Download - sikap terhadap perjudian
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
1/62
SIKAP TERHADAP PERJUDIAN: SATU KAJIAN
DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
MALAYSIA SABAH
JEPULSON JULIAN
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2008
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
2/62
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan sikap terhadap perjudian darisegi jantina (lelaki dan perempuan), di antara dua kategori pendapatan ibubapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001), dan pengalaman berjudi(pernah atau tidak pernah). Kajian ke atas perbezaan sikap terhadapperjudian dari segi jantina merangkumi tiga kategori lain iaitu mengkajiperbezaan sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Di sampingitu, kajian ini juga mengkaji pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikapterhadap perjudian. Kajian pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikapterhadap perjudian ini juga mengkaji tiga kategori lain iaitu perbezaan sikapterhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Seramai 155 orang subjekyang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut sertadalam kajian ini, iaitu 61 orang lelaki dan 94 orang perempuan. Alat kajianyang digunakan dalam kajian ini adalah Gambling Attitude Survey(GAS) yangdireka oleh Kassinove (1998). Alat dalam kajian ini diuji denganmenggunakan ujian-t dan analisis regresi mudah. Keputusan menunjukkanterdapat perbezaan signifikan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikapterhadap perjudian. Selain daripada perjudian kad, sikap terhadap perjudiansecara umum dan loteri juga menunjukkan keputusan yang signifikan. Darisegi pendapatan ibu bapa dan pengalaman berjudi pula menunjukkan,terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap terhadap perjudian. Kajianini juga mendapati kekerapan berjudi memberi kesan kepada sikap terhadapperjudian. Ini termasuklah dari segi sikap perjudian secara umum, loteri dankad dalam kalangan pelajar UMS.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
3/62
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perjudian merupakan sejenis permainan yang melibatkan pertaruhan, sama
ada melibatkan wang, harta benda mahupun perkara lain. Melalui pertaruhan
ini, seseorang akan memperoleh keuntungan sekiranya bernasib baik. Faktor
nasib adalah salah satu elemen di dalam perjudian di samping teknik
permainan yang betul. Menurut Kassinove (1998), perjudian didefinisikan
sebagai sebarang tingkah laku berisiko, berdasarkan kepada gabungan
beberapa teknik atau nasib atau juga keduanya sekali, iaitu suatu nilai yang
boleh membawa kepada kemenangan juga kepada kekalahan.
Menurut Wallisch (1996), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
seseorang itu berjudi. Antaranya keinginan untuk mendapatkan wang atau
ingin menjadi kaya, keseronokan, dapat bersosial dengan rakan-rakan, rasa
dihormati dan penting dalam kalangan rakan, melarikan diri daripada
tekanan atau masalah, menguji kemahiran di dalam membuat keputusan,
untuk kepuasan diri, mendapat pengalaman baru, dan berasakan dirinya
seorang yang bertuah. Wallisch (1996) juga mendapati, alasan yang paling
kuat untuk membawa seseorang bertingkah laku kepada perjudian adalah
untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Di dalam kajiannya, 50%
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
4/62
responden mengatakan keseronokan adalah lebih penting berbanding
mendapatkan wang, yang hanya mencatatkan 28% sahaja.
Remaja atau golongan muda pada masa kini mudah mempelajari
semua ini dengan adanya informasi yang datang dari media massa mahupun
elektronik. Menurut Wood dan Griffiths (2002), remaja di United Kingdom
(UK) memperoleh pengalaman dan teknik bermain loteri dan kad gores dan
menang melalui iklan perjudian yang disiarkan di televisyen, radio, surat
khabar, rancangan hiburan dan pada iklan yang dipamerkan di kedai. Oleh
itu, faktor media massa merupakan salah satu faktor yang menyumbang
kepada sikap positif remaja terhadap perjudian selain daripada faktor
pengaruh keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, perjudian sememangnya menjanjikan keseronokan dan
kepuasan kepada setiap pemainnya. Wood dan Griffiths (2002) mendapati
cabutan tiket bertuah untuk perjudian loteri kebangsaan (National Lottery) di
United Kingdom disiarkan secara terus ke televisyen dengan menjemput
kumpulan atau individu popular sebagai salah satu faktor yang boleh menarik
perhatian para penonton. Rancangan televisyen yang berbentuk perjudian
yang disaksikan oleh seisi keluarga boleh membawa kepada keseronokan
dan menjadikan perjudian sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan
positif dalam hubungan kekeluargaan. Pusat Kajian Pew, iaitu sebuah pusat
yang mengkaji sikap dan tingkah laku rakyat Amerika mendapati, kepuasan
atau keseronokan yang diperoleh dalam kalangan pejudi Amerika apabila
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
5/62
mereka menang adalah 87 peratus. Manakala yang lain tidak berasa seronok
sekiranya mereka kalah berjudi (Pew Social Trends Reports ,2007).
Di negara Malaysia perjudian masih pada peringkat yang terkawal.
Namun situasi perjudian di Malaysia perlu diberikan perhatian yang serius.
Hal ini kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti Cina, India dan Melayu mempunyai pelbagai perspektif atau sikap
yang berbeza terhadap perjudian. Merujuk kepada laporan kajian oleh
National Council on Problem Gambling (2006) di Singapura, negara yang
terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Cina, India dan Melayu
mempunyai perspektif yang berbeza tentang pendirian. Bagi perspektif
masyarakat Cina dan India perjudian merupakan salah satu cara untuk
bersosial, berseronok dan beriadah berbanding masyarakat Melayu, yang
sememangnya menekankan aspek agama sebagai langkah penolakan
terhadap aktiviti tersebut. Laporan tersebut juga menyatakan masyarakat
Cina dan India di Singapura berpendapat perjudian dalam situasi yang
terkawal adalah tidak salah. Sekiranya pemikiran sebegini juga berlaku
dalam kalangan masyarakat di Malaysia, tidak mustahil pembentukan sikap
positif masyarakat Malaysia terhadap perjudian akan berlaku secara drastik.
