Download - Surat Prmhonan MAKNA
Pelajar Pelatih,
Kajian Sosial,
Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Majlis Kanser Nasional,
BG 03A & 05, Ground Floor,
Megan Ambassy,
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur. 7 September 2009.
Puan,
Permohonan Membuat Kajian dan Temuramah di Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
Merujuk perkara di atas, saya Ain Zawani binti Mohd Zaki selaku wakil kumpulan
kajian saya ingin membuat permohonan untuk membuat sedikit temuramah dan
kajian tentang MAKNA.
2. Hal ini kerana kami telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang badan-
badan bukan kerajaan (NGO) oleh pensyarah institut pengajian kami sebagai projek
untuk semester ini. Oleh itu, kami telah memilih MAKNA sebagai badan bukan
kerajaan pilihan kami berdasarkan pencapaian dan sumbangan besar organisasi ini.
3. Berikut adalah butiran tentang kunjungan kami ke sana:
Tarikh : 14 September 2009
Hari : Isnin
Masa :10 pagi
Ahli kumpulan : Ain Zawani binti Mohd Zaki
Nurulfatin Amira Abdul Halim
Divakaran a/l Murugesan
4) Oleh itu, saya amat berharap agar pihak puan dapat memberikan kerjasama
kepada kami pada hari tersebut. Sehubungan dengan itu, saya terlebih dahulu ingin
mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak puan untuk menerima kunjungan
kami.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
AIN ZAWANI BINTI MOHD ZAKI,
Wakil kumpulan.