Download - tesis dakwah
SATU KAJIAN MENGENAI PERUBATAN ISLAM
DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS)
FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD
(PID11036)
“KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK DIANUGERAHKAN
DIPLOMA”
JABATAN DAKWAH
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
APRIL 2014
1
SATU KAJIAN MENGENAI PERUBATAN ISLAM
DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS)
FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD
(PID11036)
“KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK DIANUGERAHKAN
DIPLOMA”
JABATAN DAKWAH
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
APRIL 2014
2
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………...
Nama Calon : FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD
No. Matrik : PID11036
3
AKUAN PENYELIA
Kertas Projek ini telah diluluskan dan diterima oleh :
Nama Penyelia :
USTAZ MOHD SHUPIAN BIN MAJID
Penyelia Kertas Projek
Tandatangan : ………………………….
Jabatan Bahasa Arab
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Tarikh : ………………………………..
4
PENGHARGAAN
بسم ه الل حمن الر حيم الر
Pertamanya, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin serta petunjukNya kertas projek ini dapat disiapkan. Selawat serta salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda beserta para sahabat r.a.
sekalung penghargaan buat para ulama dan sarjana yang telah meninggalkan khazanah ilmu yang
sangat bermanfaat dan besar nilainya untuk generasi yang kemudian ini.
Di kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada al-Fadhil
Ustaz Mohd Shupian bin Majid selaku pendidik dan penyelia yang telah banyak memberikan
bimbingan serta tunjuk ajar kepada penulis sepanjang tempoh penyeliaan kajian ini. Penulis
mendoakan agar kebaikan tersebut diberikan ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT.
Tidak dilupakan juga, ribuan penghargaan ditujukan kepada para pensyarah di Sekolah
Pengajian Islam khususnya para tenaga pengajar di Jabatan Dakwah yang telah mencurahkan
ilmu yang tidak terhingga sepanjang pengajian penulis di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah, Kuantan, Pahang. Penghargaan khusus buat semua pensyarah yang telah banyak
mencurahkan ilmu kepada penulis daripada semester satu hinggalah semester akhir ini.
5
Untaian kasih dan penghargaan juga dihadiahkan buat ayahanda Mahmod bin Malik yang
gigih berusaha mendidik penulis kearah taqwa kepada Allah SWT, juga buat bonda tercinta, Nor
Laila binti Ab. Kadir yang membesarkan penulis dengan didikan yang sempurna, semoga Allah
sahajalah yang membalasnya dan diberi ganjaran Allah SWT dengan pahala yang tidak terputus-
putus. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadi pembantu dan pendorong yang
kuat kepada penulis dalam menyiapkan kertas projek ini.
Menerusi kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada
para sahabat dan rakan-rakan yang banyak membantu penulis dalam mencari bahan kajian untuk
dijadikan rujukan bagi kajian ini. Terima kasih kerana telah banyak menyumbangkan maklumat
dan membantu menyumbangkan idea-idea tambahan untuk kajian penulis. Juga turut membantu
penulis dalam membetulkan tatabahasa Melayu.
Ucapan terima kasih juga penulis tujukan kepada Perpustakaan Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah, Kuantan, yang telah banyak menyediakan bahan rujukan kepada penulis.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang membantu penulis menyiapkan kertas projek
ini secara langsung atau tidak langsung, semoga diganjari di akhirat kelak.
6
ABSTRAK
Al-Quran merupakan kitab sejarah terbesar sepanjang zaman. Semua yang disampaikan oleh al-
Quran tidak terbatas pada satu ruang dan waktu, namun mencakupi seluruh kejadian sejarah
manusia. Mulai dari kejadian Adam hingga akhir zaman nanti iaitu kiamat, semuanya telah
dicatat dengan rapi dan sistematik dalam kitab ini. Di dalam al-Quran, kita boleh mengetahui
berbagai-bagai kejadian ini boleh menjadi pembelajaran berharga bagi generasi-generasi akan
datang. Salah satu contoh peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan manusia yang dipotretkan
oleh Allah SWT dalam al-Quran adalah perubatan Islam.
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah tentang perubatan Islam. Selain itu, mengetahui persepsi para pelajar
terhadap konsep perubatan Islam. Serta menyelidik kefahaman pelajar terhadap terapi
penyembuhan menurut al-Quran dan al-Sunah. Kajian yang penulis lakukan ini merupakan
kajian yang berbentuk kajian perpustakaan dengan menggunakan metode analisi dokumen iaitu
penelitian ke atas buku-buku dan sebarang dokumen berkaitan. Bagi kajian lapangan pula,
penulis menggunakan metode temuramah dan metod soal selidik.
Di setiap bab penulis ada menerangkan secara terperinci berkenaan dengan analisa yang
penulis ingin mengkaji, pada bab keduanya bermula pengkajian berkenaan dengan sejarah
ringkas perubatan Islam. Penulis mendahulukan penulis dengan mengenalkan latar belakang
ilmu perubatan Islam. Diikuti dengan tokoh-tokoh perubatan Islam dan ilmu-ilmu asas dalam
perubatan Islam. Selain itu, sumbangan Islam dalm perubatan, cara perubatan Rasulullah SAW,
perubatan melalui al-Quran seperti ayat-ayat ruqyah. Selepas itu, hukum dan amalan perubatan
Islam.
7
Kemudian, dalam bab seterusnya penulis menceritakan berkenaan ilmu hitam dan
pengubatannya. Dalam bab ini dinyatakan asal usul jin, iblis dan syaitan serta hubungan jin
dengan Allah SWT dan dengan manusia. Dalam bab ini juga kita boleh mengetahui kejahatan
ilmu hitam seperti rasuk, sihir dan saka. Selain itu, pengubatan Arab Jahilliyah dan Islam
Jahiliyyah juga dinyatakan di dalam bab ini.
Dalam bab yang keempat, penulis menyatakan dapatan kajian yang dijalankan melalui
borang kajian soal selidik kepada 50 orang pelajar dari Sekolah Pengajian Islam seramai 25
orang dan dari Sekolah Pengajian Pengurusan seramai 25 orang. Penulis juga menjalankan kajian
temuramah kepada responden yang berkaitan dengan kajian. Ulasan hasil daripada kajian juga
dinyatakan tentang tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah tentang
perubatan Islam.
8
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
a.s. ‘Alaihi al-Salam
SAW Salla Allah ‘Alaih Wasalam
SWT Subhana wa Ta’ala
9
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
AKUAN PENYELIA iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN viii
ISI KANDUNGAN ix
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan masalah 3
1.3 Objektif kajian 4
1.4 Persoalan kajian 4
1.5 Limitasi kajian 5
1.6 Definisi operasi kajian 5
1.7 Metodologi kajian 6
1.8 Ulasan kepustakaan 6
BAB 2 : SEJARAH RINGKAS PERUBATAN ISLAM
2.1 Latar belakang ilmu perubatan Islam 7
2.2 Tokoh-tokoh perubatan Islam 8
2.3 Ilmu-ilmu asas dalam perubatan Islam 11
2.4 Sumbangan Islam dalam perubatan 12
2.5 Cara perubatan Rasulullah SAW 13
2.6 Perubatan melalui Al-Quran 15
2.7 Hukum dan amalan perubatan Islam 17
10
BAB 3 : ILMU HITAM DAN PENGUBATANNYA
3.1 Asal usul jin, iblis dan syaitan 21
3.2 Hubungan jin dengan Allah 23
3.3 Hubungan jin dengan manusia 24
3.4 Kejahatan Ilmu hitam 27
3.5 Rasuk, santau, sihir dan saka 29
3.6 Pengubatan Arab Jahiliyyah 35
3.7 Pengubatan Islam Jahiliyyah 36
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Borang kajian soal selidik
4.1.1 Sekolah Pengajian Islam 38
4.1.2 Sekolah Pengajian Pengurusan 40
4.2 Carta Pai
4.2.1 Sekolah Pengajian Islam 42
4.2.2 Sekolah Pengajian Pengurusan 43
4.3 Termuramah 44
BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan Kajian 46
5.2 Cadangan 47
5.3 Penutup 50
BIBLIOGRAFI 52
11
BAB 1
12
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Perubatan adalah amalan semua umat manusia di dalam dunia ini tanpa mengira bangsa,
keturunan atau agama kerana sesiapa pun boleh diserang penyakit. Tamadun dunia telah
membawa perubahan di dalam bidang perubatan. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu
jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s sehingga sekarang dan usaha ini
masih berterusan. Jelasnya pada hari ini, jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi
dengan perubahan cara, gaya hidup manusia dan perubahan alam persekitaran. Antara penyakit-
penyakit yang baru muncul pada hari ini seperti H1N1 (Haemagglutinin and Neuraminidase),
selsema burung, HIV/AIDS (Human Immunodeficiency Virus Infection / Acquired
Immunodeficiency Syndrome), malaria, demam denggi, batuk kering, pneumonia, hepatitis telah
membantutkan aktiviti-aktiviti seharian manusia lebih-lebih lagi dalam kalangan umat Islam di
dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT kesan daripada penyakit-penyakit ini telah menjadi
penyebab utama kematian kepada manusia dan ianya pasti akan melibatkan orang Islam.
13
Faktor utama berlakunya penyakit berjangkit ini adalah kerana kelalaian manusia itu
sendiri dalam penjagaan kebersihan dan kesihatan mereka. Menurut laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), setiap satu jam lebih kurang 1,500 orang meninggal dunia akibat
diserang penyakit berjangkit dan setiap tahun, seramai 17 juta penduduk dunia mati akibat
diserang penyakit berjangkit (Abu Bakar Abdul Majeed, 1999:1). Oleh sebab itu, kepakaran
dalam bidang perubatan bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit-penyakit ini adalah
amat diperlukan sejajar dengan kemunculannya.
