1
ANALISIS KELEBIHAN PENGGUNAAN TENTERA UPAHAN DALAM PEPERANGAN IRAQ
(PENDEKATAN PENGAJIAN STRATEGI DAN KESELAMATAN)
(SKSS 6003)
DISEDIAKAN OLEH:
SHAHRULNIZAM BIN SABDA@ABDULLAH (P64458)
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. ZARINA @ ZAIRINA OTHMAN &
PN. HOO CHIEW PING
PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
2
Analisis Kelebihan Penggunaan Tentera Upahan Dalam Peperangan Iraq
1. Pengenalan
1.1 Pengajian Strategik dan Keselamatan
Peristiwa serangan pengganas pada 11 September 2001 telah mengubah landskap
keselamatan dunia. Rentetan daripada peristiwa ini, Amerika Syarikat telah
mengisytiharkan Perang Terhadap Pengganas (War on Terror) dan dunia
menyaksikan tindakan agresif Amerika Syarikat bersama sekutunya menumbangkan
rejim Saddam Hussein di Iraq yang mengorbankan lebih 190,000 nyawa orang
awam.1 Berikutan daripada penaklukan Iraq pada Mac 2003, Iraq diistilahkan sebagai
weak state oleh sarjana hubungan antarabangsa di mana kerajaan pusat di Baghdad
tidak mempunyai kuasa untuk mengawal situasi rusuhan, konflik dalaman,
perpecahan masyarakat, kumpulan pemberontak, penggganas, militan dan
penjenayah.2
Menurut Jackson (2011), beliau menyatakan bahawa weak state boleh
diancam oleh gangguan daripada aktor antarabangsa yang lebih berkuasa yang
menjadikannya berada dalam situasi insecurity dilemma.3 Ketidakupayaan kerajaan
untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan bagi sesebuah negara akan
meninggalkan ruang kosong (vacuum) yang menjadi perhatian negara-negara kuasa
besar. Bagi mengatasi pergolakan dalaman yang tidak terkawal dalam konteks weak
state ini di mana kerajaan menggunakan tentera upahan bagi menjaga kesinambungan
pemerintahannya di samping mengekalkan keamanan di negara tersebut.4
1 Neta C. Crawford. 2013. The Iraq War: The Ten Years In Ten Numbers. The Middle East Channel. Http://Mideast.Foreignpolicy.Com/Posts/2013/03/20/The_Iraq_War_Ten_Years_In_Ten_Numbers [22 Mac 2013]2 Shultz, R., Godson, R., Hanlon, Q., & S. Ravich. 2011. The Sources Of Instability In Thetwenty-First Century Weak States, Armed Groups, And Irregular Conflict. Strategic Studies Quarterly-Summer 2011. National Strategy Information Center, Hlm 78. Http://Www.Au.Af.Mil/Au/Ssq/2011/Summer/Shultzgodsonhanlonravich.Pdf [13Mac 2013]3 Jackson, R. 2011. Regime Seurity. Dlm. Allan Collin (Pnyt.). Contemporary Security Studies, Hlm 161-173.UK. Oxford University Press.4 Ibid
3
Kepentingan tentera upahan di era moden ini tidak dapat dinafikan akan
keperluannya. Para sarjana hubungan antarabangsa berselisih pandangan dalam hal
ini. Terdapat segelintir daripada mereka menyatakan bahawa tentera upahan ini
merupakan suatu pembaziran malah menurut Kofi Annan, Setiausaha Agung,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1998 menyatakan bahawa ‘the
world may not be ready to privatize peace’.5
Namun sekiranya dipandang dari sudut positif, ianya mampu menjana peluang
pekerjaan kepada bekas-bekas tentera yang telah bersara. Menurut Schwartz & Swain
(2011), tentera upahan ini telah menyediakan 52% daripada peluang pekerjaan yang
terdapat dalam Jabatan Pertahanan, Amerika Syarikat.6 Daripada titik tolak ini, kertas
ini akan membincangkan apakah peranan tentera-tentera upahan semasa Peperangan
Iraq seperti Blackwater atau nama barunya selepas penjenamaan semula Academi
(Amerika Syarikat), DynCorp International LLC (Amerika Syarikat), Aegis Defence
Services (United Kingdom), ArmorGroup (United Kingdom) dan Erinys International
Ltd (United Kingdom/ Afrika Selatan), apakah kelebihan tentera upahan semasa
Perang Iraq dan sejauh mana peranan tentera upahan di Iraq mampu mengembalikan
kestabilan dan keamanan di sana.
