| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1279 | MEDC 2018
TEKNIK SOALAN DALAM USLUB ISTIFHAM AL-QURAN
NOORHAYATI HASHIM
Universiti Sains Islam Malaysia [email protected]
Abstrak: Soalan sememangnya mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Soalan bukan sahaja
digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar, bahkan soalan juga digunakan bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Pembelajaran berlaku kerana adanya
dorongan yang mengasak minda memikirkan cara memperoleh jawapan dan bentuk jawapan yang tepat
yang perlu diterokai dari pelbagai sumber maklumat. Terdapat lebih daripada satu ribu ayat al-Quran
yang menggunakan uslub istifham (frasa tanya). Apakah teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub
istifham tersebut? Teknik ini penting dilihat dan diamati secara lebih mendalam, kerana al-Quran telah
terbukti berjaya melahirkan ahli fikir yang terbilang di setiap peredaran zaman. Setiap soalan yang
dikemukakan dalam al-Quran adalah soalan yang bermakna menggalakkan umat Islam berfikir secara
mendalam akan sesuatu perkara yang dipersoalkan. Kajian ini bertujuan mengkaji teknik penyoalan yang
terdapat dalam uslub istifham al-Quran. Kajian akan menganalisis uslub istifham yang terdapat dalam
Surah al-Baqarah bagi mengenal pasti teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub istifham tersebut.
Analisis yang dipilih adalah analisis bertema, jenis soalan, cara soalan ditanya, sejauh mana soalan
mempengaruhi proses kognitif dan aras kognitif al-Quran berdasarkan uslub istifham. Daripada penelitian
mendapati setiap kata tanya (adawat istifham) mempunyai aras kemahiran berfikir yang tersendiri.
Namun melalui pelbagai gaya bahasa, memberi kesan kepada aras yang lebih rencam. Tema soalan
didapati daripada tujuan soalan dikemukakan. Teknik soalan dapat dibahagikan kepada teknik soalan
yang menggalakkan perkembangan kognitif, teknik soalan yang menggerakkan psikomotor dan teknik
soalan yang mencabar pendirian peribadi. Teknik-teknik yang ditemui ini boleh dijadikan asas kepada
pendidik agar dapat menggunakan soalan secara lebih berkesan dalam membentuk manusia yang mampu
mengoptimakan keupayaan berfikir mereka dalam merealisasikan peranan sebagai khalifah minda di
muka bumi ini.
Kata kunci: uslub istifham, kemahiran berfikir mengikut aras al-Quran, khalifah minda.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Al-Quran telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang terbilang dalam pelbagai bidang di setiap
peredaran zaman. Ini kerana al-Quran sangat menekankan kemahiran berfikir yang disampaikan
dalam pelbagai bentuk gaya bahasanya. Antaranya melalui penggunaan ayat tanya ( أسلوب
dalam ayat (أدوات االستفهام) dengan pelbagai tujuan bertanya. Penggunaan kata tanya (االستفهام
dinamakan sebagai ayat tanya (أسلوب االستفهام). al-Quran merupakan ucapan Allah SWT yang
banyak menggunakan ayat tanya (أسلوب االستفهام). al-Mat’ani (2007) menukil pandangan ‘Adimah
yang mengatakan terdapat 1260 ayat tanya dalam al-Quran.
Soalan (استفهام) mempunyai kekuatannya yang sangat istimewa dalam mengasak hati dan
minda untuk terus memberikan tumpuan kepada subjek yang dibincangkan untuk mendapatkan
jawapan sehingga mencapai tahap kemahiran berfikir yang diharapkan. Soalan dapat
merangsang minda yang rasa tercabar berfikir secara sedar dalam mencungkil kefahaman
melalui inkuiri penemuan. Dengan ini, berlakunya perkembangan koginitif dan berkembangnya
daya pemikiran. Hati disentap dengan soalan lalu minda bertindak cuba memahami persoalan
yang dikemukakan dan mengenal pasti strategi untuk memperolehi jawapan kepada persoalan
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1280 | MEDC 2018
yang dikemukakan atau mengungkai permasalahan yang diutarakan melalui persoalan yang
diketengahkan.
Setiap hari yang dilalui ada sahaja soalan yang digunakan sebagai medium interaksi
antara dua belah pihak baik secara rasmi atau tidak rasmi. Soalan merupakan alat komunikasi
yang tidak disangkal lagi mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Soalan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan komunikasi berkesan terus berlaku
antara guru dan pelajar. Dengan ini, pembelajaran aktif minda dapat dibentuk. komunikasi yang
aktif berlaku apabila banyak persoalan yang timbul yang perlu diungkai. Soalan juga digunakan
dalam proses pembelajaran di luar kelas seperti dijadikan sebagai kerja rumah, latih tubi dan
tugasan (assessment). Soalan juga digunakan bagi mengukur keberkesan sistem pendidikan
seperti soalan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Soalan dapat memastikan
pelajar terus aktif dalam proses pembelajaran sepanjang pengajian.
Pendidikan bermatlamat melahirkan insan yang mempunyai keupayaan berfikir yang
tinggi. Melalui gaya soalan yang dikemukakan dalam uslub istifham al-Quran, pendidikan dapat
mempelajari strategi soalan dilontarkan dalam mengasah minda pelajar. Pertanyaan yang
dirancang banyak berlaku dalam suasana yang formal seperti dalam kelas, mesyuarat dan
majlis-majlis perbincangan ilmiah atau seminar. Dalam proses ini, minda memberi tindak balas
sepontan terhadap soalan yang dikemukakan.
Menurut al-Hijawi (2005) ayat tanya (أسلوب استفهام) merupakan ayat yang diakhiri
dengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan
pelbagai perkara yang dipersoalkan daripada perkara-perkara yang nyata yang dapat dilihat
dengan mata sehinggalah kepada perkara-perkara yang tersemat di hati yang menjadi pegangan
dan kepercayaan seseorang serta kepada perkara yang difikirkan atau digambarkan sahaja
kesemuanya menjadi persoalan dalam ayat tanya al-Quran. Terdapat dua bentuk penggunaan
kata tanya dalam al-Quran iaitu kata tanya yang membawa maksud pertanyaan dan kata tanya
yang tidak membawa maksud bertanya seperti kata “siapa” (من) boleh membawa maksud
“siapa?” atau maksud “sesiapa”. al-Quran merupakan kitab yang mengandungi panduan hidup
Kajian ini cuba melihat panduan reka bentuk soalan daripada teknik soalan yang .(دستور الحياة)
terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan kata tanya dalam al-Quran.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara lebih khusus, kajian ini bertujuan:
1. Mengenal pasti teknik penyoalan dalam ayat tanya (أسلوب االستفهام) al-Quran.
2. Mengenal pasti teknik ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam proses kognitif, psikomotor dan
afektif.
