Download - Sistem Sapaan
PENDAHULUAN
Bahasa sapaan dikenali juga dengan nama bahasa panggilan atau panggilan
hormat. Ia merupakan sebahagian daripada aspek kesantunan berbahasa. Sistem
sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti
nama. Bahasa sapaan terdapat dalam semua masyarakat, baik masyarakat itu terdiri
daripada etnik minoriti (kelompok orang asli misalnya) mahupun etnik majoriti di
sesebuah negara.
Menurut Amat Juhari Moin (1989), yang mengkaji sistem panggilan (bahasa
sapaan) dalam bahasa Melayu mendapati sistem panggilannya lebih halus dan
kompleks. Beliau mendapati sistem panggilan masyarakat Melayu membezakan
golongan, pangkat dan keturunan orang yang disapa. Manakala, menurut S. Nathesan
(2007) pula, sistem panggilan merupakan cara sopan yang digunakan untuk bercakap
atau menulis semasa merujuk kepada seseorang individu atau kumpulan ketika
berkomunikasi.
Mengikut Abdul Sukor Shari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isa Awang (2003), bahasa
sapaan merujuk kepada bahasa yang digunakan ketika menegur sapa ataupun cara-
cara untuk memilih bentuk panggilan dan ganti nama bagi diri sendiri dan orang yang
dilawan cakap. Lakuan sapaan perlu mengikut syarat-syarat dan juga norma-norma
yang betul berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah status sosial, jarak sosial,
konteks ujaran, dan jantina penutur. Jika faktor-faktor ini tidak diambil berat, maka ia
akan mengganggu interaksi seterusnya.
1
Dalam budaya Melayu, perkahwinan adalah sebahagian daripada ibadat agama.
Peraturan sosiobudaya berkenaan penggunaan kata ganti nama dalam budaya Melayu
adalah sangat ketat. Peraturan ini berkait rapat dengan penjagaan susunan status,
darjat dan martabat dalam masyarakat Melayu. Kebiasaannya, majlis perkahwinan
akan diadakan di rumah pengantin, di dewan atau di hotel mengikut kemampuan
masing-masing. Lokasi majlis perkahwinan ini dapat dijadikan penentu sistem panggilan
atau sapaan yang akan digunakan sama ada lebih bersifat formal ataupun tidak. Hal ini
demikian kerana gelaran kekeluargaan dan panggilan cara kampung hanya digunakan
dalam situasi tidak rasmi. Namun begitu, apabila majlis persandingan diadakan di
dewan dan hotel-hotel, Pembawa Majlis dan para penyambut tetamu tidak boleh
menggunakan panggilan kekeluargaan dan gaya kampung.
Kajian ini adalah mengenai sistem sapaan atau panggilan ketika dalam majlis
perkahwinan iaitu kenduri kahwin. Kajian ini juga cuba meneliti dan meninjau sistem
sapaan atau panggilan yang digunapakai oleh orang-orang yang terlibat atau yang
menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.
KAJIAN LEPAS
Kajian-kajian lepas yang dilakukan dalam aspek lakuan sapaan antaranya
seperti Hafriza Burhanudeen (1998), Kasih (2002, 2004), Waldvogel (2007), dan
Ibrahim AG Youssouf et al. (1976). Para pengkaji ini menyentuh aspek status sosial,
2
jarak sosial dan juga jantina sebagai faktor-faktor yang memberi pengaruh terhadap
lakuan sapaan.
Hafriza Burhanudeen (1998), menjalankan kajian mengenai kata sapaan dalam
kalangan kerabat raja. Hasil kajian yang dilakukan beliau dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu sapaan terhadap Raja, Pemerintah dan Putera Mahkota. Manakala
kajian yang dilakukan oleh Kasih (2004), bertajuk ‘Sistem Sapaan Anak-anak dan
Remaja dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Analisis Sosiolinguistik’. Kajian beliau
mengenai bentuk sapaan yang digunakan oleh kanak-kanak dan juga remaja.
