Tarikh Dibaca: 24 MAC 2017
Tajuk:
“MEMELIHARA KEAMANAN DAN
KESEJAHTERAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
***
Terbitan: Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
1
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2017
1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi)
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
2. SS. Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Ahli)
Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor
3. Tuan Haji Idris Bin Ramli (Setiausaha)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS
4. Yg. Berbahagia Dr. Haji Osman Bin Haji Sabran (Ahli)
Pensyarah, Universiti Selangor
5. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar (Ahli)
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
6. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Selangor
7. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdlullah (Ahli)
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
8. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)
Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor
9. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli)
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
10. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid
(Ahli)
Pegawai Majlis Agama Islam Selangor
11. Ustaz Hairol Azmi Bin Khairudin (Urusetia)
Penolong Pengarah Unit Khutbah, BPM, JAIS
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
2
“MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN TANGGUNGJAWAB
BERSAMA”
هحمد لل
لائ ا
ق
: لال
... 1
نهد ؤ
ش
ؤ
هال
إل
ه وحدهإال
والل
هد ال
ش
ه وؤ
سك ل
ش
دا عبده ن محمم وؤ
هم صل وطل
لل
ه. ا
ى وزطىل
عل
د و ا محمده
ىطصحابه آله عل
جمعين وؤ
ا .ؤ م
ؤ
أ بعد، ف
اي ؤ م وإ
وصك
ه، ؤ
الل
قىا ظلمىن! اث
ها اإلا ي
ىعال
ه ج
ال الل
قىن. ق ح
اش اإلا
د ف
ق
:بحقىي هللا ف
.
1 An-Nur ; 55
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
3
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dan
Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Marilah sama-sama kita menghayati khutbah pada hari ini yang
bertajuk: “MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN
TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.
Hadirin yang dikasihi Allah,
Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap hambanya di
muka bumi ini adalah nikmat keamanan dan kesejahteraan. Kedua-dua
nikmat ini mampu membawa hamba-Nya ke arah kehidupan yang harmoni
dan kemajuan yang tidak terhingga nilainya.
Kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa memelihara
keamanan dan memupuk kesejahteraan adalah suatu yang amat dituntut
oleh agama. Ia perlulah dilaksanakan dalam kehidupan kita seharian
tanpa mengira status sosial, pegangan agama, fahaman, bangsa atau
keturunan.
Para Jemaah yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa membentuk
kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang aman dan sejahtera
merupakan sunnah para nabi. Ini dapat dihayati melalui kisah Nabi Allah
Ibrahim seawal beliau sampai ke bumi Mekah al-Mukarramah. Nabi Allah
Ibrahim AS lantas berdoa kepada Allah SWT supaya menganugerahkan
keamanan dan keselamatan untuk bumi Mekah sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 126:
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
4
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai
Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan
berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya,
Iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara
mereka”. Allah berfirman: “(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang
kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati
rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan
menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.
Ayat tersebut menjelaskan betapa Nabi Allah Ibrahim menyedari
kepentingan nikmat keamanan itu dalam kehidupan sesebuah keluarga.
Beliau bukan sahaja mendoakan keamanan untuk ahli keluarganya sahaja
bahkan juga untuk penduduk kota Mekah seluruhnya. Nabi Allah Ibrahim
menyedari keamanan adalah lambang kesejahteraan dan kebahagiaan diri
dan masyarakat. Dengan keamanan, manusia mampu mencapai segala
kebahagiaan, ketenangan, kebaikan dan juga mampu melakukan
pembaharuan yang diimpikan oleh manusia.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
5
Nilai keamanan dan kesejahteraan yang dianjurkan Islam amat
sesuai dipraktikkan bagi setiap masa dan tempat ini bersesuaian dengan
kedudukan Islam itu sendiri sebagai agama pembawa rahmat dan
kesejahteraan. Kita semua perlu sedar bahawa Islam bukanlah agama
yang mencetuskan keganasan dan perasaan takut atau menyeru ke arah
persengketaan dan pertumpahan darah. Sebaliknya Islam menjadi
perantara bagi mengajak semua bangsa ke arah keamanan dan
kesejahteraan.
Menyuburkan dan mengekalkan keamanan adalah amat penting bagi
sesebuah masyarakat. Ini kerana.
Pertama : Dapat menjamin kehidupan yang harmoni.
Kedua : Dapat menjadikan kita umat yang dihormati dan disegani
bangsa lain.
Ketiga : Dapat memberikan keselesaan untuk beribadat kepada
Allah SWT tanpa dibayangi perasaan takut dan bimbang.