METODOLOGI KAJIAN
Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis teks al-Quran. Analisis teks al-Quran
mempunyai cara analisisnya yang tersendiri terutama dalam menginterpretasi. Surah al-
Baqarah surah Madaniah (مدنية) merupakan surah yang terpanjang, mengandungi 286 ayat.
Surah al-Baqarah ini dijadikan sebagai subjek kajian. Pemilihan surah ini adalah kerana
daripada analisis pemilihan surah, didapati Surah al-Baqarah menggunakan sepuluh daripada
dua belas kata tanya. Analisis dimulai dengan mengenal pasti ayat tanya (أسلوب االستفهام) melalui
kata tanya (أدوات االستفهام) yang terdapat dalam Surah al-Baqarah. Penentuan ayat yang
mengandungi ayat tanya (أسلوب االستفهام) diikuti sebagaimana dalam buku al-Tafsir al-Balaghi li
al-Istifham fi al-Quran al-Karim (al-Mat’ani, 2007). Ini kerana al-Mat’ani telah dapat mengesan
1260 ayat yang mengandungi kata tanya di dalamnya dan telah mentafsirkannya dari sudut
tafsir balaghi. Kajian ini hanya menganalisis ayat-ayat tersebut dari segi teknik persoalannya
sahaja. Analisis kata tanya adalah berdasarkan konteks ayat. Dengan ini, rujukan utama analisis
ini adalah kitab-kitab tafsir yang muktabar. Menurut al-‘Akk (2007) analisis yang berdasarkan
sesuatu perkataan boleh menjadi asas kepada analisis dari segi akal. Iaitu menghurai sesuatu
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1281 | MEDC 2018
perkataan dalam al-Quran dan cuba memahami maknanya dan tafsiran yang menjadi fokus
analisis. Kaedah ini dikenali sebagai Tafsir Aqli (تفسير عقلي). Namun kajian ini bukan membawa
maksud mengemukakan satu tafsiran yang lengkap. Namun, hanya satu sudut sahaja iaitu cuba
memahami teknik penyoalan bagi menyingkap proses kemahiran berfikir yang terdapat dalam
ayat tanya (أسلوب االستفهام) sahaja. Kajian ini hanya bertujuan mencungkil teori-teori pendidikan
yang tersembunyi di sebalik ayat-ayat tanya yang terdapat dalam al-Quran sebagaimana yang
diperjelaskan oleh al-‘Akk (2007) dengan katanya ( يان وجوه الخفاء في معاني النظم القرآنيب ). Batasan
kajian ini tidak melihat dari sudut tujuan soalan dikemukakan dari sudut retorik atau balaghah
al-istifham ( مة االستفهابالغ ) dan hanya melihat tujuan soalan dikemukakan secara zahir ayat sahaja
sekiranya berkaitan dengan fokus analisis dalam kajian ini iaitu proses kemahiran berfikir.
ANALISIS DATA KAJIAN
Analisis ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam Surah al-Baqarah mendapati kata tanya (أدوات االستفهام)
yang digunakan adalah hamzah al-istifham {أ} “adakah?”, {ماذا} “apa”, {كيف} “bagaimana”,
,”berapa“ {كم} ,”adakah“ {هل} ,”di mana“ {أين} ,”mengapa“ {لماذا} ,”apa“ {ما} ,”siapa“ {من}
akan diwakili oleh satu ayat (أدوات االستفهام) macam mana”. Setiap kata tanya“ {أنى} ,”bila“ {متى}
daripada Surah al-Baqarah.
Subjek kajian adalah ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam Surah al-Baqarah. Al-Mat’ani
(2007) telah mengumpul 41 ayat daripada Surah al-Baqarah yang mengandungi ayat tanya
Namun kajian yang ringkas ini hanya memilih beberapa ayat sahaja daripadanya .(أسلوب االستفهام)
yang mewakili setiap kata tanya yang terdapat dalam Surah al-Baqarah. Kata tanya yang
terdapat dalam Surah al-Baqarah adalah:
1. Kata tanya {أ} “adakah”
Kata tanya {أ} “adakah” dinamakan sebagai hamzah al-istifham (همزة االستفهام). Kata tanya {أ}
“adakah” pada asalnya digunakan bagi bertanyakan sesuatu yang mudah seperti diminta
menentukan atau membuat pilihan antara dua perkara yang positif dan negatif. Al-Jurjani
(1375H) menegaskan sekiranya kata kerja (فعل) terletak selepas kata hamzah al-istifham {أ},
maka pemilihan adalah antara dua kata kerja dan sekiranya selepas hamzah al-istifham {أ}
adalah kata nama, maka pemilihan adalah antara dua kata pelaku (فاعل) bagi frasa kata kerja.
Namun hamzah al-istifham {أ} dalam al-Quran mengandungi makna yang lebih rencam melalui
pelbagai gaya bahasanya sehingga boleh menjadi pendorong kepada kajian yang lebih
mendalam bagi memperolehi jawapan kepada perkara yang dipersoalkan.
Kata tanya {أ} “adakah” yang dinamakan sebagai hamzah al-taswiyyah ( التسويةمزة ه ).
Kata tanya {أ} “adakah” diletakkan di awal antara dua pilihan ithbat (إثبات) atau nafi (نفي) seperti
dalam Surah al-Baqarah (ayat: 6) Allah berfirman { ذرهم أم ام تن أأنذرتهم } “Adakah kamu beri
peringatan kepada mereka atau tidak”. Namun kata tanya {أ} didahului kata {سواء عليهم}. Maka
kata tanya {أ} dinamakan sebagai hamzah al-taswiyyah ( مزة التسويةه ). Di mana makna yang
terhasil bagi ayat selepasnya adalah tidak perlu membuat pilihan antara ithbat (إثبات) atau nafi
kerana keduanya kini berada pada kedudukan yang sama iaitu sama ada diberi peringatan (نفي)
atau tidak keputusannya adalah sama. Orang-orang kafir itu tetap tidak akan beriman. Kenapa
demikian? Ayat berikut menerangkannya iaitu kerana hati, pendengaran dan penglihatan mereka
telah tertutup sebagaimana dijelaskan oleh ayat berikutnya (Surah al-Baqarah, ayat: 7) Allah
berfirman { على قلوبهم وعلى سمعهم وعلى أ بصارهم غشاوة ختم للاه } yang bermaksud “Allah meteraikan
atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya”.