Negara Arab sebelum Nabi Muhammad S.A.W., iaitu semasa zaman
Jahiliyah, sememangnya pernah menjadikan perjudian sebagai aktiviti harian
mereka (Lewis, 2008). Antara perjudian awal yang melibatkan pertaruhan di
dalam perjudian adalah seperti perjudian yang menggunakan dadu, catur,
lumba kuda dan sabung ayam. Keadaan ini menunjukkan perjudian
sememangnya aktiviti yang telah lama dilakukan oleh manusia, di mana ia
telah wujud semasa zaman empayar seperti Mesir. Perjudian juga merupakan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
6/62
salah satu aktiviti masyrakat di Eropah. Ini jelas di mana menurut
Suruhanjaya Kajian Impak Perjudian Nasional (National Gambling Impact
Study Commision, NGISC)(2007), perjudian loteri yang melibatkan tiket dan
wang tunai sebagai ganjaran telah berlaku di Eropah pada awal 1500an. Hasil
perjudian loteri ini dianggap penting sebagai hasil diraja yang utama pada
waktu itu. Menurut Suruhanjaya itu juga, Amerika Syarikat pada zaman
dahulu menjadikan perjudian loteri ini sebagai satu cara untuk mendapatkan
dana untuk membina jambatan, bangunan, dan jalan raya. Di samping itu,
Amerika juga menjadikan perjudian loteri sebagai cara untuk mengutip duit
bagi membiayai pasukan tentera George Washington.
Kerajaan Nevada juga menjadikan aktiviti perjudian sebagai salah satu
sumber kewangan kerajaan di mana keuntungan yang diperoleh daripada
industri perjudian tersebut dapat disalurkan kepada negara. Laporan NGISC
(2007) bagi tahun 1996 menyatakan perolehan perjudian loteri pada tahun
tersebut berjumlah Dolar Amerika 42.9 billion (USD$42.9 billion). Perolehan
ini semakin berkembang setiap masa dengan wujudnya pelbagai kawasan
perjudian yang sah, di Amerika mahupun negara lain. Keadaan ini pastinya
mewujudkan keuntungan kepada kerajaan dengan cukai yang dikenakan
kepada industri ini. Namun, impak negatif seperti masalah sosial juga
pastinya akan wujud akibat keghairahan meluluskan pembukaan pusat
perjudian. Keadaan ini harus diberikan perhatian oleh sesebuah kerajaan
sebelum membuat keputusan untuk membuka pusatpusat perjudian di
negara mereka.
Impak negatif daripada sikap terhadap perjudian juga harus dilihat
daripada negeri pertama yang mengesahkan perjudian tersebut iaitu Nevada.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
7/62
Dunia mengetahui yang cukai daripada perjudian sememangnya dapat
menjana hasil perolehan sesebuah negeri atau negara. Namun kesan negatif
yang bakal timbul juga akan membebankan masyarakat dan juga negara.
Menurut Rosati (2008) dalam kajiannya di Hawaii berpendapat sekiranya
Hawaii dijadikan seperti Nevada, masalah sosial juga akan wujud di tempat
tersebut. Nevada, negeri pertama di Amerika Syarikat yang menjadikan
perjudian sebagai sebuah perniagaan yang sah di sisi undangundang juga
merupakan negeri pertama di Amerika yang banyak menimbulkan kes
perceraian, pembunuhan, bunuh diri dan juga kes pelajar yang dibuang
sekolah. Keadaan ini menunjukkan sikap positif terhadap perjudian
sememangnya memberi kesan negatif kepada semua pihak dalam tempoh
jangka panjang. Namun, yang agak menghairankan, penyertaan masyarakat
ke dalam industri perjudian ini masih lagi tinggi. Justeru, sikap terhadap
perjudian khususnya dalam konteks tempatan seperti di Malaysia perlu dikaji
walaupun tahap perjudiannya masih pada peringkat yang terkawal.
Merujuk kepada hubungan sikap dengan tingkah laku terhadap
perjudian, seseorang itu harus mengubah sikapnya terhadap apa jua jenis
aktiviti yang hendak disertainya terlebih dahulu dan barulah tingkah laku
akan terhasil (dlm. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1997). Menurut
Hovland (dlm. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 1997) perubahan ini juga
harus disertai dengan dorongan yang kuat bagi memastikan individu tersebut
mempunyai alasan untuk melakukan perkara tersebut. Wood dan Griffiths
(2004) ada menyatakan bahawa sebelum seseorang itu mahu melakukan
sesuatu tingkah laku, individu itu seharusnya telah mempunyai pengetahuan
berkenaan aktiviti tersebut dan seharusnya bermotivasi untuk mengawal
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
8/62
tingkah laku baru itu. Ini secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku
individu tersebut.
Faktor dorongan atau motivasi ini mungkin dipengaruhi oleh faktor
ekstrinsik dan intrinsik. Menurut Adebayo (1998), dalam kajiannya yang
mengkaji punca motivasi di sebalik penglibatan ke dalam perjudian dalam
kalangan pelajar kolej mendapati, wujudnya pengaruh dari segi faktor
motivasi ekstrinsik berbanding faktor intrinsik ke atas penglibatan dalam
perjudian. Faktor intrinsik mencatatkan 65% sahaja pengaruh terhadap
penglibatan pelajar kolej ke dalam perjudian berbanding faktor ekstrinsik
80%. Faktor ekstrinsik merujuk kepada motivasi atau harapan untuk
memenangi ganjaran dan faktor intrinsik pula lebih kepada keseronokan
individu. Namun adakah faktor ekstrinsik ini penting bagi mereka yang
berada dalam kumpulan masyarakat kaya yang sekadar mencari
keseronokan seperti yang dinyatakan oleh Wallisch (1996). Di mana
kebanyakan golongan kaya bermain judi hanya untuk keseronokan sahaja
dan bukannya disebabkan oleh wang atau ganjaran. Mungkin pembentukan
sikap terhadap perjudian berbeza mengikut tahap pendapatan seseorang
atau sesebuah keluarga itu.