Waldvogel (2007), menjalankan kajian yang bertajuk ‘ Kata Sapaan dan Penutup dalam
E-mel di Tempat Kerja’. Kajian ini telah membuktikan bahawa budaya tempat kerja
merupakan factor yang lebih penting dalam mengambil kira kekerapan kata sapaan dan
kata penutup berbanding faktor status, jarak sosial dan jantina.
PENYATAAN MASALAH
Sesebuah majlis perkahwinan kebiasaannya akan dihadiri oleh sahabat handal,
jiran, adik beradik keluarga dipihak isteri, keluarga dipihak suami, sanak saudara dan
ramai lagi. Sistem sapaan/ panggilan akan digunakan untuk menyapa seseorang
kerana sistem ini berperanan sebagai penghubung orang yang disapa dan menyapa.
Kegagalan menggunakan bahasa sapaan yang betul akan menjejaskan hubungan dan
ikatan sosial mereka. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida
Yusof (2002) mengatakan bahawa “implikasi daripada salah guna bahasa akan
3
memasukkan pengguna tersebut ke dalam golongan ‘kurang sopan’ atau ‘tak tahu
bahasa’ kerana penggunaan ganti nama sangat dipengaruhi oleh faktor budaya Melayu.
Antara masalah yang akan wujud ialah:
1. Majlis perkahwinan akan dihadiri oleh ramai orang dan pelbagai bahasa sapaan
atau panggilan yang digunakan tanpa mengambilkira sama ada bahasa sapaan
atau panggilan tersebut sesuai ataupun tidak.
2. Terdapat pelbagai jenis gelaran atau panggilan yang akan digunakan
3. Kajian ini juga akan meneliti sistem panggilan/sapaan yang digunakan sama ada
majlis perkahwinan diadakan sama ada di rumah pengantin atau diadakan di
dewan atau hotel.
Dengan adanya kajian ini, kesalahan dari segi penggunaan kata sapaan atau
panggilan yang digunakan di rumah kenduri iaitu dalam majlis perkahwinan dapat
dikurangkan dan seterusnya memupuk penggunaan sistem panggilan yang tepat dalam
kalangan tetamu.
KEPENTINGAN KAJIAN
Bahasa dan masyarakat adalah saling melengkapi. Penggunaan kata sapaan/
panggilan yang betul harus diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,
pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti penggunaan kata sapaan / panggilan dalam majlis perkahwinan. Hal ini
4
demikian kerana dalam kebudayaan Melayu, terdapat banyak gelaran dan kata sapaan
yang digunakan.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi penjelasan bahawa terdapat
system sapaan atau panggilan yang digunakan mengikut situasi dan konteks yang
sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang
tidak harmoni di antara penutur dengan pendengar. Hal ini disebabkan kata-kata ini
membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
Kata sapaan/ panggilan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang
dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai
system sapaannya yang tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya
mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah cuba untuk mengkaji:
1. Mengenal pasti kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh para tetamu
yang hadir dalam majlis perkahwinan sama ada majlis tersebut diadakan di hotel
ataupun di rumah pengantin.
2. Mengenal pasti sama ada betul atau tidak kata sapaan atau panggilan yang
digunakan oleh masyarakat Melayu dari segi penggunaan terutamanya
kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya
dalam masyarakat amnya.
5
3. Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata-kata sapaan atau panggilan yang
digunakan oleh Pembawa Majlis dalam majlis perkahwinan.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh para tetamu yang
hadir dalam majlis perkahwinan sama ada majlis tersebut diadakan di hotel
ataupun di rumah pengantin?
2. Adakah kata sapaan atau panggilan ini digunakan dengan betul dalam
masyarakat Melayu mengikut kedudukan seseorang itu dalam susunan
kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya?
3. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Pembawa Majlis dalam majlis
perkahwinan dari segi penggunaan kata sapaan atau panggilan?
