_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
1
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)
PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN PARLIMEN MALAYSIA
TUJUAN Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan :
1.1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya kebakaran;
1.2. Pasukan Keselamatan Kebakaran, Pegawal
Keselamatan dan penyelenggara bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran;
1.3. Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada
dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat; dan
1.4. Pemindahan penghuni daripada bangunan dapat
dilakukan dengan teratur dan pantas.
PENGGUNAAN DAN SKOP SOP 2. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia, Pasukan Keselamatan Kebakaran, Pegawal Keselamatan dan penyelenggara bangunan semasa di ancam kebakaran.
3. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan Parlimen Malaysia.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
2
RINGKASAN PROSEDUR 4. Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu :
4.1. Membunyikan penggera kebakaran (sounder);
4.2. Membuat pengumuman siaraya;
4.3. Cuba melawan kebakaran( jika kebakaran kecil );
4.4. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Keselamatan Kebakaran, Pengawal Keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan;
4.5. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan
bekalan kuasa;
4.6. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi;
4.7. Berkumpul ditempat yang selamat (Assembly Point
[AP]) dan merekodkan kehadiran ; dan
4.8. Mengosongkan bangunan (pengungsian). TAKRIF 5. Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai dan kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran :
5.1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan
pengosongan bangunan. Pengosongan boleh dilaksanakan dalam keadaan berikut :
i) Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan;
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
3
ii) Terdapat Laluan menyelamat diri; iii) Tempat berkumpul; dan iv) Mengambil kedatangan.
5.2. Tempat berkumpul (Assembly Point) ialah satu
lokasi yang jauh dari lokasi kebakaran, selamat dan terlindung dari bahaya kebakaran. Kawsan yang dikenalpasti sesuai sebagai tempat berkumpul adalah di kawasan parkir Zon A.
5.3. Isyarat berlakunya kebakaran (Call Point) ialah
penggera kebakaran. 5.4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi :
• Cara membunyikan penggera kebakaran; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan • Melawan Kebakaran.
5.5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut :
i) Bunyi loceng putus-putus :
• Bersedia untuk mengosongkan bangunan. • Tutup suis lampu dan peralatan letrik. • Tutup semua tingkap dan pintu. • Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah
terbakar dari terdedah.
ii) Bunyi loceng berpanjangan :
• Apabila mendengar loceng berpanjangan,
ataupun arahan melalui PA Sistem, tindakan mengosongkan bolehlah bermula; dan
• Tim Respon Kecemasan yang diarahkan oleh Komander Insiden/ Pegawai Bertugas untuk membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ menyelamat, hendaklah menjalankan tugas masing-masing.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
4
iii) Jenis-jenis kelengkapan kebakaran
a) Sistem amaran awal
• Sistem Penggera Manual; dan • Sistem Pengesanan Kebakaran
Automatik : - Pengesan Haba (Heat Detector) - Pengesan Asap (Smoke Detector)
b) Peralatan melawan kebakaran
• Alat Melawan Kebakaran Manual :
- Alat Pemadam Api Mudah-alih (Fire Extinguisher)
- Salur bantu mula (Hose Reel) - Sistem Wet Riser - Pili Bomba (Hydrant)
• Automatik :
- Semburan (air) / Sprinkler - Fire Surpression System
I. Karbon Dioksida (CO2) II. Inert Gas System
KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB 6. Pasukan Keselamatan Kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan disetiap dan tingkat bangunan dalam Kompleks Parlimen Malaysia apabila berlaku sesuatu kebakaran.
7. Ketua Tim Respons Kecemasan hendaklah diberi latihan dan pendedahan tentang aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran.
8. Pengawal Keselamatan atau Pasukan Keselamatan Kebakaran perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh Bomba serta memperolehi sijil kelayakan kebakaran.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
5
9. Petugas Penyelenggara Bangunan semasa kecemasan hendaklah dipilih dari kakitangan yang mahir dalam aspek memadam kebakaran.
PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK
Tindakan pada kebakaran peringkat kecil.
1.
Membunyikan penggera kebakaran (call point) dengan cara memecahkan kaca pada panel (glass break – red) yang paling berhampiran (rujuk Pelan Kedudukan Zon Kebakaran) dan menjerit Api! Api! Api!
Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran.
2.
Menghubungi Pengawal Keselamatan/Jabatan Bomba
Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran.
3.