Menurut Wood dan Griffiths (2004) seseorang itu harus mempunyai
pengetahuan selain motivasi bagi mengawal sesuatu tingkah laku.
Pengetahuan disini merujuk kepada pengalaman yang pernah diperoleh
kesan daripada aktiviti lepas. Seseorang yang pernah berjudi sememangnya
dipengaruhi oleh faktor luaran yang menyebabkan individu tersebut akan
bermain judi semula atau tidak. Kajian yang dilakukan oleh Wallisch (1996)
menyatakan, remaja yang pernah berjudi sememangnya mempunyai rakan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
9/62
rakan yang juga pernah berjudi. Daripada kajian yang dilakukan oleh beliau,
60% responden menyatakan terdapat sebilangan rakan mereka bermain judi
dan 29% responden pula menyatakan yang kesemua rakan mereka memang
pernah bermain judi dan 13% daripadanya pula mempunyai rakan yang
kerap berjudi. Dalam keadaan ini, pengalaman berjudi seseorang itu
biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya yang pernah berjudi, yang
sememangnya faktor yang kuat untuk membawa dirinya untuk berjudi sekali
lagi. Namun, faktor lain seperti ibu bapa dan masyarakat juga tidak boleh
diendahkan.
Dalam dunia perjudian, golongan lelaki sememangnya telah dilabelkan
sebagai golongan pejudi biarpun ada individu yang menyatakan mereka
tidak pernah berjudi kerana setiap kali hasil kajian dilaporkan oleh para
pengkaji, golongan lelaki merupakan kriteria utama yang sering dikaitkan
dengan perjudian (Wood dan Griffiths, 2002); Stinchfield, 2004). Keadaan ini
menunjukkan sekiranya seorang lelaki itu berjudi, stigma atau label yang
telah diberikan kepada mereka membuatkan golongan lelaki ini akan
berasakan perjudian merupakan sikap yang positif kerana masyarakat telah
memberikan tanggapan sedemikian kepada mereka. Wallisch (1996)
berpendapat, golongan lelaki lebih gemar berjudi kerana mereka inginkan
cabaran dan juga hubungan sosial berbanding golongan perempuan yang
bermain judi sekadar untuk keseronokan. Mungkin sikap golongan lelaki
terhadap perjudian terbentuk akibat sikap gemarkan cabaran seperti yang
dinyatakan oleh Wallisch (1996). Namun golongan perempuan juga
mengemari permainan perjudian. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan perempuan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
10/62
di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi
perjudian loteri.
Selain faktor jantina, kekerapan berjudi juga merupakan satu keadaan
yang mempengaruhi sikap positif seseorang individu terhadap perjudian.
Menurut Volberg (2003), separuh daripada remaja (52.7%) di Sacramento
yang berumur 14 hingga 22 tahun akan berjudi separuh bulan dalam masa
sebulan dan sekurangkurangnya 1 daripada 6 orang remaja ini akan berjudi
beberapa kali dalam masa seminggu. Selain itu, Volberg (2003) juga
menyatakan yang golongan remaja yang berumur 20 hingga 22 tahun, iaitu
dalam 60% daripada penduduk Sacramento yang berusia sedemikian akan
berjudi secara berlarutan dalam masa sebulan. Kekerapan sebegini
sememangnya berbahaya kepada mereka yang terlalu kerap berjudi dalam
masa sebulan apalagi dalam tempoh masa seminggu. Sikap yang terlalu
obses terhadap perjudian ini dikenali sebagai Pathological Gambling atau
pejudi patologikal di dalam Diagnostic Statistical Manual-IV(DSMIV). Individu
yang mengalami masalah pejudi patologikal cenderung menunjukkan ciri-ciri
seperti mempertaruhkan wangnya dalam jumlah yang besar untuk tujuan
keseronokan, tidak berupaya mengurangkan atau memberhentikan aktiviti
perjudiannya, berusaha mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan,
menipu, mencuri, cuba membahayakan pasangan, depresi, meminjam wang
yang banyak dan selalu terfikir untuk membunuh diri (dlm. American
Psychiatric Association, 1994).
Masalah pejudi patologikal ini mungkin disebabkan oleh wujudnya
pusat-pusat perjudian di kawasan awam contohnya seperti perjudian loteri
yang kebanyakkannya terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
11/62
orang ramai termasuklah golongan remaja di bawah umur 18 tahun. Peluang
yang ada membolehkan mereka berjudi secara bebas. Delfabro dan Thrupp
(2003) mengatakan yang biarpun masyarakat menghalang remaja untuk
memasuki kawasan seperti pusat penjualan tiket loteri dan kasino, namun
perjudian seperti Blackjack dan kad masih boleh dimainkan secara bebas
oleh para remaja, terutamanya dengan rakanrakan mereka. Selain itu,
keadaan ini menunjukkan yang pengalaman sememangnya boleh dibentuk
pada manamana peringkat umur kerana kebebasan berjudi boleh diperoleh
melalui manamana sumber, sama ada daripada rakan, ibu bapa,
masyarakat mahupun media.
1.2 Permasalahan Kajian
Perjudian sering dikaitkan dengan golongan lelaki berbanding perempuan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends
Reports, 2007), mendapati lelaki lebih cenderung bermain dalam apa jua
jenis perjudian berbanding perempuan. Keadaan ini menunjukkan golongan
lelaki lebih mempunyai sikap yang positif terhadap perjudian berbanding
perempuan. Volberg (2003) juga menyatakan golongan lelaki lebih kerap
bermain judi berbanding perempuan. Oleh itu, sememangnya keadaan ini
harus dilihat dengan lebih teliti memandangkan keadaan ini sudah menjadi
satu penglabelan masyarakat kepada golongan lelaki. Justeru wujud
permasalahan sama ada lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian atau
sebaliknya. Hal ini kerana menurut Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998)
mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap
perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
12/62
Selain itu, faktor pendapatan ibu bapa juga boleh dikaitkan dengan
perjudian dalam kalangan anak-anak. Hal ini kerana, menurut Wood dan
Griffiths (2002), perjudian mempunyai kaitan atau hubungan dengan
peningkatan ekonomi, terutamanya sebagai sumber pendapatan sampingan.
