Download - sistem fertigasi
-
8/3/2019 sistem fertigasi
1/13
Universiti pendidikan sultan idris
Tajuk tugasan : laporan amali
Pengeluaran tanaman buah- buahan (agh 3053)
(Sistem fertigasi)
Semester 1 sesi 2011/2012
Disediakan oleh :
Mohamad azmir amirul bin mahamad sukeri
D20091034693
Amali kumpulan c ( isnin 8-10 pagi)
Disediakan untuk :
Prof. madya dr. zainal abidin abd aziz
-
8/3/2019 sistem fertigasi
2/13
Pendahuluan
STRUKTUR PELINDUNG HUJAN (SPH)
Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh
menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik
dan berdaya maju. Sistem fertigasi adalah gabungan antara fertilizer (baja) dan irigasi.
Dalam sistem ini baja disediakan dalam bentuk larutan mengikut sukatan tertentu dan
disalurkan terus ke akar pokok. Untuk menjalankan kaedah fertigasi, rumah pelindung
hujan yang berukuran 20kaki x 100 kaki perlu disediakan.Antara ciri-ciri rumah
pelindung hujan adalah guna plastik UV dengan ketebalan 0.20mm dan guna paip
galvani sebagai rangka kepada rumah tersebut. Tujuan asal kaedah ini adalah untuk
mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium,
Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh
tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah
mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan
(SPH).
-
8/3/2019 sistem fertigasi
3/13
Kaedah fertigasi mempunyai beberapa kelebihan, antara kelebihannya adalah :-
Nutrien yang disalurkan kepada pokok dapat dikawal dari segi jumlah dan
kehendak yang diperlukan tumbuhan mengikut tumbesaran.
Dapat menghindarkan tanaman daripada penyakit kerana kawasan penanaman
lebih bersih.
Hasil yang tinggi kerana tiada pembaziran berlaku dan akar menerima nutrient
secukupnya.
Tiada masalah rumpai.
Penggunaan baja dan air lebih terkawal dan menjimatkan.
Mengurangkan tenaga buruh.
Kurang penggunaan racun.
Jarak tanaman dapat disusun secara sistematik.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
4/13
Langkah Pelaksanaan Sistem Fertigasi
1) Penyediaan biji benih
Guna biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan
bebas daripada penyakit dan tiada kesan serangan daripada serangga.Guna biji benih
yang mempunyai peratusan percambahan tidak kurang dari 90%. Dalam keadaan
tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.
2) Semaian anak benih
Sediakan dulang semaian dari jenis plastic hitam atau plug polisterina
Masukkan peat moss ke dalam dulang semaian, pastikan peat moss tidak
terlalu padat atau terlalu longgar, kemudian buat satu lubang sedalam 1 cm.
Masukkan biji benih yang telah dirawat ke dalam lubang yang telah dibuat,
satu benih per lubang.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
5/13
Lubang yang telah dimasukkan biji benih ditimbus dan disiram dengan air
bersih.
Dulang semaian yang telah disiram ditutup dengan plastik hitam kemudian
diletakkan di bawah teduhan. Biarkan selama 4-6 hari supaya bini benih
dapat bercambah sebelum dialihkan.
3) Penyediaan beg tanaman
Sediakan polibeg yang berukuran 16 x 14 inci dan medium penanaman ( cocoa
peat)
Lipat bahagian hujung polibeg sebanyak 2-3cm, kemudian masukkan cocoa
peat ke dalam polibeg.
Basahkan cocoa peat yang telah dimasukkan ke dalam polibeg.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
6/13
4) Penanaman.
Anak benih yang berumur 10 16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke
dalam polibeg yang berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 12 cm.
Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan
pokok. .Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang
dikorek pada polibeg kemudian dipadatkan pangkalnya. Pastikan bahawa sistem
pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok
yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.
Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya
menerima titisan larutan baja.
5) Pembajaan
Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-unsur atau nutrient mikro dan
makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium,
kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferum, kuprum, zink, boron, ammonium,
molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi
baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen,
hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara).
