i
TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU TAHUN AKHIR UTM
(KEMAHIRAN HIDUP) BAGI MENGAJAR SUBJEK REKACIPTA
NUR EFAREHAN BINTI BANDI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iv
DEDIKASI
BUAT WARGA PENDIDIK SEKALIAN
Tunaikan tanggungjawab Mendidik Anak Bangsa Dengan Penuh Dedikasi
BUAT AYAHANDA DAN BONDA
Berkat Doamu Serta Doronganmu Sepanjang Masa Mengiringi Kejayaanku,
Jasa , keringat dan nasihat menjadi azimat kejayaanku,
Akan ku abadikan sefala pengorbananmu yang tidak terhingga….
BUAT PENSYARAH PEMBIMBING
Terima Kasih Atas Segala Tunjuk Ajar Serta Bimbingan Yang Di berikan.
BUAT RAKAN TAULAN
Perjuangan bersama kalian…….tidak akanku lupakan…..
Hingga keaakhir hayat…
Terima Kasih Atas Segalanya
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Syukur alhamdulilah kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan penulisan
keatas Projek sarjana Muda ini. Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pensyarah penyelia iaitu En . Ahmad Johari Bin Sihes yang telah banyak memberikan
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat membina sehingga selesainya penyediaan
kertas projek ini. Pengalaman ini amat bermakna dan menjadi pemangkin untuk saya
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Insyallah.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan
ini.
Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan semoga Allah memberkati
Usaha Ikhlas ini. Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sama ada bakal -
bakal guru kemahiran hidup yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) bersedia untuk mengajar subjek Rekacipta. Aspek Kajian
ini difokuskan berdasarkan kesediaan bakal- bakal terhadap kesediaan dari aspek tahap
pengetahuan, tahap kemahiran, tahap pendedahan dan sikap bakal- bakal guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran rekacipta. Seramai 70 orang pelajar
tahun empat yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) menjadi responden dalam kajian ini. Satu set borang soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)” untuk
mendapatkan kekerapan dan peratusan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang
pelajar tahun empat yang mengambil kursus Kejuruteraan Elektrik untuk menguji
kebolehpercayaan instrument kajian dan nilai yang didapati adalah 0.862. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bakal – bakal guru mempunyai
kesediaan yang tinggi untuk mengajar matapelajaran Rekacipta. Akhirnya beberapa
cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kesediaan mengajar dikalangan
bakal-bakal guru.
vii
ABSTRACT
This descriptive research was done to identify whether the final year teacher
trainees (Living Skill) of Universiti Teknologi Malaysia are fully ready to teach the
Invention subject or not. This research focuses on the aspects whether the teacher trainees
have enough knowledge and exposition on the subject and their approach in teaching the
subject. The total of 70 respondents involved in the research and they are the students of
Living Skill (SPH) of Faculty Of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The research
instrument for this research is questionnaire. The questionnaire were analyzed using
“Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)” to obtain the frequency and the
percentage of the items. A pilot study was done on 10 final year students from electrical
course to analyze the reliability of the research instrument which yield Alpha Cronbach
of 0.862. This finding result show that the teacher trainees are ready to teach the
Invention subject.Suggestion are presented to improve the readiness of teacher trainess
to teach the Invention subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Skop dan Batasan Kajian 11
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.7.1 Kepada bakal-bakal guru 12
1.7.2 Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 12
1.7.3 Kepada Pihak Universiti Teknologi Malaysia 13
1.7.4 Kepada guru –guru Kemahiran Hidup 13
ix
BAB PERKARA HALAMAN
1.8 Definisi istilah 13
1.8.1 kesediaan 14
1.8.2 Bakal-bakal guru kemahiran hidup 14
1.8.3 Rekacipta 15