Walaupun perubatan moden menjadi pilihan pertama namun tidak ketinggalan juga bagi
perubatan Islam yang mendapat tempat di mata masyarakat sebagai salah satu alternatif yang lain
bagi tujuan berubat. Konsep perubatan Islam yang dipelopori oleh pengamal perubatan Islam
sebenarnya banyak persamaannya dengan perubatan moden yang wujud pada ketika ini. Salah
satu daripadanya adalah kedua-dua jenis perubatan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu
untuk menjaga serta meningkatkan tahap kesihatan individu dan masyarakat. Hal ini selaras
dengan tuntutan al-Quran dan al- Sunah.
Perbezaan antara kedua-duanya hanyalah dari segi prinsip dan metode yang diguna pakai.
Di dalam merawat sesuatu penyakit, perubatan Islam meletakkan dua prinsip penting yang perlu
dititikberatkan iaitu etika rawatan dan juga kesucian bahan yang digunakan untuk mengubati
penyakit. Kedua-duanya hendaklah menepati syariat Islam. Di negara kita masyarakat pada hari
ini meletakkan perubatan Islam sebagai salah satu alternatif perubatan selepas perubatan moden.
Sepatutnya perubatan Islam menjadi pilihan yang pertama dan menjadikan perubatan moden
sebagai perubatan alternatif untuk menyelesaikan masalah kesihatan khususnya bagi umat Islam
di Malaysia. Hal ini kerana, kurangnya maklumat dan masalah kekeliruan yang melanda umat
Islam di Malaysia khususnya telah menjadi penghalang dalam mengangkat martabat perubatan
Islam. Oleh yang demikian, pengkaji terpanggil untuk membuat kajian berkenaan dengan
perubatan Islam dan memperbetulkan fahaman serta kekeliruan masyarakat terhadap perubatan
Islam.
14
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Akibat daripada salah faham yang timbul, para golongan intelektual dan cendekiawan juga turut
mengalami situasi yang sama terutamanya pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
lebih terarah kepada perubatan moden yang lebih diyakini keberkesanannya di dalam merawat
sesuatu penyakit. Ini kerana, kaedah perubatan Islam yang lebih cenderung kepada kaedah doa
dan ayat-ayat al-Quran dalam merawat pesakit sebaliknya tidak dalam bentuk kajian dan
penyelidikan sebagaimana perubatan moden.
Para pelajar yang kurang memahami dan keliru dengan kaedah yang digunakan dalam
perubatan Islam menyebabkan prioriti ilmu perubatan Islam itu diletakkan di aras yang paling
bawah. Bukan itu sahaja, para pelajar juga khususnya yang mempelajari ilmu tentang Islam
adalah menjadi bahan rujukan kepada masyarakat. Sekiranya golongan ini tidak dapat
menjelaskan tentang konsep dan kaedah rawatan Islam yang sebenar kepada masyarakat maka
kekeliruan ini akan berterusan dan menyebabkan kepentingan perubatan Islam semakin
terpinggir dan kurang mendapat tempat dalam dunia perubatan hari ini.
Selain itu, timbul juga andaian yang salah di kalangan pelajar terhadap metode yang
digunakan dalam rawatan Islam disamakan dengan kaedah perubatan yang dilakukan oleh
dukun, pawang dan juga bomoh. Mereka juga turut beranggapan bahawa perubatan Islam sama
seperti perubatan Melayu tradisional yang sering menjadi rahsia daripada pengetahuan umum
yang berselindung di sebalik prinsip ilmu kebatinan. Ini adalah kerana maklumat mengenai
rawatan Islam itu tidak difahami dengan betul.
15
Disamping itu, berlaku juga kekeliruan di kalangan pelajar mengenai skop perubatan Islam
yang penumpuannya hanya kepada aspek pembangunan yang bersifat kerohanian semata-mata.
Namun, hakikat sebenarnya skop perubatan Islam meliputi seluruh aspek pembangunan
kemanusiaan termasuk (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Fahaman sempit yang mengatakan
bahawa perubatan Islam sesuatu yang telah ketinggalan zaman juga merupakan faktor
penyumbang kepada kurangnya pengamal perubatan Islam pada masa kini.
Kesemua tanggapan negatif dalam kalangan pelajar mengenai perubatan Islam ini perlu
diperbetulkan. Justeru itu, kajian perlu dijalankan agar dapat memastikan situasi sebenar atau
cara hidup yang lazim mereka laksanakan dan pada masa yang sama dapat memberi kesedaran
kepada mereka tentang pentingnya amalan perubatan Islam diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah
kefahaman para pelajar terhadap konsep perubatan Islam melalui al-Quran di kalangan pelajar.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.3.1 Mengetahui persepsi para pelajar terhadap konsep perubatan Islam.
1.3.2 Mengenal pasti kefahaman para pelajar terhadap konsep penyembuhan menerusi al-
Quran.
1.3.3 Menyelidik kefahaman para pelajar terhadap terapi penyembuhan menurut al-Quran dan
al-Sunah.
16
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Daripada kajian ini nanti, beberapa persoalan akan dapat dijawab dan diketahui, antaranya:
1.4.1 Apakah persepsi para pelajar terhadap konsep perubatan Islam?
1.4.2 Bagaimanakah kefahaman para pelajar terhadap konsep penyembuhan menerusi al-
Quran?
1.4.3 Sejauh mana kefahaman para pelajar terhadap terapi penyembuhan menurut al-Quran dan
al-Sunah?
1.5 LIMITASI KAJIAN
Kajian ini mengenai pemahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah tentang ilmu
perubatan Islam dan konsep penyembuhan menerusi al-Quran. Kajian ini dilaksanakan di Kolej
Islam Pahang Sultan Ahmad Shah kerana lebih tertumpu dengan para pelajar yang beragama
Islam. Kajian ini dijalankan kepada para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah seramai
50 orang dari Sekolah Pengajian Islam (25 orang) dan Sekolah Pengajian Pengurusan (25 orang).
Saya memilih responden seramai 50 orang kerana ianya adalah mencukupi untuk sumber
respoden bagi kajian ini.
17
1.6 DEFINISI OPERASI KAJIAN
1.6.1 Perubatan Islam : Kaedah Nabi SAW melalui ruqyah (bacaan doa).
1.6.2 Sihir : Ilmu ghaib, ilmu hitam, hikmat.
1.6.3 Bomoh : Dukun, pawang, tukang jampi, banci; datu, pengubat; perawat, tabib,
singse, tukang urut.
1.6.4 Ayat al-Syifa’ : Ayat penawar bagi manusia daripada segi penyakit jasmani dan rohani.
1.6.5 Al-Quran : Firman Allah SWT yang termaktub dalam ayat-ayat sehingga secara
maknawi al-Quran adalah ucapan langsung dari Allah SWT.
1.6.6 Al-Sunah : Sunah Nabi iaitu segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad
berupa perkataan, perbuatan atau persetujuan (terhadap perkataan atau
perbuatan para sahabatnya) yang ditujukan sebagai syari’at bagi umat
Islam.
1.7 METODOLOGI KAJIAN
Data-data utama bagi kajian ini diperoleh menggunakan dua kaedah empirikal iaitu metode
temuramah dan metode soal selidik. Data-data sekunder pula melalui kaedah analisis dokumen
iaitu penelitian ke atas buku-buku atau sebarang dokumen berkaitan.
18
1.8 ULASAN KEPUSTAKAAN
Menurut buku Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan Sunah karangan Dr Amran Kasimin dan
kerjasama Prof Dr Haron Din (cetakan keempat, 1990), pendedahan kandungan Al-Quran,
contoh-contoh sunah Rasulullah dan doa-doa yang dijelaskan yang berkaitan dengan sumber
wahyu dan sejarah Islam boleh memberi satu kesedaran yang agung kepada umat Islam untuk
mengkagumi dan menghargai betapa besarnya peranan kitab Allah yang selama ini boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan seseorang. Kesedaran ini adalah di antara jalan utama dalam
tujuan memperkuatkan iman seseorang terhadap Allah SWT.
Menurut buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus karangan Sharhan
bin Shafie At-Thobibi dan Fakhrul Ridzha bin Abd Rahman (cetakan kedua, 2010), al-Quran
merupakan masdar pengambilan hukum Islam yang utama dalam ilmu fiqh. Seumpama yang
dislogankan oleh Al Imam As Syahid Hassan Al Banna di dalam prinsip hidup muslim (mabadi’
al muslim) bahawa al-Quran adalah sumber perlembagaan manusia. Hanya al-Quran sahajalah
yang menjadi syifa’ yang terhebat dan tiada tolak bandingnya dengan mana-mana instrumen lain.
Di dalam al-Quran terdapat 6 perkataan as Syifa’ dan sekaligus membuktikan kepada kita
bahawa al-Quran adalah sumber perubatan yang terulung.
19
BAB2
20
BAB 2
SEJARAH PERUBATAN ISLAM
2.1 LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM
Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mula runtuh
disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran
perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mula lumpuh. Syria
pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani.
Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan
berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 Masihi. Puak Kristian
mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka
menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke
Mesopotamia.
21
Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan
Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga
keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun
yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah
membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mula ditubuhkan di
Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga
terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan
Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.
Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu
sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang
semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang
pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut
tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas
pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan
materia medikal. Tidak dinafikan bahawa hingga abad ke 18M masih wujud lagi pusat-pusat
perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang
terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi
dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus sejarah inilah
unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip
ajaran Islam.