Proses berfikir yang berlaku di sini adalah proses pembuktian terhadap isu yang
dibangkitkan iaitu tetap tidak beriman sama ada diberi peringatan atau pon tidak. Oleh itu,
kajian perlu dilakukan mencari punca dan sebab berlaku demikian. Ayat berikutnya
menerangkan sebabnya iaitu hati, telinga dan mata telah ditutup dan akibatnya adalah azab yang
besar bakal diterima kelak. Dalam pendidikan, para pendidik boleh mengeluarkan kenyataan
daripada apa yang berlaku terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Iaitu
sama ada diajar atau tidak, tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka setelah diuji
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1282 | MEDC 2018
melalui soalan ujian mengukur pencapaian. Pelajar tersebut perlu membuat pemeriksaan
kesihatan bagi mengesan kesihatan dan kefungsian pancainderanya yang digunakan dalam
pembelajaran. Tindakan ini perlu berjalan dengan pantas bagi mengelakkan
Kata tanya {أ} dalam ayat { أنؤمن كما آمن السفهاء} yang bermaksud “Patutkah kami ini
beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?”. Dalam soalan yang diajukan oleh
orang munafiq (al-Tabari, 2001) bagi mengelakkan diri daripada arahan beriman dengan Allah
iaitu mereka enggan (al-Mat’ani, 2007) mentaati perintah beriman. Mereka melontarkan
tuduhan kepada orang-orang yang beriman sebagai orang-orang yang bodoh {السفهاء}.
Pertuduhan mereka itu oleh ayat yang berikutnya yang menerangkan sebenarnya merekalah
yang bodoh tapi mereka tak tahu bahawasanya ciri-ciri orang yang bodoh itu ada pada diri
mereka sendiri.
Orang munafiq adalah orang yang tidak cerdik dalam berfikir. Mereka menyangka
dengan mengarahkan kebodohan kepada orang yang beriman bermakna mereka adalah orang
yang bijak membuat pemilihan. Sebenarnya mereka adalah orang yang bodoh dalam memilih
pendirian tidak mahu beriman dengan Allah SWT. Perkara ini diperkukuh lagi dengan
kenyataan { كن ال يعلمون yang bermaksud “Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya {أال إنههم هم السفهاء ول
merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (akan hakikat yang
sebenarnya)”. Memikirkan kebenaran dan mencari kebenaran serta berpegang kepada kebenaran
merupakan kemahiran berfikir yang betul dan bijak.
Kata tanya {أ} sekiranya digabungkan dengan kata nafi {لم} dapat memberikan makna
yang lebih mencabar keupayaan minda dalam berfikir. Ayat 33{ ألم أقل لكم} yang bermaksud
“Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu”. Allah bertanya kepada Malaikat
setelah Nabi Adam AS menunjukkan kebolehannya menguasai segala ilmu yang ada di langit
dan di bumi. Malaikat merasa kagum dengan kebolehan Nabi Adam AS dalam menguasai ilmu
yang berkaitan dengan perkara yang ada di langit dan di bumi. Persoalan ini sebagai bukti
kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Malaikat {ماء yang {أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الد
bermaksud “Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah?”.
Kini telah dibuktikan hikmah kejadian Adam di muka bumi ini yang berbeza daripada
hikmah dijadikan malaikat. Pembuktian yang ditunjukkan adalah dengan menzahirkan hikmah
kejadian Adam yang ditunjukkan kepada Malaikat. Manusia atau disebut sebagai bani Adam
merupakan makhluk yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya menguasai ilmu
pengetahuan berbanding makhlukNya yang lain. Keistimewaan manusia itu apabila dia dapat
menguasai dunia dengan ilmunya. Manusia seharusnya berfikir cara untuk mentadbirkan alam
ini dengan ilmunya. Di sini memperlihatkan usaha pembentukan manusia itu seharusnya diberi
penekanan kepada pembentukan fungsi mereka memainkan peranan khalifah Allah berdasarkan
ilmu pengetahuan.
Kata tanya hamzah al-istifham {أ} diulang dua kali dalam satu ayat menghasilkan
kemahiran berfikir yang tajam menusuk hati dan minda dan berfikir secara berterusan. Ayat
dimulai dengan uslub al-istiham (أسلوب االستفهام) menggunakan hamzah al-istifham {أ} dan
ditutup dengan uslub istifham (أسلوب االستفهام) menggunakan hamzah al-istifham {أ} juga. Ayat
dimulai dengan soalan tertutup yang menyentap hati dan minda orang yang menjalankan tugas
menyuruh orang lain berbuat baik { أتأمرون النهاس بالبر} bermaksud “Patutkah, kamu menyuruh
manusia berbuat kebaikan?”, sedangkan mereka melupai diri mereka sendiri { أنفسكم وتنسون }
bermaksud “Sedangkah kamu lupa akan diri kamu sendiri” iaitu mereka tidak menyuruh diri
mereka sendiri berbuat kebaikan. Sebaliknya mereka tidak berbuat kebaikan atau mereka
melakukan maksiat. Pada hal mereka adalah orang-orang yang memahami akan kandungan
kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para Rasul { وأنتم تتلون الكتاب} bermaksud
“Padahal kamu semua membaca kitab Allah” iaitu mereka memahami kandungan kitab Allah
dan mereka bertugas sebagai pendakwah yang menyeru orang lain mengamalkan akan apa yang
terkandung dalam kitab Allah, namun mereka sendiri tidak melaksanakan akan kandungan kitab
Allah itu.
Di sini kita dapati, kata tanya {أ} bertanya mengenai gabungan tiga perlakuan yang
tidak sesuai iaitu gabungan perlakuan positif dan negatif. Firman Allah { بالبر أتأمرون النهاس} dan
merupakan dua perlakuan positif yang dipisahkan oleh perlakuan negatif {وأنتم تتلون الكتاب }
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1283 | MEDC 2018
Gabungan yang tidak sesuai inilah yang menjadi fokus utama persoalan yang .{وتنسون أنفسكم }
ditimbulkan di sini dengan tujuan agar mereka memperbetulkan perlakuan negatif kepada
perlakuan positif juga.
