Download - syair bidasari

Transcript
Page 1: syair bidasari

7/17/2019 syair bidasari

http://slidepdf.com/reader/full/syair-bidasari-568e5ba168ffb 1/2

SYAIR BIDASARI

syair   maksud 

Dengarkan tuan suatu riwayat

  Raja di desa Negeri Kembayat

  Dikarang fakir dijadikan hikayat

  Supaya menjadi tamsil ibarat

  Pengenalan kisah seorang raja yang

memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya

hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda

merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi

contoh dan perbandingan kepada pembaca

Ada raja suatu negeri,

  Sultan halifah akas bestari,

  Asalnya baginda raja yang bahari,

  Melimpah ngadil dagang senteri.

 Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah,

iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.

 Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada

 peringkat aal sebelum dilanggar geroda!.

 Keadilan baginda telah menggamit kedatangan

 para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu

agama yang merantau!.

Hairan rang empunya temasya,

  !aginda itulah raja perkasa,

  Sangat tiada merasai susah,"ntah pada esk dan lusa

 Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan

baginda memang mengkagumkan. "esaat pun

baginda tidak mengalami kesusahan. Namun,tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu

akan berkekalan atau sebaliknya.

Seri sultan raja bestari,

  Setelah ia sudah beristeri,

  !eberapa bulan beberapa hari,

  Hamillah puteri permaisuri.

"ultan yang bijaksana bertambah berseri

apabila menempuh alam perkahinan. "elang

beberapa bulan, permaisuri pun hamil.

!eberapa lamanya dalam kerajaan,

  !aginda duduk bersuka#sukaan,

Datanglah berleh kedukaan,

  !aginda meninggalkan takhta

kerajaan.

"etelah beberapa tahun memerintah negara

dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala

 petaka datang melanda. Baginda terpaksa

berundur dari istana.

Datanglah kepada suatu masa,

  Melayanglah unggas dari angkasa,

  $nggas gurda sangat perkasa,

  Menjadi negeri rsak binasa.

Tiba#tiba pada suatu hari muncul seekor burung

raksasa melayang di ruang angkasa negeri

 Kembayat. $eroda, iaitu helang besar (seperti

dalam epik %indu, &isynu' dalam syair dieja

 sebagai gurda! melanggar Kembayat sehingga

menimbulkan huru#hara dan kemusnahan

Datanglah menyambar suaranya bahana,

  %emparlah sekalian mulia dan hina,  Seisi negeri gundah#gelana,

  Membawa diri ke mana#mana.

$eroda melakukan serangan dengan suara yang

bergema luar biasa. "ekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru#hara dan

kekalutan. "eluruh negeri dilanda duka lara dan

lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

!aginda pun sedang dihadap rang,

  Mendengar gempar seperti perang,

  !ertitah baginda raja yang garang,

  &%empar ini apakah kurang.&

 Ketika itu baginda sedang bersemayam di

 singgahsana sambil menerima menghadap

 pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru#hara

bagaikan di medan peperangan jelas

kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang 

tegas tentang perkara cemas apa pula yang

berlaku.

Page 2: syair bidasari

7/17/2019 syair bidasari

http://slidepdf.com/reader/full/syair-bidasari-568e5ba168ffb 2/2

1 Persoalan

  a) Keadilan dalam pemerintahan

  b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan

  c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)

2 Pengajaran

  a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah

  b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang  c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

3 Perwatakan

  a) Adil

  b) Peka / prihatin / sentiasa waspada

  c) Bijaksana / matang

SOALAN PEMAHAMAN:

i.  Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.

[2 markah]

ii.  Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak

mulia dan berhemah tinggi ? [KBA] [ ! markah]

iii.  "elaskan persoalan yang terkandung dalam syair ini [! markah ]


Top Related