22
2.2 TOKOH-TOKOH PERUBATAN ISLAM
Antara tokoh-tokoh perubatan Islam ialah Hunayn Ibnu Ishaq. Beliau merupakan seorang
pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal. Beliau juga dikenali sebgai Joannitius yang
dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Ma’mum
(813-833M) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan
Khalifah al-Mutawakil (847-861M) beliau dilantik sebagai doktor istana. Hunayn Ibnu Ishaq
telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates
dan hampir kesemua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah
sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas.
Seterusnya ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Razi atau Al-Razi. Tokoh Islam ini
dikenali dengan nama Rhazes dan digelar sebagai Gaken Arab. Meyerhoff dalam buku Legacy of
Islam menganggap Al-Razi sebagai seorang pengamal perubatan yang teragung dalam dunia
Islam. Al-Razi dilahirkan di bandar Rai berdekatan dengan bandar Taheran. Beliau mendapat
pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat pendidikan. Beliau mempelajari ilmu perubatan
dengan Hunayn yang merupakan seorang pakar dalam perubatan di Parsi dan India. Al-Razi
pulang ke kampung halamannya dan bertugas sebagai pegawai perubatan.
Kemahiran beliau dalam bidang perubatan tertumpu dari segi prognosis penyakit. Analisa
beliau amat tajam tentang gejala dan kesan-kesan sesuatu penyakit dan cara perawatan serta
pemulihan yang begitu lengkap dan mendalam. Beliau juga merupakan pengasas perubatan
psikosomatik. Selain itu Al-Razi mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang bidang
anatomi. Sumbangan Al-Razi yang terkenal di dunia Barat adalah karya-karya beliau.
23
Di antara dua buah karangannya yang terbesar ialah sebuah ensiklopedia perubatan
amalan dan terapeutik yang berjudul Kitab Al-Hawi. Buku teragungnya yang kedua ialah Kitab
Al-Mansur. Buku ini dianggap suatu hasilnya yang tulen dan tersendiri yang mencerminkan
kematangan tokoh perubatan Islam ini tentang amalan perubatan moden. Sumbangan Al-Razi
terhadap ilmu perubatan dan farmakologi tidak terkira banyaknya. Beliau merupakan tokoh yang
terulung dalam mengenali penyakit cacar serta cara menyembuhkannya dengan berjaya.
Tokoh yang seterusnya ialah, Abu Qassim Khalaf Ibnu Al-Zahrawi atau lebih dikenali di
Eropah dengan nama Abulcassis. Beliau dilahirkan di bandar Di Raja Al-Zahrah dalam tahun
936M. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist. Sumbangan
beliau terhadap bidang perubatan dapat difahami dari buku Al-Tasrif. Buku ini meliputi tajuk-
tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Pada abad ke-12M, nama Abu
Qassim mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya dapat disamakan dengan Celcus dan
Paulus dalam bidang perubatan.
Akhir sekali, Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai
Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan
fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina
mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-
Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun
kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktor-
doktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana.
Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan
menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku.
24
Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang
hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur
dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb. Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di
negara Islam dan Eropah selama 600 tahun. Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit-
penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi
gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap
bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan
tentang proses penyediaan ubat. Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes,
preservatif, jem, lozeng, pil, minyak, salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai
kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan
secara langsung.
2.3 ILMU-ILMU ASAS PERUBATAN ISLAM
Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan
Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah
mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas
memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan
manusia terdiri daripada satu sahaja.
Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggota badan
manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat,
mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan
roh. Cecair adalah terdiri daripada humor dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah,
kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam.
25
Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada
makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak
adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana
untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang
panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam
limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia
dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses
penghadaman.
Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati
yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke
pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan. Bebeku adalah yang terdapat dalam
badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain. Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran
dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan
pergerakan.
Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit
berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam
badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk
membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau
ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.
26
2.4 SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN
Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka
kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaan yang tinggi di kalangan
pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan
Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang
adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting
terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus
terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu
keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh
orang Arab.
Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi daan farmakognosi masih
ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara,
India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh
Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting. Dalam bidang kimia ubat dan alkem i, tokoh-
tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian,
kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat
Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.
27
Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang
mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali
melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi
farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi
penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan
oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet,
rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang
pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan
dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.
2.5 CARA PERUBATAN RASULULLAH SAW
Antara mukjizat ilmu perubatan yang diberi pada Nabi SAW seperti hadith lalat, kurma ajwa,
kencing unta dan banyak lagi yang mempunyai kesan penyembuhan terhadap penyakit. Sehingga
kini ada yang mampu dikaji dan ada yang masih tidak diketahui oleh penyelidik.
Kaedah atau pengubatan yang dilakukan oleh Nabi SAW terdapat tiga cara iaitu;
a) Pengubatan secara semulajadi melalui pemakanan dan sebagainya. Jika kita kaitkan
pada zaman ini samalah seperti pengambilan ubat-ubatan serta pengambilan pil vitamin dan
seumpamanya melalui kajian yang sah.
28
b) Pengubatan secara ruqyah (doa yang diilhamkan kepada Nabi SAW) bagi
menghilangkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kerohanian.
Dari Anas bin Malik r.a : "Mahukah kamu aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah
SAW? ........Anas r.a berkata : "
(Ya Allah Rabb manusia, Dzat yang menghilangkan rasa sakit. Sembuhkanlah sesungguhnya
Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau iaitu
kesembuhan yang tidak akan menyebabkan penyakit lagi)." [5301] Sahih Bukhari
Oleh itu untuk mengamalkan ruqyah ini adalah sunah. Apabila kita mengamalkan doa atau
selawat yang bukan diilhamkan kepada Nabi SAW, bererti seolah-olah kita mengangkat
perkataan orang lain lebih dari Nabi SAW dan meninggalkan sunnah yang sahih seperti ini.
c) Pengubatan yang menggabungkan kedua-duanya.
29
2.6 PERUBATAN MELALUI AL-QURAN
Al-Quran adalah penyembuh yang amat agung. Keberkesanannya amat mengkagumkan. Di
dalam buku Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabii’e karya dan hasil kajian Zabidi Haji Nawawi
ada memuatkan teknik perubatan dengan cara penyembuhan Qurani atau Quranic Healing.
Antara khasiat ayat-ayat al-Quran ialah basmalah. Barangsiapa yang membacanya sebanyak 21
kali ketika hendak tidur insya-Allah akan terpelihara daripada godaan dan gangguan syaitan,
daripada bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian
secara mengejut. Barangsiapa yang membaca surah al Fatihah pula sebanyak 41 kali antara solat
sunat subuh dan fardhu subuh, insya-Allah permintaannya diperkenankan, jika sakit terus cepat
sembuh dan akan dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Selain itu, khasiat ayat-ayat al-Quran ialah ayat kursi. Barangsiapa yang membacanya
sekali setiap solat fadhu insya-Allah terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan. Surah
al Baqarah pula, barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia
akan terselamat dari sebarang bala bencana dan bahaya. Jika membaca keseluruhan surah ini
sewaktu memasuki rumah baru, insya-Allah akan dirahmati dan terhindar dari sebarang
gangguan.
Surah al Imran pula barangsiapa yang membaca tiga ayat pertama dari surah ini, insya-
Allah ia akan mencapai kesihatan daripada sebarang penyakit dan terselamat daripada gangguan
jin. Bagi perempuan yang hamil dan membaca ayat 31 dari surah Yunus nescaya ia akan selamat
dan barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, insya-Allah akan terhindar dari mimpi-
mimpi buruk dan mengigau.
30
Barangsiapa yang membaca ayat 56 dari surah Hud pula, pada setiap masa insya-Allah ia
akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang liar. Surah yusuf pula
barangsiapa yang membaca ayat 101 dari surah ini insyaAllah, Allah akan mengurniakan
kesolehan kepada anak-anaknya. Bagi surah ar Ra’d, barangsiapa yang membaca ayat 13 dari
surah ini ia akan terselamat dari panahan petir dan membaca ayat 24 insya-Allah, penyakit
jantungnya akan sembuh sekiranya ia menghidap penyakit tersebut.
Kemudian, barangsiapa yang membaca ayat 3 ayat yang terakhir dari surah an Nahli ke
atas perempuan yang kandungannya selalu sahaja gurgur, insya-Allah anak di dalam
kandungannya akan terselamat. Surah Bani Israel pula, barangsiapa yang membacanya ke atas
air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya-Allah akan hilang gagapnya itu.
Surah Thahaa pula, barangsiapa yang membaca ayat 25 hingga ayat 28 sebanyak 21 kali selepas
solat Subuh, inshaya-Allah otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
Seterusnya, barangsiapa yang membaca surah an Nur, insya-Allah ia akan terhindar
daripada mimpi-mimpi buruk. Surah as Soffat pula, barangsiapa yang membacanya insya-Allah
akan terpelihara daripada gangguan jin. Barangsiapa yang membaca surah al Lail ke telinga
orang yang dirasuk syaitan atau jin, insya-Allah ia akan sedar. Surah al Kafirun pula,
barangsiapa yang membacanya setiap pagi dan petang, insya-Allah ia akan dijauhkan dari syirik,
bida’ah, buruk sangka dan kepercayaan karut. Ibnu Abbas berkata bahawa surah ini sangat
dibenci oleh syaitan kerana ia mengandungi ajaran tauhid dan ajaran yang menjauhkan syirik.