Ayat ini disudahi dengan satu lagi pertanyaan yang tikamannya amat dalam menusuk ke
hati dan minda orang yang memahami sindiran Allah melalui uslub yang sangat tajam
sindirannya terhadap fungsi minda. Inilah sindiran yang paling sesuai bagi orang yang tidak
melaksanakan apa yang mereka fahami daripada kitab Allah, mereka dianggap orang yang tidak
menggunakan akal untuk berfikir dengan proses berfikir yang betul. Perkara ini difahami
daripada ayat tanya { أفال تعقلون} yang bermaksud “Tidakkah kamu berakal”. Kata akal {يعقلون}
“berakal” didatangkan dalam bentuk kata kerja kala kini (فعل مضارع) yang juga boleh membawa
makna “akan berfikir” dan “berfikir secara berterusan”. Orang yang berakal iaitu orang yang
cerdik membaca dan memahami kitab Allah akan membuahkan perlakuan yang bersesuaian
dengan kecerdikan dan pengetahuannya mengenai isi kandungan kitab Allah itu. Namun apabila
adanya perlakuan negatif { وتنسون أنفسكم} “Sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri” iaitu
orang yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengamalkan apa yang ia sampaikan kepada
orang lain melalui dakwahnya. Tahap pemikiran mereka jatuh kepada “orang yang tidak
berakal” (ال يعقلون). Perkara ini ditunjukkan oleh huruf {ف} “maka” pada ayat tanya ( أسلوب
.yang kedua ini iaitu akibat daripada adanya perlakuan negatif pada diri pendakwah (االستفهام
Gabungan kedua-dua ayat tanya (أسلوب االستفهام) ini dapat membuka ruang berfikir yang lebih
luas dan mendalam kepada para pendakwah yang sepatutnya memperlengkapkan diri sendiri
terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang dakwah. Ini kerana pendakwah merupakan model
atau contoh perlakuan yang sempurna bagi orang yang didakwahnya.
Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah mengenai kaedaan orang kafir yang
menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan mereka sendiri tidak mengikut apa yang
dikatakan kebaikan sebagaimana yang tercatat dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi
yang diutus kepada mereka. Persoalan ini diikuti dengan satu persoalan lagi iaitu {أفال تعقلون؟}
bermaksud “Tidakkah kamu berakal”. Allah SWT bertanya kepada kaum Yahudi yang telah
mendapat kitab sebelum ini. Persoalan yang Allah tujukan kepada orang-orang kafir. Soalan ini
merupakan khitab daripada Allah langsung kepada kaum Bani Israil yang bermula daripada ayat
40 Surah al-Baqarah melalui firmanNya {يا بني إسرائيل} penutupan ayat sebegini bermaksud
mereka tidak menggunakan akal berfikir dengan cara yang betul ( سلوبوا العقولم ). Dalam
pergolakan hidup manusia pada hari ini, perlakuan yang berlaku dalam kalangan Bani Israil ini
berlaku dalam kalangan orang yang beriman.
Soalan ini membuat kenyataan bahawasanya orang yang tidak bertindak dengan kadar
yang bersesuaian dengan pengetahuannya sebenarnya adalah orang yang tidak berilmu
pengetahuan. Kerana ilmu adalah untuk diamalkan. Bijak membaca kitab dan berdakwah.
Namun sendiri tidak mengamalkan ilmu itu. Soalan ini mencabar minda secara langsung.
Perkara ini perlu dilakukan dalam situasi yang memerlukan kepada perhatian khusus agar
manusia yang sombong dengan dakwaan kelebihan yang ada pada mereka itu sebenarnya
apabila tidak digunakan dengan jalan yang sebanarnya, mereka adalah lebih hina daripada
binatang yang tidak berakal. Soalan dengan tujuan “sentap” daripada khayalan atau kemegahan
berilmu. Dari segi kognatif mereka berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Namun dari segi psikomotor mereka gagal memperaktikkan ilmu untuk diri mereka sendiri.
Walaupun hamzah {أ} merupakan pertanyaan bagi sesuatu yang mudah dijawab, namun apabila
kata tanya “adakah” digabungan dengan kata nafi {ال} menjadikannya “tidakkah” membawa
makna sindiran perkara yang tidak sepatutnya tidak berlaku.
2. Kata tanya {ماذا} “apa”
Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 26) Allah berfirman
{ ا أراد ماذا فيقولون كفروا الهذين وأمه مثال بهذا للاه } yang bermaksud “Dan orang-orang kafir pula mereka
akan bertanya “Apakah maksud Allah membuat perumpamaan ini?”. Di sini jelas menunjukkan
mereka tidak mahu memikirkan makna pengajaran di sebalik perumpamaan yang didatangkan
itu. Mereka tutup mata hati daripada mempelajari makna di sebalik perumpamaan yang Allah
datangkan itu. Di sini menunjukkan tanpa dorongan daripada hati untuk menerima ilmu dan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1284 | MEDC 2018
pengajaran, maka minda tidak akan memperoses maklumat yang diterima. Bahkan dipersoalkan
pula maklumat yang disampaikan melalui perumpamaan itu.
Kesan daripada tindakan mereka yang mempersoalkan perumpamaan yang Allah
datangkan itu, terbahagilah mereka kepada dua golongan sebagaimana dijelaskan dalam
firmanNya { به إاله الفاسقين يضل ما و كثيرا به ويهدي كثيرا به يضل } yang bermaksud “Tuhan akan
menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak
orang mendapat petunjuk dengan sebabnya, dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan
sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik”. Orang-orang yang memperoleh
petunjuk melalui perumpamaan dan orang-orang yang sesat dari kebenaran yang seharusnya
mereka perolehi daripada perumpamaan yang digunakan. Orang-orang yang sesat itu
sebenarnya adalah orang-orang yang merosakkan minda dan fikiran mereka sendiri. Di sini jelas
menunjukkan orang-orang yang memetik pengajaran daripada perumpamaan yang didatangkan
kepada mereka merupakan orang-orang yang cerdik yang menggunakan keupayaan minda
mereka kepada jalan kebenaran. Soalan ini boleh digunakan untuk bertanya
Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 215) berbunyi { ينفقون ماذا يسألونك } yang
bermaksud “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) “Apakah yang akan mereka
belanjakan?”. Allah SWT tidak menjawab pertanyaan ini secara terus mengenai apa yang patut
dibelanjakan, namun Allah memperjelas kepada siapa seharusnya perbelanjaan itu diberikan.
Soalan “Apakah yang akan mereka belanjakan?” Tidak seharusnya ditanyakan kepada Allah,
bahkan boleh bertanya mereka yang memerlukan perbelanjaan tersebut. Apakah yang mereka
perlukan dalam kehidupan harian mereka. Kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,
orang miskin dan orang yang berjuang pada jalan Allah adalah golongan yang sangat-sangat
memerlukan bantuan perbelanjaan. Boleh bertanya kepada mereka akan apa yang mereka
perlukan.
Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 219), Allah berfirman
{ العفو قل ينفقون ماذا ويسألونك } yang bermaksud “Dan mereka bertanya pula kepadamu (wahai
Muahmmad) “Apakah yang akan mereka belanjakan (dermakan?)”. katakanlah “(Dermakanlah
apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Pertanyaan ini juga tidak menjawab secara terus
akan apa yang perlu dibelanjakan untuk orang-orang yang memerlukan. Menurut al-Qurtubi
(1985) perkara yang ditanyakan adalah kadar berapa yang perlu dibelanjakan ( اإلنفاق : كم قدر
Ini kerana jawapan kepada persoalan yang dikemukakan hanya satu perkataan sahaja iaitu .(أنفق؟
sebagaimana diperjelaskan oleh (ما فضل عن الحاجة) bermaksud lebihan daripada keperluan {العفو}
al-Baghawi (1997).
