i
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN
MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK
HANIZAH BINTI MISBAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
iii
Buat abah, En. Misbah Mohibah dan mak, Pn. Sa’diah Ibrahim...
Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia,
hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Segala
pengorbanan yang dicurahkan akan menjadi kekuatan
bagiku untuk mengharungi cabaran hidup...
Akak, Hafizah dan abang, Fahrurrazi…
Terima kasih atas bantuan, dorongan dan
semangat yang diberikan selama ini...
Adik-adik , Faiz dan Fadhli…
Teruskan perjuangan kalian yang masih jauh.
Semoga kejayaanku ini sentiasa menjadi suntikan
semangat untuk kalian agar terus cemerlang pada masa hadapan...
Nenda Hj. Ibrahim Ali dan Hjh. Halimah Mohamad
yang telah kembali ke Rahmatullah…
Semangat dan kata-kata yang inginkan
ku berjaya akan sentiasa tersemat di hati.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian...
Rakan-rakan seperjuangan 4 SPF…
Terima kasih atas segala keprihatinan
dan semangat yang diberikan. Semoga
ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
laporan projek ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Madya Dr. Hj. Shaharom Bin
Noordin selaku penyelia projek yang tidak jemu-jemu memberikan ilmu, tunjuk ajar
dan bimbingan serta dorongan sehingga projek ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga kepada Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed dan
En. Abdul Halim Abdullah selaku penilai yang memberi komen-komen membina
serta pandangan semasa pembentangan projek. Tidak lupa juga kepada pelajar tahun
dua Pendidikan Fizik, 2 SPF dan 2 SPP yang sudi memberikan kerjasama bagi
menjayakan kajian ini dan kepada rakan-rakan 4 SPF yang saling membantu dalam
menyiapkan karya bermanfaat ini, terima ksih diucapkan.
Akhir sekali, buat keluarga tersayang, terima kasih atas dorongan dan
semangat yang diberikan. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
v
ABSTRAK
Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah menjadi minat
banyak penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran
komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan
Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29
perempuan yang merupakan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik di Univesiti
Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pembolehubah bersandar
dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar. Pembolehubah yang dimalarkan
ialah pengkhususan Fizik dan tahun pengajian. Jantina dan program pengajian pula
merupakan pembolehubah bebas. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka
pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, α = .93. Soalan
Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
juga digunakan sebagai maklumat tambahan bagi dapatan kajian. Statistik analisis
deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk mengukur tahap
kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan tahap
kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing
adalah baik. Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas jantina sebelum
mengikuti kursus dengan masing-masing adalah sederhana bagi lelaki dan baik bagi
perempuan, sementara tahap kefahaman kedua-dua jantina selepas mengikuti kursus
adalah baik. Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian
sebelum dan selepas mengikuti kursus. Pelajar kedua-dua program pengajian
masing-masing menunjukkan tahap kefahaman yang baik. Secara keseluruhannya,
tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama
sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Kesimpulannya,
kursus Pendidikan Amali Fizik I kurang membantu dalam meningkatkan tahap
kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Proses Sains. Justeru, usaha-usaha untuk
vi
meningkatkan tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu
yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.
vii
ABSTRACT
The level of understanding among students in Science Process Skills has
attracted many researchers. In this research, the level of understanding of
communication skill and experimenting skill before and after students attending
Pendidikan Amali Fizik I course were studied. Forty-one respondents consisting of
12 males and 29 females of second year students majoring in Physics at Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai were involved in this research. The dependent variable
was level of students’ understanding, while the fixed variables were Physics major
course and year of study which was second year. Gender and study programme were
the independent variables. The instrument used was Ujian pencapaian Tahap
Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen contained 40 multiple
choice items with the reliability value, α = .93. Soalan Jawapan-terbuka Tahap
Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen was utilized to gain extra
information in findings. Descriptive analysis statistics in the form of mean and
standard deviation were used to measure the level of students’ understanding.