Barangsiapa yang membaca surah al Falaq, insya-Allah akan terpelihara dari terkena
penyakit ‘ain’, sihir dan hasad dengki atau fitnah orang. Akhir sekali, surah an Naas. Nabi SAW
bersabda yang membawa maksud: “Sepuluh yang menahan daripada sepuluh: al Fatihah dari
kemurkaan Tuhan, Surah Yaasin daripada kedahagaan Hari Kiamat, Surah an Naas memelihara
daripada was-was hingga akhir riwayat…, Maka barangsiapa membaca Surah an Naas,
nescaya akan terpelihara daripada was-was dan rasukan syaitan”.
31
2.7 HUKUM DAN AMALAN PERUBATAN ISLAM
Kaedah perubatan Islam sering disalah ertikan oleh masyarakat, dimana konsep tersebut sering
merujuk kepada:
1. Kaedah rawatan yang menggunakan doa-doa, yang merangkumi pelbagai ungkapan
kata yang mengandungi kata-kata pengaruh Islam, seperti penggunaan kalimah salam,
basmillah, nama-nama nabi dan rasul-rasul, nama-nama malaikat, kalimah barakah
dan sebagainya termasuk kalimah syahadah.
2. Anggapan seperti ini mencetuskan pemahaman seolah-olah kaedah rawatan lain,
selain daripada kaedah di atas, tidak termasuk dalam kaedah yang dinamakan
"rawatan Islam" atau "perubatan Islam". Mereka kata bidang rawatan lain terkeluar
daripada apa yang diistilahkan sebagai rawatan Islam.
3. Rasulullah SAW ada bersabda menyatakan bahawa, kalau tidak kerana tiga perkara,
manusia tidak akan insaf menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan
kematian. Kebanyakan manusia akan mengingati Allah ketika dalam keadaan susah,
lalu dalam keadaan "desperate" dan putus asa berdoa, untuk mengatasi penderitaan
yang ditanggung. Jelas di sini menunjukkan bahawa berdoa itu seolah-olah
menggambarkan amalan manusia yang telah putus asa, tidak ada harapan dan ikhtiar
lain. Kerana itu timbul tanda tanya yang boleh dijadikan ejekan atau gurau senda,
bagaimana orang yang berdoa yang biasanya terdiri daripada mereka yang putus asa,
tidak berupaya mengatasi masalah diri sendiri hendak melakukan rawatan.
32
4. Oleh kerana perubatan Islam itu diberi satu ruang lingkup terhad, yang hanya
merangkumi doa-doa ataupun ungkapan kata yang mengandungi pengaruh Islam,
mereka yang berpendidikan agama sering dianggap sebagai berupaya menguasai
bidang ilmu ini, kerana mereka ini dianggap sebagai golongan yang menguasai
pembacaan doa-doa dan sebagainya, padahal ilmu perubatan tersebut adalah satu
bidang ilmu khusus, di mana didikan agama, biarpun di mana kurikulum
pembelajaran itu didedahkan, ia tidak merangkumi bidang rawatan Islam yang
melibatkan doa-doa. Dari sinilah lahirnya golongan agama sendiri yang menafikan
keperluan doa sebagai salah satu kaedah rawatan.
Situasi seperti ini menyebabkan mereka yang melibatkan diri menggunakan doa-doa
untuk tujuan rawatan sering menghadapi pandangan sinis, sindiran dan cemuhan daripada
mereka yang menafsirkan bahawa bidang yang mereka ceburi itu sebagai terkeluar daripada
rawatan Islam, daripada golongan agama, dan dianggap sebagai menggugat profession mereka
yang melibatkan diri dengan rawatan perubatan Melayu tradisional.
Memang benar kaedah perubatan Islam yang difahami umum sekarang ini tertumpu
kepada amalan-amalan yang mengandungi doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran,
hadis-hadis, doa-doa al-ma'thurat, doa-doa para salihin, doa-doa yang diamalkan oleh orang
Melayu tradisional yang diyakini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, di samping
penggunaan bahan-bahan tertentu yang tidak terlarang terutamanya air. Walaupun demikian,
amalan dan kaedah ini tidak mendakwa bahawa kaedah tersebut mencukupi keseluruhan apa
yang difahami sebagai "Perubatan Islam" yang disalahertikan dan menolak secara total atau
menafikan lain-lain kaedah rawatan termasuk rawatan di hospital dan klinik.
33
Ilmu seperti ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai latar belakang perubatan
'alopathi' formal, terutamanya mereka yang berpendidikan agama, yang secara langsung banyak
mempelajari ilmu-ilmu al-Quran, hadis-hadis dan syariah Islamiah. Walaupun demikian, ilmu
seperti ini akan lebih mudah dan banyak memberi manfaat dan sumbangan kepada mereka yang
berlatarbelakangkan orientasi perubatan alopathi yang beragama Islam, kerana kaedah-kaedah
dan bacaan-bacaan yang dituturkan adalah berlandaskan ajaran Islam yang perlu dijadikan ikutan
oleh umatnya. Dalam masa yang sama adalah difahami bahawa penyakit pada hakikatnya
berpunca daripada sebab yang banyak dan berbeza, yang memerlukan rawatan yang berbeza
menurut kesesuaian atau keserasian.
Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah perubatan Islam yang
menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu tradisional. Rawatan yang menggunakan
ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur Islam seperti yang dijelaskan, tidak membuktikan
bahawa kaedah yang diamalkan itu merupakan kaedah perubatan Islam yang sebenar. Tukang-
tukang tilik dan ramal yang melibatkan diri dengan rawatan Melayu tradisional juga memanggil
jin-jin untuk melakukan sihir dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti
sebutan a'uzubillah, menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk kalimah
syahadah.
Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan kecelaruan, ia juga memberi imej
buruk terhadap mereka yang melibatkan diri dengan kaedah perubatan Islam yang menggunakan
doa-doa seperti yang dijelaskan. Sebahagian daripada mereka yang melibatkan diri dengan
rawatan Melayu tradisional berdampingan dengan makhluk-makhluk halus, yang dibela, dibuat
sahabat ataupun saudara. Dari sinilah lahirnya mereka yang dikatakan mempunyai kelebihan
menilik pelbagai punca penyakit, meramal perkara-perkara ghaib, yang telah berlaku dan yang
akan datang, juga melibatkan diri dengan amalan sihir.
34
Inilah di antara kandungan ilmu kebatinan Melayu yang masih diamalkan sehingga
sekarang ini. Kekuatan atau keupayaan mereka pada hakikatnya terletak pada sokongan
makhluk-makhluk halus yang berdampingan, yang pada kebiasaannya dilakukan ketika dalam
keadaan menurun. Oleh kerana kekuatan yang mereka miliki terjadi dengan sokongan makhluk-
makhluk halus maka kebanyakan sakit dikatakan berpunca daripada gangguan makhluk-makhluk
halus.
Oleh kerana penyakit itu sering dirujuk sebagai berpunca daripada makhluk-makhluk
halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan ataupun sihir, yang menyebabkan gangguan, ataupun
lain-lain penyakit. Pada hal ia sebenarnya mungkin berpunca daripada lain-lain faktor, yang
dapat dibuktikan seperti ketegangan, ketidakseimbangan, kecederaan, akibat gangguan agen-
agen parasit seperti virus, kuman, kulat, toksin dan sebagainya, maka telahan-telahan seumpama
ini menyebabkan sebahagian daripada masyarakat menolak sama sekali kaedah perubatan
tradisional, termasuk kaedah yang menggunakan ayat-ayat al-Quran.
35
BAB
3
36
BAB 3
ILMU HITAM DAN PENGUBATANNYA
3.1 ASAL USUL JIN, IBLIS DAN SYAITAN
Menurut al-Quran, Allah SWT mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan malaikat
yang Allah ciptakan daripada cahaya. Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan
malaikat terlebih dahulu daripada manusia. Tetapi tidak diketahui secara tepat jarak waktunya di
antara dua penciptaan ini.
Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin. Ada yang mengatakan nar al-
samum (api yang sangat panas) dan marij (nyalaan api). Daripada tafsiran ulama, tidak terdapat
perbezaan yang ketara antara keduanya. Cuma al-samum adalah sifat yang ditambahkan yang
merupakan penjelas kepada ciri atau sifat marij.
Oleh itu, jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada
campuran pelbagai warna dan ia tiada bentuk yang tetap; boleh memanjang, memendek, lentok
ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas; boleh
terbang di udara dan menyelami air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna. Ia boleh
mengubah bentuk tubuh badannya; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan sebagainya.
37
Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia,
dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan-kelebihan itu
adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-awal jin dicipta.
Daripada Ibn Abbas r.a: “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian
dikatakan kepada jin baru sahaja dicipta itu: ‘Mintalah sesuka hatimu.’ Maka jin pun berkata:
‘Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak dapat dilihat, aku meminta agar
dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi
sebelum mati.”
Jin ialah satu jenis roh yang berakal dan mempunyai kehendak. Meraka adalah mukallaf
sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat
dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka
mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan
ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya
sendiri. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainya adalah kafir.
Pada umumnya, qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingnya membuat kejahatan. Dia
membisikkan perasaan was-was, melalaikan solat, berat untuk membaca al-Quran dan
sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingnya membuat ibadah dan
kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah mengutuskan malaikat. Ia membisikkan hal-
hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia
membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, orang-orang
Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya
dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir,
membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
38
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh
manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur
jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya
akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Syaitan adalah sejenis mahkluk yang berasal daripada jin. Sebenarnya setiap jin yang
jahat disebut sebagai syaitan. Oleh itu, jin adalah umum kerana ada jin baik dan jin jahat. Jin
jahat dipanggil syaitan. Perbezaan jin dan syaitan ialah, syaitan adalah golongan yang langsung
tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar manjadi MARID dan
‘IFRIT. Jin pula ada yang soleh dan ada yang fasik, mereka sama dengan manusia, ada yang
baik, ada yang jahat, ada yang mukmin dan ada yang kafir.
