Download - Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa
Hj. Md. Rahim Hj.Ab. Majid
Teori-Teori Pemerolehan Bahasa
• Teori Behavioris (Skinner)
• Teori Mentalis (Chomsky)
• Teori Kognitif (Piaget)
• Teori Interaksionalis (Haliday)
Teori Behaviorisme
• Dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933)
• Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan bukan semata-mata ilmu
• Pendapat ini melahirkan aliran yang menganggap P&P bahasa adalah proses mekanikal untuk membentu tabiat dan melalui latihan pengulangan
• TB menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
• Aspek lisan diberi perhatian
• Memberi penekanan kepada penghuraian jenis pola ayat – analisis konstituen terdekat
Hubungan Teori Behavioral dalam P&P
• Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis berdasarkan KT
• Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji (diperhati)
• Mengkaji semua ayat/ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza
• Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa
Prinsip Teori Behaviorisme
• Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting
• Bahasa adalah tabiaat / kebiasaan• Pengukuhan penting dalam P&P• Latihan bahasa perlu diperkukuhkan• Model-model bahasa yang terbaik perlu
diutamakan• Wujudkan unsur ransangan dan
tindakabalas dalam P&P
• Pendekatan: sintisis
• Kaedah: Terus/dengar sebut
• Teknik: Lakonan. Nahu diajar secara tidak formal
Teori Behavioris (Skinner)
• Ahli psikologi di Harvard• Pembelajaran berlaku dengan adanya
ransangan dan tindak balas yang berulang• Ujikaji dengan burung merpati dan tikus:
bahasa adalah hasil proses perilaku hasil operasi RT
• Pengukuhan menambah kemungkinan berulangnya sesuatu laku
• Sangat penting RT dalam p&p
Pembelajaran bahasa
• Pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai
2 jenis ransangan
• Ransangan Automatik: contoh, lutut diketuk
• Ransangan Operan: ransangan dan tindak balas yang wujud dalam keadaan tertentu yang ada kaitan dengan biologikal, sosial dan lain-lain.
Pandangan Skinner
• Sebagai pengikut behaviur otak merupakan sebuah kotak yang gelap dan tidak dapat difahami, oleh itu tidak sesuai dalam linguistik
Teori Mentalis
• Dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff
• Tidak bersetuju dengan teori sebelumnya• Memperkenalkan analisis bahasa
Transformasi generatif (Chomsky)• Mendokong istilah generatif, kreatif,
eksplisit, kegramatisan dan transformasi• Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P
bahasa sebagai satu proses kognitif
Penutur
Pendengar
Mental/otak kemampuan (set rumus-rumus tatabahasa)
Kalimat-kalimat
Kalimat
Skim – laku ucapan Teori Chomsky
Prestasi
Pandangan Chomsky
• Penutur pendengar mempunyai kamapuan dan prestasi• Otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang
diperolehi semula jadi. Setelah 5 tahun membentuk tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya
• Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (stimulus-organism-response)
• Memperkenalkan Transformational Grammar (TG). Kanak-kanak semulajadi mempunyai LAD (Language Acquisition Device)
Ciri Tatabahasa
• Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
• Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
• Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
Hubungan Teori Mentalis dalam P&P
• Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
• Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
• Tulisan dan bacaan diutamakan• Pendekatan Analisis• Kaedah: koda-kognitif• Teknik: hafalan
Teori Kognitif (Piaget)
• Manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi - berkebolehan mempelajari pelbagai perkara
• P&P adalah proses mental bukan mekanis
• Kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran
Pemerolehan Bahasa - Piaget
• Berasaskan perkembangan kognitif pusat
• Kecekapan diperolehi kanak-kanak melalui pengalaman dalam interaksi persekitaran
Peringkat Perkembangan Bahasa
Peringkat deria motor - Perkembangan bahasa bermula 18 bulan hingga 2 tahun
• Kanak-kanak secara aktif meneroka persekitaran yang akhirnya membentuk pola-pola tindakan yang dinamakan skema atau struktur kognitif
• Struktur kognitif membentuk ilmu pengetahuan• Hasil pembentukan skema dapat
menggambarkan pengetahuannya dalam pelbagai bentuk simbolik, lukisan, gambaran mental, bahasa dll
Peringkat Praoperasi Konkrit: 2 – 7 Tahun• Bahasa makin berkembang akibat tindakannya
dengan persekitaran• Dapat menguasai pola-pola tindakan yang
kompleks seperti hukum pengekalan (conservation rules), konsep hubungan (relational concepts), pemasukan kelas (class inclution) dan persirian (seriation)
• Dapat memperkembangkan pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran
Sinclair –Menyokong Piaget
• Kajian Sinclair menunjukkan kanak-kanak tidak mampu menggunakan bahasa yang kompleks sebelum mencapai ke peringkat intelek tertentu (operasi konkrit)
• Kanak-kanak hanya boleh menggunakan istilah tanpa dapat memahami
Teori Interaksionalis (Haliday)
• Berkembang dalan Tahun 60an
• Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970),Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
• Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa
Pandangan ahli Interaksionalis
• Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat
Pandangan Dalam P&P
• Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
• Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p
• Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna
• Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
• Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak
• Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul
Prinsip P&P Interaksionalis
• Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
• Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
• P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna