SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU/PENAMBAHAN BIDANG/PEMBAHARUAN PENDAFTARAN VENDOR /KONTRAKTOR
BEKALAN/PERKHIDMATAN & KERJA SABAH ELECTRICITY SDN. BHD.
1. Permohonan bagi pendaftaran sebagai Vendor SESB atau Pembaharuan Sijil Pendaftaran atau Penambahan BIdang hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran Baru / Penambahan Bidang / Pembaharuan Pendaftaran Vendor / Kontraktor Bekalan / Perkhidmatan & Kerja SESB di LAMPIRAN I.
2. Vendor / Kontraktor yang hendak berdaftar dengan SESB hendaklah terlebih berdaftar dengan agensi-agensi seperti berikut:-
A. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Pusat Khidmat Kontraktor Sabah (PUKONSA) bagi Kontraktor Kerja yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mana berkenaan.
B. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) atau Perbendarahaan Malaysia Sabah (PMS) ataupun PUKONSA bagi pembekalan barang / perkhidmatan.
3. Dokumen atau Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:-
A. Surat Permohonan Rasmi Syarikat untuk pendaftaran, pembaharuan atau Penambahan Bidang sebagai Vendor / Kontraktor SESB.
B. Salinan Lesen Berniaga / Trading Licence (Jika berkaitan dan terkini)
C. Salinan SIjil Pendaftaran dengan KKM/PMS/PKK/PUKONSA/SPKK (terkini)
D. Salinan Sijil Pendaftaran dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (jika berkaitan & terkini)
E. Salinan Sijil Akuan Status Bumiputra dari KKM/PMS/PKK/PUKONSA/KPS-KTM/SPKK (terkini)
F. Salinan Form Q - Suruhanjaya Tenaga (Jika Berkaitan & Terkini)
G. Salinan Form B - Kementerian Dalam Negeri (Jika Berkaitan & Terkini)
H. Salinan Form 9 / Form 13 - Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian, daripada ROC/ROB/SSM (Terkini)
I. Salinan Form 24 - Pemegang Ekuiti (Terkini)
J. Salinan Form 49 - Lembaga Pengarah/Pengurus/Setiausaha Syarikat (Terkini)
K. Salinan Form 32A - Pertukaran Pemegang Saham Syarikat (Jika Berkaitan & Terkini)
L. Salinan Form 44 - Notis Alamat Tempat Berdaftar & Masa Pejabat (Terkini)
M. Salinan Annual Return of A Company Having A Share Capital (Terkini)
N. Salinan Sijil ISO, Sijil Gunapakai TNB, Sijil Kekompetenan, Sijil NIOSH & lain-lain yang berkaitan.
Nota : Kontraktor yang telah berdaftar dengan SESB hanya perlu menyertakan semula Salinan yang disahkan benar bagi perkara 3H - 3M, jika terdapat perubahan semasa memohon Pembaharuan Pendaftaran atau Penambahan Bidang.
2
4. Semua salinan dokumen yang dinyatakan di perkara 3 di atas hendaklah disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat yang berlesen atau Ahli Badan Profesional atau Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam.
5. Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM50.00 + GST 6% = RM53.00 bagi setiap sijil Vendor / Kontraktor Bekalan / Perkhidmatan / Kerja. Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) bulan selepas kelulusan permohonan diperolehi.
6. Untuk mengelakkan kelewatan proses permohonan, sila pastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
7. Sila buat semakan semula dengan berpandukan Senarai Semak di LAMPIRAN II dan majukan Senarai Sema ini bersama dengan permohonan anda.
8. Sila pastikan LAMPIRAN III dilengkapkan dan ditandatangani oleh pemilik/pentadbir syarikat.
9. Permohonan dan dokumen-dokumen di atas hendaklah dikemukakan kepada pejabat:
PENGURUS KANAN JABATAN PENGURUSAN PEMBEKAL & TENDER
BAHAGIAN PEROLEHAN SABAH ELECTRICITY SDN. BHD.