3.2 HUBUNGAN JIN DENGAN ALLAH
Bangsa jin adalah dipertanggungjawabkan hukum (mukallaf) dan mereka wajib mentaatinya.
Tidak dapat tidak, mestilah ada seorang rasul diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada
mereka. Persoalannya ialah sama ada rasul itu daripada bangsa mereka sendiri iaitu jin atau
daripada bangsa manusia.
Para ulama berselisih kepada dua pendapat. Pendapat pertama, rasul untuk mereka adalah
daripada bangsa mereka sendiri. Pendapat ini disokong oleh al-Tabari sebagaimana yang
diriwayatkan daripada al-Dhahhak bin Mahazim dan Ibn Hazm al-Zahiri disebabkan jin
bukanlah daripada bangsa manusia maka kesimpulannya diutuskan nabi atau rasul di kalangan
mereka.
39
Pendapat kedua pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasul dalam kalangan jin
itu terdiri daripada manusia dan tidak ada rasul daripada golongan mereka. Mereka mendengar
dakwah daripada rasul yang daripada bangsa manusia kemudian mereka kembali ke tempat
masing-masing dan menyampaikan pula kepada kaum mereka sendiri. Kesimpulannya, Ijmak
ulama mengatakan bahawa Rasul kita, Nabi Muhammad SAW di utuskan kepada al-Thaqalain
iaitu bangsa manusia dan bangsa jin.
3.3 HUBUNGAN JIN DENGAN MANUSIA
Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang
asal. Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan, “Kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam
pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak
dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal”.
Al-Imam al-Syafi’ r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh al-Rabi’ yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi r.a di dalam kitab Manaqib al-Syafi’i, “Barangsiapa yang mengaku
dia melihat jin kita tolak pengakuaanya kecuali ia sebagai seorang Nabi.” Jelaslah bahawa
seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asal.
Manusia-manusia lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan
kepada nabi-nabi. Walaubagaimanapun sesetengah binatang juga dapat melihat jin seperti Himar
akan menjerit waktu malam menandakan ia melihat jin atau syaitan. Kelebihan binatang-
binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah memperakukan kelebihan binatang
yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya,
mereka boleh melihat matahari pada waktu awan gelap. Burung hantu dapat melihat tikus pada
waktu malam yang gelap gelita.
40
Sesungguhnya para rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan sebagainya
boleh menguasai alam jin. Mereka boleh berhubung dengan jin, berbincang dan bercakap, juga
boleh mengeluarkan jin dari jasad manusia melalui kekuatan zikir dan kekuatan rohani serta
menundukkan mereka melalui kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka.
Kadang-kadang atau ghalibnya orang yang dirasuk oleh jin itu bercakap bukan-bukan dan
tidak masuk akal. Ada kalanya mereka menangis, ketawa, takut, menjerit, bercakap dalam
bahasa yang kita tidak faham. Roh syaitan atau jin boleh menguasai roh manusia, berkuasa
melakukan apa sahaja yang dikehendaki, bercakap, memukul dan lain-lain. Jin menjadikan
manusia sebagai pentas untuk mereka melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Sedangkan
manusia itu tidak tahu dan tidak sedar apa yang dilakukannya.
Memang terkenal di dalam masyarakat orang-orang Melayu apabila masuk ke dalam
hutan atau tempat-tempat yang dirasakan kononnya ada penunggu, mereka akan berkata “TABIK
DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU” dan sebagainya. Sebagai minta izin
atau perlindungan daripada bangsa jin, takut-takut kalau diapa-apakan oleh mereka.
Cara seumpama ini samalah dengan apa yang berlaku pada zaman Jahiliah dahulu, iaitu
apabila orang Arab pergi ke lembah atau tempat yang terpencil di padang pasir mereka minta
perlindungan daripada ketua jin di lembah berkenaan sebagaimana mereka memasuki rumah
musuh mereka maka mereka memohon perlindungan daripada golongan itu.
Jin apabila mendapati ada manusia yang memohon perlindungan kepada mereka maka
bertambahlah rasa sombong dan angkuh mereka. Sebaliknya bertambahlah dosa dan kesalahan
manusia itu kerana kenyakinan mereka terhadap kuasa jin dan bukannya kepada pertolongan
Allah.
41
Al-Qurtubi menjelaskan di dalam tafsirnya, sesungguhnya orang yang pertama meminta
izin daripada golongan ini ialah kaum orang-orang Yaman. Setelah itu puak-puak daripada Bani
Hanifah, kemudian tersiar luas dalam kalangan bangsa Arab. Apabila datangnya Islam mereka
bertukar kepada memohon perlindungan kepada Allah SWT dan meninggalkan permohonan
daripada bangsa jin itu.
Sebenarnya apabilan jin melihat manusia, mereka merasa takut dan bertempiaran lari.
Sebaliknya apabila mereka melihat manusia juga takut maka mereka akan membuat sesuatu
terhadap manusia. Memang dewasa ini di negara kita khususnya umat Islam apabila menghadapi
masalah mereka akan bertemu dan memohon kepada tukang sihir tanpa memikirkan perkara itu
boleh merosakkan akidah mereka. Sebenarnya mereka telah melakukan perbuatan menyalahi
hukum syarak.
Seperti sesetengah daripada mereka beristinjak dengan susu, mengoyakkan al-Quran,
bersembah memuja jin dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh orang jahiliah dan
itulah yang disukai oleh jin. Oleh hal yang demikian, apabila kita dirasuk oleh syaitan ataupun
jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara menurut yang diharuskan oleh syarak.
Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi
rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan
dalam apa cara sekalipun.
42
3.4 KEJAHATAN ILMU HITAM
Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi
menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan
ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus. Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak
berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir
adalah dilarang muthlak.
Syeikh al-Azhar membuat pentakrifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang
dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal
pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu daripada hakikatnya kepada yang
selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan
sesuatu tidak menurut yang sebenarnya. Manakala dalam kamus Muhit disebut sihir ialah
mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu
mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya.
Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang
diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan mengakibatkan
terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara
langsung.
Makhluk-makhluk halus adalah suatu realiti yang wujud di alam ini. Kehadirannya dalam
alam manusia sejak kejadian Adam a.s. Perangai dan niat jahat makhluk ini untuk merosak dan
menyesatkan anak Adam jelas tersebut di dalam al-Quran dan al-Sunah. Kebolehan makhluk ini
mengatasi manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk ini tersurat jelas dalam sejarah.
43
Hakikat tersebut telah dijelaskan di dalam al-Quran dan tafsir muktabar begitu juga di
dalam al-Sunah dan ulasan sahih tentang kewujudan makhluk tersebut dengan menyebut nama
seperti jin, iblis, syaitan, ifrit, qarrin dan sebagainya. Semua ini menunjukkan betapa banyaknya
makhluk ini yang berkongsi hidup bersama-sama dengan penghidupan manusia di alam ini. Oleh
sebab ilmu pengetahuan manusia mutakhir ini banyak tertumpu kepada penerokaan alam
zahiriah maka pengetahuan tentang alam ghaibiah boleh dikatakan tidak diendahkan padahal
kewujudan ghaibiah tersebut begitu jelas dan begitu menonjol seperti yang termaktub di dalam
al-Quran dan al-Sunah.
Kedua-dua makhluk ini sering berlaku permusuhan dan apabila permusuhan telah berlaku
maka berbagai-bagai cara dipergunakan untuk mengatasi pihak lawan. Oleh sebab permusuhan
di antara mahluk halus dan manusia tu dimulakan oleh makhluk halus itu sendiri tanpa kesalahan
manusia, maka manusia pada umumnya berada pada situasi mempertahankan diri bukan pada
tahap menyerang. Di antara bertahan dan menyerang, pada kebiasaannya pihak yang menyerang
lebih banyak mempunyai peluang untuk membinasakan lawannya. Kerugian dan kesengsaraan
lebih banyak ditanggung oleh yang bertahan. Dalam situasi permusuhan antara manusia dan
makhluk halus, manusialah yang lebih banyak menanggung akibat. Hasilnya manusia
menghadapi berbagai-bagai masalah.
44
3.5 RASUK, SANTAU, SIHIR DAN SAKA
3.5.1 RASUK
Jin sering merasuk manusia yang lemah pendirian dan pertahanan diri. Wanita dan kanak-kanak
adalah antara mangsa utamanya. Ini berlaku mungkin kerana manusia itu telah menimbulkan
kemarahan kaum jin seperti mengambil hartanya, merosakkan perkampungan atau membunuh
kaumnya.
Orang yang dirasuk itu selalunya tidak sedarkan diri. Matanya kelihatan putih. Dia boleh
bercakap dengan suara lain, lazimnya mengikut suara kaum jin yang merasuknya. Tetap jin itu
juga boleh meniru mana-mana suara yang dikehendakinya dengan tujuan untuk menipu manusia.
Bomoh boleh berkomunikasi dengan jin yang merasuk pesakit.
Dalam proses pengubatan, seringkali jin meminta perkara yang bukan-bukan yang boleh
memesongkan akidah umat Islam. Pernah berlaku di mana bomoh menyeksa pesakit dengan
anggapan mahu menghalau atau membunuh jin. Perbuatan ini boleh menyebabkan pesakit
kehilangan nyawa.