Overall, there was no difference in students’ understanding before and after they
attended the course with each of them were good. There was a difference between
gender in students’ understanding before they attended the course with each of them
was average for male and good for female, while both of the genders show a good
level of understandings after they attended that course. There was no difference
between study programme before and after they attended the course. Both of them
show a good level of understandings. Overall, the finding shows that the students’
understanding before and after they attended the Pendidikan Amali Fizik I course
was the same. As a conclusion, Pendidikan Amali Fizik I course does not help
students in improving their understanding in Science Process Skills. Therefore, more
effort in improving students’ understanding should be put to produce excellent and
quality students in science and technology field.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
ix
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.2.1 Salah Konsep (Misconception) dalam
Kalangan Guru dan Pelajar 3
1.2.2 Strategi Pengajaran Guru 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rangka Kerja Konsep 9
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop Kajian 13
1.9 Andaian Kajian 14
1.10 Batasan Kajian 15
1.11 Takrifan 15
1.11.1 Tahap Kefahaman 16
1.11.2 Kemahiran Komunikasi 16
1.11.3 Kemahiran Mengeksperimen 18
1.11.4 Pelajar Pendidikan Fizik 19
1.12 Rumusan 19
2 SOROTAN PENULISAN 21
2.1 Pendahuluan 21
2.2 Teori-teori tentang Kemahiran Proses Sains (KPS) 21
2.2.1 Kemahiran Komunikasi 24
2.2.2 Kemahiran Mengeksperimen 26
2.3 Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Dalam Negara 28
2.4 Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Luar Negara 35
2.5 Rumusan 39
x
3 PENGKAEDAHAN 40
3.1 Pendahuluan 40
3.2 Reka bentuk Kajian 40
3.3 Subjek Kajian 42
3.4 Alat Kajian 42
3.5 Tatacara Kajian 45
3.5.1 Kajian Sebenar 45
3.6 Analisis Data 47
3.7 Rumusan 49 4 DAPATAN KAJIAN 50
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) 51
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Merentas Jantina 59
4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Merentas Program Pengajian 63
4.5 Rumusan 67
xi
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 69
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Ringkasan dan Perbincangan 69
5.2.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) 71
5.2.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Merentas Jantina 78
5.2.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Merentas Program Pengajian 83
5.3 Kesimpulan 89
5.4 Implikasi 90
5.5 Cadangan 94
5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 98
5.7 Rumusan 100 RUJUKAN 101
LAMPIRAN 106
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM
Negeri Sembilan Tahun 2006 3
3.1 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran
Komunikasi dan Mengeksperimen 47
3.2 Peringkatan Tahap Kefahaman Bagi Satu
Kemahiran 47
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) 51
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) 52
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina 60
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina 61
xiii
4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian 64
4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian 66
5.1 Kesimpulan bagi persoalan kajian yang pertama 89
5.2 Kesimpulan bagi persoalan kajian yang kedua 89
5.3 Kesimpulan bagi persoalan kajian yang ketiga 89
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 10
2.1 Langkah-langkah Kaedah Saintifik 28
3.1 Reka Bentuk Kajian 41
3.2 Subskala Alat Kajian 44
xv
SENARAI SINGKATAN
et al. And Others
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
FP Fakulti Pendidikan
FPSN Falsafah Pendidikan Sains Negara
KF Kurikulum Fizik
KFSM Kurikulum Fizik Sekolah Menengah
KM Kemahiran Manipulatif
KPS Kemahiran Proses Sains
KPSA Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS Kemahiran Saintifik
KSSM Kurikulum Sains Sekolah Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
SJTKKM Soalan Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi
dan Mengeksperimen
SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPN 2221 Pendidikan Amali Fizik I
SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPSS Statistical Package for Social Science
UPTKKM Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI SIMBOL
X - Nilai min
Xi - Markat
N - Bilangan responden
F - Bilangan kekerapan
∑ - Jumlah
Xi - Data diukur pada beberapa kali pengukuran
M - Markat Min
SL - Sisihan lazim
NL - Bilangan responden lelaki
NP - Bilangan responden perempuan
NX - Bilangan responden SPF
NY - Bilangan responden SPP
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Alat Kajian - Ujian Pencapaian Tahap
Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen (UPTKKM) 106
B Alat Kajian - Soalan Jawapan-terbuka Tahap
Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan
Mengeksperimen (SJTKKM) 124
C Surat Kelulusan Menulis Tesis Melebihi
Had Muka Surat Yang Ditetapkan 131
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kurikulum Sains Sekolah Malaysia (KSSM) telah menetapkan beberapa
objektif yang perlu dititikberatkan dalam melahirkan individu atau lebih tepat lagi
insan yang harmonis dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rasional, intelek dan
juga sahsiah (JERIS).
……..membentuk insan yang berkebolehan berfikir secara logis,
analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan.
(Abu Hassan, 2003:16)
Petikan di atas menyatakan objektif KSSM yang ingin dicapai. Kriteria-
kriteria tersebut amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bukan sahaja
berilmu, tetapi mampu mengharungi cabaran di era globalisasi yang semakin
mencabar kini.
………memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan
kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan
berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan
teknologi.
(Abu Hassan, 2003:79)
Petikan di atas menyentuh tentang Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN).