ULASAN KEPUSTAKAAN
Kata sapaan atau panggilan merupakan satu aspek yang penting dalam
memulakan sesuatu perbualan. Apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur
sapa dengan seseorang yang lain, kata sapaan atau panggilan yang sesuai haruslah
diutamakan terlebih dahulu kerana hal ini akan melambangkan kesopanan seseorang
penyapa. Menurut Amat Juhari Moain (1989), dalam masyarakat Melayu, kedudukan
pangkat, jawatan, umur atau usia, ataupun hubungan sebagai teman antara si penyapa
dengan orang yang disapa dapat ditentukan dari sudut pemilihan kata-kata yang
digunakan pada masa kedua-kedua mereka sedang berkomunikasi. Manakala menurut
6
Awang Sariyan (2007), seseorang itu boleh dianggap tidak bersopan semasa bertutur
apabila tiada kata sapaan yang digunakan bagi memulakan perbualan.
Demikian juga dalam sistem sapaan dan panggilan yang melibatkan kata ganti
nama, gelaran, kata-kata rujukan kehormat dan kata-kata lain, sebenarnya
menunjukkan hubungan yang erat antara si penyapa dengan orang yang disapa dari
sudut dua matra yang menjadi asas kepada seluruh kehidupan masyarakat iaitu matra-
matra kekuasaan dan kesetiakawanan.(Brown dan Gilman, 1960). System sapaan
dalam bahasa Melayu yang melibatkan gelaran, rujukan kehormat, kata ganti nama
serta nilai kata yang digunakan. Semuanya itu penting kerana ia menunjukkan
kedudukan seseorang dalam masyarakat, kekuasaan yang ada pada dirinya,
kewibawaan yang dipegangnya, pandangan dan penilaian orang lain terhadapnya
(Amat Juhari Moain, 1989).
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian dibahagikan kepada beberapa peringkat:
1. Mengumpul maklumat berkaitan dengan kajian dengan membuat rujukan di
perpustakaan dan internet untuk mendapatkan maklumat terkini.
2. Membuat pemerhatian tentang bahasa sapaan yang digunakan di rumah-rumah
kenduri serta di dewan atau di hotel.
3. Pemerhatian dilakukan sewaktu majlis perkahwinan dilangsungkan. Pemerhati
menjalankan kajian ini dengan menghadiri sendiri majlis tersebut dan meneliti
melalui video-video dipaparkan di laman web.
Sampel kajian terdiri daripada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan.
7
Lokasi kajian di rumah kenduri Encik Mohd Zali, Taman Bandar Baru, 08000 Sungai
Petani, Kedah.
DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian mendapati sistem sapaan atau panggilan terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu:-
i. Sapaan Keluarga
ii. Sapaan Masyarakat
iii. Panggilan Hormat
a. Sapaan Keluarga
Sapaan keluarga berlaku apabila wujud interaksi antara hubungan kekeluargaan
dalam majlis perkahwinan tersebut. Menurut Noor Azlina (1975), ada banyak panggilan
kekeluargaan yang digunakan dalam bahasa Malaysia sebagai ganti kata-kata ganti
nama. Nik Safiah Karim (1981), panggilan kekeluargaan melambangkan kehormatan,
keeratan dan kesopanan. Selain penggunaan nama panggilan kekeluargaan sebagai
kata ganti diri kedua terdapat juga penggunaan “kata ganti diri pertama dan diri ketiga”
(Yunus Maris, 1958)
Antara nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam majlis perkahwinan:
a. Abang – saudara kandung lelaki yang lebih tua.
8
b. Kakak - saudara kandung perempuan yang lebih tua.
c. Adik - saudara kandung lelaki atau perempuan yang lebih muda.
Hasil kajian juga mendapati nama-nama panggilan di atas disebut beserta nama.
