Page 1 of 13
1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang
berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui
laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat
https://epenawaran.moe.gov.my mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017.
2. Calon adalah dikehendaki untuk mengemaskini Modul Operasi Data Guru (e-
Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP
yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini
diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat
maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini sewaktu permohonan,
perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi Bbagi
calon yang berkhidmat di sekolah atau Sistem e- Penawaran tersebut.
3. Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti
serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat
kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian
meliputi kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan
permohonan ditolak.
4. Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk
menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap
pegawai.
5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada
waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika
itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada
laman web tersebut.
6. Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki
untuk menyimpan Slip Permohonan sebagai rujukan pada masa akan datang.
7. Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru,
permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Tajaan
Pendidikan, KPM untuk sebarang tindakan lain.
TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-PENAWARAN BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2017
TATACARA PERMOHONAN
Page 2 of 13
8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap /
tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
9. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam
tempoh tawaran permohonan ini dibuka.
10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan garis
panduan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia
berikut :
Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
Telefon (hotline): 03-8321 7138
E-mel : [email protected]
Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
Telefon (hotline): 03-88843823 / 03-88843674E-mel : [email protected]
Page 3 of 13
1. Panduan Umum 1.1 Sistem e-Penawaran ini dibangunkan melalui pengintegrasian dengan
Modul Operasi Data Guru (e-Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS). Maklumat calon yang terkandung di dalam Sistem e-Operasi akan
digunakan dalam Sistem e-Penawaran bagi memastikan maklumat calon
khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah yang terkini dan
yang telah disahkan.
2. Panduan Khusus
Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya
urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.
2.1 Calon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat
yang diperlukan dikesemua Menu yang disediakan dan sekiranya terdapat
maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.
Menu Masuk/Muka Hadapan.
2.2 Calon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Umur (paparan
secara automatik), gred terkini jawatan, status berkhidmat (contoh:
berkhidmat di sekolah), pilihan jenis program, peringkat pengajian, dan
status pengajian.
Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi dengan tepat.
Sekiranya calon berstatus sedang dalam pengajian, sila lengkapkan
maklumat di Menu Maklumat Tambahan pada akhir permohonan.
Contoh paparan:
PANDUAN PERMOHONAN
Page 4 of 13
Menu Maklumat Program
2.3 Calon dikehendaki memilih dan mengisi kesemua maklumat yang
diperlukan berkaitan pengajian yang ingin dimohon, jenis program yang
akan diikuti serta pilihan zon temuduga.
2.4 Calon yang berjaya ditawarkan Cuti Belajar bakal mengikuti pengajian
secara sepenuh masa di universiti awam di dalam negara sahaja.
2.5 Calon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi
Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang supaya dapat
disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik)/ maklumat
iktisas sedia ada/ opsyen mengajar yang terkini/pengalaman dalam
bidang yang dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa
akan datang.
2.6 Ringkasan mengenai Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang
adalah seperti berikut:
KATEGORI KLUSTER
KETERANGAN Bidang Pengajian Pengkhususan Bidang
Kepimpinan dan Pentadbiran Pendidikan.
(Kepimpinan)
Memberi penekanan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, dan pentadbiran pendidikan dalam kalangan pengurus organisasi dan program/projek. Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:
i.asas; ii.pertengahan; dan iii.lanjutan.
Contoh: 1. Perancangan
Strategik;
2. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Contoh: a) Pentadbiran
Pendidikan b) Kepengetuaan; c) Pendidikan dan
Pembangunan Organisasi;
d) Pengurusan dan Pentadbiran
Peningkatan Kemahiran dan Kepakaran PdP.
(Pembangunan Profesionalisme)
Memberi ruang dan peluang kepada PPP mengaplikasi inovasi dan kreativiti bersesuaian dengan kemahiran aras tinggi dalam aktiviti PdP dalam bilik darjah. Pelaksanaan program ini boleh dilakukan dalam tiga peringkat berteraskan fasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui inisiatif kendiri (Inisiatif Individu dan Inisiatif Organisasi), iaitu:
Contoh: 1. Bahasa 2. Kemahiran
Teknik dan Vokasional
Contoh: a) Bahasa Melayu; b) Bahasa Inggeris; c) Bahasa Arab; d) Bahasa Tamil; e) Pendidikan Teknik
dan Vokasional; f) Pentadbiran
Perniagaan
Page 5 of 13
a. permulaan; b. pembinaan
Kapasiti; dan c. kepakaran.
Bidang Kepakaran Khusus Pendidikan
Melahirkan sekumpulan PPP yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang pendidikan secara khusus.
Contoh: 1. Polisi
Pendidikan;
2. Kaunseling dan Psikologi
Contoh: a) Kurikulum dan
Pengajaran; b) Bimbingan dan
Kaunseling
Nota: Calon boleh merujuk kepada Lampiran A dan B bagi perincian
Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang.