Perhatian terhadap penggera kebakaran akan berbunyi sebanyak dua (2) kali. Kali pertama mengambil masa lebih kurang 15 saat, dan kali kedua akan berbunyi berterusan. Bunyi kecemasan 15 saat pertama adalah sebagai langkah berja-jaga.
Pegawai dan Kakitangan Bangunan Parlimen Malaysia.
4.
Cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan peralatan pemadam kebakaran yang disediakan apabila api masih kecil, dan tidak membahayakan diri
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia yang terlatih sahaja.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
6
seperti berikut:- i. Alat Pemadam Api
Kecil (Fire Extinguisher) atau
ii. Hose Reel.
1.
Tindakan pada kebakaran peringkat kecemasan (api besar)
Bunyikan loceng amaran kebakaran.
Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran.
2.
Menghubungi terus Pengawal Keselamatan atau kakitangan penyelenggaraan di bilik kawalan untuk mengenal pasti zon yang terbakar. Lapor kejadian kepada Komander Insiden
Ketua Tim Respons Kecemasan/ Pegawai Bertugas
3.
Memeriksa dengan teliti tempat berlakunya kebakaran untuk mengetahui besarnya api dan kedudukan yang tepat berlakunya kebakaran.
Tim Respons Kecemasan
4.
Jika bertemu mangsa kebakaran, selamatkan mangsa tersebut.
- Tim Respons Kecemasan
- Pegawai / kakitangan yang berhampiran.
5.
Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia dengan memberi maklumat
Ketua Tim Respons Kecemasan / Pegawai Bertugas
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
7
seperti berikut:- i. Maklumat ringkas
pengadu, ii. Tempat dan Alamat
Kebakaran, iii. Peringkat Kebakaran iv. Maklumat ringkas
berkaitan tempat kebakaran,
v. Ikuti tindakan lanjut pihak Bomba sehingga pasukan Bomba tiba.
6.
Mengesahkan tempat sebenar berlakunya kebakaran daripada pengawal keselamatan, dan berkumpul di kawasan kebakaran bersama dengan alat-alat pemadam api.
Tim Respons Kecemasan
7.
Membunyikan isyarat amaran kebakaran (loceng kecemasan) berterusan (isyarat mengosongkan bangunan).
Pengawal keselamatan / kakitangan penyelenggaraan.
8.
Mengaturkan proses pengungsian bangunan dari setiap aras dan blok.
Warden Tingkat dan Ketua Bahagian / Cawangan
9.
Meninggalkan pejabat dan tempat kerja dan pastikan perkara dibawah diberikan perhatian sebelum menyelamatkan diri ke Tempat Berkumpul. Perkara
Semua kakitangan Parlimen
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
8
tersebut adalah:- a. Kuncikan wang tunai
dan dokumen-dokumen penting di dalam kabinet besi.
b. Tutup semua komputer. c. Kunci pejabat dan stor
10.
Tutup semua suis lampu dan peralatan letrik di pejabat dan tempat kerja.
- Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik/ tempat kerja.
11.
Tutup semua pintu pejabat, dewan dan stor
- Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik/ tempat kerja.
12.
Jika terperangkap di dalam asap yang tebal:-
i. Bertenang, jangan panik.
ii. Rebahkan diri, merangkak di paras lantai untuk mencari jalan keluar. (Udara bersih masih boleh di perolehi di di paras 1 kaki dari lantai).
iii. Bernafas secara perlahan, gunakan tuala basah,sapu tangan atau kain yang bersih untuk menutup mulut dan hidung jika perlu.
iv. Tutup ruang pintu dan tingkap yang boleh dimasuki asap
Penghuni Bangunan Parlimen Malaysia.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
9
dengan kain atau tuala basah.
v. Jika terdapat asap dalam bilik, buka tingkap supaya asap dapat keluar.
vi. Hampiri tingkap, berteriak meminta pertolongan atau melambai-lambai untuk mendapatkan bantuan Pasukan Penyelamat.
13.
Bersedia untuk membantu pihak bomba dengan alat pemadam api
Tim Respons Kecemasan
14.
Jangan gugup atau panik, tetapi tinggalkan pejabat dan tempat kejadian dengan secepat mungkin.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
15. Berkumpul di Tempat Berkumpul (Assembly Point) dan melaporkan kehadiran kepada Ketua Bahagian/ Cawangan.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
Wujudkan perhubungan secara berpasangan atau sistem “buddy” bagi mengetahui pergerakan rakan.