2. Latar Belakang
2.1 Definisi Tentera Upahan
Terdapat beberapa definisi tentera upahan dalam kajian-kajian yang dilakukan oleh
para sarjana strategik. Pentakrifan ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu takrifan
tradisi dan moden. Menurut Keith Suter (2005), pada pandangan tradisional, tentera
upahan merupakan seseorang yang berperang bagi kepentingan peribadi melebihi
ketaatan dan selalunya tidak tertakluk kepada pemerintah yang membayarnya.7
Sesetengah sarjana menggelar tentera upahan sebagai kontraktor.8 Selain itu, tentera
5 Kofi Annan. 1998. Intervention. Ditchley Foundation Lecture XXXV http://www.ditchley.co.uk/conferences/past-programme/1990-1999/1998/lecture-xxxv [1 April 2013]6Schwartz, M. & Swain, J. 2011. Department of Defense Contractors in Afghanistan and Iraq: Background and Analysis. http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R40764.pdf [25 Mac 2013]7 Suter, K. 2005. Mercenary In Warfare. Contemporary Review 287, 1674: 29 8 Casey, S. 2013. Exploring Mercenaries. http://www.E-Ir.Info/2013/02/20/Exploring-Mercenaries/ [11 Mac 2013]
4
upahan merujuk kepada tentera yang berkhidmat untuk faedah mereka dalam sebuah
negara yang berkonflik di mana negara yang berkonflik tersebut bukan merupakan
negara asal mereka.9 Menurut Griffiths (2008), tentera upahan boleh dikategorikan
kepada dua iaitu i) contract soldiers yang merupakan individu-individu yang
menawarkan kemahiran mereka secara berbayar kepada negara-negara, kumpulan-
kumpulan pemberontak dan organisasi-organisasi jenayah untuk tugasan spesifik bagi
unit sokongan dan peperangan serta ii) Private Military Companies (PMCs) yang
lebih beridentiti korporat dan mengekalkan kontrak-kontrak besar bersama klien yang
kebiasaannya adalah negara.
Menurut Brayton (2002) definisi tradisional ini masih dikekalkan sehingga
sekarang. Beliau juga menambah kriteria baru bagi tentera upahan bagi menjelaskan
definisi modennya seperti pembawaan imej korporat, mempertahan dan mengiklankan
peranan serta pembawaan profesionalisme secara terbuka, digunakan dan diterima di
peringkat antarabangsa, menyokong kerajaan yang diiktiraf serta mengelak rejim
daripada mendapat pandangan negatif di peringkat masyarakat antarabangsa.10
Selain daripada pentakrifan yang diutarakan oleh para sarjana, terdapat juga
definisi yang dijelaskan di peringkat perundangan antarabangsa sebagaimana yang
dirakamkan dalam Tambahan Protokol kepada Konvensyen Geneva, 12 Ogos 1949
dan berhubung dengan Perlindungan Mangsa-mangsa Konflik Bersenjata
Antarabangsa (Protocol I) bertarikh 8 Jun 1977. Pada Bahagian III, Seksyen II Artikel
47 memberi pentakrifan tentera upahan secara jelas. Menurut Artikel 47 ini, tentera
upahan tidak mempunyai hak untuk tentera dan tawanan perang, seorang yang
direkrut di kalangan warga tempatan mahupun dari luar negara untuk berlawan dalam
sesebuah konflik bersenjata, terlibat secara langsung dengan permusuhan, didorong
untuk mengambil bahagian dalam permusuhan pada dasarnya untuk kepentingan
sendiri, bukan merupakan warganegara bagi pihak bertelagah atau penduduk di
wilayah yang diperintah oleh pihak yang berkonflik tersebut, bukan merupakan ahli
kepada pasukan tentera pihak bertelagah serta tidak dihantar secara rasmi sebagai ahli
9 Griffith, M. (Pnyt.). 2008. Encyclopedia Of International Relations And Global Politics. New York TJ. International Limited.10 Brayton, S. 2002. Outsourcing War: Mercenaries And The Privatization Of Peacekeeping. Journal Of International Affairs. 55(2): 303-329
5
pasukan tentera oleh negara yang bukan merupakan pihak bertelagah.11 Selain itu,
pada tahun 1989, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UN Convention against
the Recruitment, Use, Financing and Training of Mercenaries turut memberikan
definisi tentera upahan.12
2.2 Latar Belakang Perkembangan Tentera Upahan
Tentera upahan telah dikesan kewujudan peranannya kira-kira 3,000 tahun yang lalu
apabila tentera upahan Numidian berperanan besar dalam serangan Ramses II
terhadap Kadesh pada tahun 1294 sebelum masihi, pengusiran rakyat Palestin oleh
tentera upahan King David pada tahun 1000 sebelum masihi. Tamadun Rom dan
Greek juga sangat bergantung dengan tentera upahan sebagaimana yang dilakukan
oleh Maharaja Justinian dan Wiliam.13 Penggunaan tentera upahan berkesinambungan
hingga ke era moden. Pada zaman pertengahan, syarikat-syarikat menyediakan
perkhidmatan membekalkan kemahiran-kemahiran ketenteraan kepada sesiapa yang
membayar mereka. Semasa zaman Renaissance, negara-negara kota di Itali
11 Tambahan Protokol Kepada Konvensyen Geneva, 12 Ogos 1949 Dan Berhubung Dengan Perlindungan Mangsa-Mangsa Konflik Bersenjata Antarabangsa (Protocol I) Bertarikh 8 Jun 1977
12For The Purposes Of The Present Convention, 1.A Mercenary Is Any Person Who:
(a) Is Specially Recruited Locally Or Abroad In Order To Fight In An Armed Conflict;(b) Is Motivated To Take Part In The Hostilities Essentially By The Desire For Private Gain And, In Fact,
Is Promised, By Or On Behalf Of A Party To The Conflict, Material Compensation Substantially In Excess Of That Promised Or Paid To Combatants Of Similar Rank And Functions In The Armed Forces Of That Party;
(c) Is Neither A National Of A Party To The Conflict Nor A Resident Of Territory Controlled By A Party To The Conflict;
(d) Is Not A Member Of The Armed Forces Of A Party To The Conflict; And (e) Has Not Been Sent By A State Which Is Not A Party To The Conflict On Official Duty As A Member Of
Its Armed Forces.
