manual pengemaskinian rekod peribadi

7
PANDUAN PENGGUNA PENGURUSAN REKOD PERIBADI (Pengemaskinian Maklumat Peribadi - Individu) SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Upload: doankhanh

Post on 03-Feb-2017

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

PANDUAN PENGGUNA

PENGURUSAN REKOD PERIBADI

(Pengemaskinian Maklumat Peribadi - Individu)

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

Page 2: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

1. Panduan Pengguna

Akses HRMIS: http://hrmisone.eghrmis.gov.my , http://hrmis.eghrmis.gov.my/ @ http://www.eghrmis.gov.my/

- Aplikasi HRMIS (EGNet) boleh diakses di luar UTHM (Broadband/WIFI/Streamyx/dll)

2. Login ke HRMIS

� ID Pengguna : No Kad Pengenalan (tanpa ’-’) Cth :921004016250 � Kata Laluan: Jika login pertama kali, masukkan No. K/P (tanpa’-’) � Klik butang Hantar untuk login.

� Log Masuk Aplikasi HRMIS (EGNet)

Page 3: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

� Tukar Kata Laluan berpandukan kepada arahan yang diberikan. � ID Pengguna : No. Kad Pengenalan (Baru) � Kata Laluan Lama : No. Kad Pengenalan (Baru) � Kata Laluan Baru : Huruf/ angka (5-10 abjad / aksara) � Sah Kata Laluan Baru : Masukkan semula kata laluan baru

� Klik Kemaskini Rekod Peribadi

� Klik ’Tab” DATA PERIBADI, PENDIDIKAN, KELUARGA DAN AKAUN � Klik Tambah dan Hantar untuk tambah maklumat baru

� Klik Batal untuk keluar

Pastikan item bertanda * diisikan dengan betul.

Page 4: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

Contoh Paparan DATA PERIBADI

Contoh Paparan KELUARGA / TANGGUNGAN

Page 5: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

3. Mesej penghantaran maklumat yang berjaya di hantar ke dalam Pengkalan Data HRMIS (Jabatan Perkhidmatan Awam).

� Mesej Aliran Kerja berikut akan muncul di skrin. � Klik Keluar untuk mengemaskini item yang lain.

* Semua maklumat yang baru dikemaskini tidak akan berubah serta-merta secara automatik dalam paparan. Maklumat yang dikemaskini hanya akan tertera dalam paparan setelah semua maklumat disemak dan disahkan oleh PENGESAH REKOD (Pegawai Pejabat Pendaftar). 4. Status Penghantaran Maklumat

� Klik Status Penghantaran Rekod.

Page 6: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

Maklumat dengan ’tab’ yang berwarna Biru Muda adalah merupakan maklumat yang telah dihantar kepada Pengesah Rekod. Klik mana-mana ‘tab’ elemen rekod peribadi yang berwarna biru muda untuk melihat perincian maklumat yang telah dihantar kepada Pengesah Rekod.

* Maklumat anak-anak (tanggungan) boleh dimasukkan setelah maklumat sebenar ISTERI telah disahkan oleh Pengesah Rekod. 5. Logout dari Sistem HRMIS

� Klik Laman Sebelum � Klik Laman Utama � Klik Log Keluar

Page 7: Manual Pengemaskinian Rekod Peribadi

6. Panduan kemaskini Rekod Peribadi yang lain.

TALIAN BANTUAN / HELPDESK HRMIS UTHM:

• 07-4537198 - Cik Siti Khajar binti Hj. Md. Som

• 07-4537112 - Pn Eznuraini binti Minan

1. Klik elemen maklumat rekod peribadi yang hendak dikemaskini di bawah menu Kemaskini Rekod Peribadi

2. Klik Tambah 3. Kemaskini semua maklumat dalam ruangan yang disediakan 4. Klik Hantar 5. Klik Keluar

PENERANGAN MAKSUD DATA ELEMEN REKOD PERIBADI BAHASA Maklumat mengenai bahasa-bahasa yang diketahui (contoh: Bahasa Inggeris/Arab/Mandarin/Jepun/.......) KECACATAN Maklumat kecacatan tubuh badan yang boleh memberi kesan dari segi penempatan tempat bertugas (contoh: buta/kudung/pekak/........) ANUGERAH Maklumat mengenai anugerah yang diterima semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam (contoh: AMN/Anugerah Perkhidmatan Cemerlang/Pekerja Cemerlang/........) PENDIDIKAN Maklumat mengenai taraf pendidikan tertinggi yang dicapai (contoh: Sijil Tinggi Pelajaran/Ijazah Sarjana/Diploma ........) PENGALAMAN KERJA Pengalaman kerja sebelum memasuki perkhidmatan awam (contoh: Pegawai Bank/Penyelia Kilang Elektronik/...... ) PERSATUAN Menganggotai persatuan bertaraf profesional yang ada kesan langsung kepada dalam perkhidmatan Pemilik Kompetensi dari segi faedah dan kelayakan yang diterima sebagai ahli persatuan tersebut (contoh: Persatuan Arkitek Malaysia/Persatuan PTD/Ahli Majlis .......) SEJARAH PERUBATAN Maklumat mengenai penyakit yang pernah dan sedang dialami bagi memudahkan urusan penempatan di masa akan datang. (contoh: lemah jantung/darah tinggi/lelah/........) PERMIT KERJA DAN PASPORT Maklumat permit kerja dan pasport khusus untuk Pemilik Kompetensi yang bukan warganegara Malaysia