16. Laporkan diri di Tempat Berkumpul kepada Ketua Bahagian/Seksyen dan jangan tinggalkan Tempat Berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
17. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan
Pegawai dan kakitangan Parlimen
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
10
berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari.
Malaysia
18. Keluar meninggalkan bangunan dengan kadar melalui tangga dan turun ke bawah hingga ke tempat berkumpul (dilarang menggunakan lif). Jangan membawa apa-apa barang bersama anda kecuali dokumen penting.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
19. Jangan membuat bising atau berpatah balik ke dalam pejabat melainkan mendapat arahan.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
20. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
21. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potong-memotong.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
22. Berkumpul di Tempat Berkumpul (Assembly Point) dan melaporkan kehadiran kepada Ketua Bahagian/Cawangan.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
Wujudkan perhubungan secara berpasangan atau sistem “buddy” bagi mengetahui pergerakan rakan.
23. Merekod kehadiran semua kakitangan di Tempat Berkumpul dengan segera.
Ketua Bahagian/ Cawangan dan Warden Tingkat
24. Menyemak senarai kakitangan.
Ketua Bahagian/ Cawangan dan Warden Tingkat
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
11
Melaporkan kakitangan yang tidak dapat dikesan kepada Komander Insiden/ Bomba/ Tim Respons Kecemasan
Ketua Bahagian/ Cawangan dan Warden Tingkat
25. Pengawal Keselamatan mesti memastikan tiada kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan bangunan Parlimen Malaysia.
i. Jika syif malam, dengan segera seorang Pengawal ke pintu belakang;
ii. Cegah orang-orang yang tidak berkenaan dari memasuki kawasan Parlimen
- Pengawal Keselamatan
26. Mencari kakitangan yang hilang di kawasan Bangunan Parlimen Malaysia apabila mendapat arahan dari Komander Insiden.
Pengawal Keselamatan dan Pasukan Keselamatan Kebakaran
27. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera.
Tim First Aider/ Pasukan Perubatan HKL/ Persatuan Bulan Sabit Merah
28. Bersedia untuk bertindak membantu pihak Bomba jika diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik.
Kakitangan Penyelenggaraan
29. Pihak JBPM mengesahkan status Bangunan yang mengalami kebakaran.
Jabatan Bomba
30. Jika JBPM mengesahkan bangunan selamat untuk dimasuki; semua kakitangan
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
12
pulang ke tempat kerja masing-masing.
31. Jika pihak JBPM mengesahkan bangunan tidak selamat untuk dimasukki; semua kakitangan pulang ke rumah masing-masing.
Pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia.
32.
Menghidup atau mematikan suis elektrik bila mendapat arahan.
Kakitangan Penyelenggaraan.
10. Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin. PENGURUSAN REKOD 11. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan akan diletakkan di semua Bahagian/Cawangan, Kaunter Pengawal Keselamatan, Balai Pengawal dan Pejabat Bahagian Keselamatan. Satu salinan SOP perlu ada dalam simpanan Tim Respons Keselamatan, Warden/Penolong Warden Tingkat, semua Ketua Seksyen, semua SUB, SUDN, SUDR dan TKPPM. 12. Semua kakitangan Parlimen hendaklah memberi respons yang positif kepada SOP ini dengan membaca dan memahami garis panduan yang ditetapkan supaya dapat bertindak dengan sewajarnya apabila berlaku sesuatu kejadian kecemasan. Ketua Bahagian/ Cawangan hendaklah memastikan semua kakitangan di bawah tanggungjawabnya membaca SOP ini setiap satu bulan bagi membolehkan kakitangan mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang ditetapkan.
KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI 13. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah diambil dengan berkesan. Disamping itu pengawalan kualiti prosedur dan peralatan mencegah kebakaran perlu
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
13
diperkemaskan. Pegawai dan kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaran, pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran. 14. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu :
14.1 Kursus dan Latihan Kebakaran
i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara berkala. Latihan hendaklah merangkumi :
• Pencegahan Kebakaran Am; • Cara membunyikan penggera kebakaran; • Tindakan apabila mendengar bunyi penggera; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba
dengan betul; • Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan
kebakaran; • Laluan menyelamat diri; • Tempat Berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan
ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 2.5 minit selepas penggera berbunyi.
iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas
kebakaran bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
14
14.2. Pengetahuan mengenai kebakaran
i) Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok belok bangunan iaitu:
a) Kedudukan alarm point yang paling
berhampiran. b) Kedudukan alat pemadam api yang paling
berhampiran dan tahu cara untuk menggunakannya.
c) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar zon kebakaran.
d) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA JABATAN anda jika:
• Anda tidak mendengar isyarat amaran
semasa ujian pengungsian bangunan; • Jika mana-mana pintu keluar atau jalan
keluar di halang dengan longgokan barang-barang;
• Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi;
• Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau terhalang oleh barang-barang; dan
• Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang.
