TINJAUAN PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
MASTERI BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI DAERAH KUANTAN PAHANG
RIZALMAN BIN ABDUL MAJID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TINJAUAN PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
MASTERI BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI DAERAH KUANTAN PAHANG
RIZALMAN BIN ABDUL MAJID
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
iii
DEDIKASI
Untuk kedua-dua ibu bapaku yang dikasihi Abdul Majid Bin Samsudin
dan Zaiton Binti Jera’ai serta mertuaku, segala budimu tetap dikenang
hingga ke akhir hayat. Buat isteri tercinta Shuhaida Wati Binti Azemi
dan adik-adik, dorongan dan sokongan yang telah kalian berikan
mengajarku erti ketabahan. Dengan ketabahan, pengorbanan dan doa
restu kalian, kejayaan ini dapat dicapai akhirnya.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah s.w.t selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izinNya memberi
kekuatan dan ketabahan hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda
(PSM) bagi memenuhi syarat penghargaan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan jayanya.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Tuan Haji Kandar Bin
Selamat di atas bimbingan, tunjuk ajar dan pandangan yang bernilai bagi
membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pengetua-
pengetua serta guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah-sekolah
Menengah di daerah Kuantan yang terlibat kerana telah memberi keizinan dan
kerjasama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah
berkenaan.
Akhir sekali kepada isteri tercinta Shuhaida wati Bt. Azemi , terima kasih
juga diucapkan kerana membantu dan memberi perangsang serta dorongan
semasa membuat kajian ini. Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa
kalian diberi ganjaran kebaikan. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana guru berpengetahuan
dalam melaksanankan kaedah-kaedah pengajaran tertentu dan adakah guru
mengamalkan pendekatan pembelajaran masteri dalam pengajaran. Instrumen
kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diedarkan kepada 56 orang guru
yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di lapan buah
Sekolah Menengah di daerah Kuantan Pahang. Reka bentuk kajian yang
digunakan adalah berbentuk deskriptif .Guru – guru ini diminta mengisi borang
soal selidik yang merupakan maklumat latar belakang pengetahuan dan berkaitan
dengan sikap dan peranan mereka dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran . Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS for Window Version 11.00 (Statistical Package For Social Science). Hasil
kajian mendapati bahawa pengetahuan guru dalam melaksanakan kaedah-kaedah
pengajaran kearah pembelajaran masteri adalah sederhana dan rendah. Ini
mempengaruhi sikap dan keupayaan guru dalam pengajaran.Dapatan kajian juga
mendapati bahawa guru memperolehi pengetahuan adalah melalui kursus-kursus
yang disertai serta melalui inisiatif diri sendiri seperti melalui pembacaan.
Beberapa cadangan yang berkaitan dikemukakan juga dalam kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to survey teacher knowledge to implement
the teaching method in the classroom and whether the teachers were applied the
Mastery Learning to their teaching. The research instrument utilized a
questionnaire to collect data from 56 teachers that teaching the Kemahiran Hidup
Bersepadu from eight schools of Sekolah Menengah Kuantan Pahang. The
method used in this study is descriptive. They were asked to fill in questionnaire
which were primarily concerned with knowledge and attitude of teachers towards
the roles and activities in teaching and learning process. The result are analysed
using the Statistical Package for Social Science Version 11.0. The findings of this
study revealed that the teachers knowledge about teaching and learning process
were moderate. This factor can be influencing their attitude and capability in
teaching. The result in this study show’s teacher gains some knowledge through
courses and their own initiative by reading. The recommendations of the study
were also discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
HALAMAN SENARAI JADUAL xii
HALAMAN SENARAI RAJAH xiii
HALAMAN SENARAI SINGKATAN xv
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Kepentingan Penyelidikan 10
1.6 Batasan Kajian 11
viii
1.7 Definisi 11