Contohnya, Abang Mat atau Bang Mat. Selain itu, terdapat bentuk panggilan yang
berdasarkan pertalian darah dan melambangkan pertalian kekeluargaan antara orang
yang menyapa dan orang yang disapa. Nama-nama panggilan di bawah juga disebut
dengan pak, mak, abang atau kak. Contohnya, pak long, mak long, bang long atau kak
long. Antara nama panggilan kekeluargaan ialah:
a. Long – singkatan dari sulung (anak yang sulung)
b. Ngah – singkatan dari tengah (anak yang kedua)
c. Lang – singkatan dari Alang (anak yang ketiga)
d. Njang – singkatan dari Anjang (anak yang keempat)
e. Cik – singkatan dari kecil (anak kedua sebelum anak yang terakhir)
f. Su– singkatan dari bongsu (anak yang terkhir)
Seterusnya, terdapat juga kata sapaan atau panggilan untuk melambangkan pertalian
perkahwinan antara orang yang menyapa dengan orang yang disapa.
a. Besan – hubungan antara kedua-dua ibu bapa pasangan yang telah berkahwin.
b. Biras – suami atau isteri kepada ipar
c. Ipar – saudara kandung kepada suami atau isteri9
d. Menantu – suami atau isteri kepada anak sendiri.
e. Mertua – Ibu bapa kepada suami atau isteri
Walaupun majlis perkahwinan diadakan di hotel atau di dewan, sistem
sapaan/panggilan dalam kekeluargaan masih tetap sama.
d. Sapaan Masyarakat
Masyarakat boleh terdiri daripada rakan setugas, jiran tetangga dan rakan-rakan.
i. Sapaan rakan setugas dan rakan-rakan
Sistem sapaan atau panggilan yang melibatkan rakan setugas kebiasaan mereka
cenderung menggunakan gaya mesra, bukan gaya profesional dan rasmi apabila majlis
tersebut diadakan di rumah pengantin.
Contoh : “Amboi, segaknya Rizal hari nie!”
“Kalau saya tanya, Rizal tak marah, kan?”
Manakala dalam majlis perkahwinan yang diadakan di hotel atau di dewan,
sapaan atau panggilan akan lebih bersifat formal.
Contohnya, “Apa khabar, Puan Nor’Ani?”
“Puan Nor’Ani sudah makan?”
ii. Sapaan Jiran Tetangga
Antara sistem panggilan yang mesra digunakan:-
10
a. I, you
b. Mamat, mat, awang, pak aji, mak aji
c. Taukeh, amoi, nyonya
d. Ane, aci, tambi
e. Kamu, hang, awak
f. Abang, kakak, kaklong, kakcik, maklong, paklong
g. Tok, wan, nek
Manakala sistem panggilan yang digunakan dalam majlis perkahwinan yang
diadakan di hotel atau dewan untuk menyapa tetamu yang hadir bersifat lebih rasmi.
Contoh:
Kata Sapaan Orang yang ditujukan
Tuan a. Digunakan bersama nama/jenis jawatan.
Contoh : “Jemput makan Tuan Pengetua.”
b. Digunakan kepada tetamu yang menjawat jawatan kadi, imam,
hakim, doKtor
c. Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki
Contoh : “Tuan-tuan sekalian…”
11
a. Digunakan kepada tetamu yang bergelar Haji, Profesor
Encik a. Merujuk kepada tetamu yang mempunyai status lebih tinggi
daripada penutur
Puan a. Merujuk kepada tetamu perempuan yang sudah berkahwin.
b. Merujuk kepada tetamu perempuan yang memegang jawatan.
Contoh : Puan Pengetua
Cik a. Merujuk kepada tetamu perempuan yang belum berkahwin dan
berjawatan lebih tinggi daripada penutur.
Saudara
(lelaki) /
saudari
(perempuan)
a. Merujuk kepada tetamu yang baru dikenali.
b. Digunakan apabila orang yang disapa dan menyapa
mempunyai kedudukan yang setaraf.
e. Panggilan Hormat
Panggilan hormat bermaksud panggilan sepatutnya diberi oleh tuan rumah kepada
tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang diadakan di hotel-hotel disebabkan
kedudukan dalam masyarakat. Lazimnya tugas ini digalas oleh pengacara majlis yang
dilantik.