2.A Mercenary Is Also Any Person Who, In Any Other Situation:(a) Is Specially Recruited Locally Or Abroad For The Purpose Of Participating In A Concerted Act Of
ViolenceAimed At :(i) Overthrowing A Government Or Otherwise Undermining The Constitutional Order Of A State; Or (ii) Undermining The Territorial Integrity Of A State;
(b) Is Motivated To Take Part Therein Essentially By The Desire For Significant Private Gain And Is Prompted By The Promise Or Payment Of Material Compensation;
(c) Is Neither A National Nor A Resident Of The State Against Which Such An Act Is Directed;(d) Has Not Been Sent By A State On Official Duty; And(e) Is Not A Member Of The Armed Forces Of The State On Whose Territory The Act Is Undertaken.
13 Neil, B. 2011. Are Private Military Firms The Answer To The Expanding Global Crisis?. International Business & Economics Research Journal. 10(2): 13-20
6
menggunakan perkhidmatan komander tentera bebas atau pemimpin sebagai usaha
untuk menghalang kebangkitan kuasa tentera domestik serta menyekat pertumbuhan
ekonomi yang produktif dengan memaksa rakyat biasa memasuki perkhidmatan
tentera.14 Selain itu, menurut Neil (2011), kebanyakkan daripada tentera yang
digunakan semasa Perang 30 Tahun (1618-1648) adalah turut merupakan tentera
upahan. Selepas daripada Perjanjian Westphalia (1648), penggunaan tentera upahan
semakin berkurangan dan berantagonis dengan peningkatan semangat nasionalisme
serta penyebaran idea kedaulatan sesebuah negara.15
Selepas era Perang Dingin, satu anjakan telah berlaku. Negara-negara lemah
dan baru muncul tidak dapat menentu dan memberi jaminan terhadap keselamatan
negara mereka ekoran daripada peningkatan keganasan di peringkat domestik dan
berlakunya perang saudara. Situasi ini menyebabkan negara-negara lemah ini terpaksa
menawarkan kontrak kepada tentera upahan daripada luar bagi mengekalkan
kestabilan di negara mereka. Misalnya Perdana Menteri Papua New Guinea, Sir Julius
Chan mengupah tentera upahan iaitu Sandline International bagi mengekang
penguasaan tentera gurkha di sebuah kepulauan negara itu yang kaya dengan hasil
mineralnya.16 Walaupun negara-negara ini tidak berkemampuan untuk membayar kos
pengupahan tentera upahan tersebut, namun demi kelangsungan keselamatan negara
usaha tersebut strategi ini tetap dilakukan. Antara contoh tentera upahan yang
digunakan di era moden ini adalah Executive Outcome di Angola dan Sierra Leone,
Military Professional Resources Incorporated (MPRI) di Bosnia Herzegovina,
Sandline International di Sierra Leone dan Papua New Guinea serta Blackwater di
Iraq.
3. Perdebatan Tentera Upahan dan Perundangan Antarabangsa
3.1 Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol-Protokol Tambahan 1977
14 Ibid15 Singer, P.W. 2008. Corporate Worriors: The Rise Of The Privatized Military Industry. Cornwell University Press. US 16 Suter, K. 2005. Mercenary In Warfare. Contemporary Review 287, 1674: 29
7
Persoalan utama dalam membincangkan definisi tentera upahan masih berlegar di
kalangan para sarjana. Adakah Private Military Contractors (PMCs) merupakan
tentera upahan sebagaimana yang didefinisikan oleh perundangan antarabangsa?
Dalam merungkai perdebatan ini, David Insberg (2009) tidak bersetuju dengan
mendefinisikan PMCs sebagai tentera upahan. Menurut beliau, terdapat pertentangan
definisi yang jelas bagi kedua-dua entiti berkenaan. Beliau mengemukakan hujah
bahawa yang pertama; PMCs juga terdiri daripada penduduk tempatan yang
merupakan warga negara pihak yang bertelagah. Kedua; tidak semua daripada mereka
terlibat dengan permusuhan di mana PMCs melakukan pelbagai tugasan lain seperti
penyelenggaraan senjata dan ada juga di kalangan mereka yang hanya duduk di meja
komputer di Pusat Operasi Serantau dan memantau pergerakan konvoi-konvoi tentera.
