kerana mereka sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi
hidayah kepada kaum mereka
- Kerana mereka memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah
5. Perbezaan antara nabi dan rasul
Nabi Rasul
1 Menerima wahyu untuk dirinya
sahaja dan tidak wajib
disampaikan kepada orang lain
Menerima wahyu untuk dirinya
dan wajib menyampaikannya
kepada orang lain
2 Kitab tidak diturunkan kepada para
nabi
Menerima kitab dan suhuf
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
6
3 Bilangan nabi tidak wajib diketahui Wajib mengetahui bilangan serta
nama 25 orang rasul
4 Jumlah nabi 124,000 orang Jumlah rasul 313 orang
6. Peranan rasul ialah:
- Membimbing mmanusia ke jalan yang diredai oleh Allah SWT
- Menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT sahaja
- Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib seperti
syurga dan neraka
- Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada
manusia
- Menyampaikan segala perintah Allah SWT kepada manusia
- Mengajar manusia cara beribadat yang betul
- Menunjukkan akhlak yang mulia
7. Cara beradab kepada rasul:
- Sentiasa bersalawat kepada rasul
- Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul
- Mengasihi dan menyintai mereka melebihi makhluk lain
- Mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan seharian
- Mentaati ajaran yang disampaikan oleh para rasul dengan hati yang ikhlas
8. Senaraikan sifat-sifat wajib,mustahil dan harus bagi rasul ialah:
i.Sifat wajib:
- As-Sidq (benar)
-Al-Amanah (Jujur)
-At-Tabligh(menyampaikan)
-Al-Fatanah(Bijaksana)
ii.Sifat mustahil:
-Al-Kizb (Pendusta)
-Al-Khiyanah(Pecah amanah)
-Al-Kitman (Menyembunyikan)
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
7
-Al-Baladah (Bodoh)
iii.Sifat Harus
-Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabatnya sebagai
utusan Allah SWT seperti lapar,dahaga dan sebagainya
9. Pengertian maksum dan mukjizat ialah:
i.Maksum : rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan,dosa
dan perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya,juga
terpelihara daripada sebarang kecatatan yang mengurangkan kemuliaan
seseorang seperti buta,tuli bisu, gila atau lain-lain penyakit yang boleh
merosakkan darjat kemuliaan seorang rasul
ii.Mukjizat :Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran,kenabian dan kerasulan
serta melemahkan musuh-musuh mereka contohnya keluar air dari celah jari
Nabi Muhammad SAW.
9. Peranan mukjizat kepada para rasul:
-Untuk membuktikan kebenaran para nabidan rasul sebagai utusan Allah SWT
-Untuk mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap ajaran yang dibawa
olrh para rasul
-Untuk membantu para nabi dan rasul menjalankan tugas dakwah kepada
manusia.
-Untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas hamba-hanmaNya
11. i- Maksud maunah: Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa
diusahakan untuk dipelajarinya, seperti seseorang yang terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang teruk.
ii.- Maksud Istidraj: Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak
taat atau derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.Contohnya
Qarun yangb beroleh kekayaan yang luar biasa telah menjadi sombong dan kufur
12. Sebab nabi Muhammad SAW DIPILIH SEBAGAI RASUL YANG TERAKHIR:
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
8
- Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW telah lengkap dan sempurna
-Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW kekal hingga hari akhirat.
-Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW telah
memansuhkan/membatalkan semua syariat nabi yang terdahulu
-Nabi Muhammad SAW merupakan penutup kepada sekalian nabi-nabi
13. a)Sebab manusia wajib beriman kepada rasul:
-Allah SWT telah melantik rasul untuk menyampaikan ajaran yang benar
-Rasul adalah pembimbing manusia kea rah kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat
- Rasul diberi tugas untuk menyelesaikan masalah manusia secara adil dan
benar.
b)Akibat menentang ajaran rasul:
- Allah SWT membinasakan kaum-kaum tersebut dengan menurunkan bala
bencana dan memusnahkan segala harta benda mereka.
- Manusia tersebut akan terus berasda dalam kesesatan dan kerugian di
dunia dan di akhirat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
9
PELAJARAN 4 : KONSEP ALAM
Jawapan
1. Maksud alam :
Alam ialah makhluk ciptaan Allah SWT.
2. Jenis-jenis alam :
Alam terbahagi kepada dua iaitu :
1. Alam musyahadah :
Ialah alam yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera manusia
contohnya haiwan, tumbuhan sungai dan sebagainya.
2. Alam Ghaib :
Iaitu alam yang tidak dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera
manusia, contohnya syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
3. Perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah :
Bil Perbezaan
Alam Ghaib Alam Musyahadah
1 Pancaindera manusia tidak mampu
memikir dan menanggapi alam ghaib Dapat ditanggapi oleh pancaindera
2 Untuk menguji keimanan manusia Boleh dimanfaatkan manusia untuk
membina tamadun
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
10
3 Akal tidak mampu memikirkan
hakikat sebenar alam ghaib
Akal mampu mentafsir, mengkaji
dan menyelidik.
