Download - Soalan P. Malaysia (14 Jun 2012)
Bahagian A/Objektif
[30 Markah]
Jawab semua soalan di bahagian ini dan hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
1. Negara kita merupakan sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik
dan lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Berikut ialah ciri-ciri masyarakat
majmuk kecuali:
i. Masyarakat yang mengamalkan kegiatan ekonomi yang sama tetapi menganut
kepercayaan yang berbeza.
ii. Antara etnik mempunyai budaya yang berbeza.
iii. Masyarakat yang hidup di bawah satu sistem politik yang berbeza tetapi
mengamalkan budaya yang sama.
iv. Antara etnik mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza.
a. i dan ii
b. i dan iii
c. ii, iii dan iv
d. semua di atas
2.
Mengikut penerangan di atas, sistem manakah yang telah digunakan oleh Inggeris untuk
membawa masuk imigran India ke Tanah Melayu?
a. Sistem Tiket Kredit
b. Sistem Pengambilan Majikan
c. Sistem Kontrak
d. Sistem Tabung Imigran
3. Pernyataan yang berikut merupakan faktor-faktor yang mendorong orang Cina berhijrah
ke Tanah Melayu:
i. Bentuk muka bumi semulajadi yang bergunung-ganang di China
ii. Bencana alam yang berleluasa di China
iii. Kesengsaraan hidup di China
iv. Keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil di China
a. i dan ii
b. ii, iii dan iv
c. iii dan iv
d. semua di atas
“Kelemahan sistem ini ialah bersifat menindas. Buruh diberi layanan buruk,
dipaksa bekerja keras dan dibayar upah yang rendah. Namun kemudian sistem ini
digantikan dengan sistem Kangani”.
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 2 daripada 11
4.
Berikut ialah sebuah sistem imigran Cina dari negara China ke Tanah Melayu. Pilih
sistem imigran kaum Cina seperti di atas dengan betul.
a. Sistem Kontrak
b. Sistem Pengambilan Majikan
c. Sistem Tabung Imigran
d. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
5. Seorang penganut Hindu yang sempurna akalnya akan mempunyai satu matlamat dalam
hidupnya menurut ajaran agama Hindu. Jika dia menjalani kehidupan yang baik dan
jujur, dia akan meninggalkan dunia ini selamanya dan bersatu dengan Tuhan Brahman.
Peringkat akhir yang sempurna ini dikenali sebagai .
a. Karma
b. Athma
c. Mokhsa
d. Atharva
6. Perayaan utama masyarakat Kadazan-Dusun setelah berakhirnya musim menuai dikenali
sebagai .
a. Pesta Menuai Padi
b. Pesta Tadau Keamatan
c. Pesta Kesyukuran
d. Pesta Pemujaan
Setelah sistem Tiket Kredit dimusnahkan, pihak majikan telah menghantar agennya
sendiri ke China untuk mendapatkan buruh.
Majikan akan menghantar ejen, biasanya ketua buruh (Mandor) ke China untuk
mendapatkan buruh.
Segala kos perjalanan akan ditanggung oleh majikan dan buruh akan terikat dengan
kontrak yang ditetapkan oleh majikan.
Buruh ini akan bekerja dengan kontraktor bukannya majikan.
Penindasan dapat dielakkan.
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 3 daripada 11
7.
Masyarakat Cina mengamalkan beberapa ajaran agama dalm kehidupan mereka. Ciri-ciri
di atas adalah mengenai ajaran .
a. Jen
b. Chun Zhi
c. Taoisme
d. Confucianisme
8. Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Ia dirayakan pada awal bulan
‘Thai’. Perayaan ini kurang disambut di bandar, tetapi masih diraikan oleh masyarakat
India yang tinggal di ladang-ladang atau estet-estet. Ia dikenali sebagai .
a. Perayaan Pesta Lampu
b. Perayaan Tebu
c. Perayaan Thai Ponggal
d. Perayaan ‘Kartikai’
9.