Menurut beliau lagi, PMCs juga terdiri daripada para ahli akademik yang memegang
ijazah kedoktoran.17
Namun, sekiranya ditelusuri dengan lebih mendalam perbahasan ini, tentu dan
pastinya pentakrifan PMCs ini tidak menepati perundangan antarabangsa. Menurut
Fallah (2006), peruntukan berkaitan tentera upahan buat pertama kalinya dicadangkan
oleh delegasi Nigeria ke Persidangan Diplomatik. Pada tahun 1977, berikutan
daripada perbahasan yang penting serta pertimbangan pelbagai isu, kumpulan kerja
yang dilantik telah menerima pakai artikel tersebut secara konsesnsus. Ramai daripada
delegasi-delegasi tersebut bersetuju dengan peruntukan berkenaan atas semangat
kompromi.18
Artikel 47.1 Tambahan Protokol I memperuntukan bahawa individu-individu
yang merupakan tentera-tentera upahan boleh dilucutkan hak-hak ketenteraan dan
tahanan perang. Walau bagaimanapun, Fallah membawakan penjelasan mengikut
landasan perundangan bagi menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam.
Menurut Fallah (2006), perlucutan hak ketenteraan dan tahanan perang terhadap
tentera upahan adalah merupakan persepsi yang salah. Walau pun, secara jelas Artikel
47.2 berkaitan definisi tentera upahan ini memberi penegasan bahawa, tentera upahan
tidak mempunyai hak untuk menjadi tentera dan tawanan perang, namun Artikel 75
17 Insberg, D. 2009. Private Military Contractors and U.S. Grand Strategy. International Peace Research Institute, Oslo (PRIO). http://www.cato.org/sites/cato.org/files/articles/isenberg-private%2520military-contractors-2009.pdf [29 Mac 2013]18 Fallah, K. 2006. Corporate Actors: the Legal Status of Mercenaries in Armed Conflict. International Review of the Red Cross. 88(863). http://www.icrc.org/eng/assets/files/other/irrc_863_fallah.pdf [25 Mac 2013]
8
dalam Protokol I ada memperuntukan berkaitan jaminan asas (fundamental
guarantees) yang menyatakan bahawa jaminan asas tersebut merangkumi skop yang
luas termasuklah hak diberi layanan yang baik (berperikemanusiaan) dalam semua
situasi serta hak untuk dilindungi daripada pembunuhan, penyeksaan, hukuman sebat
dan lain-lain. Artikel 75.4 juga menerangkan bahawa jaminan hak bagi perbicaraan
yang adil dan proses yang sewajarnya berkenaan dengan kesalahan keseksaan.
Individu-individu yang terlibat dalam tentera upahan berhak untuk mendapat
perlindungan di bawah jaminan asas ini. Perkara ini telah ditegaskan oleh Delegasi-
delegasi di Persidangan Diplomatik 1977. 19
4. Peranan Yang dimainkan oleh Tentera Upahan Dalam Peperangan Iraq
4.1 Peranan Tentera Upahan
Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq pada tahun 2003 dikatakan tindakan agresif
Presiden Bush sebagai memacu kempen Perang Terhadap Pengganas. Serangan ini
melibatkan sejumlah besar tentera Amerika Syarikat dengan bantuan sekutu rapatnya
Great Britain. Data daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Januari 2013,
menunjukkan bahawa seramai 12,100 orang tentera upahan yang masih berada di Iraq
bagi menjalankan peranan yang ditinggalkan oleh tentera Amerika Syarikat. Namun,
jumlah sebenar tentera upahan semasa Perang Iraq tidak dapat dipastikan sepenuhnya.
Menurut British American Security Information Council, terdapat 60 buah syarikat
tentera swasta yang terdiri daripada 20,000 orang tentera. Pecahan jumlah tentera
upahan adalah Global Risk Strategies - 1,000-1,200 orang; Blackwater – 600 orang;
SOC-SMG – 300 orang; Triple Canopy – 350 orang; Control Risks Group – 750
orang; Olive – 265 orang dan DynCorp – 175 orang.20
Secara umumnya, peranan-peranan tentera upahan tersebut adalah
memberikan perkhidmatan keselamatan kepada kepentingan Barat seperti instalasi
minyak (oil installations), kedutaan-kedutaan, wartawan-wartawan serta Pihak
Berkuasa Sementara. Sebagai contoh, Custer Battle berperanan dalam mengawal
19 Ibid20 British American Security Information Council Basic Research Report. 2004. A Fistful Of Contractors: The Case For A Pragmatic Assessment Of Private Military Companies In Iraq. http://www.pmcpsc.com/img/2004PMC.pdf [25 Mac 2013]
9
keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad; British-South African
Erinys menyediakan kawalan keselamatan terhadap telaga minyak, Global Risk
Strategies melindungi Pihak Berkuasa Sementara, Vinnel Corporation melatih tentera
Iraq dan Dyncorp melatih pasukan polis Iraq.21
Penglibatan tentera upahan dalam Perang Iraq seperti Blackwater yang kini
dikenali sebagai Academi menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada
instalasi-instalasi, melatih pasukan tentera dan polis serta menyediakan perkhidmatan