4 Manusia yang telah mati berada di
alam ghaib
Manusia yang hidup dapat
menyaksikan alam musyahadah.
5 Kenikmatan yang dikecapi kekal buat
selama-lamanya
Kenikmatan yang diperolehi tidak
kekal
4. Bukti alam merupakan tanda kekuasaan Allah :
• Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya.
• Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT.
• Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan dan
ciptaan Allah SWT.
5. Cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini :
• Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah
SWT.
• Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah.
• Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia.
6. Cara menanam keimanan kepada syurga dan neraka :
• Sentiasa mengikuti ceramah tentang nikmat syurga dan azab neraka.
• Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak
daripada kecil.
• Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak
daripada pengaruh negetif.
• Memantau pergaulan anak-anak dan rakan sebaya agar terkawal.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
11
7. Sebab Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia :
• Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
• Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia.
• Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT.
• Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan perkara ghaib :
• Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah
SWT.
• Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran
kerana menyedari bahawa malaikat sentiasa memerhati perbuatan
mereka.
• Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT.
• Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT.
• Menjadikan manusia sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan.
• Menjadikan manusia mempunyai motivasi yang tinggi dalam kehidupan
seharian.
9. Alam ghaib yang dilalui oleh setiap manusia :
• Alam roh
• Mati
• Alam kubur
• Kiamat
• Hari Kebangkitan
• Padang masyhar
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
12
• Hisab
• Mizan
• Titian sirat
• Syurga atau neraka
10. Hujah akal tanpa wahyu tidak dapat memikirkan perkara ghaib :
• Akal manusia terbatas dan hanya boleh memikirkan perkara yang nyata
sahaja.
• Akal sering berubah-ubah mengikut perubahan manusia.
• Akal mudah dipengaruhi oleh nafsu dan keadaan semasa.
• Kebenaran wahyu adalah mutlak dan tidak berubah sehingga ke hari
kiamat.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
13
PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
MUSLIM
Jawapan
1. Maksudkan fahaman mulhid ialah :
Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan
membawa kepada kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada / tidak
mempercayai tuhan
2. Maksud sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme,
liberalisme dan komunisme adalah seperti berikut :
i. Sekularisme :
Satu kepercayaan / kefahaman yang menganggap urusan keagamaan
atau ketuhanan terpisah dengan urusan kehidupan dan bernegara.
ii. Materialisme :
Fahaman kebendaan, menilai kehidupan dunia berasaskan kebendaan
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
14
atau harta / harta sebagai matlamat hidup.
iii. Sosialisme :
Teori atau sistem sosial yang menganjurkan supaya sumber kekayaan
dijadikan milik negara / dinikmati sama rata.
iv. Kapitalisme :
Fahaman yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu,
khususnya dalam pemilikan harta.
v. Liberalisme :
Fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu dalam melahirkan
pendapat dan bertindak mengikut cara dan pilihannya sendiri.
vi. Komunisme :
Fahaman yang meletakkan semua harta dimiliknegarakan dan rakyat
adalah samarata, fahaman ini juga tidak mempercayai adanya Tuhan.
3. Keburukan fahaman kapitalisme :
• melebarkan jurang perbezaan taraf hidup golongan kaya dan miskin
• monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapat keuntungan
yang besar.
• berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.
• wujud sifat tamak dan mementingkan diri sendiri.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
15
4. Keburukan fahaman liberalisme :
• membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan
• berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi
• mementingkan diri sendiri.
• menyebabkan berlaku maksiat dan keruntuhan akhlak.
5. Keburukan sekularisme :
• mementingkan diri sendiri
• perundangan Islam tidak dapat ditegakkan
• manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.
• memisahkan secara mutlak antara kajian ilmu daripada pengaruh
agama.
• memisahkan urusan pemerintahan dengan agama.
6. Keburukan Materialisme :
• wujud sifat suka mementingkan diri sendiri dan tamak.
• lalai dalam mengerjakan perintah Allah SWT.
• kufur dengan nikmat Allah SWT.
• merenggangkan hubungan kemasyarakatan dengan itu akan
mewujudkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
16
7. Keburukan Atheisme :
• Menyebabkan seseorang itu tiada pegangan hidup serta tidak percaya
kepada Tuhan.
• Menyebabkan seseorang itu tiada matlamat hidup dan hala tuju
kehidupan tidak jelas.
• Menyebabkan seseorang itu bebas melakukan kemungkaran dan
kemaksiatan tanpa takut kepada dosa dan azab Allah SWT.
• Menyebabkan seseorang itu tidak percaya kepada dosa dan pahala.
8. Ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme /
sosialisme / liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme ):
• Menafikan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta dan pemilik alam ini.
• menentang hukum agama sebagai pengatur kehidupan manusia.
• bebas dari kawalan hukum agama.
• mempercayai segala yang berlaku terjadi dengan sendiri.
• Menafikan kewujudan dosa, pahala, syurga dan neraka.
• Bertuhankan nafsu, kebendaan, keduniaan semata – mata.
9. Sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid kerana:
• lemahnya keimanan kepada Allah SWT menyebabkan mereka tidak
takut kepada ancaman daripada Allah SWT.
• kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui
keburukan perbuatan tersebut.
• mementingkan diri sendiri, kebendaan dan nafsu menyebakan mereka
sanggup melakukan apa saja demi memuaskan nafsu mereka.
• Terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang
mengamalkan fahaman mulhid dalam kehidupan mereka, walaupun
berakhlak buruk.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
17
10. Cara fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam:
• melalui media massa dengan mengagungkan cara hidup yang
bertentangan dengan Islam.
• menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang kebaikan syariat
Islam.
• melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
seperti hiburan yang keterlaluan.
• Mengagungkan kebendaan dan status seseorang berdasarkan harta
yang dimilikinya.
11. Cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat :
• mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan
seharian.
• kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
• memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri umat
Islam.
• memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak
dari kecil.
• mendalami ilmu agama dengan sentiasa mendengar ceramah.
• mengawal fahaman-fahaman tersebut daripada tersebar dengan
menapis beritaberita dalam media massa.
12. Bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam ialah :
• menyebabkan berlaku pemisahan agama dengan urusan dunia.
• berlaku kerosakan aqidah umat Islam.
• hilang keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim.
• menyebabkan manusia lupa kepada Allah SWT dalam urusan seharian.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
18
• menyebabkan manusia berani bertindak mengikut kehendak nafsu
tanpa berpandukan kepada ajaran agama.
13. Aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh
fahaman falsafah mulhid :
• program amal kebajikan dan sosial yang bercampur aduk dengan
maksiat.
• pertandingan ratu cantik, muzik dan nyanyian yang keterlaluan.
• bermuamalah dengan sistem riba dalam urusan perniagaan.
• persembahan muzik dan nyanyian yang bertentangan dengan Islam.
14. Contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat :
• mementingkan perniagaan sehingga meninggalkan solat fardu.
• enggan melakukan kebajikan tanpa ganjaran dan upah.
• menganggap pelajaran agama tidak punya masa depan.
15. Kesan positif dan negatif media massa terhadap pemikiran dan
perlakuan masyarakat :
Positif
• Memberi maklumat dan berita yang berfaedah.
• Memanfaatkan masa dengan sesuatu yang berfaedah.
• Fahaman yang benar dapat disebarkan secara meluas dan berkesan.
Negatif
• memberikan maklumat yang palsu / fitnah.
• melalaikan manusia dari mengingati Allah SWT.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
19
• fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Islam tidak dapat dikawal.
16. Langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti kebudayaan yang
bertentangan dengan prinsip Islam daripada terus berlaku di kalangan
remaja Islam :
• mengadakan program kesedaran kepada ibubapa dan remaja.
• menguatkuasakan undang-undang mengenai kebudayaan yang
bertentangan dengan Islam.
• mengawal penyebaran dan penjualan bahan-bahan hiburan yang
keterlaluan.
• menyediakan aktiviti berfaedah untuk remaja seperti perkhemahan
ibadat.
• Menyediakan aktiviti kebudayaan Islam sebagai satu alternatif.
17. Aktiviti yang dapat mengisi program malam kebudayaan Islam ialah :
• Pertunjukan fesyen berasaskan Islam.
• Persembahan nasyid yang memuji Allah SWT.
• Pertunjukan sajak, pentomen, pementasan dan lain-lain yang bercirikan
Islam.
• Pementasan drama berunsur Islam.
18. Cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam :
• mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga mengagungkan
kebendaan dan hawa nafsu.
• menggalakkan kebudayaan jahiliyah melalui aktiviti sosial dan
kebudayaan.
• menyediakan peluang pemilikkan harta dengan cara yang tidak sah.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
20
• melalui imperialisme dan kolonialisme dari aspek politik.
• melalui media massa dengan menerbitkan buku-buku, berita dan filem
yang melalaikan dan memesongkan akidah.
19. Kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran :
• menyebabkan umat Islam tidak mengamalkan Islam secara
menyeluruh.
• berlaku keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
• hilang semangat jihad untuk mempertahankan ajaran Islam.
• Umat Islam hilang identiti dan jati diri sebagai umat Islam.
• Hilangnya keyakinan dengan kebaikan Islam dan benci kepada hukum-
hukum Islam.
20. Ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam :
• Memberi kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas dan ikut
nafsu. contohnya fahaman Liberalisma.
• Menolak ayat-ayat al-Quran pendapat Ulamak dan hukum-hukum yang
terdapat dalam al-quran.
• Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan atau
melakukan kezaliman contohnya fahaman Kapitalisme.
• Menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta contohnya fahaman
Atheis.
• Memuja manusia secara berlebihan contohnya ajaran sesat.
• Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna
kulit.
• pengasingan agama dari kehidupan contohnya fahaman sekularisma.
• menolak hadis sebagai sumber hukum seperti fahaman anti hadis.
• Mementingkan kebendaaan dan keduniaan contohnya fahaman
Materialisma.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
21
21. Pengertian ajaran sesat :
Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-
orang Islam atau orang bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam
yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadis.
