Download - Syair ikan terubuk
{
Syair Ikan Terubuk
MOHAMAD AZWANNOOR SYAHIRANAJWA NABILAHRHAVEENA SHREE
1. Latar Belakang 2. Syair Ikan Terubuk 3. Maksud Syair Mengikut Rangkap 4. Ciri-ciri Syair 5.Kepentingan Karya 6. Aspek Estetika Bahasa 7. Tema 8. Persoalan 9. Aspek Pemikiran Masyarakat Dalam Karya 10. Nilai 11. Citra Watak
ISI KANDUNGAN
Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis,
Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285
rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini
telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.
Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan
yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat,
untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar.
Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya
untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang
tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.
LATAR BELAKANG
Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.
Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri agraris lainnya.
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.
Rangkap 1: Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan
seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.
Rangkap 2: Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan
sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .
Rangkap 3: Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari
laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
Rangkap 4: Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana
perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.
MAKSUD SYAIR MENGIKUT RANGKAP
Rangkap 5: Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri
ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.
Rangkap 6: Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam
sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.
Rangkap 7: Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan
terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap 8: Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak
terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
Rangkap 9: Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang
tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.
Rangkap 10: Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa,
sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
Rangkap 11: Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi
berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).
Rangkap 12: Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan
puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
Rangkap 13: Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung
menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.
Rangkap 14: Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung
Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
Rangkap 15: Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai
itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
Rangkap 16: Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-
kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
Rangkap 17: Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian
tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.
Rangkap 18: Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan
terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
Rangkap 19: Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik
ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
Rangkap 20: Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat
sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
Rangkap 21: Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala
tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
Rangkap 22: Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan
puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.
Rangkap 23: Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang
berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Rangkap 24: Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih
yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.
Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asalnya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
SINOPSIS
Fakta Terdiri daripada empat baris serangkap
Huraian Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris
Contoh
Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam,
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan Islam.
CIRI-CIRI SYAIR
Fakta bilangan patah perkataan
Huraian Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan
Contoh
3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 :
Eloknya tidaklah ternilai
5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2
Di dalam kolam konon tempatnya
Fakta Bilangan suku kata
HuraianMempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata
Contoh
8 suku kata-rangkap 14 baris 2
Datang dari Tanjung Balai
13 suku kata-rangkap 16 baris 2
Perkataan puteri terhentilah ia
Fakta Rima akhirnya
Huraian
Rima akhir syair ini tetap iaitu a-a-a-a
Contoh
Mula dikarang ikan terubuk, Lalai memandang ikan di lubuk, Hati dan jantung bagai serbuk, Laksana kayu dimakan bubuk.
Sebagai hiburan Alat menyampaikan pengajaran Alat Sindiran
KEPENTINGAN KARYA
Fakta Penggunaan bahasa asing
Huraia
n
Penggunaan bahasa arab dalam syair
Contoh
Rangkap 1 baris 1-bismillah
Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam
Rangkap 1 baris 3-rahmat
Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam
Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi
ASPEK ESTETIKA BAHASA
Fakta Metafora
Huraian Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat
Contoh
Rangkap 20 baris 2
Rangkap 22 baris 1
Fakta Hiperbola
Huraian Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh
Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta
Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya
Fakta Personafikasi
Huraian
Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda
ContohRangkap 13 baris 2-turunlah rebut dengan segera
Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
FaktaSimile
HuraianPerbandingan setara yang menggunakan perkataan
seperti,bak,umpama,bagai
Contoh
Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbukRangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
FaktaKata ganda berirama
Huraian Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata
Contoh
Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak keruan
Rangkap 9 baris 4-siang dan malam igau-igauan
Rangkap 16 baris 3-belumlah sampai daya upaya
Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .
TEMA
· Persoalan percintaan . Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang
membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut. Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang
berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
· Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha
Esa, Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada
Allah agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.
PERSOALAN
· Persoalan tentang kerinduan Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga
menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah. Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri
ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.
· Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja) Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang
tersendiri. Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari
keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.
· Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh
Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan.
Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.
Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.
Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik,
Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.
· Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan
Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.
Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.
· Persoalan tentang putus asa / kecewa Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan,
perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana
. 1. Perbezaan darjat/keturunan Boleh membawa kegagalan dalam percintaan
sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
2. Keagungan tuhan Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan ,
keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.
Aspek pemikiran masyarakat dalam karya
3. Konsep daulat. Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang
pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.
4. Kejadian luar biasa. Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan
kedaulatan seseorang pemerintah . Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
Nilai kemanusiaan: i. Nilai kasih sayang ii. Keberanian iii. Kegigihan iv. Keyakinan
Nilai kemasyarakatan i. Kerjasama ii. Kesetiaan kepada pemerintah
NILAI
Nilai kepercayaan i.Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang
memiliki roh jahat. ii Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa
Nilai Keagamaan i. Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam ii. Limpahan rahmat untuk semua makhluk.
Fakta Ikan Terubuk Puteri Puyu-puyu
Asal Air masin Air tawar
Gelaran Raja seripada Puteri puyu-puyu
Pemerintah Melaka Tanjung padang
Citra watak
Latar belakang watak ikan Terubuk dan Puteri puyu-puyu
TERIMA KASIH