helikopter kepada ketua Pihak Berkuasa Sementara iaitu Paul Bremer dan Duta
Amerika Syarikat ke Iraq, John Negroponte.22 Menurut Congressional Budget Office,
pada tahun 2003 hingga 2007 Amerika Syarikat telah memperuntukan sejumlah USD
85 bilion untuk kontrak tentera upahan di Iraq.23
Keupayaan tentera upahan di Iraq melangkaui keupayaan tentera upahan di
masa lampau sekiranya dibandingkan dengan suasana pekerjaan yang lebih kritikal
ketika ini.24 Cabaran inilah menjadi faktor kepada pertambahan bilangan tentera
upahan dewasa ini yang mengharapkan bayaran lumayan dan setimpal dengan kerja-
kerja bahaya yang dilakukan. Selain daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti semasa
perang dan selepas perang, tentera upahan juga berperanan dalam memberikan latihan
dan menyediakan persediaan logistik kepada tentera pakatan sebelum peperangan
bermula.25
4.2 Kelebihan PMCs / Tentera Upahan
Kebanyakan para sarjana hubungan antarabangsa membahaskan etika dan moral
kelakuan PMCs di Peperangan Iraq. Namun, menurut Allison Stanger dan Mark Eric
William (2006), mereka berpendapat bahawa di sebalik pandangan negatif masyarakat
terhadap PMCs terdapat kelebihan yang boleh dihujahkan. Kelebihan-kelebihan
21 Simon, D. 2004. Occupational For Hire: Private Military Companies And Their Role In Iraq. RUSI Journal. 149(3): 68-71 22 British American Security Information Council Basic Research Report. 2004. A Fistful Of Contractors: The Case For A Pragmatic Assessment Of Private Military Companies In Iraq. http://www.pmcpsc.com/img/2004PMC.pdf .[25 Mac 2013]23 Congressional Budget Office. 2008. http://www.cbo.gov/publication/24822 [25 Mac 2013]24 Singer., P.W. 2004. Kertas Dasar. The Private Military Industry And Iraq: What Have We Learned And Where To Next?. Geneva Centre For The Democratic Control Of Armed Forces. 25 Ibid
10
tersebut adalah kefleksibelan dasar, ketangkasan tentera yang lebih hebat,
meminimakan korban perang Amerika Syarikat dan penjimatan kos.26 Daripada
penganalisaan yang dilakukan, keempat-empat faktor kelebihan PMCs/tentera upahan
dapat dihuraikan. Huraian kelebihan-kelebihan tersebut adalah seperti berikut:
a) Fleksibiliti Dasar
Kebergantungan Amerika Syarikat terhadap sumber luar (outsourcing) –
mengupah tentera upahan - memberi kelebihan politik kepada mereka. Dalam
situasi di Iraq, penyumberan luar ini membolehkan Amerika Syarikat melakukan
pelbagai operasi strategik tanpa melibatkan kumpulan besar daripada tentera
mereka sendiri. Sebagai contoh, fleksibiliti ini dilihat amat berguna kepada
Presiden Amerika Syarikat di mana semasa Peperangan Iraq, beliau berusaha
mendapatkan sokongan daripada Kongres terutama daripada perwakilan Parti
Demokrat dan masyarakat awam ketika itu. Dengan situasi ini, Dasar Luar
Amerika Syarikat terhadap Iraq dilihat mendapat sokongan daripada semua pihak
dengan berlakunya pengurangan tentera Amerika Syarikat di Iraq setelah
peperangan berakhir. Secara kasarnya, pengunduran tentera Amerika Syarikat ini
seolah-oleh meninggalkan power vacuum namun, kehadiran kumpulan tentera-
tentera upahan yang diupah oleh Amerika Syarikat memperlihat kepada kita
bahawa Amerika Syarikat masih berada di Iraq bagi tujuan melatih tentera-tentera
dan polis-polis di Iraq.
Dalam usaha mendapatkan sokongan global terhadap penaklukan di Iraq,
pengupahan tentera dari luar negara memberi kelebihan kepada Amerika Syarikat.
Ini kerana PMCs/tentera upahan bukan sahaja terdiri daripada rakyat Amerika
Syarikat, bahkan ianya terdiri daripada pelbagai negara dari seluruh dunia seperti
United Kingdom, Australia dan negara-negara Afrika malah rakyat tempatan iaitu
Iraq sendiri. Imej sebegini memang diperlukan oleh Presiden Bush untuk
meneruskan usaha kempen Global War on Terror.
26 Stanger, A. & William, M.E. 2006. Private Military Corporations: Benefits and Costs of Outsourcing Security. Yale Journal of International Affairs. 2(1)
11
b) Ketangkasan Tentera
Majoriti tentera upahan merupakan bekas-bekas tentera yang pernah berkhidmat
di medan peperangan yang telah bersara. Bekas-bekas tentera ini mempunyai
pengalaman luas berkaitan penggunaan teknologi senjata berat dan strategi-
startegi peperangan, penyelenggaraan logistik seperti pengangkutan darat dan
udara selain berkemampuan melaksanakan tugasan yang tidak dapat dilakukan
oleh tentera Amerika Syarikat. Dengan keupayaan dan pengalaman perang yang
ada, tentera upahan dapat mengendalikan sebarang bentuk tugasan yang lebih
spesifik dan merbahaya mengikut kemahiran yang dimiliki.
