Download - Surat Permohonan Perkhemahan
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-4961477FAKS : 06-4962346
Bil. Kami : SKPT 800-8 ( 17 )
Tarikh : 02 SEPTEMBER 2014Kepada :-
Pegawai Perhutanan Daerah,
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur
Komplek Pentadbiran Daerah
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
( u/p :- Pn. Marzila )
Tuan,
MEMOHON MENGADAKAN PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH
Perkara yang tersebut di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F) telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan seperti ketetapan berikut :
Tarikh
: 26 - 28 SEPTEMBER 2014
Tempat : Hutan Lipur Jeram Tengkek, Batu Kikir
Peserta : 100 orang
3.Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan sekolah. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.
4. Sehubungan dengan itu saya berharap pihak tuan dapat memberi kebenaran menggunakan tapak perkhemahan dan segala kemudahan yang ada untuk digunapakai sepanjang perkhemahan berjalan. Saya juga berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini serta dapat memberikan maklumbalas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal.
5.Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
ZAINAL ABIDIN BIN KHALIDGuru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F)
72200 Batu Kikir N.S
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-4961477FAKS : 06-4962346
Bil. Kami : SKPT 800-8 ( 18 )
Tarikh : 08 SEPTEMBER 2014Tuan Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah
Jempol dan Jelebu
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan.
Tuan,
KEBENARAN MEMBAWA MURID MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH SK PASOH 3, TAHUN 2014
Perkara yang tersebut di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F) telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan seperti ketetapan berikut :
Tarikh
: 26 - 28 SEPTEMBER 2014
Tempat : Hutan Lipur Jeram Tengkek, Batu Kikir
Peserta : 100 orang
3.Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan sekolah. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.
4. Sehubungan dengan itu saya berharap pihak tuan dapat memberi kebenaran menggunakan tapak perkhemahan dan segala kemudahan yang ada untuk digunapakai sepanjang perkhemahan berjalan. Saya juga berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini serta dapat memberikan maklumbalas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal.
5.Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
ZAINAL ABIDIN BIN KHALID
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F)
72200 Batu Kikir N.S
SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3 ( F )
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-4961477 FAKS : 06-4962346
Email : [email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3 ( F )
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-4961477 FAKS : 06-4962346
Email : [email protected]