TITAS : JANGGUT DAN TUDUNG KEPALA DALAM TRADISI BERAGAMA DI MALAYSIA
Disediakan oleh:
RIFAH IZZATI BINTI ABDUL MUTALIF
NIK NUR ADNIN BINTI ABD KARIM
NORMALIZA BINTI MAT ISA
NURUL NABILA NOR HISHAM
FADHLI AB INAHA
PENGENALAN AGAMA
DI MALAYSIA
AGAMA UTAMA DI MALAYSIA
AGAMA ISLAM
• Tuhan - Allah SWT
• Nabi terakhir - Nabi
Muhammad SAW
AGAMA ISLAM
Dunia – 1.6 bilion
Malaysia – 61.3%
Agama rasmi Malaysia
Mazhab aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah
Mazhab fekah – Mazhab Syafi’I
Al-Quran – Sunnah –
Ijma’ - Qiyas
AGAMA HINDU
• Tuhan yang Maha Esa?
• Banyak Tuhan?
• Pendapat yang berbeza.
• Pengikut Hindu memuja Tuhan
melalui ikon (murtis)
AGAMA HINDUM
azh
ab
ShaivismVasihnavismShrauta
Kit
ab
VedasUpanishadsPuranasMahabharataRamayana ManusmritiBhagavad GitaAgamas
Teks
Hin
du
Teologi (Ketuhanan)FalsafahMitologiVedik yajnaUpacara-upacara agamaKuil
AGAMA HINDU
Hinduism
Berasal dari sub-benua,
Nepal dan India
Agama ketiga
terbesar di dunia
Malaysia – 6.3%
AGAMA SIKH
Agama Sikh adalah agama yang dicipta oleh satu Tuhan melalui Sikh
Gurus.
AGAMA SIKH - TUHAN"God is One. He is the Supreme Truth. He the Creator, is without fear and without hate. He is immortal. He is neither born and nor does He die. By Guru's grace
shall He be met. Chant And Meditate on His
Name. In the beginning, He was the Truth.
Throughout the ages, He has been the Truth. He is the Truth now and He
shall be the Truth forever" (Guru Granth
Sahib Ji, 1).
There is only the One Supreme Lord; there is no other at all. Spirit,
soul and body, all belong to Him; whatever
pleases His Will, comes to pass" (Guru Granth
Sahib Ji, 45).
"He has no form, no shape, no color; God is
beyond these three qualities. One
understands Him, O Nanak, with whom God
is pleased" (Guru Granth Sahib Ji, 283).
AGAMA SIKHG
uru Pengasas -
Guru Nanak Dev Ji10 Gurus
Kit
ab Guru Ghranth Sahib JiMaklumat tentang Tuhan dan cara bagaimana hendak menjadi satu denganNya.
5 R
uku
n I
man Kesh
(Rambut)Kanga (Sikat)Kara (Gelang)Kirpan (Pedang)Kachehra (Seluar dalam pendek)
5 p
erk
ara
maksi
at
yan
g
perl
u d
ijau
hi
Kaam (Nafsu)Krodth (Marah)Lobh (Tamak)Moh (Emosi)Ahankaar (Ego)
AGAMA KRISTIAN
Agama Kristian ini ditafsirkan sebagai agama
yang berlandaskan kitab suci Injil yang dibawa
oleh Nabi Isa a.s atau dikenali sebagai Jesus
Christ oleh penganutnya.
Kristian mempercayai bahawa Kitab Injil
diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman
Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya
adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus
1:20-21).
AGAMA KRISTIAN
Doktrin Kepercaya
an
Doktrin Kesucian
Triniti
Doktrin Dosa
Warisan
Doktrin Anak Tuhan
Doktrin Penyaliban Yesus
AGAMA KRISTIAN
Doktrin Kesucian Triniti
Terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga
orang.
1. Bapa2. Anak (Nabi
Isa/Jesus Christ)3. Roh Kudus (Holy
Spirit).
Ketiga-tiga entiti ini dikatakan
mempunyai kesamarataan
kuasa dan sebenarnya adalah
satu entiti yang sama.
AGAMA KRISTIAN
Doktrin Dosa Warisan
Manusia sejak dari lahir telah
pun menanggung dosa.
Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk
menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah
memisahkan manusia daripada Tuhan.
(Roma 5:12, 3:23)
Kristian juga percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit
semula dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan
Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang
percaya kepadanya.(Ibrani 7:25)
AGAMA KRISTIAN
Doktrin Anak TuhanTuhan telah
menurunkan anaknya ke dalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya akan dilahirkan sebagai
anak Tuhan.
Ajaran Kristian mempercayai bahawa Jesus Christ adalah anak Tuhan yang
tunggal. (John 3:16)
Jesus yang dikatakan hampir sama dengan Tuhan, maka Jesus
telah dilahirkan dengan cara yang berlainan tanpa melalui proses
kelahiran manusia yang biasa.
AGAMA KRISTIAN
Doktrin Penyaliban JesusTuhan telah menghantar anaknya yang
tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula atas
tujuan yang sama
Kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda
dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan
hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia.(Ibrani 9:11, 10:10; Roma
6:23, 5:8 )
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA BERDASARKAN SEMUA AGAMA
DI MALAYSIA
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA ISLAM
• Pemakaian tudung kepala adalah satu medium untuk menjalankan salah satu perintah Islam yang wajib ke atas semua wanita beragama Islam, iaitu menutup aurat.
• Tudung yang dipakai mestilah :tidak jarang,
menutupi bahagian dada ( AQ, ayat 31 surah An-Nur ) dan
tidak pula terlalu ‘glamour’ sehingga menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Seorang wanita muslimah patut mengetahui identiti mereka seperti yang disebut dalam ayat surah al-Ahzab
[‘cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu’].
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA ISLAM
• Disokong oleh hadis :
Diriwayatkan dari Aisyah r.a , pada suatu hari Asmak Binti Abu Bakar telah bertemu Rasulullah SAW dengan hanya memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda,
“Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur baligh) tidak harus dilihat badannya melainkan
ini dan ini sahaja” sambil Baginda menunjuk bahagian muka dan dua belah tangannya.
Ini bererti, had aurat seorang wanita yang wajib ditutup adalah keseluruhan badan
kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Oleh itu, wanita beragama Islam
mestilah memakai tudung kepala
untuk melaksanakan
perintah menutup aurat ini.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA ISLAM
• konsep pemakaian tudung dalam Islam bukanlah bertujuan untuk menindas wanita, sebaliknya ia membuktikan Islam mengiktiraf maruah wanita.
Jika dibuat perbandingan :sudah tentu wanita yang berpakaian menjolok mata lebih berpotensi untuk menerima serangan seksual, yakni menjadi mangsa jenayah rogol atau cabul.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA ISLAM
• Sebahagian ulama’ mewajibkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam kerana mereka menganggap wajah wanita adalah aurat.
• Namun begitu, jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Kenapa?
• Jumhur ulama’ merujuk kepada firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31, seperti yang dibincangkan sebelum ini;
“…..dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka…….”
• Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA (PURDAH) DALAM AGAMA ISLAM
• Disokong hadis :
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya.”
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad.
Lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
• Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
• Dalam situasi melibatkan al-Fadhal, Nabi s.a.w hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah sekalipun dia sangat cantik.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA (PURDAH) DALAM AGAMA ISLAM
Hadis riwayat Jabir Bin Abdullah al Ansariy r.a : “Rasulullah SAW memasuki kota Mekah dengan
memakai serban berwarna hitam tanpa melakukan ihram”
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA (SERBAN) DALAM AGAMA ISLAM
‘Amru Bin Jurayth juga meriwayatkan daripada
bapanya:“Saya pernah melihat
Rasulullah SAW berada di atas mimbar dengan memakai
serban berwarna hitam di mana bahagian ekornya
dibiarkan berada di antara dua bahunya’’
Nabi Muhammad SAW memang memakai serban.Hadis2 yang menyebut bahawa Nabi Muhammad memakai serban adalah hadis sahih.
Walaubagaimanapun, hadis2 yang menganjurkan pemakaian serban adalah daif, malah ada yang mawduk.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA (SERBAN) DALAM AGAMA ISLAM
• Hukum Pakai Serban & Pendapat Ulama’
Sunnah
• Memakai serban adalah amalan sunnah yang harus diikuti, kerana ia adalah contoh perbuatan Rasulullah yang tidak bertujuan perundangan.