c) Miminimakan Korban Perang
Kematian tentera negara amat merugikan semua pihak serta mengundang kepada
kebimbangan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti dan imej negara Amerika
Syarikat di mata dunia. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allison Stanger dan
Mark Eric William (2006), kebimbangan masyarakat awam terhadap korban
nyawa tentera Amerika Syarikat adalah rendah sekiranya mangsa-mangsa korban
yang terlibat adalah terdiri daripada PMC/tentera upahan.27 Menurut perangkaan
daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sehingga 27 Mac 2013 sejumlah
4,409 warga tenteranya yang terdiri daripada tentera darat, laut, marin dan udara
telah terkorban. Daripada jumlah ini, seramai 2,356 (53.4%) orang tentera
Amerika Syarikat yang terkorban ini berumur di bawah 24 tahun.
Sekiranya dibandingkan dengan jumlah tentera upahan yang terkorban (iaitu
seramai kurang daripada 2,300 orang)28, (dengan mengambil kira nisbah
penghantaran tentera upahan dengan tentera Amerika Syarikat di Iraq adalah
1:1)29 situasi ini memberi kesan positif terhadap keberkesanan penggunaan tentera
27 Ibid28 Anon. The Cost of War. http://www.reuters.com/subjects/cost-of-war [25 Mac 2013] - jumlah korban tentera upahan di Iraq dan Afghanistan29 Anon. 2008. Military Contractors, Private Battles. The Economist. 19 Ogos. http://www.economist.com/node/11955577?story_id=11955577 [25 Mac 2013]
12
upahan berbanding tentera Amerika Syarikat. Selain itu sekiranya Jadual 1, nisbah
kehadiran PMCs dan tentera di Iraq iaitu 1.41:1 diambil kira ianya akan
mengubah persepsi negative akan keupayaan tentera upahan berbanding tentera
AS. . Dengan demikian, kempen dan strategi Amerika Syarikat dalam Perang Iraq
dapat memberikan imej yang baik serta secara tidak langsung meningkatkan
sokongan masyarakat Amerika terhadap usaha ini.
JADUAL 1: Perbandingan Jumlah PMCs dan Tentera (sehingga Mac 2011)
PMCs Tentera NisbahAfghanistan 90,339 99,800 0.91:1
Iraq 64,253 45,660 1.41:1CENTCOM AOR 173,644 214,000 0.81:1
Sumber: CENTROM 2nd Quarter FY 2011 Contractor Census Report; data tentera daripada Joint Chief of Staff, “Boots on the Ground” Laporan bulan Januari kepada Kongres.
d) Kos Operasi yang Lebih Efektif
Peningkatan kos dalam peperangan di Iraq berbanding kos-kos peperangan lain
sebelum ini tidak dapat dinafikan. Kos operasi perang di Iraq bukan sahaja
merangkumi kos operasi semasa peperangan berlaku yang dikatakan berjumlah
USD 806 bilion30 tetapi ianya turut merangkumi kos-kos perubatan dan rawatan
tentera selepas peperangan seperti Traumatic Brain Injury (TBI), Mental Health
Disorder (MHD) dan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).31
Menurut Laporan War on Want – sebuah badan yang memperjuangkan
kemiskinan di negara-negara membangun - melaporkan bahawa kontrak yang
diberikan kepada syarikat-syarikat tentera upahan / PMCs semasa Perang Iraq
seperti Blackwater (Academi) berjumlah USD 21milion, Dyn Corp International
30 Belasco, Amy. 2011. The Cost of Iraq, Afghanistan, and Other Global War on Terror Operations Since 9/11. Congressional Research Service. http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/RL33110.pdf [25 Mac 2013]
31 Golding, H. L. W. 2011. Potential Costs of Health Care for Veterans of Recent and Ongoing U.S. Military Operations. Congressional Budget Office. http://www.cbo.gov/sites/default/files/cbofiles/ftpdocs/123xx/doc12315/07-27-va_healthcare.pdf [25 Mac 2013]
13
USD 50milion dan Aegis Defense Services USD 293milion. Berdasarkan jumlah
bayaran kontrak yang diterima ini, dapat disimpulkan bahawa kos operasi adalah
lebih murah secara tidak langsung jika dibandingkan dengan beban pelbagai kerja
yang merbahaya dan memerlukan kepakaran serta pengalaman yang tinggi.
Jadual 2: Pecahan Keanggotaan PMCs di Iraq(sehingga Mac 2011)
Total PMCs Warga Amerika Syarikat
Warga Negara Ke-3
Warga Tempatan
(Iraq)Bilangan 64,258 18,393 36,523 9,337Peratusan 100% 29% 57% 15%
Sumber: CENTROM 2nd Quarter FY 2011 Contractor Census Report
Daripada Jadual 2, jumlah warga tempatan yang menjadi tentera upahan adalah
mewakili 15% daripada keseluruhan bilangan PMCs di Iraq pada Mac 2011.