22. Ciri-ciri ajaran sesat :
• Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas akidah yang tidak selaras
dengan al-Quran dan Hadis.
• Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber
hukum.
• Ketua kumpulan ajaran yang diamalkan mendakwa bahawa dia adalah
nabi Isa,Imam Mahadi atau lain-lain istilah yang serupa.
• Mendewa-dewakan ketua ajaran tersebut secara berlebih-lebihan.
• Menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati mereka.
• Membawa ajaran bahawa penyatuan semua agama di dunia sebagai
agama yang mesti diikuti.
• Mengubah suai ibadat dalam ajaran Islam seperti solat hanya memadai
dengan niat sahaja dan sebagainya.
• Mengadakan hukum baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenarnya.
23. Cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat :
• Mendapatkan didikan agama yang sempurna / kempen / ceramah / kem
ibadat.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
22
• mendalami / menghayati ajaran Islam sepenuhnya / amal soleh.
• Mengenalpasti kumpulan ajaran tersebut / tidak terpengaruh.
• memantapkan iman dan takwa.
• mendampingi alim ulamak.
• memulau / menyisih kumpulan ajaran sesat.
• Melapurkan kepada pihak berkuasa.
24. Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam :
• Masyarakat tidak akan aman dan tenteram kerana berlaku pergaduhan
dan tiada persefahaman dalam masyarakat.
• Memutuskan hubungan silaturrahim dan pecah belah dalam
masyarakat kerana berlainan fahaman.
• Berlaku pergaduhan dan perbalahan dalam kehidupan.
• Berlaku kezaliman dan keganasan seperti membunuh diri.
• Berlaku penindasan terhadap umat Islam menyebabkan umat Islam
lemah.
• Akidah umat Islam terpesong, tersesat menyebabkan berlakunya
murtad.
• Dimurkai oleh Allah SWT kerana membelakangi ajaran Islam yang
sebenarnya.
• Negara menjadi mundur kerana rakyat sering berkelahi antara satu
sama lain.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
23
• Mencemarkan kesucian Islam dengan melakukan maksiat seperti
percampuran bebas antara jantina dengan berleluasa.
25. Dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan
budaya kuning :
• Dengan menyebarkan berita palsu dan negatif untuk memesongkan
dan menyesatkan pemikiran umat Islam.
• Memberi gambaran yang salah mengenai umat Islam untuk
menjatuhkan maruah umat Islam.
• Menyajikan program hiburan yang keterlaluan dan melalaikan untuk
menjauhkan umat Islam daripada beribadat.
• Menayangkan filem-filem lucah dan ganas yang merosakkan akhlak
umat melalui media elektronik untuk merosakkan akhlak remaja Islam.
• Menyebarkan berita-berita fitnah yang memecahkan perpaduan antara
umat.
• Menerbitkan majalah-majalah lucah yang merosakkan akhlak remaja
melalui Media cetak seperti majalah dan akhbar.
26. Dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman
budaya kuning :
• Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat
membezakan antara yang baik dan buruk.
• Memperkukuh keimanan kepada Allah SWT dengan mendalami bidang
keagamaan.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
24
• Mengamalkan akhlak mulia seperti sentiasa bersabar dalam kehidupan
supaya terhindar daripada perbuatan keji.
• Menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menjauhi perbuatan keji
seperti hasad dengki.
• Mengelakkan diri daripada perbuatan yang negetif seperti melepak dan
membuang masa dengan sia-sia supaya terselamat daripada budaya
kuning.
• Melakukan perkara-perkara positif berfaedah dalam kehidupan seperti
sentiasa berdoa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Menapis kemasukan berita, filem atau majalah supaya terselamat dari
budaya kuning.
PELAJARAN 10 : RABBANIYYAH
Jawapan
1. Maksud Rabbaniyyah :
Semua hukum, konsep, prinsip , nilai dan peraturan Islam adalah secara
mutlak daripada Allah SWT.
2. Prinsip-prinsip Rabbaniyyah ialah :
• Islam agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.
• Islam bersih dan jitu daripada kekurangan.
• seluruh alam dan isinya merupakan hak mutlak Allah SWT.
• Allah SWT sebagai pencipta peraturan hidup.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
25
3. Cara untuk memiliki dan menghayati sifat Rabbaniyyah ialah :
• percaya dan yakin dengan segala rukun iman.
• mengerjakan segala perintah Allah SWT seperti bersolat dan
meninggalkan segala laranganNya.
• berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan
syariat Islam.
• bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari
keredaan Allah SWT.
• berakhlak mulia dan terpuji dalam kehidupan seharian.
PELAJARAN 11 : SYUMULIYYAH
Jawapan
1. Maksud syumuliyyah ialah :
ajaran Islam adalah sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek
kehidupan manusia.
2. Aspek Syumuliyyah dalam konteks keilmuan :
• Ilmu dalam Islam merangkumi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat.
• Islam menggalakan manusia menuntut ilmu yang tidak bercanggah
dengan syarak.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
26
• Islam mewajibkan umatnya menghayati dan mengamalkan ilmu dalam
kehidupan.