1.12 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Penguasaan Pengetahuan Guru 18
2.3 Penguasaan Kemahiran Guru 23
2.4 Sikap guru 25
2.4.1 Minat 27
2.4.2 Motivasi 28
2.5 Pendedahan guru terhadap Matapelajaran Rekacipta 30
2.5.1 Pendedahan melalui kursus, bengkel atau Seminar 30
2.5.2 Pendedahan melalui Internet 32
2.5.3 Pendedahan Melalui Pertandingan atau pameran 34
2.6 Penutup 36
x
BAB PERKARA HALAMAN
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Populasi kajian 39
3.4 Persampelan Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Kesahan 44
3.8 Kebolehpercayaan 44
3.9 Prosedur kajian 45
3.10 Analisis data 45
3.11 Penutup 47
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 49
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Jantina 49
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 49
4.3.3 Taburan Bil dan Peratusan Responden
mengikut kelayakan 50
xi
BAB PERKARA HALAMAN
4.3 Bahagian B : Analisis Deskriptif 51
4.3.1 Soalan Kajian 1:Tahap pengetahuan 51
4.3.2 Soalan Kajian 2:Tahap kemahiran 53
4.3.3 Soalan Kajian 3:Sikap bakal guru 54
4.3.4 Soalan Kajian 4: Tahap pendedahan 56
4.4 Ringkasan dapatan Kajian 58
4.5 Penutup 59
5 PERBINCANGAN , RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan kajian 61
5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang
Responden 62
5.3 Bahagian B : Perbincangan Bagi Persolan Kajian
5.3.1 Tahap pengetahuan Bakal guru Kemahiran hidup
Dalam Matapelajaran Rekacipta 62
5.3.2 Tahap Kemahiran Bakal guru Kemahiran hidup
Dalam Matapelajaran Rekacipta 65
5.3.3 Sikap Bakal guru Kemahiran hidup Dalam
Matapelajaran Rekacipta 66
5.3.4 Tahap pendedahan bakal guru dalam matapelajaran
Rekacipta 68
xii
5.4 Rumusan Purata Keseluruhan Min 69
5.5 Cadangan kajian 70
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.7 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN
Lampiran A-C 77
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 42
3.2 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 43
3.3 Skor Skala Likert 3 Mata 46
3.4 Pengkelasan Tahap Berdasatkan Skor Min 46
4.1 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut
Jantina 49
4.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut
Bangsa 50
4.3 Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Kelayakan 50
4.4 Kekerapan Dan Peratusan Responden Terhadap
Tahap Pengetahuan 52
4.5 Kekerapan Dan Peratusan Responden Terhadap
Tahap Kemahiran 53
4.6 Kekerapan Dan Peratusan Responden Terhadap
Sikap Bakal Guru 55
4.7 Kekerapan Dan Peratusan Responden Terhadap
Tahap Pendedahan 57
4.8 Purata Skor Min Dan Tahap Bagi setiap Persoalan Kajian 60
xiv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
KMT - Kemahiran Maniputalif Teras
PTK - Pendidikan Teknik kejuruteraan
RRJP 2 - Rangka Rancangan Jangka Panjang 2
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM - Universiti Putra Malaysia
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UIA - Universiti Islam Antarabangsa
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
SPSS - Statistical Packages For Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 77
B Surat Kebenaran UTM 85
C Surat Pengesahan Soal Selidik 87
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Proses pendidikan adalah merupakan aset yang penting didalam mencapai
wawasan 2020. Komponen – komponen pendidikan seperti kurikulum, aliran falsafah
pendidikan, pengurusan dan pemikiran tokoh – tokoh pendidikan hasil daripada
kesepaduan pendidikan dan wawasan 2020. Komponen – komponen pendidikan ini
mestilah dihubungjalinkan bersama Sembilan cabaran yang terdapat di wawasan 2020.
Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed telah mengariskan Sembilan cabaran yang
perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia bagi mencapai Wawasan
2020. Salah satu cabaran yang dinyatakan ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik
dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Hanya melalui kebolehan,
kemahiran dan daya usaha rakyatnya sahaja sebuah Negara boleh menjadi maju. Oleh itu,
apa yang perlu dilakukan adalah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
pembangunan sumber tenaga manusia terutama dalam bidang teknikal.