• Orang yang memakai serban bertujuan mengikut sunnah Nabi Muhammad akan diberi pahala oleh Allah Taala.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(Surah al-Ahzab, 33: 21)
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA (SERBAN) DALAM AGAMA ISLAM
Adat
• Muhammad Rashid Reda & Ibnu Uthaymin ► pakai serban adalah adat kebiasaan, bukan perintah agama. Tiada perintah kuat dlm pensyariatan serban, sebab hadis galakan pakai serban adalah daif.
• Abd al-Aziz Bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi) ► serban termasuk dalam adat orang Arab saja, tidak termasuk dalam amalan sunnah. Untuk Muslim, harus pakai / harus tidak pakai.
• Menurut Al-Qaradawi;
Org yang mengikut apa2 dari perbuatan Nabi Muhammad semata2 dekatkan diri kepada Allah: ini terpuji, tak boleh ditolak. Orang yang melakukannya tidak boleh memaksa orang lain melakukan apa yang dilakukannya itu atau menolak orang yang tidak melakukannya atau menganggap apa yang dilakukannya itu adalah sebahagian daripada intipati agama Islam.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA HINDU
• Tiada sebarang nas yang menyuruh penganut agama Hindu untuk menutup kepala atau memakai tudung kepala.
• Namun begitu, sebarang pakaian yang sopan dan menutupi hampir keseluruhan badan dianggap paling baik.
• Wanita Hindu mungkin memakai tudung atau selendang, tetapi ia bukanlah sebahagian dari ketetapan etika pakaian oleh agama. Hal yang sama juga berlaku dalam kalangan lelaki Hindu, di mana cara berpakaian mereka berbeza mengikut budaya masing-masing.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA SIKH
• Sejarah pemakaian serban ini dapat dilihat melalui pemahaman terhadap pengenalan 5 artikel keimanan (5 Articles of faith) yang telah diperkenalkan oleh Guru Sikh yang kesepuluh, iaitu Guru Gobind Singh pada hari perayaan Vaisakhi pada 1699.
• Sebab utama pemakaian serban dalam agama Sikh adalah: untuk memelihara rambut, memperkenalkan konsep kesamaan (equality) dan untuk memelihara atau mengekalkan identiti seorang
penganut Sikh.
• Bagi wanita pula, mereka juga boleh memakai serban atau memilih untuk memakai selendang tradisional. Selain itu, wanita Sikh juga boleh memakai serban di bawah selendangnya
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA SIKH
5 K = Kesh (rambut yang dibiar panjang dan tidak dipotong), Kangha (sikat kecil yang dibuat daripada kayu), Kara ( gelang besi), Kacchera ( seluar pendek) dan Kirpan (pedang kecil).
• Signifikan Kesh sebagai salah satu artikel keimanan
• Rambut sesorang merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan. Jadi, perbuatan membiarkannya panjang dan tidak dipotong menunjukkan bahawa seseorang rela menerima kurniaan Tuhan sepertimana yang telah dijadikan.
PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM AGAMA KRISTIANTelah dinyatakan di dalam kitab Bible bahawa pemakaian tudung ini adalah wajib bagi setiap
wanita Kristian terutama sewaktu upacara keagamaan. Kitab Bible 1 Korintus, Bab 11 :11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
Tudung bagi seorang perempuan bukan sekadar hiasan mencantikkan wajah dan penampilan. Sebenarnya ia adalah lebih daripada itu, iaitu tudung adalah tanda kewibawaannya.
Sekiranya wanita kristian memakai tudung, ini menunjukkan tahap kewibawaan mereka terhadap agama mereka sendiri.
JANGGUT DALAM TRADISI BERAGAMA DI MALAYSIA
Amalan penyimpanan janggut di Malaysia merupakan suatu perkara yang biasa dilihat Terdapat beberapa agama di Malaysia yang mengamalkannya.
