Download - Surat Sponsor

Transcript
Page 1: Surat Sponsor

SEKOLAH KEBANGSAAN RKT LASAH

31120 SG. SIPUT (U),PERAK

TEL: 05-5912669 FAX: 05-5911086__________________________________________________________________

Nestle Products Sdn BhdTingkat 12, Wisma TNBNo.30, Jalan Anson10400 Penang(U/p: Mr Jerry Ooi Lee Beng) 20 JULAI 2010

Tuan,

MEMOHON MINUMAN MILO PERCUMA

Perkara diatas adalah dirujuk. Jawatankuasa Kokurikulum SK RKT Lasah akan mengadakan sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah untuk murid-murid. Objektif aktiviti ialah untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam kegiatan luar bilik darjah.

2. Maklumat tentang Hari Kokurikulum adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos 2010

Masa : 2.30- 6.00 petang.

Tempat: SK RKT Lasah

Peserta: 180 orang

3. Oleh itu, kami amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberikan sumbangan minuman Milo percuma pada hari tersebut.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

(ZAKARIA BIN HUSSIN)Guru Besar.


Top Related