Shu-Zhen Kuang(2005) berpendapat mereka yang berpendapatan rendah
mempunyai sikap yang lebih tinggi dan berisiko ke atas sikap terhadap
perjudian. Oleh itu, anak-anak yang tergolong dalam ibu bapa yang
berpendapatan rendah, pastinya merasakan perjudian adalah cara terbaik
untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat. Ini secara tidak
langsung mempengaruhi sikap mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perjudian.
Selain itu, wujud juga permasalahan di mana keseronokan yang
dialami semasa bermain judi pada kali pertama menyebabkan golongan ini
cenderung untuk bermain judi lagi berbanding mereka yang tidak pernah
bermain judi. Ini mungkin bagi mereka yang tidak pernah berjudi, keinginan
mereka terhalang akibat pengaruh agama atau kurang desakan daripada
faktor persekitaran, seperti keluarga atau rakan-rakan (Pusat Kajian Pew
(Pew Social Trends Reports), 2007). Namun, keinginan untuk mencuba yang
wujud dalam diri remaja atau belia biasanya akan mempengaruhi juga sikap
mereka terhadap perjudian di dalam kalangan mereka yang tidak pernah
bermain judi ini. Oleh itu, permasalahan seperti ini sememangnya perlu di
kaji khususnya dalam kalangan belia untuk menentukan sama ada terdapat
perbezaan di antara individu yang pernah dan yang tidak pernah berjudi dari
segi sikap terhadap perjudian.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
13/62
Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian juga
menimbulkan permasalahan dalam kajian ini. Ini kerana ada pendapat yang
mengatakan sekiranya seseorang individu kerap berjudi, ia mungkin akan
mempengaruhi sikapnya untuk berjudi. Ini jelas menurut Moore dan Ohtsuka
(1997) mendapati kekerapan berjudi sering dikaitkan dengan individu yang
mempunyai sikap yang positif dan optimistik terhadap perjudian. Sikap yang
positif terhadap perjudian ini akan menyebabkan berlakunya masalah sosial
seperti mencuri dan meminjam wang dalam jumlah yang banyak apabila
individu itu mula ketagih dengan permainan perjudian tersebut. Secara tidak
langsung, masalah ini akan membahayakan masyarakat dan diri, khususnya.
1.3 Tujuan Kajian
Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk;
1. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian.
2. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian secara umum.
3. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian loteri.
4. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian kad.
5. Mengkaji perbezaan di antara dua kategori pendapatan ibu bapa dari segi
sikap terhadap perjudian.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
14/62
6. Mengkaji perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang
tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.
7. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas
sikap terhadap perjudian.
8. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas
sikap terhadap perjudian secara umum.
9. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas
sikap terhadap perjudian loteri.
10. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas
sikap terhadap perjudian kad.
1.4 Kesignifikanan Kajian
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa
kepentingan seperti:-
1. Kajian sikap terhadap perjudian penting dijalankan khususnya kepada
golongan belia di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana sikap yang positif
terhadap perjudian boleh membawa masalah kepada individu dan juga
masyarakat. Masalah sosial seperti menipu, mencuri, cuba membahayakan
pasangan, depresi, meminjam wang yang banyak dan selalu terfikir untuk
membunuh diri akan berlaku (dlm. American Psychiatric Association, 1994).
Oleh itu, sikap terhadap perjudian khususnya dalam kalangan belia perlu
dikaji kerana sikap sekiranya terlalu obses terhadap perjudian,pastinya akan
menimbulkan masalah sosial.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
15/62
2. Kajian ini juga cuba mengesahkan kebenaran stereotaip dan stigma yang
diberikan kepada golongan lelaki di mana golongan ini lebih cenderung
bersikap positif terhadap perjudian berbanding golongan perempuan. Ini
seperti yang dinyatakan oleh Stinchfield (2004) di mana golongan lelaki
merupakan kriteria utama yang sering dikaitkan dengan perjudian
berbanding golongan perempuan.
3. Kajian ini juga penting untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan
dari segi sikap golongan belia terhadap perjudian berdasarkan kepada
pendapatan ibu bapa. Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengkaji sama
ada pengalaman berjudi seseorang individu akan mempengaruhi sikap
individu itu terhadap perjudian semakin meningkat atau tidak.
4. Kajian ini juga penting dalam menilai pengaruh kekerapan bermain judi ke
atas sikap terhadap perjudian. Seterusnya hasil dapatan kajian ini diharap
dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkajipengkaji seterusnya
yang berminat menjalankan kajian yang menjurus kepada sikap terhadap
perjudian. Hal ini kerana kajian sikap terhadap perjudian masih kurang atau
jarang dilakukan di Malaysia dan di Sabah amnya.
1.5 Sorotan Kajian Lepas
Salah satu kajian lepas yang pernah dilakukan adalah ke atas perjudian loteri
dan kad gores (scratchcard) dalam kalangan belia di United Kingdom. Wood
dan Griffiths (1998) mendapati daripada 1195 orang belia yang terlibat di
dalam kajian tersebut, 48% daripada mereka pernah bermain perjudian Loteri
Kebangsaan United Kingdom (U.K. National Lottery). Biasanya mereka
bermain bersama keluarga atau rakan mereka. Manakala 30% dilaporkan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
16/62
bermain permainan itu semula. Kajian ini juga mendapati 6% daripada subjek
yang bermain perjudian Loteri Kebangsaan dan kad gores cenderung untuk
menjadi seorang pejudi patologikal.
Shaffer, Hall dan Vander (1999) melakukan kajian metaanalisis
terhadap 119 orang subjek di Amerika Syarikat. Beliau mengkaji pelaziman
dalam patologikal dan masalah perjudian di Amerika Syarikat dan Kanada.