WISMA SESB, TINGKAT 8, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN 88673 KOTA KINABALU, SABAH
10. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
088 - 282835 - En. Yusri Anjumai (Eksekutif Jabatan Pengurusan Pembekal & Tender)
088 - 282586 - En. Susilo Otomo Sainoh
088 - 282859 - Cik Arnie Hassan
088 - 246536 - Fax Bahagian Perolehan
3
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR SESB (Borang ini boleh diisi menerusi komputer dan dicetak setelah dilengkapkan . Sila kemukakan bersama dokumen-dokumen yang disyaratkan
dan rujuk syarat-syarat permohonan pendaftaran)
KATEGORI PERMOHONAN JENIS BIDANG PENDAFTARAN JENIS SIJIL-SIJIL YANG DIPOHON
Pendaftaran Baru Kerja CIDB/SPKK
Pembaharuan PUKONSA (Bekal & Khidmat)
Tambah Bidang Bekalan & Perkhidmatan PUKONSA (Kerja)
Cetak Sijil Semula Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS)
MAKLUMAT PEMOHON
Nama Syarikat
Alamat Tempat Perniagaan Sah (Terkini)
Alamat Surat - Menyurat (Terkini)
Poskod Bandar Poskod Bandar
Negeri Negeri
No. Telefon - No. Faksimili -
BUTIRAN PEMILIK / PENTADBIR UNTUK DIHUBUNGI
Nama
Jawatan No. Kad Pengenalan
No. Telefon - No. Telefon Bimbit -
No. Fax - Alamat E-mail
JENIS / NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Perseorangan Perkongsian
Jenis Pendaftaran No. Rujukan Tarikh Daftar Tarikh Luput
Register of Company (ROC)
Register of Business (ROB)
JENIS PERNIAGAAN SYARIKAT (UTAMA)
LAMPIRAN 1
4
PENDAFTARAN SIJIL SEDIA ADA (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Nama Sijil Pendaftaran No. Rujukan Pendaftaran Taraf Bumiputra Tarikh Luput
Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) Ya Tidak
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) Ya Tidak
PUKONSA
Kerja
Awam
Elektrikal
Bekal & Perkhidmatan
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
Awam Ya Tidak
Elektrikal Ya Tidak
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Kem. Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat
Ya Tidak
EKUITI SYARIKAT (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Bumiputra (%) Bukan Bumiputra (%) Warga Asing (%)
Ekuiti
Pengurusan
Pekerja
BUTIRAN PEMEGANG SAHAM (FORM 24) (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Nama Keturunan Warganegara Nilai (RM) Peratusan
BUTIRAN LEMBAGA PENGARAH (FORM 49) (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Nama Keturunan Warganegara No. Kad Pengenalan
BUTIRAN PENGURUSAN SYARIKAT (CARTA ORGANISASI SYARIKAT)
Nama Keturunan Warganegara Jawatan
5
BUTIRAN PEGAWAI YANG DIBERIKUASA MENANDATANGANI CEK SYARIKAT
Nama No. Kad Pengenalan Jawatan
BUTIRAN AKAUN SYARIKAT
Nama Pemegang Akaun No. Kad Pengenalan Nama Bank No. Akaun
NO. PENDAFTARAN GST, LAIN-LAIN SIJIL/PENGIKTIRAFAN (Lampirkan Salinan Yang telah Disahkan Benar)
Nama Sijil / Pengiktirafan No. Pendaftaran Tarikh Luput
ADALAH DISAHKAN BUTIRAN YANG DICATATKAN DI ATAS ADALAH BENAR
__________________________ __________________________ __________________________ Nama Penuh Pemilik Tandatangan & Tarikh Cop Syarikat
PERINGATAN : Dengan sengaja memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak benar akan mengakibatkan permohonan
akan dibatalkan
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Disemak oleh:
Disahkan oleh:
________________________________ ________________________________
Nama Nama Jawatan Jawatan Tarikh : Tarikh :
6
PENGESAHAN PEMILIK / PENTADBIR / PERKONGSIAN SYARIKAT
Adalah saya / kami sebagai pemilik / Pentadbir /Perkongsian yang kepentingan di dalam syarikat
__________________________________________________________________________________
dengan ini mengesahkan bahawa saya / kami adalah:
\
a. Bukan anggota kerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan juga mengesahkan bahawa
tiada mana-mana anggota kerja di SESB yang mempunyai kepentingan dalam syarikat
________________________________________________________________
b. Merupakan anggota kerja SESB. Butiran adalah seperti berikut:-
Nama : _______________________________________
No. Kad Pengenalan : _______________________________________
Jawatan : _______________________________________
Jabatan di SESB : _______________________________________
Nota : Sila tanda [ √ ] yang berkenaan.