Jelas di sini bahawa FPSN mahu melahirkan warganegara Malaysia yang mampu
memberi sumbangan sains dan teknologi kepada negara selaras dengan matlamat
negara yang mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, sistem
pendidikan sesebuah negara perlu diberi perhatian kerana ia merupakan asas
pembentukkan sebuah negara maju.
Mata pelajaran Fizik merupakan mata pelajaran asas dalam membina
masyarakat berteknologi. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi merealisasikan
hasrat negara yang ingin mewujudkan masyarakat berilmu serta berteknologi. Bagi
mencapai matlamat negara, ia perlu bermula dari akar umbi iaitu bermula dengan
penggubalan Kurikulum Fizik Sekolah Menengah (KFSM) yang harus selari dengan
hasrat negara. Kurikulum yang digubal penting kerana ia berperanan sebagai panduan
atau tunjang kepada perlaksanaannya di setiap sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penilaian dalam Pendidikan Fizik merupakan aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). “Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana
objektif pengajaran guru dapat dicapai (Lilia et al., 2002).” Penilaian Berasaskan
Sekolah seperti penilaian amali dan juga Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) adalah
antara bentuk penilaian yang perlu dilaksanakan oleh setiap pelajar yang mengambil
mata pelajaran Fizik. “Ia mengukur kebolehan pelajar terhadap penguasaan unsur-
unsur kemahiran saintifik, penghayatan sikap saintifik dan nilai murni (Lilia et al.,
2002).”
Walaupun PEKA telah dilaksanakan sejak tahun 1999, ia masih menunjukkan
bahawa perlaksanaannya kurang membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam mata pelajaran Fizik. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan
analisis keputusan peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Sembilan
tahun 2006 seperti dalam Jadual 1.1 yang berikut :
Jadual 1.1 : Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM Negeri Sembilan Tahun
2006 PERINGKAT GRED
CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL
1 2 % 3 4 5 6 % 7 8 % 9 %
431 438 12.86 561 603 683 870 40.22 1595 1263 42.31 311 4.60
Sumber : Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan
Merujuk Jadual 1.1, daripada 6755 orang calon, peratus pelajar yang mencapai
gred cemerlang hanya 12.86% berbanding peratus pelajar yang mencapai gred lulus
dan gagal iaitu 48.91%. Memandangkan peratus gred lulus adalah empat kali ganda
lebih tinggi berbanding gred lulus dan gagal, ini jelas menunjukkan bahawa pelajar
kurang menguasai konsep Fizik. Berdasarkan keputusan yang dinyatakan, penyelidik
berpendapat bahawa kelas amali yang dijalankan di sekolah kurang membantu pelajar
untuk menguasai konsep Fizik. Penyelidik ingin menyatakan beberapa faktor yang
telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keputusan yang kurang memuaskan
ini.
1.2.1 Salah Konsep (Misconception) dalam Kalangan Guru dan Pelajar
Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Fizik SPM yang dinyatakan di
atas, antara punca-punca pelajar tidak mencapai keputusan cemerlang adalah salah
konsep dalam kalangan pelajar dan kadang-kala dalam kalangan guru juga. Mata
pelajaran Fizik bukanlah mata pelajaran yang hanya menghafal rumus dan membuat
pengiraan sahaja, tetapi mempelajari Fizik ini memerlukan kefahaman konsep Fizik.
Seterusnya penyelidik ingin menyatakan beberapa perkara tentang salah konsep dalam
kalangan guru dan pelajar.
Guru merupakan sumber miskonsepsi pelajar. Ini adalah kerana kajian
di kalangan guru pelatih dan juga guru berpengalaman menunjukkan
bahawa guru-guru tersebut juga mempunyai miskonsepsi yang sama
dengan pelajar, di mana miskonsepsi tersebut bermula sejak zaman
persekolahan mereka.
(Lilia et al., 2002:39)
Daripada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa antara faktor utama salah
konsep adalah berpunca dari guru. Masalah ini memberi impak yang sangat besar
sekiranya tidak ditangani dengan segera kerana apa yang disampaikan oleh guru
dalam pengajaran akan diingat oleh pelajar dan ia akan diguna pakai secara berterusan
oleh pelajar tersebut. Maka, salah konsep yang berlaku akan kekal sebagai
pengetahuan mereka. Ini akan menimbulkan masalah yang lebih rumit apabila pelajar
belajar di peringkat lebih tinggi. Selain itu, kebanyakan fenomena alam semulajadi
seperti cahaya, gelombang, daya dan sebagainya berkait rapat dengan konsep Fizik.
Pengalaman seharian pelajar yang ada kaitan dengan konsep-konsep Fizik ini akan
membuatkan pelajar membentuk dan menjana idea mereka sendiri terhadap konsep
Fizik yang berkaitan dengan fenomena alam tersebut.