1.7.1 Pendekatan 11
1.7.2 Pendekatan Pengajaran dan 11
Pembelajaran
1.7.3 Pendekatan Pembelajaran Masteri 11
1.7.4 Pembelajaran Masteri 11
1.7.5 Pengajaran 12
1.7.6 Pembelajaran 12
1.7.7 Sikap 13
1.7.8 Kurikulum 13
1.7.8 Kepimpinan pengajaran 14
1.7.9 Pelaksanaan 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Latar Belakang Kemahiran Hidup 16
Bersepadu
2.2 Perlaksanaan P & P dalam KBSM 19
2.2.1 Kemahiran Belajar 24
2.2.2 Kemahiran Berfikir 24
2.2.3 Kemahiran Koperatif 25
2.2.4 Pembelajaran Masteri 26
2.3 Faktor-Faktor Pelaksanaan Pengajaran
Dan Pembelajaran di Sekolah 30
2.3.1 Aktiviti Pengajaran Guru 30
ix
2.3.2 Program Perkembangan Staf 33
2.3.3 Panatia Mata Pelajaran 36
2.3.4 Kepimpinan Pengajaran 37
BAB III METADOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 40
3.1 Rekabentuk Kajian 40
3.2 Prosedur Persampelan 41
3.3 Instrumen 41
3.3.1 Bahagian A (Item 1-15) 42
3.3.2 Bahagian B (Item 16-26) 42
3.3.3 Bahagian C (Item 27-46) 43
3.4 Kajian Rintis 44
3.5 Prosedur kajian 45
3.6 Analisis Data 46
3.7 Kesimpulan 47
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan 48
4.1 Analisis Data 48
4.2 Analisis Bahagian A : Latar Belakang 49
Responden
4.2.1 Analisis Item Tentang Pengetahuan 54
Guru Dalam Melaksanakan Kaedah
Pengajaran Ke Arah Pembelajaran
Masteri.
4.3 Analisis Bahagian B 59
4.3.1 Analisis Item Tentang Perlaksanaan 57
Pendekatan Pembelajaran Masteri
Oleh Guru Dalam Pengajaran
x
4.4 Analisis Bahagian C 60
4.4.1 Analisis Item Tentang Sikap Dan 61
Penerimaan Guru Terhadap
Perubahan Kurikulum Dalam P & P
4.4.2 Analisis Item Tentang Peranan 63
Kepimpinan Kurikulum Di Sekolah
4.4.3 Analisis Item Tentang Masalah 65
-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru
Untuk Melaksanakan Pendekatan
Pengajaran Masteri.
4.5 Kesimpulan 66
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 67
5.1 Rumusan 68
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Adakah Guru Berpengetahuan 70
Dalam Melaksanakan Kaedah
-Kaedah Pengajaran Ke Arah
Pendekatan Pembelajaran Masteri
5.2.2 Adakah Guru Mengamalkan 71
Pendekatan Pembelajaran Masteri
Dalam Pengajaran
5.2.3 Apakah Sikap Dan Penerimaan 73
Guru Terhadap Perubahan
Kurikulum Dalam P & P
5.2.4 Adakah Kepimpinan Di Sekolah 74
Berperanan Membantu Guru Dalam
Melaksanakan Proses P &P
xi
5.2.5 Adakah Guru Menghadapi Masalah 76
Dalam Melaksanakan Pembelajaran
Masteri Di Sekolah
5.3 Cadangan 77
5.3.1 Cadangan Kepada Guru 77
5.3.2 Cadangan Kepada Pihak Pentadbir 78
Yang Berkaitan
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.5 Penutup 80
BIBLIOGRAFI 81-85
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Masalah guru dalam melaksanakan 20
pengajaran mata pelajaran KBSM
3.1 Taburan item soalan dalam kajian 44
4.1 Taburan responden berdasarkan sekolah 49
4.2 Taburan responden mengikut mata pelajaran 50
4.3 Taburan responden mengikut kaum 51
4.4 Taburan responden mengikut jantina 51
4.5 Taburan responden mengikut umur 52
4.6 Taburan responden mengikut kelayakan ikhtisas 52
4.7 Taburan responden mengikut pengalaman 53
4.8 Taburan responden mengikut tugas di sekolah 53
4.9 Pengetahuan guru tentang aktiviti-aktiviti P & P 55
dalam pembelajaran masteri
4.10 Sumber pengetahuan guru dalam aktiviti-aktiviti 56
P & P
4.11 Analisis item tentang amalan guru dalam aktiviti 58
-aktiviti pendekatan pembelajaran masteri
4.12 Skala likert dalam tiga aras pemeringkatan 60
4.13 Analisis item berdasarkan sikap responden 61
terhadap perubahan P & P
4.14 Analisis item berdasarkan peranan kepimpinan 63
kurikulum di sekolah
4.15 Analisis item berkaitan masalah-masalah yang 65
dihadapi oleh guru untuk melaksanakan
pendekatan pengajaran masteri
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
2.2 Langkah-Langkah Dalam Pembelajaran Masteri 29
xv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
GPK HEM - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
GPK 1 - Guru Penolong Kanan 1
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
JNS - Jemaah Nazir Sekolah
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif
KBMP - Ketua Bidang Mata Pelajaran
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPMP - Ketua Panatia Mata Pelajaran
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SM - Sekolah Menengah
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Borang Soal Selidik 86
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 87
Di Sekolah Menengah Di Daerah
Kuantan, Pahang.