Saya/kami juga sedia maklum dan faham bahawa sekiranya ada maklumat atas didapati tidak benar,
maka permohonan ini boleh ditolak dan / atau kontrak saya /kami dengan SESB (jika ada) boleh
ditamatkan dan dengan sendirinya akan terbatal serta-merta. Syarikat saya/kami juga boleh
disenaraihitamkan daripada menyertai mana-mana tender/sebutharga SESB seperti ditetapkan oleh
SESB. Saya/kami juga jika merupakan anggota kerja SESB boleh dikenakan tindakan tatatertib.
NAMA PEMILIK TANDATANGAN & TARIKH COP SYARIKAT
7
LAMPIRAN II
PCVT-750-02-QR-02
SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU / PENAMBAHAN BIDANG / PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
VENDOR / KONTRAKTOR BEKALAN / PERKHIDMATAN & KERJA SESB
Bagi Memudahkan Proses Permohonan Perdaftaran Baru / Penambahan Bidang / Pembaharuan Sebagai Vendor SESB Dapat Dilakukan Dengan Cepat & Teratur, Sila Pastikan Tindakan Berkenaan Telah Diambil Dengan Menandakan [ √ ] Di Petak
Senarai Semak Di Bawah:-
BIL PERKARA PEMOHON SESB
1 Borang Permohonan Pendaftaran (Lampiran I) telah dilengkapkan, ditandatangani dan dicop dengan Cop Syarikat
2 Surat Permohonan Rasmi Syarikat untuk Pendaftaran Baru / Pembaharuan Sijil Pendaftaran / Penambahan Bidang sebagai Vendor SESB
3 Salinan Lesen Berniaga / Trading Licence (Jika berkaitan/Terkini)
4 Salinan Sijil Pendaftaran dengan KKM/PMS/PKK/PUKONSA/SPKK/CIDB
5 Salinan SIjil Akuan Status Bumiputra dari KKM/PMS/PKK/KPS-KTM (Sabah)/SPKK
6 Salinan Form Q - Suruhanjaya Tenaga (Jika berkaitan/Terkini)
7 Salinan Form B - Kementerian Dalam Negeri (Jika berkaitan/Terkini)
8 Salinan SIjil Form 9 / Form 13 - Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian daripada ROC/ROB/SSM
9 Salinan Form 24 - Pemegang Ekuiti (Terkini)
10 Salinan Form 49 - Lembaga Pengarah / Pengurus / Setiausaha Syarikat (Terkini)
11 Salinan Form 32A - Pertukaran Pemegang Saham Syarikat (Jika berkaitan/Terkini)
12 Salinan Form 44 - Notis Alamat Tempat Berdaftar & Masa Pejabat (Terkini)
13 Salinan Annual Return of A Company Having Share Capital (Terkini)
14 Salinan Sijil ISO, Sijil Gunapakai TNB, SIjil Kekompetenan, Sijil NIOSH & Lain-lain yang berkaitan
15 Salinan yang disertakan (Bil 3-BIl 14) telah disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat atau Ahli Badan Profesional atau Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam
16 Salinan Pendaftaran Badan Profesional (Jika Berkaitan)
17 Pengesahan Pemilik/Pentadbir/Perkongsian Syarikat (WAJIB)
18 Lampiran III - Borang Persetujuan Pemprosesan Data Peribadi *** Wajib dibaca, difahami & ditandatangani
19 Salinan/Nombor Pendaftaran GST (Disahkan Benar oleh Kastam DiRaja Malaysia)
Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara yang dinyatakan di Senarai Semak di atas (TERKINI, TIDAK LUPUT SAHLAKU & DISAHKAN BENAR) telah diambil tindakan dan telah disemak dengan teratur.