-
8/3/2019 sistem fertigasi
7/13
Larutan-larutan nutrien yang dianggap sebagai nadi kepada kaedah fertigasi ini
diagihkan dalam tiga cara itu secara Aliran Graviti, Pam Elektrik dan Penyuntik baja.
Aliran graviti boleh dilakukan secara manual oleh pengusaha mengikut kehendak dan
jangka masa yang ditetapkan olehnya. Air dan baja yang telah dibuat, disalirkan ke
tangki penyimpanan yang diletakkan di tempat yang tinggi. Dengan menggunakan
tenaga graviti, baja tadi akan disalirkan ke tanaman.
Cara ini lebih praktikal digunakan oleh petani-petani memandangkan kosnya
yang lebih rendah. Manakala pam elektrik dan penyuntik baja pula menggunakan
tenaga elektrik dan motor untuk pembajaan. Tempoh masa pembajaan telah
ditetapkan oleh pengusaha. Oleh itu kosnya adalah lebih tinggi. Seringkali kedua-dua
cara ini digunakan oleh penyelidik-penyelidik untuk mendapatkan keputusan
penyelidikan yang tepat. Setiap tanaman mempunyai kadar nutrien yang berbeza. Para
pengusaha hendaklah bijak dalam melakukan formulasi nutrien dan peka kepada
tindakbalas pokok terhadap setiap formulasi nutrien yang dibuat. Tindakbalas ini
menunjukkan kesesuaian tanaman terhadap formulasi nutrien yang dirumuskan.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
8/13
Alatan yang pengairan diperlukan dalam sistem fertigasi :-
ALATAN DAN G AMBARAJAH FUNGSI
RubberGrommet
Untuk mengetatkan dan mengelakkan
titisan selepas sesuatu paip ditebuk
Dripper/ penitis
Untuk memberikan titisan kecil kepada
sistem akar tumbuhan
2 way nipper
Membenarkan pengaliran 2 arah
daripada main-line
-
8/3/2019 sistem fertigasi
9/13
4 way nipper
Untuk membenarkan pengaliran air 4
arah daripada main-line
main-line (PN6/PN10)
Memberikan pengaliran air dari tangki air.
sub-line/ lateral line (16mm)
Menyalurkan air daripada main-line
kepada spaghetti/micro tube
-
8/3/2019 sistem fertigasi
10/13
Stop valve
Menyambung/memutuskan
pengaliran air daripada main-line kepada
sub-line
Tangki air
Membekalkan air kepada tanaman
Pam air
Untuk mengepam air daripada tangki
kepada saluran yang membekalkan air
kepada akar tumbuhan.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
11/13
GAMBARAJAH SUSUNAN DALAM SISTEM FERTIGASI
GAMBARAJAH SISTEM MINI FERTIGASI
-
8/3/2019 sistem fertigasi
12/13
Mini Fertigasi
Mini fertigasi adalah sistem fertigasi yang dilakukan dalam skala yang kecil
dan kos untuk memulakan sistem tersebut adalah rendah. Jumlah anggaran
pokok yang dapat digunakan di bawah sistem ini adalah 50 pokok.
Alatan
Pam akuarium ( sedut 400 liter air / jam)
Digital timer
Paip
Tong air ( 160 liter)
Anggaran Kos
Pam akuarium RM 140.00
Tong air RM 80.00
Paip keseluruhan RM 25.60
Digital Timer RM 39.90
JUMLAH : RM 285.50
Kesimpulan :
- Sistem fertigasi merupakan salah satu sistem yang terbaik dimana sistem
tersebut mempunyai banyak kelebihan dan memberikan pulangan yang
lumayan kepada pengusaha.
-
8/3/2019 sistem fertigasi
13/13
Lampiran
Kaedah pemasangan paip yang di tunjukkan oleh En. Zulkifli
Contoh penyusunan pokok dalam sistem fertigasi