14.3. Kemudahan Menyelamat Diri
i) Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti
disediakan di dalam bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat semasa kebakaran atau kecemasan.
ii) Bangunan hanya akan dianggap mempunyai
kemudahan menyelamat diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut :
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
15
• Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka
bentuknya diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat;
• Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang; dan
• Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik
14.4. Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran
i) Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah
diperiksa dan diuji secara berkala. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang dicadangkan:
JENIS UJIAN/ PEMERIKSAAN
Sistem Penggera Manual Bulanan Sistem Semburan Air Bulanan
Automatik
Sistem Karbon Dioksida Bulanan
Alat Pemadam Api Mudah Bulanan Alih
Salur Bantu Mula Bulanan
Pili Bomba Bulanan
Pengesan Haba/Asap 3 Bulan
Lampu Kecemasan 3 Bulan
Papan Tanda Jalan Keluar 3 Bulan
Kecemasan
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
16
ii) Selain daripada itu, audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalan situasi kecemasan.
14.5. Penjagaan Kawasan Bangunan
i) Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih
dan teratur akan membantu mencegah kebakaran :
• Bersihkan dan buang sampah sarap; • Musnahkan bahan-bahan mudah
terbakar yang buruk; dan • Penyimpanan yang betul bahan-bahan
mudah terbakar
ii) Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair mudah terbakar seperti:
• Bahan cecair mudah terbakar hendaklah
disimpan berasingan daripada agen pengoksidaan;
• Cecair dengan takat semburan yang
rendah (bawah 66 °C) disimpan dalam kontena yang tertutup. Kontena hendaklah disimpan sama ada dalam : - Kawasan yang terbuka; atau - Berasingan yang mempunyai
peredaran udara yang baik dalam bangunan setingkat.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
17
RUJUKAN Lampiran A : Senarai Tugas Jawatankuasa Respons
Kecemasan Kebakaran Parlimen Carta 1 : Pelan Tindakan Kebakaran (Kecil) Carta 2 : Pelan Tindakan Kebakaran (Api Besar) Carta 3 : Carta Organisasi Jawatankuasa Kecemasan Kebakaran Parlimen Jadual 1 : Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
18
TINDAKAN KOMANDER INSIDEN
1. Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen dilantik sebagai Komander Insiden apabila berlaku sesuatu kejadian kecemasan. Semasa ketiadaan beliau di Parlimen, tanggungjawab beliau akan dipangku oleh Timbalan Komander Insiden diikuti oleh Pegawai Bertugas Harian yang dilantik setiap hari oleh SUB (KP).
2. Apabila isyarat kecemasan dibunyikan, beliau hendaklah berada di Bilik Gerakan Kecemasan untuk mengawal situasi.
3. Menyiasat tempat kebakaran dan membuat penilaian keadaan dan melaporkan insiden kepada Ketua Pentadbir Parlimen.
4. Mengarahkan Pegawai Bertugas atau pengawal keselamatan bagi sesuatu shif melapor kejadian kepada Jabatan Bomba dan PDRM. Jika perlu hubungi Jabatan Bomba secara terus.
5. Bunyikan “alarm” atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak berbunyi).
6. Mengarahkan Tim Respons Kecemasan ke tempat kejadian untuk tugas menyelamat dan memadam kebakaran.
7. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam keselamatan diri, padamkan api dengan segera.
8. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut, beri arahan untuk mengosongkan bangunan.