Namun, idea ini sering bertentangan dengan pemikiran saintifik.
(Lilia et al., 2002:40)
Seterusnya mereka akan membina kefahaman sendiri yang akhirnya akan
menyebabkan berlaku salah konsep. Pelajar juga kebiasaanya, mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang sesuatu konsep itu.
Masalah pembelajaran Fizik berlaku bukan disebabkan mereka tidak
tahu tentang Fizik, sebaliknya mereka sudah pun tahu serba sedikit
tentang Fizik.
(Lilia et al., 2002:35)
Maka, pelajar seharusnya memperbetulkan pengetahuan sedia ada mereka
yang biasanya diperolehi melalui pengalaman seharian yang kadang-kala
mempengaruhi cara pemikiran mereka terhadap konsep Fizik yang dipelajari. Mereka
seharusnya memahami konsep Fizik dan membuat perkaitan antara konsep Fizik
dengan pengalaman seharian secara tepat dan betul.
1.2.2 Strategi Pengajaran Guru
Strategi pengajaran guru penting bagi memastikan objektif pengajaran
tercapai. Ia bergantung kepada seseorang guru itu sendiri bagaimana mahu mengurus,
mentadbir serta mengawal pelajar di dalam kelas bagi memastikan isi kandungan
pelajaran dapat difahami oleh semua pelajar.
Selaras dengan hasrat KBSM dan FPN, strategi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan
di antara perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan
pemupukan nilai murni; yang dilakukan secara terancang, sama ada
secara langsung atau tidak langsung dan bersahaja.
(Meor Ibrahim, 2001:31)
Dari petikan langsung di atas, guru disarankan untuk menjadi lebih kreatif
dalam menggabungjalin antara pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni
dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya dapat mewujudkan pembelajaran aktif di
dalam kelas untuk mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajarnya. Apabila
timbul rasa bosan dan jemu, pelajar tidak akan berminat terhadap mata pelajaran
Fizik, sedangkan mata pelajaran Fizik ini merupakan mata pelajaran yang sangat
menarik untuk dipelajari kerana ia banyak melibatkan aplikasi dalam kehidupan kita
sehari-hari. Apabila minat terhadap Fizik tiada, pelajar tidak mahu berusaha
bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran
ini. Selain itu, terdapat segelintir guru yang tidak melaksanakan kemahiran
pengajaran Fizik. Kemahiran pengajaran Fizik yang dimaksudkan ialah seperti
berikut :
1. Set induksi - tujuannya adalah supaya pelajar bersedia untuk belajar
dan dilakukan di permulaan pengajaran. Ini akan menarik perhatian
dan minat pelajar kepada proses pembelajaran.
2. Penyoalan - melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dengan
meminta mereka berfikir dan menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru.
3. Memberi arahan - ia merupakan kemahiran penting yang akan
membuatkan pelajar tahu apa yang guru jangkakan daripada
mereka, dan pelajar boleh bertingkah laku dengan cara yang sesuai.
4. Kemahiran interpersonal - bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang positif, di mana ia merupakan keupayaan untuk menerima
perasaan dan pendapat pelajar dan memberikan maklum balas yang
betul dan meneguhkan penglibatan pelajar.
5. Kemahiran menutup sesi pengajaran - kemahiran ini melibatkan
guru membimbing pelajar dengan membuat ulasan semula tentang
apa yang telah diajar, meneguhkan idea-idea utama dan membina
maksud tambahan yang mungkin diperoleh pelajar daripada
pengajaran guru tersebut.
(Lilia et al., 2002:136-137)
Kemahiran-kemahiran pengajaran yang dinyatakan sebagaimana di atas amat
penting bagi mencapai objektif pengajaran di dalam kelas. Ia akan memudahkan guru
melaksanakan tugasan atau pengajaran mereka dengan lebih sistematik, tersusun dan
berstruktur.
Startegi P&P dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran
berfikrah. Ia merupakan proses perolehan dan penguasaan kemahiran
dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang
pelajar ke tahap yang optimum.
(Abu Hassan, 2003:100)
Merujuk petikan di atas, pembelajaran berfikrah ini boleh dilaksanakan
melalui eksperimen, lawatan, simulasi, perbincangan, kajian masa depan dan banyak
lagi. Kaedah eksperimen ialah kaedah di mana pelajar menguji hipotesis melalui
penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Maka, ia akan
memberi pengalaman yang baru kepada pelajar dan sedikit sebanyak ia akan
membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep Fizik dengan lebih mudah dan
berkesan.
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan
mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I
(SPN 2221) dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan
mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
2) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan
mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221) merentas jantina dalam kalangan pelajar tahun dua
Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.