Transcript

Ruj. Kami : JBB1008/100-10/1/3 ( )

Tarikh : 01 Oktober 2012Pengetua,

SMK (P) Sultan Ibrahim,

Jalan Bendahara,

80100 Johor Bahru,

JOHOR.

(u.p : Puan Aerma Nurazalina binti Musa)Tuan,

LANTIKAN SEBAGAI JURULATIH BOLA JARINGDengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru akan mengadakan Program Mencungkil Bakat Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring.

2.Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk melantik pegawai tuan sebagai Jurulatih Program Mencungkil Bakat Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring.

3.Berikut adalah butiran Program Mencungkil Bakat Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring :

Tarikh / Hari: 01 Oktober 2012 hingga 31 Disember 2012

Masa

: 2.00 4.00 petang

Tempat

: Padang SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Sasaran: 20 orang murid tahun 3 5

4.Kami amat berharap agar pihak tuan sudi memberi pelepasan kepada pegawai tersebut bagi membantu dalam program ini. Sebarang maklum balas, hubungi Cik Sarina binti Ahmad di talian 017-7786191.

5.Keprihatinan dan kesudian pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(HAJAH FARIDAH BINTI SUKIRAN)

Guru Besar Cemerlang,

SK (P) Sultan Ibrahim,

Johor Bahru

SK (P) SULTAN IBRAHIM

JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK, Telefon : 07-2243634

80100, JOHOR BAHRU, Fax : 07-2240634

JOHOR E-Mail : [email protected]


Top Related