Kajian mendapati daripada populasi umum individu dewasa, 1.6% berada
dalam tahap tiga (tahap pejudi patologikal) dan selebihnya iaitu 3.85%
berada pada tahap dua iaitu pejudi bermasalah. Kajian oleh CreighTyle dan
Lepper (2007) pula mendapati kebanyakan rakyat Britain mempunyai sikap
gemar bermain perjudian loteri, di mana 53% daripada subjek mengatakan
lebih gemar kepada perjudian loteri. Sementara 20% mengatakan diri
mereka tidak mempunyai keinginan untuk terlibat dengan perjudian loteri.
Kajian oleh Shaffer, LaBrie, Scanlan dan Cummings (1994) telah
dijalankan ke atas 856 orang remaja yang berumur antara 13 hingga 20
tahun, yang terdiri daripada pelajarpelajar Sekolah Tinggi Boston. Dalam
kajian in,i 96% daripada subjek terdiri daripada pejudi patologikal, bukan
patologikal dan remaja peralihan. Kajian tersebut mengambil responden
daripada kelas pertengahan dan atasan. Keputusan mendapati tiada kesan
signifikan bagi perbezaan demografi ke atas sekolah yang dijadikan kajian.
Burnett, Ong dan Fuller (1997) telah menjalankan kajian ke atas 778
orang pelajar sekolah tinggi tahun akhir, dalam umur sekitar 16 hingga 18
tahun. Kajian tersebut mendapati perjudian mingguan dikaitkan dengan
ketidakselesaan subjek semasa berada di sekolah terutamanya di kalangan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
17/62
pelajar lelaki, masalah sosial, berkawan dengan individu yang berjudi dan
juga terlibat dengan tingkah laku berisiko, seperti meminum minuman keras
di bawah umur dan memandu secara berbahaya. Keputusan kajian ini sama
seperti yang diperoleh oleh Jackson (1999) ke atas 2700 pelajar sekolah
tinggi tahun pertama. Di mana dalam kajian tersebut mendapati pelajar yang
terlibat dengan perjudian cenderung terlibat dengan tingkah laku berisiko
seperti merokok, meminum alkohol dan penggunaan dadah. Selain itu,
individu ini juga kurang terlibat dengan aktiviti sekolah dan juga gemar
mencederakan diri mereka sendiri.
Satu kajian secara tinjau selidik menggunakan telefon oleh Pusat
Kajian Pew (Pew Social Trends Reports, 2007) telah dilakukan pada 8 Febuari
sehingga 7 Mac 2006 ke atas 2,250 sampel yang dipilih secara rawak. Salah
satu dapatan penting dalam kajian tersebut adalah perubahan sikap negatif
terhadap perjudian. Subjek kajian lebih bersikap negatif terhadap bilangan
pejudi yang semakin bertambah berbanding sebelum ini, sikap negatif
perjudian disasarkan kepada aktiviti perjudian. Dalam tinjauan ini juga, 28%
resonden mengatakan mereka percaya bahawa perjudian itu merupakan
aktiviti yang tidak bermoral.
Kajian yang dilakukan oleh Moore dan Ohtsuka (1997) ke atas lebih
1000 pelajar sekolah dan universiti (14 sehingga 25 tahun) mendapati secara
majoritinya pelajar pelajar yang menjadi responden pernah bermain judi dan
sekurang-kurangnya pernah berjudi sepanjang 12 bulan sebelumnya. Antara
aktiviti perjudian yang paling popular adalah perjudian loteri, kad dan
perjudian mesin. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan alat ujian
South Oaks Gambling Screen (SOGS) yang telah diubahsuai, mendapati 3.1%
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
18/62
daripada sampel diklasifikasikan sebagai pejudi yang bermasalah. Mereka
juga turut mendapati individu yang kerap berjudi dapat dikaitkan dengan
sikap positif dan optimistik terhadap perjudian. Keadaan ini juga dialami oleh
ibu bapa dan rakan individu tersebut. Kajian lanjutan yang dilakukan oleh
Moore dan Othsuka (1997) yang melibatkan 769 orang remaja berumur
antara 15 hingga 18 tahun mengesahkan hasil dapatan sebelum ini. Di mana
3.8% daripada sampel dikategorikan sebagai pejudi bermasalah jika
mengikut ukuran SOGS.
Kajian yang dilakukan oleh Wood dan Griffiths (2004) pula yang
melibatkan 1195 orang remaja berusia antara 11 sehingga 15 tahun yang
terdiri daripada 550 sampel lelaki dan 641 sampel perempuan (4 orang tidak
menyatakan jantina) mendapati, sikap golongan remaja dapat mengukur
hubungan di antara sikap mereka dengan tingkah laku berjudi. Kajian ini
mendapati, 48% daripada sampel pernah bermain loteri dan 30% pula
pernah bermain kad gores dan menang. Mereka cenderung melakukan
aktiviti ini secara bersendirian atau bersama dengan ibu bapa atau rakan
mereka. Kajian yang dilakukan di United Kingdom ini mendapati 76%
daripada sampel menyatakan perjudian merupakan satu aktiviti yang tidak
baik. Namun, sampel yang menyertai kajian ini juga menyatakan yang
perjudian loteri adalah baik (49%) dan begitu juga dengan perjudian kad
gores dan menang (33%).
Kassinove (1998) juga telah menjalankan kajian ke atas 170 sampel,
iaitu 71 orang lelaki dan 98 orang perempuan yang berumur di antara 17
sehingga 35 tahun. Kajian yang menggunakan alat kajian Gambling Attitude
Scales ini bertujuan menguji sikap perjudian secara umum dan sikap
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
19/62
terhadap perjudian seperti pertaruhan lumba kuda, kasino, dan juga loteri.
Sikap perjudian yang paling positif adalah terhadap perjudian loteri dan
kurang positif terhadap perjudian pertaruhan lumba kuda. Selain itu, sampel
lelaki didapati lebih bersikap positif terhadap perjudian berbanding sampel
perempuan. Kajian ini juga mendapati sikap positif terhadap perjudian
berkaitan dengan kecenderungan untuk sanggup menanggung risiko kesan
daripada berjudi.