12
a. Yang Amat Berhormat merujuk kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar
b. Yang Berhormat merujuk kepada Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Dewan Rakyat,
Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri
c. Yang Berusaha, Yang Berbahagia merujuk kepada Ketua Jabatan, Ketua
Bahagian
KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMBAWA MAJLIS PERKAHWINAN
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kesilapan penggunaan kata sapaan atau
panggilan yang dilakukan oleh Pembawa Majlis terutamanya dalam majlis perkahwinan
yang diadakan di rumah pengantin. Antara kesilapan yang dikenalpasti adalah:
1. Menggunakan kata panggilan yang tidak sesuai dengan status sosial. Seperti
yang kita sedia maklum, ramai tetamu yang akan membanjiri rumah pengantin
sewaktu majlis perkahwinan ini berlangsung. Kesilapan sebegini berlaku kerana
Pembawa majlis tidak mengenali status sosial tetamu yang datang. Contohnya,
“Pak cik, mak cik jemput menjamu selera.”
Sepatutnya panggilan pak cik dan mak cik tersebut digantikan dengan panggilan
puan dan tuan kerana tetamu tersebut merupakan majikan kepada pengantin
tersebut.
13
2. Menggunakan kata panggilan ‘mak ngah’ kepada tetamu yang memakai pakaian
bewarna merah.
Contohnya, “Amboi, merahnya baju mak ngah!”
3. Menggunakan kata panggilan ‘mak cik’ ‘pak cik’ kepada semua tetamu tanpa
mengira peringkat umur.
“contohnya, “Mak cik boleh duduk di mana-mana saja kerusi yang kosong.” Kata
panggilan ‘mak cik’ sepatutnya digantikan dengan panggilan ‘tok’ kerana orang
yang disapa itu berumur 71 tahun sedangkan pembawa majlis tersebut berusia
dalam lingkungan 30-an.
4. Menggunakan kata panggilan ‘cik adik’ kepada tetamu yang masih muda dan
gaya pertuturan yang lebih bersantai. Kata panggilan yang lebih sesuai
digunakan ialah saudara atau saudari.
5. Tidak menggunakan panggilan hajah atau haji kepada tetamu yang sudah
menunaikan haji. Hal ini demikian kerana, Pembawa Majlis tersebut tidak
mengenali tetamu tersebut.
6. Menggunakan kata panggilan ‘abang’, ‘kakak’, dan ‘adik’ kepada tetamu yang
tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan pembawa majlis. Pembawa
majlis sepatutnya menggunakan kata panggilan yang lebih sesuai seperti
‘saudara’ atau ‘saudari’
14
KESIMPULAN
Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan
mencerminkan kedudukan seseorang dalam keluarga serta kedudukannya dalam
masyarakat. Penggunaan bahasa sapaan dan panggilan yang betul dan sesuai
mengikut konteks iaitu kata sapaan atau panggilan ini lebih bersifat formal sekiranya
majlis perkahwinan diadakan di hotel-hotel atau di dewan. Penyapa perlu memastikan
penggunaan kata panggilan atau sapaan dengan betul bagi menggambarkan
kesopanan dan budi pekerti yang tinggi. Sekiranya kata panggilan atau sapaan ini
digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira gelaran dan pangkat orang
yang ingin disapa, maka akan timbul perasaan negatif dalam diri orang yang disapa.
Pembawa majlis juga seharusnya lebih berhati-hati menggunakan kata panggilan yang
lebih sesuai agar persepsi tetamu yang hadir terhadap tuan rumah tidak negatif. Oleh
itu, kata panggilan atau sapaan ini penting bagi memulakan perbualan dan
melambangkan kesopanan seseorang yang menyapa.
15
RUJUKAN
Amat Juhari Moain, (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu Suatu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin, (2012). Bahasa Melayu
Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd, (2004). Pantun & Gurindam Untuk
Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Dilengkapi dengan Peraturan Sistem Panggilan
dan Sapaan. Kuala Lumpur: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sumalee Nimmanupap, (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Thai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
16