NAMA PEMILIK TANDATANGAN & TARIKH COP SYARIKAT
UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENGURUSAN PEMBEKAL & TENDER, BAHAGIAN PEROLEHAN Dokumen yang Diterima adalah :-
LENGKAP / TIDAK LENGKAP
(Sila potong yang tidak berkenaan)
Peringatan : Sila terima hanya dokumen yang lengkap sahaja & kembalikan dokumen yang tidak lengkap kepada pemohon (sila maklumkan kepada pemohon)
Diterima & Disemak oleh:-
(Nama, Jawatan, Tandatangan & Tarikh)
8
BORANG PERSETUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI *PEMOHON/SYARIKAT MENURUT PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Saya, ________________________________ No. Kad Pengenalan : _______________________
dengan ini memberikan persetujuan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd.(No. Syarikat: 462872-W),
sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Wisma SESB, Jalan
Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu dan/atau mana-mana ejennya untuk mengumpul, merekod,
memegang, menyimpan, berkongsi dan menzahirkan hal data peribadi saya yang berada di dalam
kawalan dan/atau simpanan SESB bagi tujuan pemprosesan permohonan
*Saya/Syarikat/Perkongsian/Perniagaan saya iaitu _____________________________ sebagai
Vendor/Kontraktor SESB yang berdaftar dan/atau maklumat seperti yang dihendaki dalam proses
penawaran Tender SESB dan untuk mana-mana tujuan yang berkaitan dan sah di sisi undang-
undang.
DITANDATANGANI oleh saya, Pemohon : …………………………………………………..
Nama : …………………………………………………..
No. Kad Pengenalan : …………………………………………………..
Dihadapan : ……………………………………………………..
Nama : ……………………………………………………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………..
Jawatan : ……………………………………………………..
…………………………………… …………………………………….
Tarikh Cop Rasmi Jabatan * Potong yang mana tidak berkenaan
LAMPIRAN III
PCVT-750-02-QR-06
9
PENYATA PRINSIP NOTIS DAN PILIHAN
Berikutan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 dan juga bersamaan dengan usaha kami secara beterusan dalam memastikan bahawa data peribadi anda adalah selamat dan terjamin, di sini kami ingin menerangkan bagaimana data peribadi anda yang dikumpul oleh kami dikendalikan dan bagaimana anda boleh mengawal penzahiran data peribadi anda oleh kami.
Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda dinasihatkan agar sentiasa merujuk Notis untuk sebarang kemaskini atau perubahan.
PEMBERIAN DATA PERIBADI
Anda mempunyai pilihan mengenai jenis data peribadi yang hendak dizahirkan kepada kami. Walau bagaimanapun, sudah semestinya akan terdapat maklumat-maklumat wajib yang kami perlukan untuk tujuan pemprosesan permohonan anda dan/atau permohonan tender dan/atau seterusnya menawarkan perkhidmatan yang efektif kepada anda. Oleh itu, sekiranya terdapat kekurangan maklumat atau sebarang kegagalan dalam menzahirkan maklumat yang diperlukan oleh kami, maka adalah berkemungkinan kami tidak akan dapat memproses permohonan anda dan/atau permohonan tender dan/atau menawarkan perkhidmatan kepada anda.