Berikut ialah antara usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Huraian di
atas boleh dikategorikan di bawah usaha .
a. Politik
b. Sosial
c. Kebudayaan
d. Ekonomi
10. Rukun Negara digubal untuk memenuhi semua tujuan berikut, kecuali .
a. Memupuk perpaduan yang erat
b. Memelihara cara hidup yang demokratik
c. Meningkatkan penyertaan Bumiputra dalam kegiatan ekonomi
d. Membina sebuah masyarakat yang progresif
‘Perlembagaan mengandungi beberapa perkara menjurus kearah kesamarataan kaum,
seperti ada peruntukan yang memberikan perlindungan kepada kumpulan-kumpulan
kaum tertentu. Misalnya, perkara yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu
dan menyatukan mereka dalam satu pertubuhan yang besar.
Konsep ini bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna dan
manusia yang terbaik.
Merupakan peribadi agung iaitu mempunyai pendirian yang tetap, penuh kasih
sayang, toleransi dan tidak sombong.
Ia menganjurkan perdamaian sesama manusia.
Dalam agam Islam konsep ini boleh disamaertikan dengan konsep ‘Insan
Kamil’ (Manusia Sempurna).
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 4 daripada 11
11. Ia merujuk kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung
(superior) daripada unsur-unsur budaya lain. Kerana ada kepercayaan begini, apa juga
unsur-unsur budaya kalau berbeza daripada yang terdapat dalam budaya sendiri, akan
dianggap salah, tidak baik dan mungkin membahayakan. Huraian ini adalah mengenai
salah satu masalah intergrasi nasional iaitu .
a. Ethnosentrisme
b. Kontak Luaran
c. Co-Existence
d. Amalgamasi
12. Antara syarat dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 adalah .
i. Inggeris menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan semua kawasan kepunyaan
SHTI di Sumatera kepada Belanda.
ii. dari segi perdagangan Inggeris dan Belanda berjanji untuk bekerjasama.
iii. menamatkan persaingan antara Inggeris dan Belanda di rantau Timur.
iv. British dan Belanda dibenarkan untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri yang
terletak di bawah kedua-dua pengaruh.
a. i, ii dan iii
b. i, ii dan iv
c. iii dan iv
d. semua di atas
13. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjadi faktor campur tangan British di
Pahang?
i. Perang saudara antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir.
ii. Berlaku kekacauan antara kongsi gelap Cina yang meletuskan Perang Larut.
iii. Seorang warganegara Inggeris berbangsa Cina dibunuh di Pekan.
iv. Kapal dagang British diserang lanun.
a. i, ii dan iv
b. i dan iii
c. i, ii dan iii
d. semua di atas
14. Berikut merupakan kesan pembentukan gabungan Negeri-negeri Selat di Tanah Melayu:
a. Kegiatan pencerobohan hak pemimpin dihentikan
b. Pentadbiran semakin cekap
c. Menamatkan persaingan antara kuasa barat
d. Kewujudan pemerintahan desentralisasi
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 5 daripada 11
15. Pilih pernyataan yang paling tepat tentang pendudukan British di Pulau Pinang.
a. British memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah perebutan takhta
di Kedah.
b. Sultan Kedah membalas jasa British kerana mempertahankan Kedah daripada
serangan Siam.
c. Francis Light menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786 dengan menggunakan tipu
helah dengan menjanjikan bantuan tentera kepada Sultan Kedah untuk menghadapi
ancaman Siam.
d. British memberikan bantuan kewangan kepada Kedah dan sebagai balasannya Sultan
Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British.
16. Pilih pernyataan yang tidak benar berhubung pembentukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB).
a. Penubuhan NNMB dikaitkan dengan masalah kewangan negeri Pahang dan keinginan
British untuk menyeragamkan pentadbiran.
b. Perjanjian Persekutuan yang dilaksanakan pada 1895 membawa kepada penubuhan
NNMB berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896.
c. Penubuhan NNMB telah memansuhkan jawatan Residen di negeri-negeri terbabit.
d. Persidangan Durbar yang dianggotai bersama oleh pegawai British ditubuhkan di
negeri terbabit.