Satu soalan boleh dijawab daripada pelbagai sudut. Soalan {ماذا} “apa” boleh dijawab
yang menerangkan “kepada siapa” dan boleh menerangkan “berapa kadar”. Di sini
menunjukkan soalan “apa” boleh digunakan untuk bertanya secara umum dan penjelasan dari
pelbagai sudut boleh diterima. Tidak semestinya soalan “apa” hanya untuk bertanya mengenai
hakikat sesuatu subjek itu sahaja. Namun segala aspek yang berkaitan dengan subjek yang
ditanya juga boleh diterima sebagai jawapan kepada persoalan yang menggunakan kata tanya
“apa”. Soalan ini juga boleh menjadi soalan terbuka. Soalan “apa” juga boleh menjadi soalan
yang memerlukan jawapan yang pelbagai dan kompleks.
3. Kata tanya {كيف} “bagaimana”
Kata tanya {كيف} “bagaimana” diikuti oleh kata kerja selepasnya. Sama ada kata kerja kala lalu
Ini menunjukkan jawapan kepada soalan .(فعل مضارع) atau kata kerja kala kini (فعل ماض)
“bagaimana” adalah yang menerangkan mengenai proses kerja yang mempunyai prosedurnya
yang harus diterokai bagi mendapatkan jawapan yang menerangkan proses yang lebih tepat.
Kata tanya {كيف} “bagaimana” dalam Surah al-Baqarah disebut sebanyak tiga kali (ayat: 28,
259 dan 260). Ketiga-tiganya diikuti kata kerja kala kini (فعل مضارع) iaitu {كيف تكفرون باهلل}, { كيف
.{كيف تحيي الموتى} dan {ننشزها
Dalam ayat 28, pertanyaan daripada Allah SWT kepada orang-orang kafir. Soalan yang
membawa maksud hairan (تعجب). Kehairanan dengan sikap manusia yang mengetahui proses
hidup dan mati mereka hanya di tangan Allah, namun masih tidak mahu beriman dengan Allah.
Proses tersebut dimulai dengan mati (tiada/belum dilahirkan), dihidupkan di dunia ini,
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1285 | MEDC 2018
dimatikan dengan meninggalkan dunia ini, dihidupkan semula di hari akhirat kelak dan kembali
semula kepada Allah SWT. Soalan ini mengajak berfikir dengan sedalam-dalamnya dengan
menyedari kekerdilan diri. Sepatutnya menimbulkan keinsafan dan ketundukan hanya kepada
Allah SWT sahaja. Namun perkara tersebut tidak mereka lalukan, bahkan mereka ingkar akan
segala perintah Allah dan memilih jalan kufur.
Kata tanya {كيف} “bagaimana” merupakan kata tanya yang memerlukan jawapan proses
sesuatu subjek yang dipersoalkan. “Bagaimana” merupakan kata tanya yang dapat meggerakkan
daya imaginasi sehingga terhasil idea yang lebih jelas. Dengan memperbanyak soalan
“bagaimana” dalam pendidikan akan dengan mudah mengembangkan potensi berfikir pelajar.
“bagaimana” merupakan kata tanya yang mampu memupuk dan meningkatkan kemahiran
berfikiran aras tinggi (Marquardt, 2014).
4. Kata tanya {من} “siapa”
Kata tanya {من} “siapa” adalah dikhaskan untuk bertanya mengenai yang berakal (للعاقل) sahaja.
Ayat tanya dalam Surah al-Baqarah (ayat 138) Allah berfirman { صبغة {ومن أحسن من للاه
bermaksud “Dan siapakah yang lebih elok dari agama yang diwarnakan Allah?”. Soalan yang
menggunakan kata tanya {من} selalunya memerlukan jawapan yang ringkas dan proses berfikir
yang mudah. Namun dalam ayat ini, dimulai dengan kenyataan {صبغة هللا}. Kemudian diikuti
dengan soalan { ومن أحسن من صبغة } Jawapan telah jelas dengan kenyataan di awal ayat .{ صبغة للاه
Namun diikuti dengan persoalan mengenainya bagi memperkukuh pengakuan sebagai .{هللا
seorang hamba yang dengan pastinya akan menjawab semestinya corak agama Allah adalah
yang terbaik. Kenyataan orang-orang yang beriman ini diperkukuh dengan pengakuan
ketundukan hanya kepada Allah sahaja seperti yang dinyatakan {ونحن له عابدون} bermaksud
“Dan kepadaNya jualah kami beribadah” merupakan tindakan yang sepatutnya dilakukan
sebagai hamba yang mengakui kebenaran agama Allah.
Teknik soalan dalam ayat di atas dapat menyatukan elemen kognitif, psikomotor dan
afektif. Di mana ayat dimulai dengan kenyataan yang berupa ilmu pengetahuan. Bagi
memastikan konsep ilmu benar-benar difahami, soalan diutarakan bagi mendapatkan keyakinan
dan ditutup dengan kenyataan amalan bagi menjelaskan apa yang sepatutnya dan perlu
dilakukan oleh orang yang mempunyai keyakinan yang mantap.
5. Kata tanya {ما} “apa”
Kata tanya {ما} “apa” dalam ayat 133 {ما تعبدون من بعدي} bermaksud “Apakah yang kamu akan
sembah sesudah aku mati?”. Soalan ini diajukan oleh Nabi Allah Ya’qub kepada anak-anaknya.
Nabi Ya’qub tidak mengarahkan atau menasihati anak-anaknya agar meneruskan keimanan
kepada Allah SWT walaupun dengan ketiadaannya. Namun Nabi Ya’qub hanya mengemukakan
satu soalan ringkas bagi melihat pendirian sebenar anak-anaknya sekiranya ia tiada lagi di muka
bumi ini. Di sinilah memperlihatkan kebijaksanaan Nabi Ya’qub untuk menyelam pendirian
anak-anaknya melalui soalan. Nabi Ya’qub merasa tenang dan penuh keyakinan dengan
jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya itu iaitu mereka akan terus kekal dengan agama
yang diajar oleh Nabi Ya’qub kepada mereka walaupun Nabi Ya’qub telah tiada kelak.
Sebagaimana diperjelaskan dalam ayat { ه آبائك هك وإل ه قالوا نعبد إل ا واحدا ونحن له إبراهيم وإسماعيل وإسحاق إل
’yang bermaksud “Mereka menjawab “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan dato {مسلمون
nenek mu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami
berserah diri (dengan penuh iman)”. Daripada jawapan yang diberikan dapat difahami akan
pendirian mereka yang akan terus kekal dengan penuh iman kepada Allah SWT. Jawapan ini
juga dapat menolak dakwaan orang-orang Yahudi yang mendakwa mereka keturunan Nabi
Ya’qub. Keturunan yang paling penting tertegak atas dasar keimanan bukan hanya atas darah
daging sahaja. Itulah perjuangan sebenar para Nabi yang diutus Allah yang perlu difahami dan
dihayati oleh umatnya.