2
Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah berkembang pesat dari segi
ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah
berubah dan terpaksa menerima cabaran disebabkan oleh perubahan itu. Begitu juga
pendidikan vokasional dan teknik telah berkembang dan berubah bagi mencapai wawasan
2020 seperti yang disuarakan oleh bekas Perdana menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Seri
Dr.mahathir Mohammad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
perindustrian, sekaligus untuk menjadikan Negara maju. Unsur – unsur penting dalam
merialisasikan wawasan ini adalah sumber tenaga manusia.
Dalam rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) kerajaan akan terus
meningkatkan pelaburan dalam bidang sains dan teknologi serta pembangunan sumber
tenaga dalam bidang teknikal dan penyelidikan. Perhatian juga ditumpukan kepada
penyusunan semula sistem pendidikan sains dan teknologi bagi memupuk daya cipta
dikalangan generasi muda. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kerajaan
dinyatakan bahawa:
“ usaha – usaha dalam bidang Pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk
melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan bersesuaian dengan pengetahuan
dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan
moral yang tinggi, rasa tanggungjawab, berdaya cipta, mudah lentur diri dan berupaya
memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan Negara yang berharmoni, makmur
dan bersatu.”
(Kerajaan Malaysia ,1999)
Berdasarkan RRJP2, maka peranan dan cabaran yang perlu dimainkan oleh sektor
Pendidikan adalah untuk melahirkan satu generasi yang berdaya cipta dan membantu
dalam pembangunan Negara. Selain itu, menurut Mohd Salleh (2000) selepas tahun
1990-an, sistem pendidikan di Malaysia telah menjadi semakin mantap dimana beberapa
perubahan diperkenalkan seperti mewujudkan Akta Pendidikan 1996 dan melancarkan
wawasan 2020. Dengan pelancaran wawasan tersebut kebanyakaan agenda serta aliran
3
pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan keperluan perindustrian Negara. Dasar
perindustrian tersebut penting bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti
dan maju. Ini jelas dinyatakan didalam sembilan cabaran yang terkandung dalam
wawasan 2020, dimana didalam cabaran yang keenamnya menyatakan:
“Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif, berdaya
cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja
dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap
pembentukan peradaban sains dan teknologi masa hadapan.”
Selaras dengan dasar kerajaan ini Kementerian Pendidikan telah membuat
beberapa pindaan dan sistem pendidikan dan di antaranya ialah dengan memperkenalkan
Kurikulum Rekacipta dimana ianya telah diserapkan menjadi salah satu komponen baru
dalam teras Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Pendapat ini disokong oleh Mohd
Salleh (2000) dimana beliau menyatakan pihak kementerian telah melakukan beberapa
pindaan didalam sistem pendidikan selaras dengan dasar dan juga wawasan yang
dinyatakan diatas iaitu dengan mengadakan kelas ekspress, penstrukturan sekolah
vokasional kepada sekolah teknik, aliran teknikal disekolah berasrama penuh,
peningkatan sijil pengurusan kepada diploma perguruan, memperkenalkan komputer
dalam pendidikan dan akhir sekali mewujudkan satu lagi kurikulum baru iaitu kurikulum
rekacipta.
Kesan reformasi pendidikan yang berlaku dalam Negara ini mewujudkan mata
pelajaran Reka Cipta yang diperkenalkan di sekolah – sekolah seluruh Malaysia malahan
ditawarkan oleh pusat Pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada
pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional . Matapelajaran Rekacipta adalah sebagai
tajuk baru dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dan kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) Bahagian Teras Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran Rekacipta
ditawarkan di tingkatan empat sebagai matapelajaran elektif yang tergolong dalam
kumpulan II (Vokasional dan Teknologi).
4
Bermula dari langkah Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah
menubuhkan kelab Rekacipta (Kementerian Pendidikan, 1998) seterusnya menjadikan
Reka cipta sebagai salah satu komponen dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan
dilihat sebagai langkah awal kementerian Pendidikan dalam menghasilkan pelajar-pelajar
yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan itu, Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang sedang melatih bakal guru untuk program Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan telah melaksanakan matapelajaran Rekacipta sebagai
salah satu dari subjek teras. Terdapat empat kursus yang mengambil matapelajaran
Rekacipta iaitu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup, Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejeruteraan Jentera dan Sarjana Muda Teknolgi serta Pendidikan
Kejuruteraan Awam. Penwujudan komponen rekacipta ini dilihat akan menghasilkan
reformasi pendidikan di Negara ini dalam mendokong wawasan Negara.
Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif
,imaginatif dan produktif serta boleh merekacipta sesuatu yang dapat menyumbang
kepada pembangunan teknologi dan bukan hanya sebagai pengguna teknologi semata-
mata. Selain itu , pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan konsep dan rekacipta
bagi menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian (Pusat
Perkembangan Kurikulum ,1999)
Menurut Pengarah Pusat Perkembangan kurikulum Dr Hanafi Mohammad yang
menyatakan bahawa:
“wujudnya mata pelajaran ini merupakan satu usaha pendidikan bagi
mempercepatkan hasrat Negara untuk menjadi Negara maju dan Negara industri
menjelang tahun 2020. Untuk mencapai matlamat ini, Negara mesti menjadi
penyumbang kepada teknologi moden.”
5
Cadangan awal kurikulum Rekacipta diwujudkan didalam kurikulum sekolah
adalah dinyatakan oleh bekas Menteri Pendidikan, Datuk Amar Dr. sulaiman Daud
semasa beliau memegang jawatan tersebut dan ianya dicadangkan ketika beliau
melancarkan Piagam sasaran kerja utama pada Januari 1994. Ekoran daripada itu, pada
sesi persekolahan 1994 /1995 sebanyak 64 buah sekolah diseluruh Malaysia telah dipilih
sebagai sekolah percubaan untuk melaksanakan kurikulum tersebut.
Menurut Pusat Perkembangan kurikulum, sekolah yang terpilih tersebut terbahagi
kepada 3 peringkat iaitu 30 buah sekolah rendah, 20 buah sekolah menengah rendah dan
14 buah sekolah menengah atas. Perlaksanaan sepenuhnya ialah pada sessi persekolahan
1995 dan 1996. Untuk peringkat sekolah rendah
Rekacipta dijadikan sebagai satu tajuk utama kepada 3 tajuk sedia ada, iaitu Kemahiran
manipulatif, Usahaniaga dan Pengurusan Diri kepada Kemahiran Hidup sekolah rendah
sekarang. Untuk peringkat sekolah Menegah, rekacipta adalah satu pilihan efektif
tambahan kepada tiga pilihan yang sedia ada sekarang iaitu, Kemahiran manipulatif
tambahan, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian. Untuk peringkat menegah atas pula,
reka cipta akan diwujudkan sebagai matapelajaran tersendiri dan diletakkan dalam
kumpulan II (Vokasional Dan Teknikal).
Seperti mana mata pelajaran lain, kurikulum ini juga telah menetapkan beberapa
objektif yang perlu dicapai oleh para pelajar dalam memenuhi matlamat dan juga untuk
memastikan kejayaan perlaksanaanya. Objektif yang telah ditetapkan adalah untuk
melahirkan pelajar yang:
1. Imaginatif, Kreatif, Inovatif dan Inventif
2. Peka terhadap masalah persekitaran
3. Boleh merekacipta dan bangga dengan ciptaannya
4. Peka terhadap teknologi semasa
5. Meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri seorang usahawan
6. Bersikap sabar, tekun, berani, tabah, cekal berdaya saing dan menyedari
keagungan tuhan. (Pusat perkembangan Kurikulum,1996)
6
Kejayaan kurikulum ini banyak bergantung kepada pelbagai pihak terutama
bahagian pentadbiran sekolah, guru, pelajar dan masyarakat. Selain itu, keberkesanan
strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting dalam memastikan kelancaran
perlaksanaannya di sekolah. Pentadbir sekolah hendaklah mewujudkan situasi yang
sesuai,bersikap terbuka serta memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar dan guru
untuk menjalankan aktiviti dalam Rekacipta.
Matapelajaran Rekacipta ini merupakan satu matapelajaran yang
mencabar.Menurut Abdul Rahim (1997), ia memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi.
