Download - Template penulisan bab
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi berasal dari perkataan Yunani (Latin)dan ia terdiri daripada “meta’ yang
bermaksud ‘dengan’ dan ‘odos’ yang bermaksud ‘jalan;.”Logos” ialah ilmu ataupun aliran.
Ia dapat diterjemahkan sebagai “ilmu dengan jalan” . Manakala Imam Barnadib (1982)
pula memberi penjelasan iaitu “ilmu tentang menjalankan penelitian”. Koejaningrrat
(1977) mengatakan bahawa metodologi bermaksud ilmu tentang cara di dalam
penyelidikan ilmiah. Methode adalah satu perkara yang penting kerana ia merupakan satu
cara bekerja dan cara memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Menurut Kamus
Dewan, metodologi bermaksud ilmu tentang metode atau sistem yang merangkumi
kaedah-kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Perkataan metode
pula memberi maksud cara melakukan atau sistem.
Dari segi istilah metodologi memberi erti sains atau kajian mengenai kaedah,
terutama sekali dalam bidang ilmiah.Terdapat takrifan bahawa ia adalah sebagai suatu
ilmu mengenai kajian dalam mentadbir sesuatu bagi mencapai matlamat yang dirancang.
Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa metodologi ialah ilmu tentang cara untuk
mengkaji sesuatu kajian, ianya adalah suatu usaha yang sistematik dan objektif dengn
maksud untuk memperolehi atau mengumpul data-data yang tepat dan berkesan.
Manakala penyelidikan pula membawa maksud sesuatu yang dijalankan samaada
untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, telah dan akan berlaku bagi menambah
pengetahuan. Menurut Tuckman, dalam Sidek Mohd Noah (2000), mengatakan bahawa
penyelidikan ialah satu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu
masalah. Oleh itu penyelidikan ialah tatacara yang teratur dan sistematik, digunakan untuk
mengetahui sesuatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku bagi menambah ilmu
pengetahuan.
Berdasarkan huraian-huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa yang membawa
maksud metodologi penyelidikan ialah tatacara mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian
secara sistematik dan objektif bagi mengumpul data-data yang tepat serta berkesan untuk
mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku supaya dapat menambah
pengetahuan.
3.2 Justifikasi pemilihan kaedah kajian
Pemilihan metodologi dibuat selepas menganlisa kelebihan dan kelemahannya untuk
digunakan sebagai metodologi bagi projek ini. Kaedah kajian kualitatif dipilih bagi
membangunkan projek ini kerana penyelidikan yang datanya adalah bersifat subjektif yang
diperoleh melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang
berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Antara alat yang digunakan dalam kajian untuk
mengumpul data ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Jadual 1.1 "Taipkan Tajuk Jadual."
"Taip perenggan SETERUSNYA dalam tajuk ini."
3.2.1 Pemerhatian
Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan
sesuatu, keadaan persekitaran dan sebagainya. Dijalankan secara sistematik iaitu
mempunyai tujuan, mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut peraturan. Selain itu
boleh mencatat nota(nota lapangan) dan membuat rakaman(video) terhadap pemerhatian
yang dijalankan
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah peyelidikan. Pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu
membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai
tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus dan mestilah dicatatkan
secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah dan boleh dipercayai. Dalam
pembangunan sistem ini, pemerhatian yang dilakukan oleh pembangun amat penting
kerana apa yang dilihat akan memabntu dalam pengumpulan data untuk membangunkan
sistem tempahan Jaya Andaman ini. Dimana pembangun sistem akan menyatakan apa
yang mereka lihat dan masalah yang dihadapai oleh pelangga ketika ingin membuat
tempahan.
Jenis-jenis pemerhatian ialah pemerhatian perserta dan pemerhatian bukan peserta.
Menurut McMillan (1996), dalam sesuatu penyelidikan, jika penyelidik adalah salah satu
peserta dalam aktiviti yang dikaji. Maka penyelidik dipanggil sebagai peserta pemerhati.
Menurut Spredley (1980), pemerhatian oleh peserta dibuat untuk sekurang-kurangnyadua
tujuan iaitu :
Membuat pemerhatian terhadap sesuatu situasi dalam aspek aktiviti,
individu dan fizikal.
Terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian dengan siutuasi yang diberi yang
menyediakan maklumat yang berguna.
Menurut (Pelto & Pelto 1978; Spradely 1980; Walcott 1982; 1997),
pemerhatian oleh peserta boleh dilaksanakan pada pelbagai tahap bergantung
kepada situasi yang hendak dilihat dan peluang yang ada; pemerhati peserta boleh
menjadi pemerhati peserta yang aktif; pemerhati aktif; atau pemerhati pasif.
Pemerhatiaan bukan peserta iaitu memerlukan pemerhati memilih tempat
yang sesuai utnuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi
peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian
secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman
termasuk teropong, kaset dan kamera video. Dengan menggunakan kaedah ini
responden mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia
akan menunjukkan tingkah laku yang sebenar dan tidak berpura-pura. Data-data
yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat
yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang kepada keputusan yang
lebih tepat.
Kebaikan kaedah pemerhatian dalam membangunkan sistem ini ialah :
pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan
tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
Maklumat yang diperoleh dari pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa aklumat yang diperoleh daripada
pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang
telah dikenal pasti.
"Dwi-klik untuk memasukkan gambar/rajah/imej disini!!!"
Rajah 1.1 "Taipkan Tajuk Rajah disini."
3.3 Rumusan
"Taipkan Perenggan bagi RUMUSAN anda disini."
"Taipkan Perenggan SETERUSNYA disini."
3.4 Rujukan
"Letakkan Kursor anda dibawah dan Klik butang Insert Biblography dalam Tabs References."
3.5 TEMPLATE RAJAH DAN JADUAL
Jadual 1.2 "Taipkan Tajuk Jadual."
"Dwi-klik untuk memasukkan gambar/rajah/imej disini!!!"
Rajah 1.2 "Taipkan Tajuk Rajah disini."
NOTE:
Padam semua maklumat bermula dari RUJUKAN hingga penamat dokumen ini sebelum anda menggabungkan setiap bab dalam template Penulisan Tesis.
Delete the information from REFERENCES to the end of this document before you combine each chapter into Thesis Writing template.
Template ini dicipta dengan tujuan membantu anda menangani masalah pemformatan dalam penulisan tesis. Penggunaan template ini adalah pada risiko dan tanggungjawab masing-masing. Pencipta template ini tidak akan menerima liabiliti bagi apa-apa kesilapan atau masalah berlaku semasa menggunakan template ini. Selamat mencuba.
This template was created for the purpose of assisting you in dealing with formatting of your thesis. The use of this template is at your own risk and responsibility. The creator of this template will not accept liability for any error or problems occur while using this template.
Penamat Dokumen / End of Document.