17. Antara pernyataan di bawah, yang manakah merujuk kepada faktor tindak balas dan
penentangan masyarakat terhadap pentadbiran British?
i. Berlaku konflik antara nilai tradisional Melayu dengan nilai yang dibawa oleh British.
ii. Campur tangan British dalam pentadbiran negeri dengan mengenepikan kuasa sultan
dan pembesar Melayu.
iii. Pihak Biritsh tidak memahami dan menghormati adat resam tempatan.
iv. Raja dan para pembesar Melayu telah kehilangan kuasa dan hak ke atas negeri
mereka sendiri.
a. i, ii dan iii
b. ii, iii dan iv
c. iii dan iv
d. semua di atas
18. Masyarakat tempatan telah menentang penjajah barat kerana sebab-sebab tertentu iaitu:
i. Pembesar kehilangan sumber pendapatan.
ii. Penjajah cuba campur tangan dalam adat resam tempatan.
iii. Hanya kuasa pungutan cukai dibenarkan bagi pembesar tempatan.
iv. Sumber bumi dieksploitasi oleh penjajah barat.
a. i dan iv
b. ii, iii dan iv
c. ii dan iii
d. semua di atas
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 6 daripada 11
19. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Suruhanjaya Cobbold.
a. Tujuan pembentukannya ialah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak.
b. Diketuai oleh Lord Cobbold.
c. 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia.
d. Membentuk atau menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
20. Semangat perjuangan kebangsaan di kalangan penduduk telah ditunjukkan melalui media
massa. Berikut merupakan antara sumber media massa yang berkaitan.
i. Saudara
ii. Al-Iman
iii. Majlis
iv. Warta Melayu Malaya
a. i, ii dan iii
b. ii dan iii
c. iii dan iv
d. semua di atas
21. Pernyataan yang manakah benar mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan di
Malaysia?
i. Mengandungi 80 bab
ii. Mengandungi 16 jadual
iii. Mengandungi 15 bahagian
iv. Mengandungi 183 perkara
a. i dan ii
b. ii dan iii
c. iii dan iv
d. semua di atas
22. Institusi yang paling tinggi kuasanya dalam sistem pemerintahan di Malaysia ialah
.
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Kabinet
c. Mahkamah
d. Parlimen
23. Taraf kewarganegaraan akan diperoleh melalui jika ibu atau ayah seorang
warganegara dan pemastautin tetap.
a. Kuatkuasa undang-undang
b. Naturalisasi
c. Kemasukan
d. Pendaftaran
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 7 daripada 11
24. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang konsep ‘Ketertinggian Perlembagaan’ di
Malaysia kecuali:
a. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.
b. Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di
luar bidang kuasanya.
c. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang didapati
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
d. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan dibatalkan
oleh Kabinet secara keseluruhannya.
25. Selain menjalankan tugas sebagai badan pemerintah, kabinet juga berfungsi untuk
.
a. membentuk dan melaksana dasar tertinggi Negara
b. menguruskan perlantikan Majlis Raja-raja
c. mengisytiharkan darurat
d. menentukan kesahihan sesuatu undang-undang
26. Antara berikut yang manakah benar tentang hak seseorang pengundi dalam sistem pilihan
raya di Malaysia?
i. Seseorang yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi.
ii. Seseorang yang telah berdaftar dalam daftar pemilih sahaja layak mengundi,
iii. Seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara boleh mengundi secara pos.
iv. Seseorang yang bertanding dalam pilihan raya umum tidak boleh mengundi.
a. i dan ii
b. ii dan iii
c. ii, iii dan iv
d. semua di atas
27. Tugas utama badan perundangan pada peringkat Persekutuan ialah .
a. melantik Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri
b. menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara perlembagaan
c. menggubal dan meluluskan undang-undang untuk seluruh persekutuan
d. membahaskan dan meluluskan belanjawan kerajaan persekutuan
28. ASEAN merupakan sebuah pertubuhan kebangsaan yang disertai Malaysia. Pilih
pernyataan yang benar tentang ASEAN.