Para pelajar terpaksa menggunakan segala pengalaman, pemikiran dan pemerhatian serta
dibantu dengan tunjuk ajar dari pensyarah untuk mencetuskan dan merealisasikan apa jua
projek reka cipta yang merupakan projek ciptaan baru atau yang diubahsuai. Tujuan
pelaksanaan matapelajaran Rekacipta ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia
yang kreatif dalam penyelesaian masalah supaya mereka dapat memberikan sumbangan
kearah merealisasikan wawasan Negara. Secara tidak langsung ia juga dapat memupuk
minat, memajukan bakat serta potensi pelajar untuk merekabentuk sesuatu yang baru dan
bermanfaat kepada Negara .
Perlaksanaan rekacipta masih perlu lagi diperbaiki terutamanya bagi pelaksana
kurikulum itu sendiri iaitu guru. Ini kerana dengan perlaksanaanya menjadi salah satu
komponen kemahiran hidup sekaligus menuntut guru-guru yang mengajar kemahiran
hidup serta bakal-bakal guru yang mengikuti opsyen ini untuk mempertingkatkan
kemahiran serta pengetahuan mereka didalam bidang ini. Dalam konteks ini pelbagai
pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia, Maktab-maktab perguruan serta
institusi-institusi yang menyediakan program perguruan perlu memainkan peranan
mereka dalam memberi persediaan yang secukupnya kepada guru-guru dalam usaha
mereka merealisasikan kurikulum ini selaras dengan matlamat dan juga objektifnya
sepertimana yang ditetapkan.
7
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru adalah aset yang dapat menggerakkan serta memainkan peranan yang paling
penting atau dalam erti kata lain guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan
Negara terutamanya dalam melaksanakan segala dasar dan matlamat kurikulum yang
telah digariskan oleh pihak kerajaan. Justeru itu, pendidikan perguruan adalah penting
untuk membekalkan guru-guru pelatih yang berkualiti dengan kemahiran professional
bagi membolehkan guru pelatih mengajar dengan baik dan berkesan . Ini kerana
persediaan bagi seseorang guru bermula semasa ia mengikuti program pendidikan
perguruan dan persediaan yang sepatutnya diperolehi oleh guru pelatih dalam program
tersebut adalah dari segi akademik, teknikal dan juga persediaan mental. Sebahagian
besar tugas untuk menghasilkan guru yang berkualiti terletak pada institusi yang melatih
guru menjadi ahli profesion perguruan. Pendedahan dalam bidang perguruan ini dapat
diperolehi melalui beberapa buah institusi-institusi pengajian tinggi (IPTA) seperti
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga Maktab
Perguruan.
Untuk Universiti Teknologi Malaysia ia merupakan satu – satunya universiti yang
melahirkan guru – guru siswazah dalam bidang Teknikal dan Vokasional serta
membekalkan guru – guru berijazah untuk Matapelajaran Kemahiran Hidup (KMT)
untuk sekolah menengah. Melalui program ini bakal-bakal guru didedahkan dengan
pelbagai bidang seperti Kemahiran Teknikal, Pertanian, Perindustrian, Perkhidmatan,
Keusahawanan, Teknologi dan bidang lain yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
Mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia 4 November 1988 semua
guru kemahiran hidup dimestikan mengajar semua komponen yang terdapat dalam
Matapelajaran kemahiran hidup. Ini bermaksud guru dan juga bakal-bakal guru
Kemahiran Hidup perlu menyiapkan diri dengan persediaan yang mencukupi dalam
8
menguasai semua cabang bidang yang terdapat dalam matapelajaran Kemahiran hidup
dan seterusnya dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam setiap
bidang yang tertentu tanpa sebarang masalah.
