Download - Surat Rasmi Sukann

Transcript

MOHD HAFIZ BIN MOHD HANAPIAHMUHAMMAD AFIQ BIN ADJADPELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS IPOH,NO 21, JALAN PINGGIRAN PERPADUAN 5,TAMAN UK RAYA, 31150, ULU KINTAPERAK_____________________________________________________________________________________ENCIK ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLITARIKH : 9 MAC 2015GURU BESAR ,SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN PEGOH, JALAN SIMPANG PULAI, 31150, IPOHPERAK TUAN,MEMOHON KEBENARAN MENGIKUTI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS IPOH 2015Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.2. Saya Muhammad Afiq bin Adjad dan Mohd Hafiz bin Mohamad Hanapiah pelatih praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh memohon jasa baik tuan agar memberi kebenaran kepada kami berdua untuk mengikuti Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ipoh 2015 yang akan berlangsung pada 11 Mac 2015 bersamaan hari Rabu ini. 3. Untuk makluman pihak tuan, pada Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ipoh 2015 ini, kami telah tersenarai sebagai peserta bagi acara-acara berikut :i. 100 meter lelaki akhirii. 400 meter lelaki akhiriii. 4x100 meter lelaki jemputan IPG akhiriv. 4x400 meter lelaki akhir

4. Di samping itu, penglibatan kami pada kejohanan olahraga ini juga adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi mengikuti acara pada Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) pada tahun ini.

5. Oleh yang demikian, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik tuan agar membenarkan kami untuk mengikuti Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ipoh 2015.

Sekian, Terima Kasih.Yang Benar________________(MUHAMMAD AFIQ BIN ADJAD )Pelatih Praktikum IPG Kampus Ipoh.


Top Related