S M. ST MICHAEL
S M. ST MICHAEL PETI SURAT 66, 89507
PENAMPANG, SABAH.
TEL: 088-711541, FAX : 088 - 712541
_____________________________________________________________________
Ruj Tuan:
Ruj Kami: SMSM/KKF/03/02/08(43)
Tarikh: 24 Feb 2009
Pengarah,
Biro Tata Negara Cawangan Sabah,
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 2, Rumah Persekutuan
Jalan Mat Salleh,
88592 Kota Kinabalu Sabah
Tuan,
Permohonan Tempahan Lokasi dan Khidmat Pengendalian Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SM St. Michael Penampang. Perkara di atas adalah dirujuk.
2.Sehubungan dengan perkara di atas, pihak kami ingin mengadakan program Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SM St Michael yang bertemakan Kepimpinan berkualiti, yang mana aktiviti pengisiannya juga ditempah daripada Pakej pengendalian pihak BTN sendiri.
3. Berikut adalah ketetapan tarikh dan lokasi yang dirancang bagi program ini.
Tempat: Kem Biro Tata Negara, Kundasang
Tarikh: 08 10 Jun 2009 ( 3 hari, 2 malam )
Masa Pendaftaran : 8hb Jun 2009 Jam 8.30 pagi.
Bil. Peserta : 71 Orang Pelajar
4. Bersama ini dilampirkan kertas kerja dan senarai pelajar yang menyertai program ini sebagai rujukan pihak tuan selanjutnya.
5. Budibicara dan pertimbangan pihak tuan sewajarnya berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang Menurut Perintah,
Marie Yong Pik Hua
Pengetua Kanan,
SM St Michael Penampang.