Selaras dengan perlaksanaan kurikulum Rekacipta yang dijadikan komponen
kemahiran hidup di sekolah sekolah menengah dan rendah mulai tahun 1996 (Pusat
Perkembangan Kurikulum). Pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan
Bahagian Pendidikan Teknik Kejuruteraan (PTK) dan Vokasional telah memperkenalkan
matapelajaran ini untuk dipelajari oleh bakal – bakal guru kemahiran Hidup supaya
segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam matapelajaran ini dapat
diaplikasikan di sekolah. Untuk tujuan itu matapelajaran ini akan diikuti oleh kesemua
bakal-bakal guru dibawah bahagian teknik dan vokasional termasuklah mereka yang
mengikuti pengkhususan Kemahiran Hidup, bakal guru hanya didedahkan selama 2
semester iaitu pada semester IV pada tahun dua (Matapelajaran Asas Rekacipta) dan pada
semester VII pada tahun empat (Matapelajaran Rekacipta).
Dalam tempoh tersebut bakal – bakal guru akan didedahkan mengenai proses –
proses untuk merekacipta seperti yang terdapat dalam sukatan matapelajaran tersebut.
Persoalannya adakah dalam tempoh tersebut bakal-bakal guru mampu untuk menguasai
sepenuhnya matapelajaran ini dengan mendalam dan dapat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran ini dengan baik. Ini kerana
pembelajaran Rekacipta yang dipelajari disini lebih menekankan kepada proses
penciptaan sesuatu barangan, peralatan atau produk yang baru dan ia tidak menyentuh
sepenuhnya kaedah yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran rekacipta.
Persediaan bakal-bakal guru dalam bidang pengetahuan , kemahiran teknikal
perlu selari dengan kandungan kurikulum rekacipta . Ia bertujuan untuk melahirkan
9
pelajar yang mempunyai pemikiran yang analitikal, kritikal, literal dan inventif. Oleh itu
dalam memastikan kejayaan kurikulum ini mencapai matlamatnya, guru terlebih dahulu
perlu diterapkan dengan pemikiran yang sedemikian kerana guru yang mengajar topik ini
adalah bertanggungjawab meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengasah pemikiran
mereka terutama dalam merekacipta dan mencungkil bakat-bakat para pelajar. Pendapat
ini disokong oleh Mohd.Salleh (1996) iaitu beliau mengatakan untuk melahirkan pelajar
yang kreatif, guru seharusnya memahami terlebih dahulu konsep rekacipta agar dapat
mengajar dengan lebih efektif dan berkesan.
Di samping itu dalam mencapai matlamat penghasilan sesuatu ciptaan, bimbingan
serta idea yang bernas daripada guru yang bersifat kreatif, inovatif amatlah diperlukan.
Ini kerana menurut Abd.rahim (1999) sifat kreatif dan inovatif amat penting untuk
membolehkan guru menunjukkan prestasinya yang cemerlang dalam profesion
perguruan.
1.3 Penyataan Masalah
Inovasi dan rekacipta merupakan prasyarat bagi membangunkan sesebuah
Negara. Oleh itu adalah diharapkan kurikulum rekacipta yang telah diserapkan untuk
dijadikan salah satu komponen teras bagi matapelajaran kemahiran hidup ini bagi
membolehkan ia menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan teknologi
Negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Dalam konteks ini bakal-bakal guru kemahiran hidup merupakan pelaksana
kurikulum yang memainkan peranan penting untuk mendidik para pelajar dalam
melahirkan generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, inventif dan dapat menyumbang
kepada pembangunan masyarakat dan Negara seperti yang terkandung dalam matlamat
kurikulum rekacipta ini.
10
Berdasarkan perkara tersebut, maka didalam kajian ini, pengkaji ingin
mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan bakal guru yang sedang mengikuti kursus
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan kemahiran Hidup dibawah Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
bagi mengajar subjek Rekacipta ini selaras dengan matlamat dan obkjektif di Sekolah
Menengah seluruh Negara . Tahap kesediaan yang ingin dikenalpasti ini adalah meliputi
aspek penguasaan pengetahuan dan kemahiran, sikap serta sejaumanakah tahap
pendedahan bakal-bakal guru ini terhadap matapelajaran tersebut.
1.4 Objektif kajian:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru dalam matapelajaran
rekacipta.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran bakal guru dalam matapelajaran
rekacipta.