LAMPIRAN A
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
19
9. Arahkan ahli Parlimen/kakitangan/pekerja kontraktor/pembekal/pelawat keluar melalui pintu kecemasan sahaja.
10. Arahkan ahli Parlimen/kakitangan/pekerja kontraktor/pembekal/ pelawat menutup pintu-pintu dan tingkap pejabat.
11. Arahkan ahli Parlimen /kakitangan/pekerja kontraktor/pembekal/pelawat berkumpul di Tempat Berkumpul yang ditetapkan.
12. Matikan semua suis elektrik dan peralatan komputer.
13. Arahkan Ketua Bahagian/Ketua Unit membuat panggilan baris (roll call) bagi semua ahli Parlimen / kakitangan / pelawat /pekerja kontraktor di bawah kawalan masing- masing.
14. Mendapatkan laporan kehadiran “Roll Call” di Tempat Berkumpul daripada Timbalan Komander Insiden dan Warden Tingkat.
15. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bangunan kecuali yang bertugas sahaja.
16. Memberi maklumat kepada Pegawai BOMBA keadaan tempat kejadian.
TINDAKAN TIMBALAN KOMANDER INSIDEN
1. SUB (PN) dilantik sebagai Timbalan Komander Insiden.
Apabila berlaku kejadian kecemasan, beliau akan membantu Komander Insiden untuk mengawal keadaan.
2. Apabila arahan pengunsian dikeluarkan, beliau hendaklah berada di Tempat Berkumpul.
3. Beliau hendaklah memastikan ahli Parlimen, kakitangan, pekerja kontrak, dan pelawat beratur mengikut kumpulan masing-masing dan proses roll call dilakukan dengan baik.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
20
4. Mendapatkan status kehadiran daripada Ketua Bahagian/Cawangan selepas selesai proses roll call.
5. Melaporkan status kehadiran roll call kepada Komander Insiden.
6. Beliau akan memangku tugas dan tanggungjawab Komander Insiden semasa ketiadaan Komander Insiden di Parlimen.
TINDAKAN PEGAWAI BERTUGAS 1. Pegawai Bertugas adalah dilantik dari kalangan Penyelia
Pengawal Keselamatan secara bergilir setiap hari bagi setiap shif.
2. Beliau bertanggungjawab untuk memantau tahap keselamatan Parlimen setiap hari dan melaporkan kepada pihak pengurusan jika ada tempat-tempat di premis Parlimen yang mempunyai risiko kebakaran.
3. Membantu tugas menyelamat dan mengawal kebakaran semasa ketiadaan Komander Insiden dan Timbalan Komander Insiden di Parlimen.
4. Membantu Tim Respons Kecemasan ke lokasi kebakaran untuk memadam kebakaran dan tugas menyelamat.
5. Memaklumkan kejadian kepada penyelenggara bangunan untuk bertindak dengan sepatutnya.
6. Melapor kejadian dan perkembangan kebakaran kepada Komander Insiden.
7. Mengarah Pengawal Keselamatan untuk mengawal keselamatan Parlimen daripada dicerobohi.
8. Mengarah Pengawal Keselamatan mengawal pergerakan trafik di kawasan Parlimen.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
21
9. Membantu mengawal operasi pengungsian bangunan. WARDEN TINGKAT 1. Memberi arahan kepada ahli Parlimen dan kakitangan untuk
mengosongkan bangunan apabila menerima arahan daripada Komander Insiden. Dan mengarahkan mereka kembali bertugas apabila diberitahu keadaan telah kembali selamat.
2. Membantu Ketua Bahagian/Cawangan merekod kehadiran kakitangan semasa roll call diadakan di Tempat Berkumpul.
3. Memeriksa semua pejabat, stor dan tandas bagi memastikan semua orang telah meninggalkan bangunan apabila diarahkan.
4. Membantu orang kurang upaya semasa proses pengunsian bangunan.
5. Melapor kepada Komander Insiden jika ada ahli Parlimen, dan kakitangan yang hilang atau tidak melaporkan diri di Tempat Berkumpul.
TINDAKAN TIM RESPONS KECEMASAN 1. Sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan tugas
menyelamat mangsa dan memadam kebakaran.
2. Melapor kepada Komander Insiden akan situasi kebakaran di tempat kejadian.
3. Bersama-sama dengan pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk menyelamat dan memadam kebakaran.
4. Berlatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan mengikut jadual yang diatur.
5. Keanggotaan Tim Respons Keselamatan dilantik dari kalangan pengawal keselamatan oleh SUB (KP).
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
22
TINDAKAN TIM FIRST AIDER 1. Memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang
cedera atau sakit semasa proses pengunsian bangunan. 2. Menyelaras rawatan first aid di tempat kejadian bersama-
sama dengan pasukan perubatan yang lain.