Pengamal perubatan Islam juga boleh berkomunikasi dengan jin yang merasuk manusia
dengan membuat perhitungan dan tawar-menawar. Mereka yang mahir mampu mengubati
pesakit. Apabila jin telah keluar dari badan pesakit, pesakit akan keletihan. Apabila ditanya, dia
tidak sedar apa yang berlaku.
45
Penyakit rasukan syaitan memang banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini.
Yang menjadi masalah ialah bagi mereka yang tidak berpegang kepada petunjuk Allah dan sunah
Nabi Muhammad SAW sehingga mereka menolak penyakit rasukan jin berkenaan sedangkan
Allah telah menyebut di dalam al-Quran.
Jin apabila memasuki ke dalam jasad seseorang ia akan terus bertapak di dalam otak
mereka dan menguasainya, sehingga mereka lupa akan segala-galanya. Antara tanda-tanda
rasukan ialah, tidak mahu tidur, berdebar-debar, perasaan tidak menentu, mimpi berulang-ulang
seperti kucing, anjing dan ular, mimpi yang menakutkan, berjalan sedangkan dia sedang tidur,
mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, mimpi manusia yang pelik dan mimpi diiringi ke kubur,
tempat sampah atau jalan yang mengerikan.
3.5.2 SANTAU
Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak begitu pasti untuk membuat perbezaan.
Ramai yang berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana
bahan-bahan untuk membuat santau dan racun itu adalah sama. Begitu juga kaedah rawatannya
adalah sama.
Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dibuat panduan bagi menentukan seseorang itu
terkena santau dan racun. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta merta seperti
muntah darah. Tetapi mangsa santau mengambil mangsa yang panjang menyebabkan mangsa
tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini kerana
mangsa santau adalah sensitif kepada limau nipis dan nenas.
46
Santau terbahagi kepada dua iaitu jenis pertama, santau yang diperbuat daripada adunan
tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah diubati.
Jenis kedua pula ialah santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santai ini
juga dikenali dengan ‘santau angin’. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang
memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan membalas dendam
kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu, iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain,
ingin menguji tahap kebatinan seseorang, sebagai medan menguji kekuatan dan kesan santau
yang dimiliki, membuang santau kerana santau angin mesti dibuang pada masa tertentu dan
kalau tidak santau tersebut akan memakan tuannya dan keluarganya.
Antara tanda-tanda seseorang mempunyai santau ialah batuk yang berlarutan. Kadang-
kadang batuk berdarah, bernanah dan keluar debu-debu kecil deperti serbuk kaca. Selain itu
istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih, sakit tulang
belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat, sakit dan sesak nafas terutama
waktu Maghrib, lenguh seluruh anggota badan, kuku menjadi hitam, nafas menjadi busuk dan
mimpi jatuh daripada tempat tinggi.
47
3.5.3 SIHIR
Ahli sihir sangat terkenal ketika zaman Fir’aun. Ketika itu terdapat dua golongan ahli sihir iaitu
ahli sihir rasmi dan ahli sihir tidak rasmi. Ahli sihir rasmi adalah ahli sihir yang berkhidmat
dengan Fir’aun. Mereka sentiasa memberi perlindungan kepada Fir’aun dan akan menyihir atau
membinasakan musuh atau orang-orang yang menetang Fir’aun. Manakala ahli sihir tidak rasmi
adalah ahli sihir yang belum cukup persyaratan dan tidak diakui oleh pemerintah.
Ahli sihir yang sudah matang keilmuannya berupaya mendatangkan kejadian-kejadian
yang luar biasa. Mereka boleh mendatangkan kesakitan atau kebinasaan kepada seseorang.
Natijah yang mereka hasilkan susah untuk dibuktikan dengan akal atau dikesan melalui peralatan
moden, tetapi ia memberi kesan kepada jasad.
Sebenarnya ilmu sihir ini boleh dipelajari. Melalui kaedah mempelajarinya, juga daripada
perbahasan mengenainya dapat dibuat kesimpulan bahawa antara ahli sihir dan golongan jin serta
syaitan-syaitan ada hubungan yang rapat. Malah sihir tidak akan menjadi kecuali dengan adanya
penglibatan jin dan syaitan. Jin dan syaitanlah yang membantu ahli sihir dalam usaha menyihir
atau mendatangkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.
Pada zaman ini tidak ada orang yang mengaku sebagai ahli sihir. Walaubagaimanapun,
ramai yang mengamalkan ilmu sihir secara tidak sedar. Kebanyakannya digunakan untuk tujuan
jahat seperti santau, penunduk (nasi tangas), minyak senyonyong, pemanis, pelaris, ikat nafsu,
mati pucuk dan berbagai-bagai lagi.
48
Sihir adalah perkataan Arab. Ia digunakan bagi perkara yang tidak diketahui sebabnya. Ia
adalah halus dan susah dikesan dengan mata kasar. Dari segi istilah agama, sihir disebut sebagai
suatu jampi yang diucap atau ditulis atau dibuat sesuatu. Ia memberi kesan kepada orang yang
disihir secara tidak langsung.
Sihir terbahagi kepada beberapa bahagian dan antaranya ialah sihir orang-orang Kaldan
dan Kasdan zaman purbakala yang menyembah planet dan binatang-binatang. Mereka
mengiktikadkan binatang-binatang yang mentadbir alam ini. Oleh itu kebajikan, kebahagaiaan
dan kecelakaan adalah berpunca daripadanya.
Nabi Allah Ibrahim diutus oleh Allah untuk menjelaskan kesesatan golongan itu.
Sebenarnya bagi masyarakat kita sekarang masih ada yang mempercayai mengenai bintang dua
belas dan juga kepercayaan Cina apa yang dipanggil Feng shui.
Selain itu, sihir golongan yang pandai menyilapkan mata dan boleh menguasai akal kita.
Ia juga apa yang dipanggil menggunakan kuasa mata atau kekuatan jiwa Hipnotisme.
Umpamanya, orang yang berjalan di tepi sesuatu dan orang itu boleh mengatakan dia jatuh maka
dia jatuh serta merta.
Kemudian meminta pertolongan kepada roh-roh di bumi iaitu jin. Mereka boleh
berhubung dengan golongan jin dengan cara membuat sesuatu yang menyenangkan jin seperti
menyembelih korban, bertawwasul dengan jin untuk menyakitkan sesiapa yang tidak disukai.
Apabila tukang sihir membuat sesuatu menambahkan kekufuran dirinya maka jin lagi taat dan
bersegera melakukan apa sahaja yang dihajati.
49
3.5.4 SAKA
Saka adalah jin yang telah berada di dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah
menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia
datang dari keturunnya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyangnya terdahulu
dan diturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui. Boleh jadi jin itu sendiri yang memilih
untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Jin tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah
meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut
yang dikenali dengan nama yang pelbagai. Dalam masyarakat Melayu jin-jin ini dikenali dengan
nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan berbagai nama lagi. Namun
hakikatnya semua adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t yang dikenali dengan nama jin dan
syaitan.
Secara umumnya orang-orang yang memiliki saka mempunyai kepandaian dan kebolehan
untuk mengubati orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan
dari sudut syariatnya. Antaranya ialah kebanyakannya mempunyai kebolehan berubat dengan
kaedah ‘menurun’. Bentuknya adalah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka
tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai sebagai para waliyullah dan orang-orang soleh
seperti Sheikh Abdul Qodir al Jilani, Sheikh Bahauddin an Naqsyabandi, Sheikh Abu Hassan as
Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
50
Selain itu, pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai
unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman. Pembawa saka juga mampu
berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami. Pengamal perubatan
yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan
dengan syariat.
Saka berpindah sebaik sahaja penumpang saka yang terdiri daripada nenek moyang yang
membuat perjanjian dengan jin tersebut dan menyimpannya mati. Pada saat ketika inilah saka
tidak mempunyai perumah dan tempat bergantung. Lantas jin yang dikenali saka itu akan
mencari perumah yang baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu.
3.6 PENGUBATAN ARAB JAHILIYYAH
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan sahaja mempunyai masalah
tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah mereka juga mempunyai pengetahuan
perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar.
Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah
mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik. Antara contohnya ialah merawat pesakit yang
dipatuk ular atau disengat kala jengking dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya dan
apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala dengan penapis lalu mengelilingi rumah-
rumah kaum mereka untuk mengumpulkan roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada
anjing untuk dimakan supaya anaknya sembuh.
51
Selain itu pemberian azimat atau tangkal-tangkal tertentu dalam pelbagai bentuk lalu
dikalungkan atau diletak di badan seperti pakaian buruk dan tulang manusia yang kononya
penyakit itu akibat perbuatan roh jahat. Malah sakit tekak juga dikurniakan azimat kepada
mereka yang sakit.
Apabila datangnya Islam maka tradisi perubatan yang tidak masuk akal ini diperangi
dengan pelbagai cara melalui ajaran Nabi SAW dan hasil ijtihad para sahabatnya. Adapun
kaedah Nabi SAW bukan sahaja melalui ruqyah iaitu bacaan-bacaan doa malah termasuk juga
cara mencegah dan merawat melalui pemakanan.
3.7 PENGUBATAN ISLAM JAHILIYYAH
Walaupun setelah kedatangan Islam, umat Islam telah mula meniru kembali kaedah-kaedah
perubatan Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Paling buruk ia dilakukan oleh orang yang
kononya digelar sebagai ahli agama sedangkan dia ahli hawa nafsu yang mengaut untuk dan
mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Antaranya ialah dengan air zam-zam yang dibacakan tiga puluh juz al-Quran. Perkara ini
sangat menghairankan kerana adakah tidak cukup keberkatan air zam-zam itu sehingga ingin
menambah ‘berkat’ kepada air zam-zam tersebut dengan bacaan ayat al-Quran. Konsepnya,
keberkatan datang dari Allah SWT dan para ahli ilmu tidak akan tertipu, sasaran mereka hanya
kepada umat Islam yang jahil.