Keempat : Merealisasikan objektif agama Islam iaitu sebagai rahmat
kepada seluruh alam, samada manusia dan juga makhluk
lain.
Model yang mesti dicontohi oleh kita semua dalam mempromosi nilai
keamanan dan kesejahteraan adalah dengan merujuk kepada amalan Nabi
Muhamad SAW. Secara umum, prinsip yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW ketika menyelesaikan segala permasalahan masyarakat Islam yang
timbul adalah sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan
kesejahteraan. Prinsip yang sama juga dipraktikkan oleh Baginda SAW
ketika berdakwah dan berdepan dengan musuh.
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
6
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.Anhu. bahawa Rasulullah
SAW bersabda;
ده ظلمىن من لظاهه و ظلم من طلم اإلا
،اإلا
مىالهوى دمائهم وؤ
اض عل مىه الى
من من ؤ
ؤ .ماإلا
“Seseorang Muslim yang sempurna (keIslamannya) ialah seseorang
yang sejahterakan kaum Muslimin daripada lidahnya dan daripada tangannya
dan seorang mukmin adalah dia yang memberi jaminan rasa aman kepada
manusia atas darah dan harta mereka”.
(Riwayat at-Tirmidzi).
Hadis ini menjelaskan prinsip dan amalan Rasululah SAW dalam
usaha menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai
contoh, usaha pertama Baginda SAW apabila berada di kota Madinah
adalah membuat perjanjian dengan kabilah dan puak yang mempunyai
pelbagai budaya dan fahaman. Maka terhasillah Piagam Madinah atau
Perlembagaan Madinah di mana intipati utama adalah keamanan dan
kesejahteraan. Piagam tersebut menegah penduduk Madinah yang
mempunyai pelbagai latar belakang, budaya dan fahaman dari melakukan
sebarang bentuk keganasan dan penindasan.
Rasulullah SAW pernah berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda
sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda menghormati jirannya dan tidak
pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya. Bahkan Baginda
sentiasa menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran
Yahudinya itu.
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
7
Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Persoalan yang perlu kita sama-sama fikir pada hari ini adalah
bagaimana kita boleh mencapai keamanan dan kesejahteraan sebagaimana
yang di anjurkan oleh Islam? Siapakah yang perlu memainkan peranan ini?
Justeru, untuk merealisasikan keamanan dan kesejahteraan dalam
sesebuah Negara, semua pihak hendaklah memainkan peranan bermula
daripada peringkat individu, masyarakat dan pemimpin negara
bertanggungjawab melaksanakannya. Ini bermaksud rakyat dan pemimpin
semuanya mempunyai tanggungjawab dan peranan yang tersendiri.
Sebagai rakyat biasa, di peringkat individu mestilah patuh kepada
pemerintah, tidak menceroboh hak orang lain, beramanah dalam
menjalankan tugas, sentiasa berlapang dada, berusaha meningkatkan
ketakwaan dan keikhlasan kepada Allah SWT dalam apa jua tindakan.
Di peringkat masyarakat pula, sama-sama mematuhi peraturan, saling
tolong-menolong, menghindari fitnah-memfitnah, bersikap terbuka, saling
hormat menghormati, prihatin terhadap apa yang berlaku dan tidak
mementingkan diri sendiri. Di samping itu, sentiasalah bertoleransi
sesama manusia tanpa mengira batasan agama, fahaman, bangsa dan
sebagainya.
Sebagai pemerintah sesebuah negara, para pemimpin mestilah
berusaha menjaga keamanan negara dan rakyat sentiasalah bersikap
amanah dalam menjalankan tugas dengan menjadikan prinsip adil sebagai
asas dalam menentukan sesuatu perkara tanpa menekan dan menindas
rakyat. Selain itu, hendaklah memberikan hak-hak yang sewajarnya bagi
rakyat melalui apa jua mekanisma yang boleh menjamin keamanan dan
kesejahteraan sesebuan negara.
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
8
Muslimin yang dikasihi Allah,
Mengakhiri khutbah hari ini, pengajaran yang dapat kita sama-sama
hayati ialah;
1. Umat Islam hendaklah memahami ajaran Islam secara
menyeluruh termasuk menghayati konsep keamanan dan kesejahteraan
sebagaimana dianjurkan oleh Islam.
2. Umat Islam hendaklah berlapang dada dan bertolak ansur dalam
menjalani kehidupan seharian.
3. Umat Islam hendaklah membantu dan menyokong mana-mana
pihak yang ingin menjadikan Islam sebagai asas keamanan kepada
kehidupan ummah.
4. Umat Islam hendaklah memelihara keamanan dan kesejahteraan
negeri dan Negara kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama.