Teknik soalan ini boleh ditanyakan kepada pelajar yang telah diberi tugasan untuk
disiapkan sesudah berakhirnya sesuatu sesi pengajaran sebagai kerja rumah atau sebagai ujian
penaksiran. Apakah yang akan mereka lakukan bagi melengkapkan tugasan tersebut. Jawapan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1286 | MEDC 2018
mereka memberi keyakinan kepada guru yang mereka akan menyempurkan tugasan yang
diberikan. Guru juga boleh menambahkan persoalan kepada mereka seperti bertanyakan
bagaiamana mereka mahu menyempurnakan tugasan tersebut. Daripada jawapan yang diberikan
pelajar, akan dapat dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain akan teknik
menyempurnakan tugasan yang diberi. Dengan kenyataan mereka itu guru dengan yakin pelajar
akan dapat menyempurnakan tugasan dengan betul sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan
ini, pemupukan kemahiran berfikir bukan hanya di dalam kelas sahaja, bahkan ianya dapat
diteruskan juga selepas waktu persekolahan.
6. Kata tanya {لماذا} “mengapa”
Kata tanya {لماذا} dipendekkan dengan dibuangkan {اذا} menjadi { لم} namun masih kekal
maknanya “mengapa” dalam ayat 91 { من قبل إن كنتم yang bermaksud {مؤمنين قل فلم تقتلون أنبياء للاه
“Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah
pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang yang beriman?”. Soalan ini dilontarkan
oleh Nabi Muhammad kepada kaum Yahudi. Soalan ini tidak memerlukan jawapan kerana
ianya bertujuan membuka minda mereka supaya berfikir dengan cara yang betul. Sekiranya
mereka menyedari akan salahnya pendirian mereka itu dan kembali semula kepada Islam, itulah
jawapannya. Soalan ini tidak perlu dijawab dengan lisan, bahkan hendaklah dijawab dengan
perbuatan iaitu melalui beriman dengan Allah.
Kata tanya {لماذا} “mengapa” merupakan persoalan yang dapat mendorong idea kreatif
dalam menyelami jawapan yang tepat. Huraian jawapan boleh diberikan daripada pelbagai
sudut. “mengapa” merupakan soalan terbuka yang mengaitkan sebab berlakunya sesuatu
perlakuan itu. Kaum Yahudi diseru agar mereka beriman. Namun mereka menjawab mereka
hanya beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi mereka. Tapi dalam masa
yang sama mereka membunuh Nabi-nabi mereka itu. Sekiranya mereka ikut Nabi, mengapa
Nabi-nabi itu dibunuh. Tersingkap pembohongan dan kesombongan kaum Yahudi. Soalan ini
dapat mengungkai ketidak selarian antara afektif atau pendirian peribadi seseorang dengan
amalan atau aspek psikomotor kerana kadar kognitif yang tidak cekap memanipulasi fakta.
Maka dengan ini, kemahiran berfikir perlu dapat memastikan keselarian kandungan dengan
aspek afektif dan psikomotor. Andai gagal berbuat demikian, maka kemahiran berfikir adalah
gagal dikuasai.
7. Kata tanya {هل} “adakah”
Kata tanya {هل} “adakah” selepasnya diikuti dengan kata kerja kala lalu seperti dalam ayat 246
yang bermaksud “Tidakkah harus, jika kamu kelak {قال هل عسيتم إن كتب عليكم القتال أاله تقاتلوا}
diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?”. Soalan ini dilontarkan oleh Nabi kepada
Bani Israel selepas Nabi Musa AS. Mereka meminta kepada Nabi mereka supaya bermohon
kepada Allah agar mengutuskan seorang raja kepada mereka dengan harapan mereka akan
berperang di bawah pimpinan raja tersebut. Mereka mahu berperang di bawah pemerintahan
raja tersebut bagi mendapatkan semula hak mereka. Namun keraguan Nabi mereka timbulkan
adakah permintaan mereka itu.
Nabi yang diutus selepasa Nabi Musa AS yang bertanya kepada Bani Israel. Subjek
yang ditanya adalah kesanggupan berperang. Pertanyaan ditujukan kepada Bani Israel yang
meminta diutus kepada mereka seorang raja yang gagah memimpin peperangan. Namun apabila
mereka tidak mahu berperang kerana takut mati, raja yang gagah itu tidak akan dapat
menyelesaikan permasalahan mereka dan tidak akan dapat mengembalikan mereka semula ke
tanah air mereka setelah mereka dihalau keluar daripada tanah air mereka itu. Lontaran soalan
yang demikian rupa adalah berdasarkan pengalaman lepas Nabi bersama Kaum Bani Israel.
Mereka mempunyai ciri-ciri perlakuan yang tidak menyenangkan Nabi mereka. Kekotoran jiwa
dan penyakit rohani (Syed Qutb, 2000), berpaling daripada jihad (Ibn Kathir, 1985) dan tidak
berpegang kepada janji.
Soalan yang menggunakan kata tanya {هل} dan diikuti dengan kata kerja {عسيتم} boleh
mengagak perlakuan yang akan datang. Iaitu sama ada mereka patuh kepada arahan berperang
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1287 | MEDC 2018
atau tidak. Walapun alasan yang diberikan adalah kukuh yang menunjukkan mereka akan
berjuang dalam peperangan. Namun akhirnya, perbuatan mereka adalah sama sebagaimana yang
digambarkan dalam soalan iaitu mereka tidak pergi berperang kecuali sebilangan kecil daripada
mereka sahaja. Kebijaksanaan dalam kemahiran berfikir tidak hanya dilihat dari segi proses
berfikir sahaja. Malahan kebijaksanaan juga dilihat apakah yang difikirkan itu. Bagi orang yang
bertindak tidak berdasarkan kemahiran berfikir yang benar atau tidak ada kebenaran dalam
perkara yang difikirkan, kebenaran atau pembohongan mereka mudah difahami dan dapat
diagak dengan tepat.
8. Kata tanya {كم} “berapa”
Kata tanya {كم} “berapa” dalam bahasa Arab digunakan untuk bertanya mengenai bilangan (عدد)
yang diikuti dengan kata tamyiiz (تمييز) selepasnya iaitu penjodoh bilangan yang berbentuk
akusatif (منصوب). Kata tanya “berapa” sekiranya dikaitkan dengan “masa” pertanyaan adalah
berkaitan dengan “berapakah jangka masa yang diambil untuk melakukan sesuatu perbuatan”.