3. Mendirikan Pos Rawatan ‘First Aid’ di lokasi yang dikenalpasti di kawasan Parlimen.
4. Menyediakan senarai mangsa yang cedera untuk disampaikan kepada Komander Insiden.
5. Mentadbir dan menyelenggara semua peti kecemasan dan peralatan kecemasan ‘First Aid’ dengan baik.
6. Menghadiri Kursus ‘First Aid’ dan menjalani latihan yang diatur mengikut jadual.
TINDAKAN PEGAWAI FASILITI DAN URUS BANGUNAN 1. Membantu Komander Insiden dalam operasi menyelamat
dan memadam kebakaran.
2. Menyediakan jadual tugas anggota penyelenggara setiap hari.
3. Bekerjasama dan membantu pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia berhubung dengan plan bangunan dan sistem fasiliti yang ada pada bangunan Parlimen.
4. Menyediakan laporan kerosakan bangunan kepada Komander Insiden setelah kebakaran dapat dipadamkan.
5. Berhubung dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dari masa kesemasa dalam menentukan sistem melawan kebakaran yang terdapat di Parlimen sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
23
TINDAKAN ANGGOTA PENYELENGGARA BANGUNAN 1. Berada di bilik fire-pump apabila mendengar amaran
kecemasan kebakaran.
2. Membuka saluran fire-pump supaya air dapat disalurkan untuk memadam kebakaran.
3. Mematikan sambungan letrik pada premis Parlimen.
4. Melapor kepada Komander Insiden keupayaan sistem fire-pump semasa kejadian.
5. Menyelenggara sistem fire-pump agar sentiasa dalam keadaan baik dan boleh bekerja.
TINDAKAN KETUA KESELAMATAN 1. SUB (KP) hendaklah membantu Komander Insiden di bilik
gerakan untuk mengawal keselamatan Parlimen semasa kejadian kecemasan.
2. Mengarah pengawal keselamatan mengawal pergerakan trafik bagi menggelak kesesakan lalulintas.
3. Memastikan tiada halangan kepada kenderaan pasukan Bomba dan perubatan dilaluan ke tempat kejadian.
4. Memaklumkan kepada Komander Insiden jika terdapat amaran kecemasan palsu.
5. Membentuk dan melatih anggota Tim Respons Kecemasan dari kalangan pengawal keselamatan.
6. Menyediakan penugasan Tim Respons Keselamatan setiap hari.
7. Melaporkan kepada Komander Insiden jika berlaku sebarang kejadian yang tidak ingini seperti kemusnahan atau kehilangan harta benda akibat api kebakaran.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
24
8. Mengada dan mengurus bilik gerakan kecemasan.
TINDAKAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1. Apabila menerima isyarat kecemasan, beliau hendaklah
pergi ke lokasi kejadian bagi membantu Tim Respons Kecemasan dengan memberi nasihat dan bantuan teknikal yang diperlukan.
2. Berhubung dengan pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia semasa operasi menyelamat dan memadam kebakaran.
3. Menyediakan maklumat berkaitan bahan kimia merbahaya atau lain-lain bahan merbahaya yang perlu diketahui oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
4. Membantu Komander Insiden dalam mengurus kejadian kecemasan.
5. Membantu SUB (KP) dalam menyelaras latihan Tim Respons Kecemasan.
6. Membantu Komander Insiden melaksanakan latihan kebakaran di Parlimen.
7. Membantu Komander Insiden dalam menyiapkan laporan kejadian kecemasan untuk disampaikan kepada pihak pengurusan atasan.
TINDAKAN KETUA BAHAGIAN/CAWANGAN 1. Mengarahkan semua kakitangan di Bahagian/Cawangan
masing-masing mengosongkan pejabat dan berkumpul di Tempat Berkumpul (Assembly Point).
2. Melaksanakan ‘roll call’ dan merekod kehadiran kakitangan. Seterusnya melaporkan kehadiran kepada
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
25
Warden Tingkat untuk disampaikan kepada Komander Insiden.
3. Tidak membenarkan kakitangan kembali ke pejabat kecuali setelah menerima arahan daripada Komander Insiden bahawa keadaan telah kembali selamat.