Jumlah ini boleh diandaikan sebagai penjimatan kos yang berlaku di masa
hadapan. Ini kerana menurut Moshe Schwartz dan Joyprada Swain (2011),
penggunaan tenaga kerja tempatan akan menyuntik kewangan kepada ekonomi
tempatan dengan menyediakan latihan pekerjaan, memberi sokongan kepada
masyarakat dan memberi kefahaman yang lebih baik kepada Amerika Syarikat
terhadap landskap tempatan.32 Pada tahun 2009, Jeneral Raymond Odierno telah
menghantar satu memorandum kepada Kongres yang menyatakan bahawa
“penggunaan tenaga kerja daripada rakyat Iraq (tempatan) bukan sahaja akan
menjimat kewangan tetapi memperkukuh ekonomi Iraq serta membantu
menghapuskan punca utama masalah pemberontakan iaitu kemiskinan dan
kekurangan peluang ekonomi”.33
32 Moshe Schwartz dan Joyprada Swain. 2011. Department of Defense Contractors inAfghanistan and Iraq: Background and Analysis. Congressional Research Service http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R40764.pdf [25 Mac 2013]33 Odierno, R. T. 2009. Increased Employment of Iraq Citizens Through Command Contracts. Multi-National Force-Iraq, January 31, 2009
14
Sesetengah penganalisis berpandangan bahawa kos operasi PMCs/tentera upahan
adalah mahal kerana motivasi utama PMCs/tentera upahan adalah sumber
kewangan. Namun, Hobert Howe (1998) menyatakan bahawa,
“Private forces can start up and deploy faster than multinational (and perhaps
national) forces, and may carry less political baggage, especially concerning
casualties, than government militaries. Additionally, they have a clear chain of
command, more readily compatible military equipment and training, and greater
experience of working together than ad hoc multinational forces. They may be
financially less expensive than other foreign forces. Finally, they can handpick
from a pool of proven combat veterans”34
5. Tentera Upahan dan Peacekeeping Operation di Masa Hadapan
Pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Disember 2011 telah meninggal power
vacumm yang memerlukan kerangka strategi dalam mengembalikan kestabilan dan
keselamatan kepada Iraq. Dalam National Security Strategy Amerika Syarikat yang
dikeluarkan oleh White House pada Mei 2010, kestabilan Iraq merupakan keutamaan
Amerika Syarikat dalam menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara di rantau
Timur Tengah. Matlamat yang digariskan oleh Presiden Obama untuk menjadikan
Iraq sebagai sebuah negara yang berdaulat, stabil dan berdikari ditunjangi oleh tiga
strategi iaitu peralihan keselamatan (transition security), sokongan awam (Civilian
Support) serta Pembangunan dan Diplomasi Serantau (Regional Diplomacy and
Development).
Cabaran utama Amerika Syarikat dalam era pasca Perang Iraq ini adalah
mengembalikan semula kestabilan dan keselamatan Iraq dan Timur Tengah.
Berikutan daripada pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Iraq ini, mungkinkah
PMCs/tentera upahan mampu menggalas tugas sebagai peacekeeping di sana? Dalam
memberi huraian kepentingan PMCs/tentera upahan bertindak sebagai peacekeeper,
faktor-faktor kelebihan seperti penjimatan kewangan dan kepakaran menjadi tajuk
perbahasan utama bagi sarjana yang menyarankan untuk PMCs/tentera upahan
dipertimbangkan menjadi peacekeeper. Bagi sarjana yang menentang pula, faktor-34 Howe, H. (1998). Private Security Forces and African Stability: The Case of Executive Outcomes’,Journal of Modern African Studies. 36(2), hlm.308
15
faktor akauntabiliti dan pendefinisian PMCs/tentera upahan masih menjadi hujah
utama mereka.35
Walaupun Kofi Annan, Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) pada tahun 1998 menyatakan bahawa ‘the world may not be ready to privatize
peace’, namun setelah mengambil kira kelebihan yang ada pada PMCs/tentera upahan
ketika ini, tidak salah untuk dinyatakan bahawa kini dunia telahpun mempunyai
pilihan untuk melaksanakan privatize peace.
6. Kesimpulan
Walaupun pelbagai perdebatan berkaitan tentera upahan berlangsung sehingga kini,
peranan yang dimainkan oleh tentera upahan dalam konflik peperangan di Iraq dilihat
sangat penting bagi Amerika Syarikat memulihkan kembali keyakinan masyarakat
dunia terhadap kredibiliti mereka. Dengan adanya tentera upahan di Iraq, Amerika
Syarikat bukan sahaja dapat mengembalikan kestabilan keselamatan di rantau Timur
Tengah malah Amerika Syarikat dapat menumpukan strategi rebalancing kebangkitan
China di rantau Asia Pasifik berdasarkan kepada strategi US Pivot to Asia Pacific.
Usaha mengembalikan keselamatan dan kestabilan kepada Iraq dengan pilihan
menggunakan PMCs/tentera upahan sebagai Peacekeeping memungkinkan memberi
kelebihan kepada Amerika Syarikat. Namun, isu-isu seperti akauntabiliti, peraturan
dan perundangan antarabangsa berkaitan PMCs/tentera upahan ini perlu dinilai
semula bagi memperkukuh keberkesanan PMCs/tentera upahan.