3. Aspek Syumuliyyah dalam konteks ekonomi ialah :
• kebebasan mencari, memiliki dan mengurus harta berlandaskan syariat
Islam.
• kewajipan mengeluarkan zakat dan infak pada jalan Allah SWT.
• mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara yang kaya dengan
miskin.
• Mengharamkan penindasan, monopoli, manipulasi dan lain-lain dalam
ekonomi.
4. Aspek Syumuliyyah dalam konteks sosial ialah :
• sistem sosial Islam lengkap dan sempurna yang merangkumi dunia dan
akhirat.
• sistem sosial Islam adalah sesuai pada setiap masa , tempat dan
keadaan.
• sistem sosial Islam tidak membezakan warna kulit dan keturunan
seseorang.
5. Aspek Syumuliyyah dalam konteks perundangan :
• keadilan Islam bersifat sejagat tanpa mengira pangkat dan darjat
seseorang.
• Islam menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
27
• Islam memelihara hak asasi manusia daripada di cerobohi.
• konsep pembalasan dalam perundangan Islam adalah merangkumi
dunia dan akhirat.
• perundangan Islam membela golongan yang tertindas dan lemah.
6. Aspek Syumuliyyah dalam konteks munakahat :
• Sistem munakahat Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi
manusia.
• Sistem munakahat menetapkan hak dan kewajipan suami isteri dan
anak-anak yang mesti di laksanakan.
• Sistem munakahat mengatur sistem kekeluargaan yang sempurna.
7. Aspek Syumuliyyah dalam konteks ibadat :
• ibadat dalam Islam merangkumi ibadat khusus dan ibadat umum.
• setiap amalan dan pekerjaan yang bertujuan untuk mendapat keredaan
Allah SWT dikira sebagai ibadat.
• ibadat dalam Islam sesuai adalah dengan fitrah manusia dan mampu
dilaksanakan oleh semua manusia.
8. Perbezaan di antara ibadat umum dan ibadat khusus berserta contoh:
Perbezaan
Ibadat Umum Ibadat Khusus
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
28
Amalan harian yang dilakukan
bertepatan dengan ajaran Islam dan
diniatkan kerana Allah SWT contoh
bekerja, belajar dan lain-lain.
Segala perbuatan atau amalan yang
dilakukan oleh setiap individu secara
khusus berhubung dengan Allah SWT.
contohnya solat fardu, puasa pada
bulan ramadan, membaca al-quran dan
lain-lain.
PELAJARAN 15: SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
1. Pengertian negara Islam: negara yang mengamalkan system pemerintahan
yang berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah atau negara yang
melaksanakan perundangan,ekonomi,politik social dengan adil dan saksama
berlandaskan syariat Islamiyah
2. Prinsip negara Islam:
i.Musyawarah (as-Syura) bermaksud musyuwarah.Setiap keputusan dan
tindakan dilakukan oleh pemerintah melalui kaedah bermesyuarat dengan ahli
majlis mesyuarat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
29
ii.Keadilan (al-Adalah) bermaksud negara Islam memberikan keadilan kepada
semua rakyatnya tanpa mengira kedudukan bangsa dan warna kulit
iii.Kebebasan (al-Hurriyyah);
-kebebasan untuk mendapatkan hak asasi mereka seperti kebebasan
beragama,bersuara bergerak dan sebagainya.
-Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta
-kebebasan untuk hidup dengan aman dan selamat
iv.Persamaan (al-Musawaah);
-persamaan kepada semua warga negara untuk mendapatkan kemudahan
dan hak sebagai warga negara.
-persamaan dari segi mendapatkan perlindungan dan mencari serta memiliki
harta.
3.Ciri-ciri negara Islam:
- Negara yang berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dalam urusan pentadbiran
negara
-Negara yang melaksanakan amar makruf seperti menyediakan tempat ibadat
kepada umat Islam beribadat dengan sempurna.
-Negara yang melaksanakan nahi munkar seperti mengharamkan premis
perjudian dalam negara
-Negara yang mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyatnya
dalam negara
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
30
-Mempunyai ketua negara yang beriman dan adil yang sentiasa menjaga
kebajikan rakyatnya.
4. Sebab negara Islam perlu ditegakkan:
-Untuk merealisasikan hokum ilahi dalam sesebuah negara
-Untuk menegakkan keadilan kepada semua manusia
-Untuk melaksanakan kebajikan kepada semua manusia
5. Perbezaan negara Islam dan negara bukan Islam:
Negara Islam Negara Bukan Islam
1 Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah
-Berpandukan hokum ciptaan manusia
2 HAk asasi dilindungi -hak asasi manusia tidak terjamin
3 Syura menjadi asas pemerintahan negara
-Pendapat majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan negara
4. Iman dan taqwa sebagai asas dalam pemilihan ketua negara
-Pemilihan pemimpin tidak diambil kira mengenai keimanan dan ketaqwaan
6. Keistimewaan negara Islam:
-Keadilan dapat ditegakkan dengan menyeluruh
-Mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT
-Hak kebebasan rakyat dalam negara terjamin terlaksana
-Kehidupan rakyat dalam keadaan aman dan harmoni.