52
Selain itu, pembedahan batin. Kaedah ini dilakukan oleh para penyihir yang bekerjasama
dengan syaitan dari golongan jin. Mereka yang mendatangi penyihir ini samalah seperti
mendatangi bomoh. Zikir amalan yang bertentangan dengan zikir Nabi SAW dan disalahgunakan
ayat-ayat al-Quran. Antara tujuan zikir ini bukan sahaja untuk tujuan menyembuh penyakit
malah untuk tujuan seperti bertemu jodoh, zikir menjadi halimunan, zikir menjadi kebal dan
sebagainya.
Allah SWT yang mendatangkan penyakit dan hanya Allah yang menyembuhkan. Sakit
itu perkara biasa kerana ia menghapuskan dosa atau menaikkan darjat seseorang. Hendaklah kita
menyakini bahawa penawar atau penyembuh bagi setiap penyakit di dalam Islam hanyalah dari
Allah SWT. Namun bukanlah bermakna kita perlu berpeluk tubuh dan kononnya bertawakal
tanpa berubah, sebaliknya ia satu motivasi di dalam diri untuk mencegah dan mencari penawar
dengan mengamalkan sunah Nabi SAW. Di samping itu ia dapat menghasilkan rasa takut dan
berserah diri kepada tempat meminta segala pertolongan iaitu Allah SWT.
53
BAB
4
54
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 BORANG KAJI SELIDIK
4.1.1 Sekolah Pengajian Islam
Hasil dapatan kajian daripada borang soal selidik bagi Sekolah Pengajian Islam, sebanyak
60% pelajar pernah mengalami gangguan makhluk halus dengan kiraan seramai 15 orang.
Sebanyak 40% pelajar pula tidak pernah mengalami gangguan makhluk halus dengan kiraan
seramai 10 orang. Selain itu, sebanyak 44% pelajar pernah menerima rawatan perubatan Islam
dengan kiraan seramai 11 orang dan sebanyak 56% pelajar pula pernah menerima rawatan
perubatan tradisional Melayu dengan kiraan seramai 14 orang. Bagi pelajar yang menerima
rawatan perubatan tradisional Melayu, antara alasan yang dinyatakan ialah kehendak keluarga
dengan 28% seramai 7 orang, kehendak sendiri dengan 24% seramai 6 orang dan lain-lain sebab
dengan 8% seramai 2 orang.
55
Selepas itu, sebanyak 12% dengan seramai 3 orang pelajar berpendapat setuju bahawa
rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat gangguan makhluk halus
berbanding rawatan perubatan Islam, sebanyak 8% dengan seramai 2 orang pelajar berpendapat
tidak pasti, sebanyak 40% dengan seramai 10 orang pelajar pula berpendapat tidak setuju,
sebanyak 32% dengan seramai 8 orang pelajar berpendapat kurang setuju dan 8% dengan jumlah
2 orang berpendapat amat setuju. Selain itu, sebanyak 56% dengan seramai 14 orang pelajar
bersetuju wujudnya perawat tradisional seperti bomoh atau pawang yang menggunakan ayat-ayat
al-Quran sebagai kaedah untuk merawat tetapi sekadar untuk mengkaburi cara sebenar mereka,
sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar pula tidak bersetuju dan sebanyak 16% dengan
jumlah 4 orang pelajar tidak pasti.
Kemudian, sebanyak 36% dengan seramai 9 orang pelajar bersetuju dengan kebanyakan
masyarakat Melayu lebih mempercayai perawat perubatan tradisional seperti bomoh atau
pawang berbanding perawat perubatan Islam, sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar pula
tidak bersetuju dan sebanyak 36% dengan seramai 9 orang pelajar tidak pasti. Bagi pelajar yang
bersetuju, antara alasan-alasan yang mereka nyatakan ialah mengikut keturunan nenek moyang
dan tidak terdedah dengan kebenaran perubatan Islam. Akhir sekali, sebanyak 4% dengan jumlah
1 orang pelajar tidak setuju untuk pendapat patutkah lebih ramai mahasiswa Islam mengamalkan
perubatan Islam untuk kebaikan diri mereka sendiri mahupun orang lain, sebanyak 8% dengan
jumlah 2 orang pelajar kurang setuju, sebanyak 36% dengan seramai 9 orang pula setuju,
sebanyak 44% dengan seramai 11 orang pelajar berpendapat amat setuju dan sebanyak 8%
dengan jumlah 2 orang pula tidak pasti.
56
4.1.2 Sekolah Pengajian Pengurusan
Hasil dapatan kajian daripada borang soal selidik bagi Sekolah Pengajian Pengurusan,
sebanyak 52% pelajar pernah mengalami gangguan makhluk halus dengan kiraan seramai 13
orang. Sebanyak 48% pelajar pula tidak pernah mengalami gangguan makhluk halus dengan
kiraan seramai 12 orang. Selain itu, sebanyak 68% pelajar pernah menerima rawatan perubatan
Islam dengan kiraan seramai 17 orang dan sebanyak 32% pelajar pula pernah menerima rawatan
perubatan tradisional Melayu dengan kiraan seramai 8 orang. Bagi pelajar yang menerima
rawatan perubatan tradisional Melayu, antara alasan yang dinyatakan ialah kehendak keluarga
dengan 40% seramai 10 orang, kehendak sendiri dengan 20% seramai 5 orang.
Selepas itu, sebanyak 12% dengan seramai 3 orang pelajar berpendapat setuju bahawa
rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat gangguan makhluk halus
berbanding rawatan perubatan Islam, sebanyak 20% dengan seramai 5 orang pelajar berpendapat
tidak pasti, sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar pula berpendapat tidak setuju,
sebanyak 16% dengan seramai 4 orang pelajar berpendapat kurang setuju dan 24% dengan
jumlah 6 orang berpendapat amat setuju. Selain itu, sebanyak 40% dengan seramai 10 orang
pelajar bersetuju wujudnya perawat tradisional seperti bomoh atau pawang yang menggunakan
ayat-ayat al-Quran sebagai kaedah untuk merawat tetapi sekadar untuk mengkaburi cara sebenar
mereka, sebanyak 24% dengan seramai 6 orang pelajar pula tidak bersetuju dan sebanyak 36%
dengan jumlah 9 orang pelajar tidak pasti.
57
Kemudian, sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar bersetuju dengan kebanyakan
masyarakat Melayu lebih mempercayai perawat perubatan tradisional seperti bomoh atau
pawang berbanding perawat perubatan Islam, sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar pula
tidak bersetuju dan sebanyak 44% dengan seramai 11 orang pelajar tidak pasti. Bagi pelajar yang
bersetuju, antara alasan-alasan yang mereka nyatakan ialah pengaruh orang sekeliling, kurang
pegangan agama dan mengikut keturunan nenek moyang. Akhir sekali, sebanyak 8% dengan
jumlah 2 orang pelajar tidak setuju untuk pendapat patutkah lebih ramai mahasiswa Islam
mengamalkan perubatan Islam untuk kebaikan diri mereka sendiri mahupun orang lain, sebanyak
28% dengan jumlah 7 orang pelajar kurang setuju, sebanyak 24% dengan seramai 6 orang pula
setuju, sebanyak 32% dengan seramai 8 orang pelajar berpendapat amat setuju dan sebanyak 8%
dengan jumlah 2 orang pula tidak pasti.
58
4.2 CARTA PAI
4.2.1 Sekolah Pengajian Islam
Carta pai dibawah menunjukkan peratusan jawapan 50 orang pelajar Kolej Islam Pahang Sultan
Ahmad Shah bagi persoalan rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat
gangguan makhlus halus berbanding rawatan perubatan Islam
40%
32%
12%
8%
8%
Sekolah Pengajian Islam
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Amat setuju
Tidak pasti
Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 12% dengan seramai 3 orang pelajar berpendapat
setuju bahawa rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat gangguan makhluk
halus berbanding rawatan perubatan Islam, sebanyak 8% dengan seramai 2 orang pelajar
berpendapat tidak pasti, sebanyak 40% dengan seramai 10 orang pelajar pula berpendapat tidak
setuju, sebanyak 32% dengan seramai 8 orang pelajar berpendapat kurang setuju dan 8% dengan
jumlah 2 orang berpendapat amat setuju.
59
4.2.2 Sekolah Pengajian Pengurusan
28%
16%
12%
24%
20%
Sekolah Pengajian Pengurusan
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Amat setuju
Tidak pasti
Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 12% dengan seramai 3 orang pelajar berpendapat
setuju bahawa rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat gangguan makhluk
halus berbanding rawatan perubatan Islam, sebanyak 20% dengan seramai 5 orang pelajar
berpendapat tidak pasti, sebanyak 28% dengan seramai 7 orang pelajar pula berpendapat tidak
setuju, sebanyak 16% dengan seramai 4 orang pelajar berpendapat kurang setuju dan 24%
dengan jumlah 6 orang berpendapat amat setuju.
60
4.3 TEMURAMAH
4.3.1 BUTIRAN RESPONDEN
Nama: Nurul Fatin Idayu binti Andnan
Umur: 21 Tahun
Tempat tinggal: Klang, Selangor
Pekerjaan: Pelajar tahun akhir (Semester 6), Diploma Dakwah dan Pengurusan, Kolej Islam
Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang.
- Mula diganggu makhluk halus semenjak berada di Tingkatan 3 dan bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, Selangor.