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 89
Daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia(BPPDP)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Adalah menjadi harapan negara kita untuk mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi
kesemua aspek kehidupan secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di
pandang berat oleh negara jika ingin merealisasikan wawasan tersebut. Oleh
sebab itulah bidang pendidikan ini akan sentiasa diberi peruntukan tinggi pada
setiap kali belanjawan negara dibentangkan.
Sejajar dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju,
institusi adalah wadah utama untuk merealisasikan hasrat tersebut. Institusi
pendidikan merupakan organisasi yang membantu kerajaan dalam mencapai
matlamat pendidikan negara. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk
menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui
perkembangan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek dengan Falsafah Kebangsaan (Ahmad,1997).
Kecemerlangan dalam bidang akademik adalah merupakan matlamat
utama para pelajar dan harapan pihak ibu bapa serta sekolah. Pencapaian
akademik pula berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
2
Pendidikan pula merupakan suatu institusi masyarakat yang sangat penting di
samping institusi keluarga, agama, undang-undang dan sebagainya. Melalui
pendidikan , masyarakat dapat menyalurkan kebudayaan, cara hidup dan pelbagai
bidang ilmu dan kemahiran satu generasi kepada satu generasi yang lain.
(Zakaria, 1995)
Menurut Ee Ah Meng (1989), Pendidikan merupakan satu proses
menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu
dari semua aspek, iaitu jasmani, akal,emosi,social, seni da moral. Dengan kata
lain, ia bertujuan untuk memperkembangkan individu supaya hidup dengan
sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan
juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna.
Hasil dari Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1975 – 1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah dilaksanakan pada 1981, Manakala Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) telah dilaksanakan di semua sekolah menengah pada 1989
(Ee Ah meng, 1996). Terlaksananya KBSR dan KBSM telah berlaku perubahan
dalam pendidikan dengan wujudnya falsafah, kandungan, strategi pengajaran dan
pembelajaran serta struktur organisasi sesuatu mata pelajaran yang baru. Dalam
KBSM mata pelajaran teras dan elektif telah diwujudkan.
Di dalam pelaksanaan KBSM, umumnya semua pelajar wajib mengambil
mata pelajaran Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup (yang mempunyai unsur
teknologi) agar setelah tamat pendidikan sehingga tingkatan tiga atau lima,
mereka celik sains dan teknologi. Bagi mereka yang berminat atau berkebolehan
dalam sains dan teknologi, mereka boleh mengambil mata pelajaran pilihan sains
dan teknologi sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran di institusi
pengajian tinggi nanti.
3
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah merupakan satu mata
pelajaran teras berunsurkan teknologi di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mata
pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan
masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar
dengan dasar dan keperluan negara. Ia juga merupakan sebahagian usaha
pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan.
Sungguhpun begitu, Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua iaitu teras
dan pilihan. Bahagian teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka
Bentuk dan Teknologi. Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang
iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan
dan Keusahawanan. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan
ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang
sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Pendidikan dialaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan
dalam membangunkan dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbangi
kehendak dan wawasan negara kearah sebuah negara maju menjelang tahun 2020
nanti.