1.6 Pendekatan Teori
1.6.1 Theory of Reasoned Action
Jee Hyun Kim (1997) menyatakan niat merupakan peramal kepada tingkah
laku dan sikap terhadap tingkah laku. Selain itu, norma subjektif juga
mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Dalam teori yang dikemukakan
oleh Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee, 2001), niat merupakan premis utama
dalam teori ini. Niat akan mempengaruhi dan meramal sikap seseorang dan
seseorang itu akan melakukan sesuatu tingkah laku itu sekiranya dirinya
berniat untuk melakukannya dan begitu juga sebaliknya.
Sikap terhadap tingkah laku merupakan sikap seseorang sebelum
melakukan sesuatu tingkah laku itu. Seseorang itu cenderung untuk
memikirkan tentang hasil yang akan mereka peroleh hasil daripada
keputusan yang dilakukan. Sebagai contoh, individu A ingin membeli tiket
loteri. Namun, sebelum membuat keputusan, individu A ini cenderung
memikirkan tentang kebaikan yang bakal diperoleh jika dia membeli tiket
loteri tersebut. Contohnya mendapat wang ganjaran, kepuasan, keseronokan
dan sebagainya.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
20/62
Menurut Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee, 2001), norma subjektif
merujuk kepada kepercayaan dan motivasi indiividu ataupun kumpulan yang
spesifik. Sebelum membuat keputusan untuk bertingkah laku, norma
subjektif yang wujud di kawasan individu tersebut akan dinilai terlebih
dahulu. Sekiranya tingkah laku yang ingin dilakukan bersesuaian dengan
norma, maka tingkah laku tersebut tersebut akan dilakukan oleh individu
tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya norma masyarakat di kawasan A
memandang perjudian kad sebagai boleh diterima, maka individu yang
mempunyai niat untuk bermain perjudian kad akan bertingkah laku terhadap
permainan kad tersebut.
1.7 Kerangka Kajian
Rajah 1
Kajian sikap terhadap perjudian ( diubahsuai daripada Theory of Reasoned
Action yang dikemukakan oleh Ajzen dan Fishbein, (dlm. Magee, 2001).
Dalam kerangka kajian ini (Rajah 1), sikap ke atas perjudian merupakan
pemboleh ubah terikat. Terdapat empat pemboleh ubah bebas dalam kajian
- JANTINA
- PENDAPATAN IBU BAPA
-PENGALAMAN BERJUDI
- KEKERAPAN BERJUDI
SIKAP TERHADAP
PERJUDIAN
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
21/62
ini iaitu jantina (lelaki dan perempuan), pendapatan ibu bapa (di bawah
RM1000 dan di atas RM1001), pengalaman berjudi (pernah atau tidak
pernah) dan kekerapan berjudi. Pemboleh ubah bebas ini akan memberi
kesan kepada pemboleh ubah terikat. Pemboleh ubah terikat juga
termasuklah sikap terhadap perjudian secara umum, sikap terhadap
perjudian loteri dan sikap terhadap perjudian kad.
1.7.1 Hipotesis Kajian
Hip.1: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian.
Hip.2: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian secara umum.
Hip.3: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian loteri.
Hip.4: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap
terhadap perjudian kad.
Hip.5: Terdapat perbezaan di antara pendapatan ibu bapa dengan sikap
terhadap perjudian.
Hip.6: Terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang
tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.
Hip.7: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian.
Hip.8: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
secara umum.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
22/62
Hip.9: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
loteri.
Hip.10: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap
perjudian kad.
1.8 Definisi Konsep
1.8.1 Sikap
Thurstone (1931) menjelaskan sikap sebagai satu peringkat mental yang
kompleks yang mana melibatkan kepercayaan dan perasaan, nilai dan juga
kedudukan untuk berhubung atau bertindak mengikut sesuatu cara. Di
samping itu, Thurstone (1931) juga menyatakan sikap sebagai kesediaan
untuk memberi respon kepada objek psikologi mengikut tahap kegemaran
dan kecenderungan.
Menurut Baltus (1995), sikap merupakan satu persediaan untuk
bertingkah laku dan ini termasuklah melalui pemikiran dan juga emosi
seseorang terhadap sesuatu. Beliau juga menyatakan yang setiap individu
boleh memegang pelbagai sikap dan individu tersebut akan menyesuaikan
sikap mereka berdasarkan situasi semasa. Selain itu, Fishbein dan Ajzen
(1975) berpendapat sikap merupakan learned predisposition untuk respon
dalam keadaan kelakuan yang digemari atau tidak digemari.
Bagi Huffman (2004), sikap boleh dikategorikan kepada tiga elemen
utama. Tiga elemen tersebut adalah seperti kognitif, afektif dan
kecenderungan untuk bertingkah laku atau psikomotor. Elemen kognitif
melibatkan pemikiran seseorang. Sementara afektif pula melibatkan emosi
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
23/62
iaitu merujuk kepada perasaan seseorang, contohnya perasaan minat atau
benci terhadap perjudian. Elemen psikomotor pula adalah berkenaan dengan
kecenderungan untuk bertingkah laku contohnya apabila individu itu telah
mula meminati dan asyik memikirkan tentang permainan judi, individu itu
secara tidak langsung akan cenderung bertingkah laku ke arah perjudian.
1.8.2 Perjudian
Menurut Pratte (2002), perjudian didefinisikan berdasarkan kepada empat
kategori. Antaranya perjudian merupakan satu permainan nasib atau
kemahiran, satu pertaruhan kerana melibatkan penggunaan wang dan satu
perjanjian, di mana individu yang berjudi sanggup menerima apa sahaja
risiko, sama ada mengalami kekalahan atau kehilangan harta benda. Selain
itu, perjudian juga dijelaskan sebagai sebuah permainan yang tidak adil dari
segi ganti rugi iaitu individu yang kalah tidak akan menerima apa apa juga
keistimewaan biarpun dirinya telah mengeluarkan wang ke atas permainan
tersebut.
