Download - Soalan Kes

Transcript

SOALAN KES

Sarimah 49 tahun seorang suri rumah, mempunyai 5 orang anak berumur antara 2 hingga 19 tahun. Tinggal di sebuah rumah yang usang dan daif. Suami beliau tidak ada bersamanya kerana sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan menghisap dadah. Pendapatan beliau sekeluarga melalui penjualan nasi lemak sebanyak RM 700.00 sebulan. Beliau juga sedang menjaga seorang ibu mertua yang berumur 70 tahun dan adik yang cacat pembelajaran yang berumur 18 tahun. Kini pendengaran ibunya pula sudah mula kurang dan beliau sering sakit.

Apakah peranan pegawai Kebajikan Masyarakat dalam masalah ini???

Dalam sebuah taman terdapat lebih kurang 5000 penduduk. Di dalam jumlah tersebut terdapat 500 orang warga emas yang tinggal samada bersendirian atau bersama keluarga. Ada juga antara mereka yang merupakan pesara kerajaan. Mereka ini terdiri dari gurus sekolah, kerani, bekas pegawai dari JAKIM dan sebagainya. Kebanyakan mereka mempunyai kemahiran tertentu samada dalam akademik, bidang sukan mahupun bidang kebudyaan dan kesenian. Mereka merasakan agak kekosongan dan kesunyian kerana ketiadaan anak-anak dan yang kini telah kehilangan pasangan. Oleh itu mereka merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi.

Apakah peranan pegawai Kebajikan Masyarakat dalam masalah ini???


Top Related