Download - TEKNIK SUMBANGSARAN
TEKNIK SUMBANGSARAN
KELEBIHAN KEKURANGAN
Kaedah untuk mendapatkan seberapa banyak idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang singkat.
Hanya praktikal bagi kumpulan yang dianggotai tidak lebih daripada 20 orang
Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Boleh menjadi kelam-kabut jika tiada perancangan teliti dan kemahiran memimpin dari ketua/fasilitator
Semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah
Ada segelintir murid yang sukar untuk memberikan pandangan dan meyuarakan pendapat.
Semua pelajar bebas mengeluarkan idea
Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.
Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran
Manakala pelajar akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses P& P dijalankan.
Bagi menjayakan proses sumbangsaran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar. Pelajar boleh menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea itu untuk melahirkan satu idea yang baru. Kaedah ini dapat melahirkan pemikiran kreatif dan suatu penghasilan yang inovatif.
TEKNIK TUNJUK CARA (TAYANGAN VIDEO)
KELEBIHAN KEKURANGAN
Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
Mengambil masa untuk mencari video yang sesuai untuk digunakan semasa pnp
Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
Video yang sesuai kadangkala tidak mempunyai kualiti
Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
Mengambil masa yang agak lama untuk memuat turun video yang sesuai.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
Sukar untuk mencari video yang sesuai untuk tujuan pnp
Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah
Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran
TEKNIK SYARAHAN
KELEBIHAN KEKURANGAN
Kos efektif (secara relatifnya murah). Tidak banyak peluang interaksi antara
guru dengan murid.
Mudah mengurus pengajaran dan pembelajaran
Penilaian formatif sukar dijalankan
dengan terperinci.
Dapat berkomunikasi dengan ramai pelajar dalam satu masa.
Kawalan disiplin, kawalan kehadiran,
mengesan kelemahan penguasaan di
kalangan murid agak rumit kerana
bilangan murid yang terlalu besar.
Satu kaedah yang baik untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar yang ramai
Peranan murid kebanyakannya pasif
dan counterproductive terhadap
pembelajaran.
Memberi peluang untuk mempamerkan kepakaran dan kesungguhan (enthusiasm) guru dalam sesuatu bidang dan untuk menimbulkan minat murid; kesungguhan sedemikian akan membantu meningkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar
Tumpuan perhatian murid menurun
dengan syarahan yang panjang.
Memberi peluang untuk berkongsi kertas kerja atau artikel persendirian yang tidak diterbitkan.
Tidak mengambilkira rentak
pembelajaran (learning pace), gaya
pembelajaran, dan tahap pemahaman
murid.
Boleh melengkap dan menerangkan tugasan bacaan (complement and clarify readings).
Tidak memberi peluang untuk
pembelajaran aras tinggi (aplikasi,
analisis dan sintesis).
Guru boleh menjadi model peranan (role mode); bagaimana guru berfikir, berhujah dan bercakap sedikit sebanyak dapat mempengaruhi tingkah laku murid
Guru perlu mempunyai kepakaran
dalam penulisan, pertuturan yang
berkesan (effective communication
skills) dan kemahiran ‘modeling’
(modelling skills). Murid akan
mencontohi dan mengikuti role model
yang dipamerkan oleh guru.
Menggalakkan pembelajaran menerusi mendengar.