5. Umat Islam wajib menjauhkan diri masing-masing dari
mencetuskan suasana tidak aman dan tenteram dalam Negara.
6. Umat Islam wajib bersatu padu berganding bahu dalam
membasmi anasir-anasir yang menggugat kestabilan dan keamanan Negara.
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
9
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga
dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat
Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”.
(Al-A„raaf : 56).
عني ف
م، وه عظ
قسآن ال
م في ال
ك
بازك هللا لي ول
ل بق
م وث حك
س ال
ل
ات والر ه من آلا م بما ف
ال وإ
م ثالي ومىك همن
هووث م و، إه م.هى الظ عل
ع ال
م ك
م لي ول عظ
فس هللا ال
طحغ
ا وؤ
ىلي هر
ىل ق
ق
ؤ
ه فسوه إهاطحغ
ظلمات، ف
ظلمين واإلا
هى ولظأئس اإلا
م. ح فىز السغ
ال
JAIS/Nurul
23.03.2017
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
10
KHUTBAH KEDUA
ه ال
حمدلل
لظلا
ىا من اإلا
ىا من ري جعل
مين، وزشق
هد .باتالط
ش
نؤ
ك وهللا وحده ؤ س
ش
دا عبده ن محمهد ؤ
ش
ه، وؤ
ه ول
هم صل ووزطىل
لل
. ا
م وبازك وطل د ا محم
ده
ىوعط آله ل
بعهم بئحظان وصحبهومن ث ى
ا من. ؤ م الد
اي م وإوصك
ه، ؤ
الل
قىا ا عباد هللا، اث
بعد، ف
قىن. ح اش اإلا
د ف
ق
بحقىي هللا ف
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan supaya kita sentiasa bertakwa
kepada Allah SWT dan menyedari bahawa Islam mengajar kita supaya
bersikap sederhana dalam segala amalan. Kita amatlah dituntut agar
menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi kerana
Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak dan sebagai rahmat
bagi seluruh umat dan sekalian alam.
.
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
11
م ا
هم صل وطل
ى لل
د عل ا محم
ها ومىال
ده
د ط ط
شواجه سابحه وؤ
صحابه وق
هم عن ؤ
سطلين وازض الل
اإلا
جمعين.اثه ؤ
ـ ز
وذ
فهم اغ
لل
ظلا
مظلمين واإلا
مىينس لل
ؤ مات واإلا
مىاتؤ اء واإلا ح
مىاتمنهم ألا
ب وألا س
ع ق ك طم ، إه
ا هم إهلل
حاجات. ا
ي ال اض
ا ق عىات و ب الد مج
ك ك بىب ل إل حىط
ك وه
لظإ
و
ك ألا
لظإ
مين، وو
حظنىطمأئك ال
اثك بإ
مى وصف
عظ
ال
ظ
حف
ن ث
ؤ
ة، مداه حك الص اة وبحفظ وق اه ب حك الس بعين عىا
جالة
ان طالل
ط
م طل
عظ
ملكىا اإلا
ان ڠ
ط
ىز، طل
ن ادزع شاه الحاج ابن اإلاسحىم الد
سف
ش
ان صالط
ص شاه الحاجطل ن عبد العص هم ح الد
لل
. ا
ال والظة ح ق، والص ىف والح
ة هدا
عىن وال
دم ال
ؤ
مة
مىك، لىلى عهد طالاه ابن ڠىز، جڠ
مير ش
كى ؤ
من ن ادزع شاه الحاج فى ؤ الد
سف
ان ش
ط
ل الظ
Khutbah Jumaat 24Mac 2017: “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama”.
Jabatan Agama Islam Selangor
12
اوصالا ذ سمك
ك ول ة بمى جالح وعاف
سام. لال
وؤلال
مىظ
طل عمسهما مصلحين لل
هم ؤ
لل
ة ا ع فين والس
باصدهما لالوال
غ مق
هدد، وبل
سق ال
اد. يط
ش والس
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur
kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,
sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara
umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera
dan berkebajikan dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua
agama Islam di negeri ini.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan
pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Peliharalah kami daripada
akidah yang menyeleweng dan sesat seperti Syiah, Qadyani serta lain-lain.
Kukuhkanlah ya Allah perpaduan kami, luaskanlah rezeki kami, kayakanlah
kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi
pekerti yang mulia, lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak
penyakit khususnya wabak penyakit ayam H5N1 (H Five N One). Kami
pohon ya Allah agar wabak ini tidak merebak ke negeri kami Negeri Selangor
Darul Ehsan, Allahumma Amin!
.
.