1.4.3 Mengenalpasti sikap bakal guru terhadap matapelajaran rekacipta.
1.4.4 Mengenalpasti tahap pendedahan bakal guru terhadap matapelajaran
rekacipta.
1.5 Persoalan kajian:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan bakal guru dalam matapelajaran rekacipta?
1.5.2 Apakah tahap kemahiran bakal guru dalam matapelajaran rekacipta?
1.5.3 Apakah sikap bakal guru terhadap matapelajaran rekacipta?
1.5.4 Apakah tahap pendedahan bakal guru terhadap matapelajaran rekacipta?
11
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini khusus untuk mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru
kemahiran hidup dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Rekacipta di
sekolah-sekolah Menengah. Dalam kajian ini pengkaji membataskan tahap kesediaan
bakal-bakal guru kepada tahap pengetahuan, tahap kemahiran , sikap dan juga tahap
pendedahan bakal-bakal guru terhadap mata pelajaran tersebuat.
Dari segi persampelan responden, pengkaji telah memutuskan untuk memilih
pelajar – pelajar tahun akhir yang mengikuti kursus sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan pengkhususan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Pemilihan ini adalah kerana mereka telah mempunyai pengalaman mengajar
semasa latihan mengajar yang dijalankan selama 12 minggu di sekolah - sekolah
menengah. Selain itu, mereka juga merupakan bakal-bakal guru yang akan menamatkan
pengajian dalam bidang pengkhususan kemahiran hidup dan sekaligus akan menjadi
tenaga pengajar bagi matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah kelak.
1.7 Kepentingan kajian
Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mendatangkan faedah serta dapat
membantu pihak tertentu untuk dijadikan panduan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum rekacipta di sekolah mahupun institusi
pengajian tinggi. Ini kerana dapatan kajian ini dapat digunakan untuk memperbaiki
sebarang kelemahan serta mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran rekacipta. Diantara pihak yang dapat manfaat dari kajian ini ialah pihak
guru yang mengajar matapelajaran ini, bakal-bakal guru, pihak yang menyediakan
kurikulum untuk bakal-bakal guru iaitu khususnya untuk pihak Universiti Teknologi
12
Malaysia dan seterusnya kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara manfaat
yang diperolehi oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti berikut:
1.7.1 Kepada Bakal Guru
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini membolehkan bakal guru memahami
peranan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat mempertingkatkan lagi ilmu
pengetahuan dan kemahirannya, supaya perlaksanaan mata pelajaran Rekacipta dapat
dilaksanakan secara berkesan mengikut kandungan Kurikulum yang telah ditetapkan. Ini
kerana dapatan kajian ini akan menunjukkan setakat mana tahap penguasaan mereka
dalam matapelajaran ini dan diharapkan supaya dapat memperluaskan ilmu pengetahuan
serta tahap kesediaan mereka untuk mengajar subjek Rekacipta ini. Selain itu, dapatan
kajian ini juga diharapkan dapat membantu bakal-bakal guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Rekacipta di sekolah dengan lebih
berkesan dan berkeyakinan.
1.7.2 Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada pihak kementerian
Pendidikan Malaysia khususnya jabatan Pendidikan negeri untuk mencadangkan
beberapa kaedah, pendedahan dan juga pendekatan bagi meningkatkan ilmu para guru
yang bakal mengajar mata pelajaran Rekacipta seperti mengadakan kursus pengkayaan
pengetahuan, lawatan sambil belajar, pertandingan, pameran dan sebagainya.
13
1.7.3 Kepada Pihak Universiti Teknologi Malaysia
Memberi maklumat terkini kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia
terutamanya Fakulti Pendidikan mengenai tahap kesediaan bakal-bakal guru Kemahiran
hidup dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran rekacipta di
sekolah-sekolah Menengah seluruh Malaysia.
1.7.4 Kepada Guru –guru Kemahiran Hidup
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini membolehkan bakal-bakal guru
memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing serta mempertingkatkan lagi ilmu
pengetahuan dan kemahiran supaya perlaksanaan matapelajaran Rekacipta dapat
dilaksanakan secara berkesan . Ini kerana dapatan kajian ini akan menunjukkan setakat
mana tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran ini. selain itu,dari dapatan kajian
ini juga diharapkan dapat membantu bakal-bakal guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Rekacipta di sekolah dengan lebih
berkesan dan berkeyakinan.