4. Memastikan semua kakitangan memahami SOP menghadapi kebakaran dan melaksanakan keperluan seperti yang digariskan.
TINDAKAN PEGAWAI KOMUNIKASI DAN KEBAJIKAN (PRO) 1. Membantu Komander Insiden dan pengurusan atasan
dalam menyediakan teks kenyataan kepada pihak media.
2. Menyelaras segala keperluan media.
3. Mentadbir pusat media dilokasi yang ditetapkan.
4. Menyelaras keperluan kebajikan kepada mangsa kebakaran.
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
26
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
27
CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (KECIL)
Mula
Alarm berbunyi (15 saat dan berterusan)
Abaikan dan teruskan kerja
Turun dengan pantas tanpa lif
Berlaku kebakaran
Situasi kebakaran
YA
TIDAK
BESAR
Lawan kebakaran
Turun dengan pantas tanpa lif
TIDAK
YA
Alat pemadam
api
Turun dengan pantas tanpa lif
KECIL
TIDAK BERFUNGSI
BERFUNGSI
Hose Reel
Turun dengan pantas tanpa lif
Padam kebakaran
Hubungi JBPM dan berkumpul di
Assemly Point
Tamat
BERFUNGSI
TIDAK BERFUNGSI
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
28
CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (API BESAR)
Kebakaran berlaku
Mula
Dikesan oleh penghuni bangunan
Situasi kebakaran
Aktifkan Fire Alarm (red)
Lawan kebakaran dengan menggunakan alat
pemadam api / Hose reel
KECIL
BESAR
Hubungi BOMBA
Bergerak ke tempat berkumpul (AP)
Beratur di Bahagian / Seksyen / Unit Masing-masing untuk merekod
kehadiran.
Melaporkan jumlah
kakitangan
JBPM tiba
Opersai memadam kebakaran
Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap
Menunggu arahan bersurai
CUKUP
HILANG
Selesai memadamkan kebakaran dan
mengesahkan bangunan selamat dihuni semula
Dapat arahan dan bersurai
Tamat
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
29
JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KEBAKARAN
Bil Nama Jawatan Jabatan/
Bahagian/Seksyen / Unit
Nombor talian
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Sentul 03-40441994
2. Polis DiRaja Malaysia
- Sentul 03-21460522
3. JPAM - Kuala Lumpur
03-26871003
4. Hospital - HKL
03-26921044
5. Talian Kecemasan
- - 999
6. Bah. Urus Bangunan Dan Landskap
- Parlimen Malaysia
03-20700799
7. Balai Pengawal - Parlimen Malaysia
03-20327339
8.
Kaunter Pengawal Keselamatan Utama Blok Menara
- Parlimen Malaysia
03-20327387
9. Bahagian Keselamatan – Bilik Gerakan
- Parlimen Malaysia
03-26017354/
7356
10. YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman
KPPM Pejabat KPPM 03-26982326
11. Ybhg. Datuk Zamani bin Sulaiman
TKPPM Pejabat TKPPM 03-26017152
12. Encik Riduan bin Rahmat
SUB (PN) Bahagian
Pentadbiran 03-26017290
13. YM Tengku SUB (PR) Bahagian 03-26017328
_______________________________________________________________________________
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Parlimen Malaysia
30
Nasaruddin bin Tengku Mohamed
Komunikasi Korporat
14. Puan Siti binti Bahuddin
SUB(KP) Bahagian
Keselamatan 03-20324513
15. Encik Azarulzaman bin Eliah
PKK Bahagian
Keselamatan 03-26017376
16. Encik Hazimi bin Hashim
PPK Bahagian
Keselamatan 03-26017376
19. Insp. (PB) Wan Mohd Amirul bin Wan Jusoh
Pem. Keselamatan
Bahagian Keselamatan
03-26017376
21.
Mejar Haji Khairol Hisham bin Haji Khairuddin
Pegawai Penyelidik
Bahagian Penyelidikan
03-26017453
22. Tuan Ir. Ibtisham bin L Salleh
KJ
Bahagian Selenggara, Fasiliti dan Landskap
03-26017266
23. Tuan Ir. Mohammad Nazri bin Sulaiman
JMK
Bahagian Selenggara, Fasiliti dan Landskap
03-26017296
24. Encik Fauzie bin Abd Rahim
JAK
Bahagian Selenggara, Fasiliti dan Landskap
03-26017182
25
Tuan Ir. Muhammad Zamri bin Haji Ramli
JEK
Bahagian Selenggara, Fasiliti dan Landskap
03-26017327