Masa yang diukur sama ada dikira dalam detik, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun,
dekad dan kurun. Kata Tamyiiz (تمييز) harus dibuang dengan tujuan tertentu sebagaimana dalam
Surah al-Baqarah (ayat 259) {كم لبثت} yang bertanya mengenai satu jangka masa yang mungkin
mengambil masa sehari, seminggu, sebulan, setahun, sedekad atau seabad, iaitu jangka masa
yang diambil oleh orang yang ditanya untuk tidur di sebuah kampung yang telah hancur. Sebab
hendak melihat bagaimana rasa sebenar orang yang ditidurkan itu. Adakah ia rasa tidur sehari,
seminggu, sebulan, setahun, sedekad, sekurun atau seabad. Sekiranya ditanya berapa hari ( كم
maka orang itu akan menjawab dalam beberapa hari, begitulah sekiranya ditanya dalam ,(يوما
minggu ( م أسبوعاك ), maka tahulah orang itu yang ia telah tidur selama satu minggu atau lebih dan
seterusnya. Sangkaan tidur sehari dua sebagaimana jawapan orang yang ditidurkan itu { لبثت يوما
bermaksud “Aku telah tinggal di sini namun sebenarnya ditidurkan selama satu aba {أو بعض يوم
“ {قال بل لبثت مائة عام}
9. Kata tanya {متى} “bila”
Kata tanya {متى} “bila” digunakan untuk bertanya mengenai masa berlakunya sesuatu
perbuatan. Boleh digunakan untuk bertanyakan mengenai masa lalu, masa sekarang atau masa
akan datang. al-Quran menggunakan kata tanya {متى} sebanyak sembilan kali dan bertanya
hanya mengenai masa yang akan datang. Perkara yang ditanya {متى نصر هللا}, {متى هذا الوعد}, { متى
iaitu mengenai bilakah datangnya pertolongan Allah dan bilakah {متى هو} dan {هذا الفتح
datangnya hari kiamat.
Surah al-Baqarah (ayat 214) Allah berfirman { أال حتهى يقول الره سول والهذين آمنوا معه متى نصرللاه
قريب bermaksud “Rasul dan orang-orang yang beriman (yang ada) bertanya “Bilakah {إنه نصر للاه
(datangnya) pertolongan Allah?”Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”. Ayat ini menjelaskan yang
mengemukakan pertanyaan adalah dalam kalangan orang-orang yang telah ditimpakan dugaan
kepada mereka. Maka mereka yang tinggal tertanya-tanya bilakah pertolongan Allah akan
sampai kepada mereka bagi membantu mereka keluar daripada kemelut dugaan Allah. Lantas di
jawab pertanyaan mereka itu dengan uslub {أال} “ingatlah” sebagai pengukuh kepada akan
datangnya pertolongan Allah itu. Menurut Adimah (1404H) uslub {أال} merupakan gabungan
kata tanya {أ} dan kata nafi {ال} yang membawa maksud ayat pelengkap selepasnya merupakan
perkara yang positif dan pasti (إثبات).
10. Kata tanya {أنى} “macam mana”
Kata tanya {أنى} boleh membawa makna “di mana” (أين), “bagaimana” (كيف) dan “bila”(متى)
sebagaimana diperjelaskan oleh al-Zarkasyi (1988). Beliau juga dapati kata tanya {أنى} dalam
Surah al-Baqarah (ayat 259) Allah berfirman {بعد موتها ذه للاه yang bermaksud {أنهى يحيي ه
“Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rusak
binasa)?” membawa maksud “bagaimana” (كيف) yang mempersoalkan bagaimana Allah SWT
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1288 | MEDC 2018
boleh menghidupkan semula sebuah bandar yang telah hancur. Orang yang mempersoalkan
kekuasaan Allah SWT sebenarnya adalah mereka yang tidak mempercayai tentang kekuasaan
Allah atau meraguinya. Memandangkan kepada kebinasaan yang teruk yang terjadi, mereka
tidak yakin Allah dapat menjadikannya semula seperti sedia kala. Dengan ini, kita dapati
mereka bukanlah dalam kalangan orang yang bijak berfikir. Persoalan ini juga menunjukkan
mereka cuba mencabar Allah SWT. Namun apabila jawapan kepada persoalan itu dialami
sendiri oleh orang yang mempertikai kekuasaan Allah itu, maka barulah mereka yakin { أعلم أنه للاه
bermaksud “(Sekarang) aku mengetahui (dengan penuh yakin) bahawa Allah {على كل شيء قدير
itu Maha Berkuuasa di atas segala sesuatu”.
Kata tanya {أنى} dengan maksud “bagaimana” (كيف) memerlukan jawapan sebagaimana
yang diperlukan oleh {كيف} juga iaitu jawapan yang menerangkan tentang proses yang
melibatkan satu set kerja yang tersusun dan sistematik yang juga memperlihatkan proses
berfikir. Ilmu pengetahuan dapat mendatangkan keyakinan mengenai sesuatu ilmu yang
dipelajari. Pelbagai cara boleh digunakan bagi memastikan pemerolehan ilmu dapat dikuasai
dengan berkesan. Surah al-Baqarah (ayat 259) ini menunjukkan pemerolehan ilmu melalui
pengalaman sendiri. Iaitu pengalaman dimatikan tanpa berubah jasad, pengalaman merasai mati
namun seolah-olah tidur dalam sehari atau sebahagian hari (tidur ketika mata hari naik dan
bangun tidur ketika matahari terbenam), bahkan sebenarnya dimatikan selama 100 tahun iaitu
bersamaan 36,500 hari.
DAPATAN KAJIAN
Uslub al-istifham (أسلوب االستفهام) al-Quran tidak meletakkan aras berfikir yang rendah atau
tinggi. Namun daripada analisis yang dijalankan dalam kajian ini didapati, berfikir mempunyai
proses yang terkadangnya mudah untuk sampai kepada jawapan kepada persoalan yang
dikemukakan dan terkadang begitu rencam atau kompleks yang memerlukan pemerhatian
diberikan kepada proses berfikir untuk memikirkan jawapan perkara yang dipersoalkan atau
dalam membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan permasalahan dalam persoalan yang
dikemukakan.
Teknik soalan yang banyak digunakan adalah teknik soalan yang mencabar minda.
Tiada soalan tertutup yang berhenti hanya kepada satu jawapan sahaja. Sekiranya ada persoalan
yang demikian, akan diikuti dengan soalan atau aktiviti pembuktian kepada jawapan yang
diberikan. Maka masih berterusan lagi proses berfikir yang memerlukan kepada aktiviti
penyelidikan dan inkuiri penemuan yang berterusan dan lebih bercapah.