Menurut Wan Mohd. Zahid bin Wan Nordin, sistem pendidikan negara
memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Mendidik manusia menjadi baik bukanlah perkara
mudah.Manusia sedemikian tidak boleh dilahirkan dalam tempoh sekelip mata,
sebaliknya memerlukan usaha berterusan beerti ‘berusaha terus berusaha’. Dalam
proses ini tidak harus wujud sebarang percanggahan yang boleh mengugut usaha
membina manusia baik ini (Berita Harian, Rabu, 16 Februari, 2000).
Menurut Sharifah Alwiyah (1986), setiap guru mempunyai gaya, teknik
serta kebolehan yang berbeza-beza untuk melaksanakan proses pengajaran dan
ianya bergantung kepada personaliti, pengalaman serta latihan yang diterima.
Menurutnya lagi, walaupun terdapat perbezaan dari segi penyampaian dan
pengendalian aktiviti pengajaran, namun begitu kaedah yang digunakan dalam
proses P & P masih sama.Beliau menekankan bahawa tiada satu pun kaedah
pengajaran yang paling berkesan untuk semua situasi pengajaran kerana kaedah
yang digunakan hendaklah sama disesuaikan dengan mata pelajaran dan situasi
pengajaran. Guru harus mengetahui, memahami dan dapat menggunakan kesemua
kaedah serta dapat memilih kaedah yang paling berkesan untuk pengajarannya.
5
Manakala menurut Asmariza (2001), proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan dalam sistem pendidikan adalah merupakan satu sistem
pendidikan yang dianggap kompleks. Ia juga perlu melibatkan kemahiran dan
latihan dalam pendekatan, kaedah dan teknik. Seorang guru perlu memahami
konsep pengajaran serta mempunyai persediaan yang mencukupi dari aspek ilmu
pengetahuan tentang menggunakan kaedah-kaedah pengajaran. Penyampaian
pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang dapat mencapai objektif-
objektif pengajaran yang diingini dalam proses pengajaran. Sungguhpun begitu,
penerimaan pelajar terhadap sesuatu penyampaian tidak semestinya berdasarkan
kepada kaedah yang digunakan oleh guru sahaja tetapi seharusnya
menitikberatkan tahap kebolehan atau kecerdasan serta minat pelajar yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang.
Di sekolah, guru merupakan pelaksana kurikulum yang mempunyai
peranan dan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengajaran yang berkesan serta menyediakan suasana persekitaran yang kondusif
untuk pembelajaran berkesan . Dapatan dari beberapa kajian ilmiah mengenai
perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan KBSM oleh
Azizah (1987); Sharifah Nor (1994) dan Zainun dan rakan-rakan (1995)
dirumuskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) sebagai terdapat jurang
pemisah diantara perancangan kurikulum dengan realiti pelaksanaan di dalam
bilik darjah.
Sungguhpun begitu, kajian yang dijalankan oleh Nik Aziz dan Ng (1991)
juga mendapati bahawa kurikulum yang diharapkan, kurikulum yang
dilaksanakan dan kurikulum yang dicapai oleh murid adalah berbeza antara satu
sama lain. Kajian oleh Zuber (1999) ke atas guru-guru di negeri Selangor
mendapati bahawa guru menghadapi masalah dalam menyediakan bahan bantu
6
mengajar (75.8%), menentukan aktiviti pembelajaran murid (65.3%) dan
merancang kaedah pengajaran (60.1%).
Berdasarkan dapatan-dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa guru
menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM
yang meliputi pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek pedagogi. Oleh itu
KPM melalui JPT telah mengemukakan beberapa strategi dalam pendekatan P&P
yang dikatakan dapat mencapai matlamat tersebut seperti Kontekstual,
Konstruktivisme, pembelajaran Koperatif dan pembelajaran penguasaan (Mastery
Learning).
Oleh itu untuk kajian ini , penyelidik akan memberi fokus kepada
pendekatan-pendekatan ke arah pembelajaran masteri dalam pengajaran KHB.
Pembelajaran masteri merupakan salah satu kaedah yang dianggap berkesan
sebagai strategi dalam pengajaran Menurut Bloom et.al (1981), strategi
pembelajaran masteri menggunakan penilaian rujukan kriteria boleh mengenal
pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan di kalangan pelajar yang mengikuti
kursus-kursus tertentu. Manakala menurut Guskey (1985), dalam pembelajaran
masteri, penentuan kriteria-kriteria mengenai pencapaian minimum dan piawai
yang dikehendaki daripada setiap pelajar yang mengikuti kursus tertentu harus
dipertimbangkan sebagai peringkat pencapaiannya, supaya tindakan susulan boleh
direncanakan bagi membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran spesifik
berdasarkan pencapaian minimum dan piawai tersebut.