- Selepas itu ketika berada di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
- Beliau menyatakan antara petanda-petanda awal sebelum diganggu makhlus halus ialah
berasa tidak sedap hati, berdebar-debar dan mula memikirkan perkara-perkara seperti jin.
- Beliau juga selalu bermimpi tentang ular hitam dan budak kecil serta pernah ternampak
bayangan hitam.
- Pada mulanya, beliau mula mendapatkan rawatan dengan seorang perawat tradisional
yang digelar ‘Tok’ di Melaka.
61
- Perawat tersebut memberikan lada hitam yang dibalut dengan kain putih dan diletakkan
di bahagian dada.
- Namun selepas mendapati tiada perubahan yang baik, beliau terus berjumpa perawat
perubatan Islam yang telah merawat dengan bacaan ayat-ayat ruqyah dan dimandikan
dengan air dan limau nipis.
- Selepas membuat rawatan dengan perubatan Islam, beliau berasa kurang diganggu oleh
makhlus halus di samping sentiasa memperbanyakkan ibadah seperti solat, zikir dan
membaca al-Quran.
62
BAB
5
63
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 RUMUSAN KAJIAN
Mengikut kajian penulis terhadap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah,
terdapat segelintir pelajar yang tidak memahami akan konsep sebenar perubatan Islam. Sudah
menjadi kebiasaan bagi mereka tentang perawat pengubatan tradisional disebabkan keluarga
yang lebih mempercayai dengan rawatan itu. Kewujudan ilmu sihir atau ilmu hitam tidak dapat
dinafikan lagi masih berleluasa pada masa kini walaupun dunia semakin maju dengan pelbagai
teknologi yang canggih dan terkini. Punca berlakunya penguasaan ‘ilmu jahat’ adalah kerana
kejahilan dan kezaliman manusia sendiri yang berasa dirinya hebat dengan menguasai ilmu
kerana mereka akan menjadi lebih kuat dan boleh melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan
oleh orang lain seperti menghaibkan diri.
64
Kelemahan dan kurang pengetahuan mengenai hukum agama dan syariat adalah punca
berlakunya gejala jenayah perubatan itu. Gejala ini tidak boleh dipandang remeh sebaliknya,
haruslah dipandang serius oleh setiap individu. Islam adalah agama murni yang suci serta agama
pembekal kepada penyembuhan penyakit rohani dan jasmani. Setiap orang yang mempunyai
penyakit batin atau sihir hendaklah merujuk kepada perawat peubatan Islam yang diiktiraf
kelayakkan mereka berdasarkan latar belakang pendidikan dan keilmuannya yang tinggi dalam
bidang perubatan syariah dan perubatan Islam. Malah bukan berjumpa dengan perawat
tradisional seperti dukun, bomoh dan pawang.
5.2 CADANGAN
Sepanjang menyelidik dan mengkaji tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah tentang perubatan Islam ini, pengkaji dapat mengetahui persepsi pelajar terhadap konsep
perubatan Islam khususnya kefahaman pelajar terhadap penyembuhan menurut al-Quran dan al-
Sunah.
Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan demi penambahbaikan terhadap kajian tajuk
seperti ini sebagaimana berikut :
i. Individu
Perbanyakkan mendalami ilmu agama agar iman tidak mudah goyah. Dengan ilmu sahaja yang mampu menjadi benteng kepada manusia dari terjebak dengan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Menyedari bahawa ada pencipta yang Maha Esa dan zat yang berkuasa mentadbir alam ini. Sentiasa menanam dalam diri bahawa Allah SWT melihat
65
setiap perbuatan hambanya walaupun sebesar zarah. Yakinlah Allah SWT berkuasa terhadap segala sesuatu.ii. Masyarakat
Masyarakat jangan mudah percaya kepada kaedah rawatan yang pelik kerana Allah SWT menuntut hamba-Nya mengamal surah tertentu dan berzikir bagi mengelakkan gangguan syaitan dan jin. Kita perlu mengenal pasti dan memahami ilmu ghaib yang bertentangan dengan ayat al-Quran dan al-Sunah.
Masyarakat juga perlu berwaspada kerana kebanyakan orang yang mengaku mengetahui perkara ghaib bukanlah orang baik dan bertakwa. Orang yang bertakwa tidak mudah mengaku atau mencanang kelebihannya. Masyarakat perlu sedar, jika mengetahui hal yang ghaib adalah daripada keimanan yang benar, tentunya orang paling berhak ialah Rasulullah SAW.
iii. Jabatan Agama Islam
Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat dan bid’ah boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam. Selain itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khurafat dan bid’ah dengan mengadakan majlis-majlis ilmu untuk semua lapisan masyarakat secara giat.
iv. Media Massa
66
Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan sebagai medium memberi ilmu pengetahuan mengenai kebenaran dan kebaikan ilmu perubatan Islam seperti majalah Al-Islam dan Majalah Solusi. Ianya adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan majalah yang perisiannya seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam masyarakat kita.
v. Peranan kerajaan/ pihak yang bertanggungjawab
Pihak yang bertanggungjawab perlu mewujudkan akta yang boleh menjatuhkan hukuman kepada pengamal sihir atas kesalahan memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu, penggubalan undang-undang yang berasaskan Islam di Malaysia mestilah diwujudkan bagi menjaga agama tauhid ini.
5.2.1 RUMUSAN
Berdasarkan beberapa cadangan yang telah dinyatakan, jika semua pihak memainkan
peranan masing-masing, maka gejala jenayah yang memesongkan akidah umat Islam dapat
dibanteras dan dicegah agar umat Islam di Malaysia dapat menjadi hamba Allah SWT yang
terbaik di dunia dan di akhirat.
67
5.3 PENUTUP
Ikhtiar rawatan yang dilakukan adalah dengan doa-doa dan ianya lebih mustajab lagi apabila seseorang itu mendoakan sehabatnya sedangkan sahabatnya tidak mengetahui sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud:
“Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab,( ketika berdoa ) akan ada dekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama.”
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
Mempelajari ilmu perubatan Islam dan mengamalkannya juga adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik dan khurafat yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang
68
diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu.
Dalam menghadapi semua masalah penyakit, manusia hanya merujuk kepada Allah SWT. DaripadaNya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT. Perawat hanya berikhtiar untuk membantu pesakit, ada usaha dan doa-doa yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan dan yang paling penting perlulah berikhtiar bersungguh-sungguh dengan Ikhlas kerana Allah SWT.
Akhir sekali penulis berharap agar masyarakat menjadi hamba Allah SWT yang terbaik kerana, sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.”(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)
Kita perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah SWT yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang memerlukan pertolongan.
69
BIBLIOGRAFI
RUJUKAN BUKU
Al-Quran al-Karim.
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka 1998, 2005, Edisi Bahan Cetakan
Pertama, 2005.
Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah, Dr Amran Kasimin dan Prof Dr Haron Din,
Cetakan Keempat 1990.
70
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus, Sharhan bin Shafie dan Fakhrul Ridzha
bin Abd Rahman, Cetakan Kedua 2010.
Jin - Hakikat dan pengubatan, Dato’ Hj. Ismail Kamus, Cetakan Pertama 2006.
Merawat kemasukan jin dan histeria, Syeikh Abdussalam Bali, Cetakan 2010.
RUJUKAN INTERNET
http://rokimanshah.blogspot.com/p/perubatan-islam.html
www.darussyifa.org/artikel/Konsep PerubatanIslam
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2012/04/memahami-makna-perubatan-islam.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ilmu_hitam
71
http://hasnulhadiahmad.com/ilmu-hitam-sihir/
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA KOLEJ ISLAM
PAHANG SULTAN AHMAD SHAH TENTANG PERUBATAN ISLAM
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG DEMOGRAFI
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Umur
72
18-19 tahun
20-25 tahun
26 tahun dan ke atas
3. Jabatan
Pengajian Islam
Pengajian Pengurusan
BAHAGIAN B: PENILAIAN TENTANG PERUBATAN ISLAM/ TRADISIONAL
4. Pernahkah anda mengalami gangguan makhluk halus?
Pernah
Tidak pernah
Tidak pasti
5. Pernahkah anda menerima rawatan perubatan Islam?
Pernah
Tidak pernah
Tidak pasti
6. Pernahkah anda menerima rawatan perubatan tradisional seperti bomoh atau pawang?
Pernah
Tidak pernah
Tidak pasti
7. Nyatakan alasan mengapa pernah menerima rawatan perubatan tradisional seperti bomoh
atau pawang?
73
Kehendak sendiri
Kehendak keluarga
Lain-lain sebab
Nyatakan sebab :
8. Pada pendapat anda, adakah rawatan perubatan tradisional lebih berkesan dalam merawat
gangguan makhluk halus berbanding rawatan perubatan Islam?
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Amat setuju
Tidak pasti
9. Pada pendapat anda, adakah wujud perawat tradisional seperti bomoh atau pawang yang
menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai kaedah untuk merawat tetapi sekadar untuk
mengkaburi cara sebenar mereka?
Ya
Tidak
Tidak pasti
10. Pada pandangan anda, benarkah kebanyakan masyarakat melayu lebih mempercayai
perawat perubatan tradisional seperti bomoh atau pawang berbanding perawat perubatan
Islam?
Ya
Tidak
Tidak pasti
74
11. Jika ya, sila nyatakan alasan anda.
12. Pada pandangan anda, patutkah lebih ramai mahasiswa Islam mengamalkan perubatan
Islam untuk kebaikan diri mereka sendiri mahupun orang lain?
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Amat setuju
Tidak pasti
75