1.8 Definisi Istilah
Didalam penulisan kajian ini, terdapat beberapa konsep dan istilah yang perlu
dinyatakan serta diperjelaskan bagi menerangkan maksudnya supaya dapat difahami dan
tidak disalahtafsirkan. Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi
14
menerangkan dengan lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang dibincangkan
dalam kajian ini. Diantara konsep dan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:
1.8.1 Kesediaan
‘Kesediaan’ menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat 2005,
memberi maksud perihal kesediaan , kesanggupan dan kerelaan.
‘Kesediaan’ menurut kamus Besar Bahasa Melayu Utusan memberi maksud
kekuasaan, kesanggupan, daya, kemampuan, kadar ,kekuatan dan tenaga.
Menurut musa (1992) kesediaan dalam pembelajaran bermaksud keupayaan dan
kerelaan untuk belajar iaitu sekiranya pelajar mempunyai aras keupayaan yang tinggi
maka pembelajaran akan dapat diperolehi atau difahami dengan mudah manakala jika
pelajar mempunyai aras keupayaan yang rendah adalah sukar untuk menerima segala
pembelajaran yang dipelajari.
Menurut Boon Pong Ying & Ragbir kaur (1998) kesediaan merupakan keadaan
dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh pengalaman
pembelajaran yang baru.
Dalam kajian ini kesediaan membawa maksud kesanggupan bakal-bakal guru
kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Rekacipta.
15
1.8.2 Bakal –bakal guru kemahiran hidup
Bakal-bakal guru kemahiran hidup adalah merujuk kepada pelatih-pelatih yang
mengikuti kursus-kursus perguruan dalam bidang Kemahiran hidup di maktab-maktab
perguruan ataupun mana-mana institusi pengajian yang menawarkan program pendidikan
perguruan.
Bakal’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat 2005, memberi
dua maksud iaitu seseorang yang akan menjadi atau dijadikan.
Dalam kajian ini, bakal-bakal guru kemahiran hidup adalah merupakan pelajar-
pelajar sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Dalam
Pengkhususan Kemahiran Hidup dibawah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dimana mereka akan menamatkan
pengajian dan seterusnya mengajar dalam bidang kemahiran hidup di sekolah kelak.
1.8.3 Rekacipta
‘Rekacipta’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005 bermaksud barang yang
pertama kali dicipta ataupun sesuatu ciptaan baru.
Menurut pusat Perkembangan Kurikulum (1996) Rekacipta adalah penghasilan
sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk
memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.
16
Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini
atau akan datang. Projek yang dihasilkan adalah idea yang tersendiri atau yang
diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan (Kementerian Pendidikan, 1996).
1.9 Penutup
Wujudnya Kurikulum Rekacipta sebagai salah satu komponen Kemahiran Hidup
merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha melahirkan
sumber tenaga manusia yang berkualiti dan maju dimana ia sangat diperlukan oleh
Negara untuk menjadi sebuah Negara untuk menjadi sebuah Negara industri menjelang
tahun 2020.
Oleh yang demikian, guru merupakan pelaksana bagi kurikulum ini seharusnya
mempersiapkan diri untuk mengahadapinya serta menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi bagi memenuhi matlamat serta objektif yang telah ditetapkan. Menyedari akan
hal ini, pengkaji mencadangkan suatu penilaian perlu dilaksanakan terhadap bakal-bakal
guru mengikuti opsyen Kemahiran Hidup kerana mereka merupakan bakal guru
Kemahiran hidup yang akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus
sebagai pelaksana bagi kurikulum ini. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap
persediaannya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebelum mereka
berkhidmat di sekolah. Penilaian ini meliputi aspek penguasaan pengetahuan dan
kemahiran, sikap serta tahap pendedahan bakal-bakal guru terhadap mata pelajaran ini.