JENIS MAKLUMAT
Secara amnya, maklumat peribadi yang akan kami kumpul adalah nama, nombor kad pengenalan atau passport, umur, tarikh lahir, akademik, bangsa dan etnik, maklumat perhubungan (termasuk alamat, telefon, telefon bimbit, nombor faks dan alamat emel), maklumat keluarga, perihal pekerjaan dan maklumat-maklumat lain yang dikumpul melalui cara-cara seperti:-
Data peribadi yang diberi oleh anda melalui borang permohonan, dokumen tender,
perjanjian, kaji selidik atau aktiviti promosi;
Data peribadi yang berada di domain awam;
Melalui transaksi atau gabungan dengan pihak ketiga berkaitan dengan SESB;
Laman web SESB;
Agensi pihak ketiga, contohnya penguatkuasa, perundangan dan entiti kerajaan.
MENGAPA DATA PERIBADI ANDA DIPERLUKAN?
Data peribadi anda akan diproses dan digunakan dalam transaksi harian SESB yang mana akan termasuk tujuan-tujuan berikut:-
Permohonan bekalan elektrik, termasuk tetapi tidak terhad kepada skim tariff khas dan
program khas yang ditawarkan oleh SESB;
Permohonan perkerjaan di SESB atau latihan oleh SESB;
Mengesahkan identiti;
Menyertai proses tender/perolehan di SESB;
Menyertai sebagai kontraktor/vendor;
Menawarkan perkhidmatan kepada anda;
Mengemaskini rekod;
Berhubung dengan anda;
Pengurusan risiko dan perlindungan terhadap penipuan;
Untuk mematuhi keperluan peraturan dan undang-undang;
Untuk siasatan, menguatkuasa hak undang-undang dan/atau mendapat nasihat undang-
undang;
Untuk tujuan khusus yang dipersetujui anda; dan
Untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dan bersampingan dengan yang di atas.
10
PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA
Kami akan memastikan agar data peribadi anda adalah sentiasa sulit pada setiap masa. Penzahiran kepada pihak ketiga di luar SESB adalah berdasarkan persetujuan anda (dan had-had, sekiranya ada) dan/atau setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan dan garis panduan. Sila ambil perhatian bahawa kami akan menzahirkan data peribadi anda antara bahagian, jabatan dan/atau unit dalaman SESB dan juga kepada kategori pihak ketiga berikut atas tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas yang mana senarai pihak ketiga ini akan dikemaskini dari masa ke semasa (pihak ketiga tersebut mungkin juga akan memproses data peribadi anda atas tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas):-
Pembekal perkhidmatan luar;
Ejen, kontraktor dan/atau pekerja mereka yang bertindak bagi pihak kami atau dilantik
untuk bertindak bagi pihak kami;
Entiti dan/atau sekutu SESB di dalam atau di luar Malaysia;
Perunding/penasihat professional termasuk jurutera, peguam, akauntan, auditor, insurans &
broker atas keperluan untuk mengetahui bagi tujuan untuk mereka menawarkan
perkhidmatan kepada kami;
Sekiranya diperlukan, kepada penguatkuasa, badan kerajaan atau pihak berkuasa kerajaan
bagi melaksanakan fungsi penguatkuasaan di bawah undang-undang atau berkaitan dengan
apa-apa perintah atau penghakiman Mahkamah;
Kami akan memastikan agar kategori pihak ketiga di atas mengambil langkah wajar dan berpatutan bagi menjaga kerahsiaan maklumat anda yang telah dizahirkan.
Data peribadi anda akan disimpan mengikut prosedur pemfailan kami dan juga dalam bentuk elektronik.
AKSES KE MAKLUMAT ANDA
Sekiranya anda ingin mengakses, mengemaskini atau membetulkan rekod data peribadi anda, anda bolehlah melawat mana-mana cawangan SESB atau melalui laman web SESB untuk berbuat demikian.
Berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, SESB merizabkan hak untuk mengenakan fi pentadbiran bagi tujuan tersebut.
PERTANYAAN ATAU ADUAN
Untuk sebarang pertanyaan, komen, persoalan atau sekiranya ingin membuat aduan, anda boleh mengubungi kami di:-
Ketua Pegawai Data Peribadi Sabah Electricity Sdn. Bhd. Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88673 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-282372 Fax: 088-282284 Laman Web: http://www.sesb.com.my/