i. Mempercepatkan pembangunan ekonomi
ii. Mempercepatkan kemajuan sosial dan kebudayaan
iii. Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau
iv. Mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar seperti
Amerika, China dan Rusia
a. ii dan iii
b. i, ii dan iii
c. iii dan iv
d. semua di atas
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 8 daripada 11
29. Dalam usaha untuk menghadapi cabaran ke enam dalam Wawasan 2020, iaitu membina
masyarakat yang maju dan saintifik, kerajaan telah memperkenalkan .
a. program Citrawarna diadakan setiap tahun
b. cogan ‘Malaysia Boleh’ diperkenalkan
c. MSC Koridor Raya Multimedia sebagai landasan melahirkan negara maju
d. penggunaan gentian optik oleh Telekom Malaysia
30. ‘Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British’. Pernyataan
ini boleh dikaitkan dengan pertubuhan .
a. EAEC
b. ASEAN
c. KOMANWEL
d. PBB
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 9 daripada 11
Bahagian B/Struktur
[40 Markah]
Jawab SEMUA soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.
1. ‘Kawasan penempatan yang berbeza’ merupakan salah satu faktor utama terbentuknya
masyarakat majmuk sejak penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Huraikan faktor ini
dengan jelas.
(4 Markah)
2. Berdasarkan kepada aspek kebudayaan, huraikan salah dua contoh adat yang sama
diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia.
(4 Markah)
3. Berdasarkan fakta sejarah, perihalkan kegiatan ekonomi masyarakat India di Tanah
Melayu semasa penjajahan Inggeris.
(4 Markah)
4. Sistem pendidikan vernacular ialah sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British di
Tanah Melayu. Huraikan kefahaman anda mengenai sistem pendidikan ini dengan jelas
dan kesannya terhadap rakyat di Tanah Melayu dengan ringkas.
(4 Markah)
5. Bentuk hubungan kaum dalam agama Islam terbahagi kepada tiga. Huraikan dua kesan
jika manusia di dunia ini tidak mengaplikasikan bentuk hubungan manusia dengan Tuhan
seperti yang dianjurkan dalam agama Islam dengan jelas.
(4 Markah)
6. Konsep penting ajaran Confucianisme menekankan hubungan kekeluargaan dalam
kehidupan harian. Ianya juga berkaitan dengan konsep perhubungan Wu Lun. Huraikan
kepentingan hubungan Wu Lun dalam kehidupan harian kita secara ringkas.
(4 Markah)
7. Persaingan ialah salah satu bentuk hubungan kaum dalam komuniti masyarakat Malaysia.
Huraikan dua contoh persaingan yang digalakkan dalam kalangan masyarakat Malaysia
dengan ringkas.
(4 Markah)
8. Etnosentrisme ialah antara masalah integrasi nasional yang boleh mengganggu proses
integrasi. Huraikan dua kesan negatif jika sikap ini diamalkan dalam kehidupan kita.
(4 Markah)
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 10 daripada 11
9. Huraikan ‘Dasar Pandang ke Timur’, yang telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir
pada 1982 secara ringkas.
(4 Markah)
10. Huraikan dua kebaikan pengenalan subjek sejarah di institusi pendidikan kepada remaja
masa kini.
(4 Markah)
MPW 1133 Pengajian Malaysia
Peperiksaan Akhir Semester, Semester Jun 2012
Halaman 11 daripada 11
Bahagian C/Esei
[30 Markah]
Jawab SATU soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.
1. Negara Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Namun keunikan ini mungkin tercemar kerana kejadian isu
perkauman yang sering dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bincangkan faktor-faktor terjadinya rusuhan kaum dan apakah cadangan anda untuk
membendung isu ini.
(30 Markah)
2. Kebebasan hak asasi ialah salah satu peruntukan utama dalam Perlembagaan
Malaysia. Bincangkan tentang perkara kebebasan hak asasi yang diperuntukkan
dalam perlembagaan Malaysia.
(30 Markah)
3. Pilihan raya merupakan ejen keadilan dalam negara Malaysia. Bincangkan proses-
proses pilihan raya di Malaysia dan huraikan mengenai konsep keadilan melalui
pilihan raya di Malaysia.
(30 Markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh Muhamad Izzwandy B. Mamat
Centre for Pre-University Studies