-Perundangan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam negara
7. Elemen penting dalam pembentukan negara Islam:
-Wilayah/negeri/jajahan/sempada/kawasan/daerah
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
31
-Majlis syura
-Ketua negara/raja/khalifah/sultan/Presiden/Perdana Menteri
-Pentadbiran/penguatkuasaan
-Badan kehakiman
-Undang-undangan/perundangan
-Rakyat
8. Pengertian manusia sebagai khalifah:Manusia adalah pengganti,wakil Allah
SWT yang dipertanggungjawabkan mengatur kehidupan dan memakmurkan
alam berdasarkan syariat Islam.
9. Pengertian khalifah dalam Islam ialah pengganti nabi dalam urusan
menegakkan keagamaan,mentadbir urusan keduniaan.
10. Ciri-ciri khalifah Islam:
-Bertaqwa kepada Allah SWT
-Bijaksana dan berpandangan jauh
-Berani menghadapi cabaran
-Amanah terhadap tugas
-Berilmu dan beramal dengan ajaran Islam
-Adil dalam pentadbiran
-Cekap dalam membuat keputusan
11.Syarat untuk dilantik sebagai khalifah Islam
- Seorang muslim yang mukmin
-Adil dan saksama
-Lelaki
-Berakhlak mulia dan berani
-Berilmu dan memahami masalah negara
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
32
-Berkemampuan dari segi mental dan fizikal
-Berpengaruh dan dari keturunan yang baik-baik
12.Peranan manusia sebagai khalifah:
-Melaksanakan segala perintah Allah SWT SEPERTI MENUNAIKAN SOLAT
-Meninggalkan segala larangan Allah SWT seperti berzina
-Menguruskan alam ini dengan cara yang ditetapkan oleh Allah SWT
13. Ciri-ciri pentadbiran Islam:
-Berasaskan kepada aakhlak Islamiyyah
-Berdasarkan syura
-Mengambil perhatian kepada keperluan diri ,rohani dan jasmani manusia.
-memenuhi tanggungjawab di samping kuasa yang dimiliki
-Berasaskan system rabbani yang telah diciptakan oleh Allah SWT
14.Cara melaksanakan perundingan yang baik dalam sesuatu urusan
pentadbiran.
- Sabar dan tenang ketika melakukan perundingan
-Bersikap tolak ansur/toleransi terhadap sesuatu cadangan yang dikemuka oleh
orang bawahan.
-Menghormati dan berlapangan dada terhadap pendapat orang lain.
PELAJARAN 16 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
Jawapan
1. Pengertian kehakiman Islam
Kehakiman bermaksud suatu keputusan daripada pemerintah/ badan kehakiman
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
33
dalam sesuatu perbicaraan dimahkamah atau menyampaikan hukum syarak
secara penetapan.
2. Matlamat utama sistem kehakiman Islam ialah untuk:
menegakkan keadilan kepada semua rakyat
menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman keatas penjenayah
membela orang yang dizalimi.
Melaksanakan qanun ilahi atau undang-undang Allah SWT dalam negara
3. Prinsip kehakiman Islam
i. Bersifat Rabani.
Ini kerana sistem kehakiman Islam bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis
Rasulullah SAW dalam menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan
dijatuhkan keatas pesalah.
ii. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman
Keadilan merupakan prinsip utama dalam sistem kehakiman Islam. Penghapusan
kezaliman dan penganiayaan adalah kunci utama dalam menjamin kebahagiaan
hidup manusia di dunia dan akhirat
iii. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.
Menyeru kepada kebaikan dengan cara melaksanakan hukuman yang bersifat
pencegahan dan pengajaran kepada manusia, dengan terlaksananya kebaikan
sekali gus kejahatan dapat dihindarkan
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
34
iv. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik
sesama manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain.
Akhlak mulia dapat diamalkan dengan terlaksananya peraturan dan hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
4. Etika kehakiman Islam
Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak samada pendakwa atau
tertuduh
Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya.
Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai
kepentingan.
Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan.
Hakim mestilah mengikuti peraturan keterangan yang telah ditetapkan iaitu,
i. Mendapatkan pengakuan yang bebas dan penuh kerelaan daripada tertuduh
ii. Para saksi dalam pembicaraan mestilah adil dan menepati syarat-syarat kesaksian
yang telah ditetapkan.
iii. Kes yang dibicarakan mestilah dibuktikan melalui bukti-bukti yang nyata serta
boleh diterima oleh semua pihak.
5. Syarat-syarat untuk dilantik sebagai hakim
Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT
Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.
Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai.
Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
35
Seorang yang berani dan tegas dalam menjalankan tugas.
6. Tanggungjawab hakim
Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.
Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang seperti tidak
berada dalam keadaan marah ketika menjatuhkan hukuman.
Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah.
Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan
7. Keistimewaan sistem kehakiman Islam
Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah yang
lebih baik.
Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.