Melalui pelaksanaan pembelajaran masteri, guru-guru perlu terlebih
dahulu menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai, mngubahsuaikan kaedah
atau aktiviti P&P berdasarkan tahap kebolehan pelajar, melatih pelajar dalam
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menguasai apa
7
yang diajar melalui ujian diagnostik; menjalankan aktiviti pemulihan dan
pengayaan dan menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif (Guskey, 1985).
Sememangnya diakui bahawa kejayaan pelaksanaan proses P&P sangat
bergantung kepada kebolehan guru untuk mengolah perkara yang kurang
difahami oleh pelajar melalui sesuatu aktiviti pengajaran dengan menggunakan
pendekatan yang sesuai dengan semua faktor yang mungkin seperti jenis pelajar,
gaya pembelajaran pelajar, kemudahan fizikal dan sebagainya. Mutu pengajaran
yang baik bergantung kepada pengalaman ikhtisas guru yang berkaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran, sikap, budaya sekolah dan sokongan rakan sejawat
serta pentabir sekolah. Oleh itu melalui penguasaan pengajaran yang baik, guru
akan lebih berkemampuan untuk membuat keputusan, mengelolakan aktiviti-
aktiviti P&P, menilai serta melaksanakan operasi kawalan disiplin di kalangan
pelajar. Inilah antara perkara-perkara yang akan menjadi fokus kepada penyelidik
dalam kajian ini.
8
1.2 Pernyataan Masalah
Kejayaan pelaksanaan proses P & P memerlukan pemahaman guru yang jelas
mengenai ciri-ciri persekolahan dari dimensi kerja, ilmu dan profesionalisme
supaya tidak menjadi faktor kekangan dalam mengimplimentasinya kelak.
Pengajaran adalah satu proses dari seorang pengajar kepada pelajar. Pengajaran
yang efektif adalah pendekatan yang sistematik yang bersesuaian dengan
kebolehan sedia ada dan minat pelajar.
Oleh itu kajian ini dilakukan bagi meninjau pengetahuan dan kemahiran
guru dalam melaksanakan pengajaran ke arah pembelajaran masteri.di Daerah
Kuantan Pahang. Di samping itu kajian juga dibuat bagi meninjau aktiviti-aktiviti
penyampaian guru dalam melaksanakan pendekatan P&P masteri , faktor-faktor
yang boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran ini secara bermakna
di bilik darjah serta masalah-masalah guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran yang bermakna membawa pengertian bahawa penyampaian sesuatu
pengetahuan melalui pelbagai kaedah dan bahan pengajaran agar pelajar dapat
menguasai kemahiran serta nilai menepati objektif sesuatu P&P.
9
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dibincangkan di atas, maka
secara khususnya objektif kajian ini dinyatakan seperti berikut :
i. Meninjau pandangan guru terhadap perancangan penyampaian isi
kandungan Kemahiran Hidup Bersepadu dalam pembelajaran
Masteri.
ii. Meninjau pandangan guru terhadap aktiviti penyampaian isi
kandungan Kemahiran Hidup Bersepadu.
iii. Meninjau pandangan guru terhadap faktor - faktor yang
membolehkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran masteri .
iv. Meninjau pandangan guru terhadap faktor - faktor yang
menghalang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran masteri
1.4 Persoalan Kajian
i. Adakah guru berpengetahuan dalam melaksanakan kaedah-kaedah
pengajaran ke arah pendekatan pembelajaran Masteri ?
ii. Adakah guru mengamalkan pendekatan pembelajaran Masteri
dalam pengajaran ?
iii. Apakah sikap dan penerimaan guru terhadap perubahan kurikulum
dalam P&P ?
iv Adakah kepimpinan di sekolah berperanan membantu guru dalam
melaksanakan proses P&P ?
v. Adakah guru menghadapi masalah dalam melaksanakan
pembelajaran masteri di sekolah ?