2.7 Calon perlu membuat pilihan zon temuduga yang berdekatan dengan
tempat berkhidmat sekarang namun penetapan akhir akan ditentukan oleh
KPM mengikut kesesuaian. Pecahan zon temuduga adalah seperti
berikut:
Contoh paparan:
Zon Temuduga Pecahan Mengikut Tempat Bertugas
(berdasarkan negeri)
Utara Perlis, Pulau Pinang,Kedah dan Perak
Tengah Selangor dan Kuala Lumpur
Selatan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan
Sabah Sabah dan Labuan
Sarawak Sarawak
Page 6 of 13
Menu Peribadi dan Waris
2.8 Maklumat di dalam Menu ini adalah WAJIB dilengkapkan dengan
maklumat yang tepat dan lengkap.
a) Maklumat peribadi dan waris diintegrasikan dari e-Operasi dan
sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat, sila
kemaskini dan membuat perubahan di Sistem e-Operasi atau
pindaan terus sewaktu permohonan dibuat.
b) Bagi calon yang berstatus berkahwin, maklumat yang perlu diisi
adalah maklumat pasangan manakala calon yang berstatus selain
berkahwin,maklumat waris adalah seperti adik beradik, ibu bapa
atau penjaga atau lain-lain yang terdekat dan mengenali calon
secara dekat serta mudah dihubungi.
c) Bagi ruangan alamat surat menyurat dan alamat tetap, sila pastikan
maklumat adalah alamat kediaman yang berpenghuni sama ada
calon sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan
sebarang surat menyurat rasmi sewaktu Cuti Belajar diterima.
d) Alamat pejabat pula adalah alamat tempat bertugas yang terkini
sewaktu permohonan dibuat. Sekiranya ruangan tidak mencukupi,
sila ringkaskan ejaan dan pastikan singkatan yang digunakan
mestilah mudah difahami.
e) Calon juga WAJIB membuat pengesahan mengenai status
kesihatan semasa permohonan dibuat dan sekiranya YA
Sila buat pilihan yang tepat di ruangan ini. Nota: Kesilapan dalam membuat pilihan boleh menjejaskan permohonan untuk dipertimbangkan sebagai calon berjaya dipanggil temuduga.
Page 7 of 13
(mempunyai masalah kesihatan), sila nyatakan jenis penyakit yang
dihidapi.
f) Bagi maklumat anak (jika berkaitan), calon boleh mengisi maklumat
dengan klik butang tambah. Sekiranya tidak berkaitan, boleh
abaikan ruangan ini.
Contoh paparan:
Sila masukkan maklumat kesihatan
Klik butang tambahan ini untuk melengkapkan maklumat anak
Page 8 of 13
Menu Akademik dan Perkhidmatan.
2.9 Calon dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam
Menu Akademik dan Perkhidmatan dengan lengkap dan tepat
sebagaimana panduan berikut:
2.9.1 Sila isi dan lengkapkan semua maklumat pengajian dan kelayakan
akademik sama ada bagi peringkat Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana
Muda) atau Ijazah Sarjana (bagi calon peringkat Kedoktoran).
Calon juga perlu memasukkan maklumat kelayakan akademik lain
yang berkaitan sekiranya ia adalah bagi tujuan pelantikan dalam
skim perkhidmatan pendidikan
Contoh: Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana Muda: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Ijazah Sarjana:
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik Lain-lain kelayakan:
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
2.9.2 Calon WAJIB memastikan maklumat Ketua Jabatan semasa
adalah tepat dan lengkap kerana kesilapan di ruangan ini boleh
menjejaskan permohonan. Sokongan dan perakuan Ketua Jabatan
akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.
“Pegawai Penyokong” merupakan pegawai atasan/penyelia
kepada calon yang mengemukakan permohonan dan mempunyai
hubungan kerja secara lansung atau mengawasi kerjanya.
“Pegawai Peraku” adalah Ketua Jabatan di bahagian / institusi /
jabatan yang menguruskan hal-hal perkhidmatan calon yang
mengemukakan permohonan.
2.9.3 Bagi maklumat perkhidmatan, calon perlu memastikan semua
ruangan diisi dengan betul termasuk Tempoh Pengalaman Dalam
Bidang Dimohon, Tempoh Mengajar Opsyen dan Tempoh
Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang.
a) Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Dimohon Sila nyatakan tempoh berkhidmat/mengajar dalam bidang
berkaitan permohonan..
Page 9 of 13
b) Tempoh Mengajar Opsyen
Sila nyatakan tempoh pengalaman mengajar subjek
tersebut berkaitan dengan opsyen semasa.
c) Tempoh Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang
Sila nyatakan tempoh berkhidmat dalam jawatan sekarang.
d) Maklumat Pengkhususan
Sila nyatakan maklumat berkaitan bidang pengajian
sewaktu mengikuti Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda)
atau Ijazah Sarjana (bagi calon Kedoktoran).
e) Maklumat Iktisas
Sila nyatakan maklumat berkaitan latihan perguruan yang
pernah diikuti. Maklumat Iktisas boleh berbeza dengan
Maklumat Pengkhususan di atas.
f) Mata Pelajaran Mengajar Sekarang
Bagi calon yang sedang berkhidmat di sekolah, sila
nayatakan mata pelajaran terkini yang diajar sewaktu
permohonan dibuat.
Contoh paparan:
Maklumat boleh dikemaskini menerusi Sistem e-Operasi atau pindaan dibuat sewaktu permohonan.
Sila pastikan maklumat ini TEPAT dan LENGKAP kerana kesilapan boleh menjejaskan keseluruhan permohonan.
Page 10 of 13
Menu Pencapaian
2.10 Calon dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat berkaitan
pencapaian dan sumbangan yang pernah dicapai sepanjang tempoh
perkhidmatan.
a) Sila nyatakan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim
perkhidmatan terkini berturut-turut (2014, 2015 dan 2016).
Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya
calon pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut,
sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti
Belajar;
Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi adalah BENAR.
b) Sila isikan maklumat sekiranya calon pernah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC);
c) Sila nyatakan sumbangan yang pernah dibuat oleh calon sepanjang
perkhidmatan dan peringkat sumbangan tersebut. Calon dibenarkan
untuk menghuraikan secara ringkas mengenai sumbangan yang
dinyatakan. Selain itu, sila nyata penulisan dan penerbitan yang
dihasilkan (sekiranya ada) bagi tempoh 3 tahun yang terkini.
Contoh paparan:
Page 11 of 13
Menu Rekod Penajaan dan Tambahan
2.11 Sekiranya calon pernah atau sedang diluluskan Cuti Belajar atau
Penajaan oleh KPM, sila nyatakan maklumat tersebut di dalam Menu
Rekod Penajaan.
2.12 Sila nyatakan tempoh ikatan perjanjian yang telah ditetapkan berdasarkan
jenis Cuti Belajar/Penajaan yang diluluskan. Tempoh ikatan perjanjian ini
boleh disemak dalam perjanjian Cuti Belajar/Penajaan calon.
2.13 Sila nyatakan juga tempoh kontrak yang telah disempurnakan
Contoh:
Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah diluluskan adalah 4 tahun. Pegawai telah melapor diri (kembali bertugas) pada 1 Januari 2014. Tempoh telah berkhidmat daripada perjanjian adalah 3 tahun iaitu bermula pada tarikh melapor diri tersebut. Contoh paparan:
2.14 Maklumat Tambahan
Jika calon belum pernah mengikuti pengajian, sila nyatakan “TIDAK” pada ruangan “Bahagian ini Wajib diisi sekiranya calon sedang dalam pengajian..?”
Sila buat pilihan YA atau TIDAK. Jika YA, sila isikan maklumat yang berkaitan.
Page 12 of 13
Sekiranya calon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa/ separuh masa, sila pilih “YA” dan teruskan mengisi maklumat pengajian anda.
Contoh paparan:
Menu Perakuan
2.15 Setelah semua maklumat dilengkapkan, calon dimohon untuk menyimpan
semua maklumat permohonan dengan klik butang SIMPAN.
2.16 Calon turut dikehendaki untuk memahami dan membuat perakuan bagi
setiap perkara yang di atas. Calon WAJIB tick ruangan perakuan yang
disediakan selepas permohonan disimpan. Klik butang hantar setelah
berpuas hati dengan kesemua maklumat yang diisi. Permohonan akan
dihantar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.
2.17 Calon boleh menyimpan permohonan setelah melengkapkan kesemua
maklumat yang diperlukan dan hanya SATU permohonan sahaja boleh
dibuat pada waktu permohonan dibuka. Permohonan yang terdahulu
adalah terbatal sekiranya Sistem e-Penawaran mendapati pegawai
mengemukakan lebih daripada SATU permohonan.
Contoh Paparan:
Sila buat pilihan YA atau TIDAK. Jika YA sila isikan maklumat yang diperlukan.
Page 13 of 13
2.18 Setelah permohonan dihantar, calon boleh mencetak Slip Permohonan
Cuti Belajar sebagai simpanan dan rujukan pada masa akan datang.
Contoh paparan:
SLIP PERMOHONAN CUTI BELAJAR
BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
Nama Pemohon No.Kad Pengenalan Program Peringkat Kluster
Nama Bidang
Pengkhususan Tempat Bertugas
: : : : :
:
: :
Ringkasan Permohonan LIEW VUN DAR 761110125629 HLP SARJANA BIDANG KEPAKARAN KHUSUS PENDIDIKAN SAINS SOSIAL /ILMU PENDIDIKAN/SASTERA IKHTISAS SEJARAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHI HWA BATU 1.5, JALAN UTARA, SANDAKAN.
90000 SANDAKAN 90000 SANDAKAN
Tarikh Hantar :
Permohonan tuan/puan telah diterima dan akan diproses ke peringkat selanjutnya. Tuan/puan disarankan untuk menyimpan slip ini bagi tujuan rekod dan semakan.
Kementerian mengucapkan terima kasih atas minat yang ditunjukkan tuan/puan untuk menyertai program ini. Sila layari laman web KPM dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini program.
Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
"Sila simpan slip permohonan untuk tujuan rujukan."
Dijana pada: 11:47 AM on 31-Jan-17
1 of 1
Sila tick di sini