8. Sumber-sumber kehakiman / perundangan Islam
al Quran : Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui
perantaraan Malaikat Jibril atau secara langsung untuk membimbing manusia ke
jalan yang benar demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat
al Sunnah: Segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah tentang
sesuatu perkara yang melibatkan hukum Islam.
Ijmak : Persepakatan para ulamak mujtahid tentang sesuatu perkara
yang tidak jelas hukumnya di dalam al Quran dan al Hadis
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
36
Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu perkara
yang telah termaktub hukumnya di dalam al Quran dan al Sunnah kerana
persamaan dari segi sebabnya / Illat. Contoh : Pengharaman tuak diqiaskan dengan
pengharaman arak
9. Prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa Saidina Umar yang telah
membebaskan hamba yang mencuri unta majikannya kerana tidak membayar
gaji.
dalam menjatuhkan hukuman hakim hendaklah mengenal pasti punca berlakunya
sesuatu jenayah
sekiranya terdapat kezaliman atau paksaan didalam sesuatu kes, hakim
hendaklah mempertimbangkannya dengan seadil mungkin
hakim hendaklah membebaskan tertuduh sekiranya terdapat sebarang keraguan
10. Akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam
perbicaraan.
jenayah tidak dapat dibendung
masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati
berlaku penindasan golongan kuat ke atas yang lemah.
masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan / terancam
11. Kepentingan prosedur kehakiman Islam "hakim tidak boleh menjatuhkan
hukuman dalam keadaan marah" ialah
agar keadilan dapat ditegakkan dan mengelak daripada menjatuhkan hukuman
yang tidak tepat dalam sesuatu kes yang dibicarakan
supaya maruah hakim terpelihara dari sebarang kesilapan.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
37
supaya keputusan mahkamah tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak
supaya Institusi kehakiman dihormati oleh semua pihak.
12. Cara kehakiman Islam menegakkan keadilan.
menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan
pangkat seseorang.
hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan
Semua hukum berlandaskan al-Quran dan al-Hadis
Penghakiman adalah dilakukan secara menyeluruh
13. Peranan hakim selaku pelaksana hukuman.
Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis
Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan
keturunan seseorang
Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.
Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes
14. Ciri-ciri / sifat-sifat Hakim
Seorang yang bekerja dengan niat mencari keredaan Allah SWT
Berilmu pengetahuan yang luas
Seorang yang menguasai dan mendalami al-Quran dan al-hadis
Seorang yang bertakwa dan warak
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
38
Seorang yang berfikiran waras
Seorang yang berwibawa
Seorang yang berpandangan jauh
15. Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam yang bertujuan
menjamin kesejahteraan hidup manusia adalah:
Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam
Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran dalam semua
perkara
Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan masyarakat daripada
melakukan jenayah.
PELAJARAN 17 : SISTEM SOSIAL ISLAM
1 Pengertian sistem sosial Islam:
Sistem sosial Islam ialah perhubungan sesama manusia melalui ikatan undang-
undang Rabbani untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
39
aman damai.
2 Ciri-ciri sistem sosial Islam:
ciptaan Allah SWT
berteraskan perancangan Allah SWT atau batasan Allah SWT dalam pergaulan
menjalin ikatan ukhuwah sesama manusia yang berteraskan akidah, syariat dan
akhlak yang mulia.
3 Matlamat sistem sosial Islam
Untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
Untuk merealisasikan keadilan sosial kepada semua rakyat
Untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
Untuk memakmurkan alam mengikut ajaran Islam.
Untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat
memupuk semangat berkerjasama antara anggota masyarakat untuk
melaksanakan kebajikan
menghindarkan masyarakat dari melakukan dosa dan kezaliman
memupuk ukhuwah Islamiah tanpa mengira warna kulit dan keturunan
menegakkan keadilan sosial dengan memberi kebebasan dan hak tertentu
kepada masyarakat.
4 Aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah
Boleh berubah
Tidak boleh berubah
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
40
- Fesyen pakaian
- Kaeadah mencari dan memiliki
harta
- Methologi menuntut ilmu
-Hukum menutup aurat
-Peraturan mencari dan memilikki harta
-Hukum menuntut ilmu
5 Huraian nilai murni sistem sosial Islam ialah ukhuwwah Islamiah, berkasih
sayang sesama makhluk dan hormat menghormati.
i. Ukhuwwah Islamiah
Sistem sosial Islam menjadikan semua manusia adalah bersaudara tanpa
mengira warna kulit,kedudukan atau pangkat seseorang. Persaudaran dalam Islam
adalah berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
ii. Kasih sayang sesama makhluk
Islam mewajibkan umatnya supaya sama-sama menjaga kebajikan dan keperluan
semua manusia tanpa mementingkan diri sendiri dan berprasangka buruk
iii. Hormat menghormati/ toleransi / bertolak ansur
Masyarakat Islam wajib hormat menghormati antara satu sama lain dalam
pergaulan seharian
6 Bandingan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
41
sistem sosial Islam sistem bukan Islam
berasaskan al-Quran berdasarkan pemikiran
berdasarkan kepada ukhuwah berdasarkan kedudukan, warna kulit dan
lain-lain.
mementing urusan dunia dan akhirat mementingkan kebendaan / keduniaan
semata-mata
7 Alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran
kerana:
remaja mudah terdorong dengan hawa nafsu
remaja mempunyai perasaan ingin tahu dan perasaan ingin mencuba sesuatu
perkara baru tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang bersifat
negatif
8 Peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.
menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi menambahkan ilmu untuk
membangunkan negara seperti ilmu sains dan teknologi
menjauhkan diri dari perkara-perkara negatif yang merosakkan seperti menjauhi
dadah
menceburi bidang kemahiran dan teknologi tinggi seperti ICT dan sebagainya.