35Bures, O. 2005. Private Military Companies: A Second Best Peacekeeping Option? Journal of International Peacekeeping. 12 (4), hlm.533 – 546
16
Rujukan
1) Anon. The Cost of War. 2013.http://www.reuters.com/subjects/cost-of-war [25 Mac 2013]
2) Anon. 2008. Military Contractors, Private Battles. The Economist. 19 Ogos. http://www.economist.com/node/11955577?story_id=11955577 [25 Mac 2013]
3) Belasco, Amy. 2011. The Cost of Iraq, Afghanistan, and Other Global War on Terror Operations Since 9/11. Congressional Research Service. http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/RL33110.pdf [25 Mac 2013]
4) Brayton, S. 2002. Outsourcing War: Mercenaries And The Privatization Of Peacekeeping. Journal Of International Affairs. 55(2): 303-329
5) British American Security Information Council Basic Research Report. 2004. A Fistful Of Contractors: The Case For A Pragmatic Assessment Of Private Military Companies In Iraq. http://www.pmcpsc.com/img/2004PMC.pdf [25 Mac 2013]
6) Congressional Budget Office. 2008. http://www.cbo.gov/publication/24822 [25 Mac 2013]
7) Casey, S. 2013. Exploring Mercenaries. http://www.e-ir.Info/2013/02/20/Exploring-Mercenaries/ [11 Mac 2013]
8) Fallah, K. 2006. Corporate Actors: the Legal Status of Mercenaries in Armed Conflict. International Review of the Red Cross. 88(863). http://www.icrc.org/eng/assets/files/other/irrc_863_fallah.pdf [25 Mac 2013]
9) Golding, H. L. W. 2011. Potential Costs of Health Care for Veterans of Recent and Ongoing U.S. Military Operations. Congressional Budget Office. http://www.cbo.gov/sites/default/files/cbofiles/ftpdocs/123xx/doc12315/07-27-va_healthcare.pdf [25 Mac 2013]
10) Griffith, M. (Pnyt.). 2008. Encyclopedia Of International Relations And Global Politics. New York TJ. International Limited.
11) Howe, H. (1998). Private Security Forces and African Stability: The Case of Executive Outcomes’, Journal of Modern African Studies. 36(2), hlm.308
17
12) Insberg, D. 2009. Private Military Contractors and U.S. Grand Strategy. International Peace Research Institute, Oslo (PRIO). http://www.cato.org/sites/cato.org/files/articles/isenberg- private
%2520military-contractors-2009.pdf [29 Mac 2013]
13) Jackson, R. 2011. Regime Seurity. Dlm. Allan Collin (Pnyt.). Contemporary Security Studies, Hlm 161-173.UK. Oxford University Press.
14) Kofi Annan. 1998. Intervention. Ditchley Foundation Lecture XXXV http://www.ditchley.co.uk/conferences/past-programme/1990-1999/1998/lecture-xxxv [1 April 2013]
15) Moshe Schwartz dan Joyprada Swain. 2011. Department of Defense Contractors in Afghanistan and Iraq: Background and Analysis. Congressional Research Service http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R40764.pdf [25 Mac 2013]
16) Neil, B. 2011. Are Private Military Firms The Answer To The Expanding Global Crisis?. International Business & Economics Research Journal. 10(2): 13-20
17) Neta C. Crawford. 2013. The Iraq War: The Ten Years In Ten Numbers. The Middle East Channel. http://Mideast.Foreignpolicy.Com/Posts/2013/03/20/The_Iraq_War_Ten_Years_In_Ten_Numbers [22 Mac 2013]
18) Odierno, R. T. 2009. Increased Employment of Iraq Citizens Through Command Contracts. Multi- National Force-Iraq, January 31, 2009
19) Schwartz, M. & Swain, J. 2011. Department of Defense Contractors in Afghanistan and Iraq: Background and Analysis. http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R40764.pdf [25 Mac 2013]
20) Shultz, R., Godson, R., Hanlon, Q., & S. Ravich. 2011. The Sources Of Instability In Thetwenty-First Century Weak States, Armed Groups, And Irregular Conflict. Strategic Studies Quarterly- Summer 2011. National Strategy Information Center, Hlm 78. http://Www.Au.Af.Mil/Au/Ssq/2011/Summer/Shultzgodsonhanlonravich.pdf [13 Mac 2013]
21) Simon, D. 2004. Occupational For Hire: Private Military Companies And Their Role In Iraq. RUSI Journal. 149(3): 68-71
22) Singer, P.W. 2008. Corporate Worriors: The Rise Of The Privatized Military Industry. Cornwell University Press. US
23) Singer., P.W. 2004. Kertas Dasar. The Private Military Industry And Iraq: What Have We Learned And Where To Next?. Geneva Centre For The Democratic Control Of Armed Forces.
18
24) Stanger, A. & William, M.E. 2006. Private Military Corporations: Benefits and Costs of Outsourcing Security. Yale Journal of International Affairs. 2(1)
25) Suter, K. 2005. Mercenary In Warfare. Contemporary Review 287, 1674: 29