JANGGUT DALAM TRADISI AGAMA ISLAM DI MALAYSIA
• Hukum penyimpanan janggut merupakan sunnah nabi, tapi hukum ini berbeza bagi setiap mazhab yang wujud. Berikut dibawakan hukum menyimpan janggut mengikut empat mazhab yang mashyur. (Rumusan al-Qaradawi dalam Fiqh Thaharah)
• Dr. Yusuf Qaradawi, iaitu hukumnya sunat mu'akkad dan mencukurnya tanpa keperluan ialah makruh.
JANGGUT DALAM TRADISI AGAMA HINDU DI MALAYSIA
• Teks purba mengenai janggut bergantung kepada Deva dan ajaran yang lain, yang berbeza-beza.
• Ramai Sadhus, Yogi, atau pengamal Yoga menyimpan janggut, dan mewakili semua keadaan hidup.
• Pertapa Shaivite umumnya mempunyai janggut, kerana mereka tidak dibenarkan untuk memiliki apa-apa, termasuk pisau cukur sendiri.
• Lelaki Vaishnava, sering bercukur licin sebagai tanda kebersihan.
JANGGUT DALAM TRADISI AGAMA SIKH DI MALAYSIA
• Apabila seseorang penganut Sikh memohon amrit, iaitu menjadi anggota Persaudaraan Khalsa, mereka diminta untuk tidak boleh memotong atau mencukur sebarang rambut di mana-mana bahagian badannya.
• Dilarang untuk memotong atau mencukur rambut dari mereka bayi lagi sehinggalah mereka dewasa sebab mana-mana rambut atau bulu di anggota badan adalah anugerah tuhan.
• Selain itu, memotong rambut kepala dapat memusnahkan tenaga dari Chakra Sahasrara (Crown Chakra).
• Sebab ketiga adalah memotong rambut badan dapat merosakkan aura yang terdapat di sekeliling badan mereka.
• Keempat, menyimpan rambut yang panjang dan menjaganya dengan teliti dipercayai sebuah amal ibadat untuk Tuhan mereka.
JANGGUT DALAM TRADISI AGAMA SIKH DI MALAYSIA
• Yang kelima, rambut, janggut dan dastar akan menjadi sebuah simbol untuk membezakan di antara penganut agama Sikh dengan penganut agama lain.
• Selain itu, rambut dan janggut adalah simbol ketaatan kepada Tuhan dan Guru mereka di dalam agama Sikh.
• Seterusnya, rambut kepala dan badan yang tebal dapat memberi kekuatan dan mengurangkan kepanasan badan.
• Sebab yang kelapan dan terakhir, menyimpan dan menjaga rambut kepala yang panjang dapat mendidik seseorang menjadi seorang yang lebih bersopan dan bertanggungjawab.
JANGGUT DALAM TRADISI AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA
• Kini, ahli-ahli masyarakat agama Katolik, terutamanya mereka yang berasal dari Franciscan, gunakan janggut sebagai tanda kerjaya mereka.
• Sejarah menunjukkan gereje Katholik ada masanya membenarkan ada masanya melarang penyimpanan bulu muka dalam kalangan ulama.
• Sebahagian besar Roman atau Latin-upacara ulama adalah bercukur licin.
• Walaupun kebanyakan orang Kristian Protestan menganggap janggut sebagai perkara pilihan, ada yang telah menjadi peneraju dalam fesyen secara terbuka menggalakkan pertumbuhan sebagai “tabiat yang paling semula jadi, kitab, jantan dan bermanfaat”.
• atau dengan mengharamkan bercukur sama sekali, seperti dalam kes beberapa Gereja Presbyterian.
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN JANGGUT DALAM TRADISI BERAGAMA DI MALAYSIA
• KONSEP: Pemakaian tudung dan menutup aurat adalah wajib- dinyatakan dalam Surah An-Nur ayat 31
: pemakaian serban dan purdah adalah harus- boleh memilih untuk
memakainya atau tidak-tidak menjadi kesalahan
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM
AGAMA ISLAM
Realiti:
1)Trend tudung: mengikut artis pujaan. Contoh, turban, hana tajima, gaya tudung Diana Amir dan Siti Nurhaliza. Ingin menjadi lebih cantik dan mengikut gaya semasa.