9 Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ialah:
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
42
kurangnya penghayatan iman menyebabkan mereka tidak takut kepada azab
Allah swt
kurangnya ilmu agama menyebabkan mereka jahil tentang hukum agama
kurang perhatian daripada ibubapa memyebabkan mereka terbiar dan bebas
melakukan apa sahaja.
pengaruh media massa dan persekitaran serta rakan sebaya yang negatif
10 Usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwah Islamiyah
dikalangan masyarakat.
Sentiasa mengamalkan amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain
Sentiasa memberi dan menjawab salam semasa bertemu dengan orang lain
Sentiasa menunaikan solat secara berjemaah
Sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu
sama lain.
11 Kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan
berlaku permusuhan, pergaduhan dan perpecahan dalam masyarakat.
menggugat kestabilan negara kerana rakyat berpecah belah
melemahkan kesatuan umat Islam dalam semua segi
umat Islam mudah dijajah dan dipermainkan oleh bangsa asing kerana tidak
bersatu
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
43
12 Huraian bagaimana pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai.
Semua ahli keluarga mesti melakukan tanggungjawab masing-masing dengan
baik
Sentiasa mengamalkan sikap bersefahaman, bertolak ansur dan berkasih sayang
dalam keluarga
Semua ahli keluarga mesti amanah dan jujur dalam semua urusan
Semua ahli keluarga mesti sentiasa berkerjasama dalam melakukan kebajikan.
Semua ahli keluarga sentiasa bersama membenteras kemungkaran dalam
keluarga
Semua ahli keluarga sentiasa menjadikan agama sebagai asas pembentukan
keluarga
13 Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah
Anak-anak dikatakan satu amanah kerana ibu bapa wajib menyempurnakan
pendidikan anakanak dengan sempurna supaya menjadi insan bertaqwa
anak-anak dikatakan satu fitnah iaitu apabila ibu bapa lalai dan gagal mematuhi
perintah Allah SWT kerana mengutamakan anak-anak.
14 Alasan yang menyatakan hubungan kekeluargaan amat penting di dalam
sistem sosial Islam:
sistem sosial Islam melahirkan individu yang mampu menyumbang kearah
pembentukan masyarakat berkualiti
Sistem sosial Islam melahirkan ahli masyarakat yang berakhlak mulia ,
penyayang dan amanah
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
44
15 Kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.
memberi nafkah kepada keluarga dengan menyediakan keperluan asas seperti
tempat tinggal, pakaian dan makanan
menjaga keselamatan ahli keluarga daripada perkara yang membahayakan
memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga iaitu ilmu fardhu ain
dan ilmu fardhu kifayah.
16 Kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat
Sentiasa menziarahi ketika mereka sakit
Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan
Sentiasa memberi salam ketika bertemu
Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebajikan
17 Akibat buruk tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga
Kehidupan ahli keluarga akan menderita, kucar kacir dan tiada kebahagiaan
dalam keluarga
Menyebabkan ahli keluarga mudah terlibat dengan perkara-perkara yang
menyalahi hukum syarak seperti sumbang mahram dan sebagainya
Kehidupan keluarga tersebut tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Menyebabkan ahli keluarga tersebut jahil dalam ilmu agama
18 Cara mencapai sistem sosial Islam yang bersifat Rabbani
mengenal dan menghayati sistem sosial Islam
berusaha memperkukuh perpaduan antara satu sama lain
berusaha mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan
syariat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
45
19 Implikasi pengabaian tanggungjawab sosial
Perbalahan dan perpecahan keluarga akan berlaku.
Keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dan negara akan
tergugat
Sumber alam tidak dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat
Gejala sosial akan berleluasa dalam masyarakat
Penyelewengan tanggungjawab dan amanah akan berleluasa seperti rasuah,
pecah amanah dan sebagainya
20 Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan bukan Islam
sistem sosial Islam sistem bukan Islam
Sistem Sosial Islam Sistem Sosial Bukan Islam
- Bersifat Rabani iaitu ciptaan Allah SWT
- Perhubungan sesama manusia diatas
dasar keimanan dan ketakwaan kepada
Allah
- Mengamalkan akhlak mulia walau
dimana saja kita berada
-Ciptaan Manusia
-Perhubungan di atas dasar warna
kulit,bangsa, keturunan dan
kemanusiaan semata-mata
-Akhlak dan nilai-nilai moral tidak
begitu dititik beratkan dalam pergaulan