Menurut Kassinove (1998), perjudian yang biasa dimainkan adalah
seperti loteri, lumba kuda dan anjing, dan beberapa aktiviti kasino seperti
blackjack dan roulette. Beliau juga menyatakan terdapat perjudian yang
jarang dimainkan seperti pertaruhan ke atas perlumbaan kura-kura dan lipas,
perlawanan anjing dan sebagainya. Anderson (2005) mengatakan perjudian
terbahagi kepada beberapa jenis. Perjudian yang paling popular merupakan
loteri. Kasino pula perjudian yang kedua popular. Perjudian sukan seperti
dalam sukan bola sepak merupakan perjudian ketiga yang diminati.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
24/62
Perjudian melalui internet merupakan perjudian yang sedang berkembang
pengaruhnya pada masa kini.
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Sikap Terhadap Perjudian
Dalam kajian ini, sikap terhadap perjudian merujuk kepada gabungan tiga
kategori iaitu dari segi pendapat umum mengenai perjudian, perjudian loteri
dan juga perjudian kad. Sikap terhadap perjudian ini diukur dengan
menggunakan soal selidik Gambling Attitude Survey (GAS) oleh Kassinove
(1998) yang mengandungi 23 item, selepas diubahsuai mengikut kepada
konteks kawasan kajian. Sebagai contohnya, item yang disoal adalah; Saya
seronok berjudi, Saya fikir berjudi baik untuk rakyat Malaysia, Saya mahu
membeli tiket loteri, dan Saya berasa membeli tiket loteri boleh diterima.
Item negatif seperti; Saya benci perjudian permainan kad dan Saya fikir
adalah baik jika perjudian diharamkan di negeri saya, juga turut dimasukkan
ke dalam kajian ini.
Sikap terhadap perjudian secara umum mengukur pendapat individu
terhadap perjudian secara umum tanpa melibatkan mana-mana aktiviti
perjudian. Item-item soalan seperti; Saya seronok berjudi, Saya menyokong
hak rakyat Malaysia untuk berjudi setiap hari mengikut kemahuan mereka,
dan Saya berasa perjudian boleh diterima merupakan persoalan mengenai
pendapat individu. Terdapat 10 item mengenai pendapat umum individu
dalam kajian sikap terhadap perjudian secara umum.
Dalam sikap terhadap perjudian loteri, tujuh item berkenaan loteri
dimasukkan ke dalam alat kajian ini. Antara item tersebut adalah; Saya
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
25/62
seronok membeli tiket loteri, dan Saya akan membeli tiket loteri apabila
peluang tiba. Manakala dalam sikap terhadap perjudian kad pula, terdapat
enam item yang dikemukakan. Antaranya adalah; Saya seronok berjudi
dalam permainan kad, dan Perjudian permainan kad adalah sah,
merupakan item yang mengkaji sikap terhadap perjudian kad.
1.9.2 Kekerapan Berjudi
Dalam kajian ini, kekerapan berjudi merujuk kepada jumlah perjudian
seorang individu dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan dalam
kajian ini. Kekerapan berjudi ini dinilai menggunakan lima skala yang telah
ditetapkan iaitu tidak pernah, jarang (beberapa kali dalam setahun), kadang-
kadang (beberapa kali dalam sebulan), kerap (beberapa kali dalam
seminggu) dan sangat kerap (setiap hari). Soalan kekerapan berjudi ini
diletakkan pada bahagian A. Contoh soalan adalah; Kekerapan anda bermain
judi:, yang dijawab dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan
pengkaji. Selain dari mengkaji kesan pengaruh kekerapan berjudi ke atas
sikap terhadap perjudian, kajian pengaruh kekerapan berjudi juga dilakukan
bagi sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad.
BAB 2
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
26/62
METODOLOGI
2.1 Pendahuluan
Bahagian ini akan mengemukakan metodologi kajian di mana perbincangan
bermula dari reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, alat kajian,
cara pemarkatan, tatacara kajian, analisis data dan juga mengenai tahap
reliabiliti dan validiti kajian.
2.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian lapangan bercorak tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik digunakan kerana
sampel yang diperlukan adalah dalam jumlah yang banyak iaitu di atas 150
orang. Tambahan pula, sekiranya kajian lapangan dijalankan secara temu
bual atau temu ramah dilakukan, masalah seperti masa untuk menjalankan
kajian sukar untuk diselaraskan dengan masa sampel kajian yang mengambil
bahagian dalam kajian ini. Oleh itu, penggunaan borang soal selidik dapat
mengatasi masalah berkenaan masa untuk menjalankan kajian.
2.3 Subjek Kajian
Subjek kajian yang dipilih ialah pelajar sepenuh masa daripada Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Subjek kajian juga terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan dalam lingkungan umur 20 hingga 23 tahun. Subjek juga tidak
ditetapkan kepada satu program sekolah sahaja tetapi dipilih secara rawak
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
27/62
daripada pelajar program sekolah yang lain. Ini bagi mewakili keseluruhan
populasi pelajar UMS.
2.4 Tempat Kajian
Kajian dilakukan di dalam kawasan kediaman pelajar UMS iaitu yang terletak
di kawasan kolej kediaman pelajar, dan juga di dalam kawasan pembelajaran
UMS. Ini seperti Dewan Kuliah Pusat, Bilik Seminar, Bilik Tutorial dan juga
Perpustakaan UMS.
2.5 Alat Kajian
Terdapat dua bahagian dalam alat kajian ini. Bahagian A adalah soalan
berkenaan butir peribadi subjek contohnya jantina, etnik, pendapatan ibu
bapa, kawasan tempat tinggal dan juga kekerapan berjudi . Soal selidik ini
diubah suai bagi menyesuaikan soalan dengan persekitaran kawasan kajian.