2) Purdah- kain yang dipakai untuk menutup sebahagian wajah. bergantung kepada individu-tidak berdosa mengamalkannya atau tidak
3) Diskriminasi- terdapat majikan yang tidak mengambil pekerja bertudung
4) Had dan limitasi daripada undang-undang - Hjh Halimatussaadiah bte Hj Kamaruddin v Public Services Commission, Malaysia & Anor dan kes Mior Atiqulrahman
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DALAM
AGAMA ISLAM
KONSEP:
Amalan penyimpanan janggut adalah amalan sunnah yang banyak kali ditegaskan dalam hadis Nabi Muhammad. Janggut merupakan rambut yang tumbuh pada kedua belah pipi dan dagu. Jadi, semua rambut yang tumbuh pada dagu, di bawah dua tulang rahang dan pipi dipanggil janggut.
REALITI:
1) Sunnah
2) Fesyen
3) Persepsi
KONSEP V REALITI JANGGUT DALAM AGAMA ISLAM
KONSEP:
• Memakai selendang bukanlah disebabkan agama tetapi disebabkan budaya.
• Sesetengah penganut agama Hindu yang berada dalam kelompok konservatif di India atau di mana-mana sahaja menutup kepala mereka dengan selendang tetapi komuniti Hindu yang lain tidak mengamalkan perkara itu.
• Misalnya, seorang yang beragama Hindu di perkampungan kecil di Rajasthan akan menutup kepala atau rambut dengan kain menutup kepala, tetapi seseorang yang beragama Hindu di Malaysia atau Bombay tidak memakai kain penutup kepala. Malah, dalam perkahwinan juga bukanlah satu kewajipan untuk wanita memakai tudung kepala, sekali lagi menekankan pengaruh budaya sekalipun ianya diamalkan.
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN
JANGGUT DALAM AGAMA HINDU
KONSEP:
• Manakala konsep janggut di dalam agama Hindu tidak menyatakan apa-apa tuntutan mengenai perihal penyimpanan janggut.
• Janggut yang disimpan kebanyakan adalah disebabkan gaya yang mengikut peredaran semasa dan tiada halangan atau paksaan dalam menyimpan janggut dalam agama Hindu.
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN
JANGGUT DALAM AGAMA HINDU
KONSEP:
1) Upacara Keagamaan
2) Kepercayaan – pembuktian kepada kepatuhan kepada ajaran guru dan kitab suci.
3) pemberian Tuhan kepada penganut agama Sikh
REALITI:
1) Upacara keagamaan-anak-anak muda
2) Majlis perkahwinan yang diadakan di kuil sahaja
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN
JANGGUT DALAM AGAMA SIKH
KONSEP:
• Pada zaman pertengahan Eropah, ramai wanita yang memakai tudung serta berpakaian menutup aurat. Di dalam Corinthians 11:5 menjelaskan bahawa,
“Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itu adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”
REALITI
• Disebabkan itu, wanita Kristian bukan hanya memakai tudung sewaktu mereka melakukan upacara keagamaan malah mereka juga bertudung di tempat awam sekiranya mereka keluar. Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka diwajibkan memakai tudung. Sebagai bukti, terdapat banyak lukisan, patung-patung serta gambar-gambar di tingkap terutamanya di gereja menunjukkan wanita memakai tudung seperti St. Mary.
• tiada tuntutan agama bagi penyimpanan janggut bagi golongan Kristian melainkan hanya sebagai keinginan berfesyen. Sungguhpun begitu, kebanyakan kaum Cina yang beragama Kristian di Malaysia tidak memilih untuk menyimpan janggut.
KONSEP V REALITIPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN
JANGGUT DALAM AGAMA KRISTIAN
KESIMPULANPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN JANGGUT DALAM TRADISI BERAGAMA DI MALAYSIA
Pemakaian tudung kepala mahupun janggut bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia.
Semua pihak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mempertahankan tradisi pemakaian tudung dan janggut agama masing-masing kerana ada sebab kenapa ada suruhan untuk berbuat demikian.
Melengkapkan diri sebagai penganut agama yang bukan hanya pada nama, tetapi turut menjadikan suruhan atau perintah agama sebagai amalan.
KESIMPULANPEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN JANGGUT
DALAM TRADISI BERAGAMA DI MALAYSIA