Kemahiran berfikir yang mantap adalah kemahiran yang mampu menyelaraskan antara
aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Kemahiran befikir perlu diasak dengan soalan-soalan
prvokasi bagi memastikan berlakunya proses berfikir yang betul. Proses befikir yang betul tidak
hanya melihat kepada proses befikir semata-mata, bahkan kemahiran berfikir juga melihat
kepada isi kandungan atau perkara yang difikirkan dan hujjjah yang disandarkan.
Melalui uslub istifham al-Quran, kita dapat mempelajari cara berdialog dengan orang-
orang munafiq dan orang kafir. Kita juga akan dapat membaca dan menyelami pemikiran
meraka dalam berhujjah. Pertanyaan-pertanyaan yang mungkin mereka lontarkan dalam
perbincangan juga telah ditunjukkan oleh al-Quran yang dapat difahami dalam uslub istifham.
Kemahiran berfikir dan proses kemahiran berfikir telah ditunjukkan dengan jelas
melalui dialog dalam uslub istifham. Daripada analisis ini juga didapati al-Quran tidak
meletakkan dan menghadkan yang sesuatu kata tanya itu adalah untuk kemahiran berfikir aras
rendah dan kata tanya yang lainnya adalah untuk kemahiran berfikir aras tinggi. Malahan al-
Quran telah menunjukkan bagaimana proses dialog yang dapat mengasak minda dengan
rangkaian kata tanya yang menggunakan kata tanya yang paling ringkas sahaja seperti
penggunaan kata tanya {أ} “adakah”.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1289 | MEDC 2018
KESIMPULAN
Apabila dikaitkan teknik soalan yang diperolehi daripada analisis ayat tanya (أسلوب االستفهام) al-
Quran dengan teknik soalan dalam pendidikan, beberapa perkara perlu ditambah baik dalam
kemahiran menyoal para guru agar dapat menjadikan soalan sebagai utama bagi
mengoptimumkan keupayaan berfikir para pelajar.
Guru perlu menyediakan soalan yang dirancang dengan baik bagi mencungkil idea-idea
pelajar dalam menguasai mata pelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar tidak
seharusnya hanya sebagai penerima maklumat dan pencari maklumat sahaja. Malahan mereka
perlu diajak memproses maklumat yang diperolehi semasa proses penerimaan dan pencarian
maklumat. Guru perlu menjadikan pengajaran mereka di dalam kelas sebagai mengurus dialog
perbincangan ilmiah. Barulah mereka akan dapat mengasah kemahiran berfikir pelajar mereka
dengan proses kemahiran berfikir yang dapat mematangkan pelajar dalam membuat keputusan
yang betul dalam hidup dan dalam pelajaran mereka.
Pembelajaran adalah menghadiri sesi dialog antara pelajar dengan pelajar lain sama ada
secara individu atau berkumpulan. Sesi dialog tidak hanya antara guru dan pelajar sahaja.
Dengan menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai sesi dialog akan menjadikan
pelajar aktif dan penuh bersedia dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber
untuk menghadiri sesi pembelajaran. Pelajar akan menjadikan sesi dialog di dalam kelas hanya
untuk memastikan fahaman mereka adalah benar dan bentuk jawapan mereka adalah tepat.
Pengajaran dan pembelajaran melalui sesi dialog akan dapat mengarahkan pelajar ke arah
pembelajaran berterusan dan pelajar akan aktif berfikir yang terarah kepada menguasai sesi
perbincangan. Pelajar yang tidak bersedia sebelumnya akan menjadi pelajar pasif dalam
perbincangan. Dengan ini guru dapat menasihati mereka atau memandu mereka serta
membimbing mereka lebih khusus dapat menguasai mata pelajaran yang juga menjadikan
mereka aktif dalam sesi perbincangan. Kertas ringkas ini ingin mengemukakan moto pengajaran
pada kurun sebagai PEMBALAJARAN MELALUI SESI DIALOG ILMIAH.
Ref: (FRGS/1/2016/SSI03/USIM/02/7)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
1290 | MEDC 2018
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Abu Hayyyan, Muhammad bin Yusof al-Andalusi. 1993. Tafsir al-Bahr al-Muhit. Tahqiq wa
Ta’liq: ‘Adil et. all. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Adimah, Muhammad Abd al-Khaliq. 1404H. Dirasat li Uslub al-Quran al-Karim. al-Qaherah:
Dar al-Hadis.
al-‘Akk, Khalid Abd al-Rahman. 2007. Usul al-Tafsir wa Qawa’iduhu. Beirut, Lebanon: Dar
an-Nafaes.
al-Baghawi, Muhyi al-Sanah, Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud. 1997. Ma’alim al-Tanzil
fi Tafsir al-Quran: Tafsir al-Baghawi, al-Qaherah: Dar al-Tayyibah.
Daruzah, Afnan Nazir. 2005. al-Asilah al-Ta’limiyyah wa al-Taqyim al-Madrasi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1998. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-
Quran 30 Juzuk (Edisi Jawi). Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
al-Jurjani, Abd al-Qahir. 1375H. Kitab Dalail al-I’jaz. Taliq: Mahmod Muhammad Syakir. al-
Qaherah: Maktabah al-Khanji.
al-Khalidi, Solah Abd al-Fatah. 2008. Ta’rif al-Darisin bi Minhaj al-Mufassirin. Damsyiq: Dar
al-Qalm.
Marquardt, Micheal. 2014. Leading Question : How Leaders Find The Right Solutions by
Knowing Wahat to Ask (Revised an Updated). San Francisco: Jossey – Bass a Wiley
Brand.
al-Mat’ani, Abd al-‘Azim Ibrahim. 2007. al-Tafsir al-Balaghi li al-Istifham fi al-Quran al-
Karim: Awal Tafsir Maudui li 1260 Istifhaman fi al-Quran Kullihi. al-Qaherah: Maktabah
Wahbah.
al-Qardawi, Yusuf. 2001. al-‘Aql wa al-‘Ilm fi al-Quran al-Karim. Beirut, Lubnan: Muassasah
al-Risalah.
al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1985. al-Jami’ li Ahkam al-Quran.
Beirut, Lubnan: Dar Ihya’al-Turath al-Islami.
Sayyid Qutb. 2000. Tafsir fi Zilal al-Quran. Terjemahan: Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu,
Kelantan: Pustaka Aman Press.
Sultan, Munir. 1990. Manahij fi Tahlil al-Nuzum al-Qurani. Iskandariah: Mansyaat al-Ma’arif.
Al-Zarkasyi, Imam Badruddin Muhammad bin Abdullah. 1988. Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran.
Tahqiq: Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim. Beirut, Lubnan: Dar al-Jail.