Pendapatan ibu bapa dibahagikan kepada dua kategori iaitu ibu bapa yang
berpendapatan RM1000 ke bawah dan ibu bapa berpendapatan RM1001 ke
atas. Bagi soalan kekerapan berjudi pula, lima pilihan jawapan dibentuk iaitu;
tidak pernah, jarang (beberapa kali setahun), kadang-kadang (beberapa kali
sebulan), kerap (beberapa kali seminggu) dan sangat kerap (setiap hari).
Bahagian B pula mengandungi 23 item untuk mengukur skala sikap
subjek ke atas perjudian. Item yang digunakan adalah berdasarkan alat
kajian Gambling Attitude Survey(GAS) yang dibentuk oleh Kassinove (1998).
Item dalam bahagian ini mengandungi tiga komponen yang mengukur sikap
iaitu sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Item sikap ini
disesuaikan dengan tiga komponen sikap iaitu afektif, kognitif dan
psikomotor (tingkah laku). Contohnya, item berbentuk soalan afekif; Saya
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
28/62
seronok berjudi. Skala Likertdigunakan untuk mengukur skala sikap subjek.
Pilihan jawapan terdiri daripada 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3
= Kurang pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Dalam bahagian ini,
terdapat 20 item positif dan tiga item negatif.
Jadual 1
Taburan Item Tinjauan Sikap Perjudian ( Gambling Attitude Survey)
ELEMEN ITEM JUMLA
HSikap Terhadap Perjudian SecaraUmum
1, 2, 4, 10, 12, 14, 18, 19, 21,
23
10
Sikap Terhadap Perjudian Loteri 3, 7, 11, 13, 15, 20, 22 7Sikap Terhadap Perjudian Kad 5, 6, 8, 9, 16, 17 6JUMLAH KESELURUHAN 23
Jadual 2
Senarai item positif dan negatif bagi soal selidik sikap terhadap perjudian
2.6 Tatacara Kajian
Sebelum kajian dijalankan, kajian perpustakaan dilakukan bagi memilih tajuk
yang sesuai bagi kajian lapangan ini. Sumber maklumat mengenai tajuk
diperoleh daripada sumber buku dan jurnal akademik. Kajian tinjauan awal
atau Pilot Test dilakukan terlebih dahulu bagi menguji item dalam borang
soal selidik yang telah diubah suai daripada borang soal selidik yang asal.
Cara ini bagi memastikan borang soal selidik yang dibentuk adalah sesuai
dalam konteks tempatan kerana soalan asal dibentuk mengikut konteks
masyarakat di Barat. Lebih kurang 30 borang soal selidik diedarkan kepada
ELEMEN ITEMPositif 1,2,3,4,5,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,23Negatif 6,20,21
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
29/62
pelajar Universiti Malaysia Sabah. Subjek yang menjawab borang soal selidik
tinjauan ini akan diberikan masa 10 minit berdasarkan jumlah item sebanyak
23 soalan sahaja. Borang kemudiannya dikembalikan dan set soalan tinjauan
itu akan dikaji kebolehpercayaan dan keesahannya.
Selepas proses pembaikan, set soal selidik yang baru akan diedarkan
kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 200 borang diedarkan.
Pengkaji akan memberikan penerangan terlebih dahulu sebelum kajian
dijalankan. Masa menjawab adalah sama seperti semasa membuat kajian
tinjauan awal. Setelah semua kertas soal selidik siap diisi oleh subjek,
keseluruhannya dikumpulkan untuk dianalisis. Kemudian, soal selidik
tersebut disemak sama ada lengkap diisi atau tidak. Soal selidik yang
lengkap diisi sahaja akan diterima dan yang mempunyai missing value akan
ditolak bagi mengelakkan berlakunya ralat. Selepas disemak, hanya terdapat
155 borang sahaja yang lengkap diisi. Data kemudiannya dianalisa
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12 dan
akhir sekali melaporkan keputusan.
2.7 Analisis Data
Setiap data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan program komputer
iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12. Hipotesis
yang dibina akan dianalisis menggunakan analisis ujian-t sampel bebas dan
analisis regresi linear atau mudah. Ujiant sampel bebas digunakan untuk
mengkaji perbezaan di antara dua kumpulan berbeza. Dalam kajian ini, ujian
t sampel bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan di antara lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian, perbezaan di antara
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
30/62
pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian dan juga mengkaji
terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan pelajar
yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Analisis regresi
mudah digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat pengaruh dari segi
kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian. Kajian reliabiliti
dan validiti juga dijalankan bagi menilai sama ada item yang dibentuk sesuai
untuk digunakan atau tidak dalam konteks kajian perjudian ke atas pelajar
UMS.
2.8 Reliabiliti
Menurut BarOn dan Parker (2000), tujuan menguji reliabiliti adalah untuk
mengetahui sama ada pengurusan kali kedua ujian berkenaan menghasilkan
keputusan yang sama seperti pada kali pertama. Selain itu, menurut Marvin
dan Jack (dlm. Getrude C., 2001), reliabiliti ialah darjah di mana sesuatu skala
itu menghasilkan skor yang konsisten apabila diukur berulang kali. Dalam
kajian ini, kaedah Cronbach Alpha digunakan dalam menganalisis reliabiliti.
Melalui analisis reliabiliti, didapati nilai pekali Cronbach Alpha yang diperoleh
daripada alat kajian GAS ialah .966. Keputusan ini menunjukkan alat kajian
GAS ini menunjukkan tahap skala reliabiliti yang tinggi dan sememangnya
boleh digunakan untuk melihat sikap terhadap perjudian dalam persekitaran
di kawasan kajian.
Jadual 3
Reliabiliti Alat Kajian
Alat kajian Nilai Alpha
Cronbach
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
31/62
Gambling Attitude Survey (GAS) .966
2.9 Validiti
BarOn dan Parker (2000) menyatakan validiti sesuatu instrumen atau alat
kajian adalah had di mana ukuran tepat yang dilakukan dibina ataupun
terbina bagi membolehkan penilaian dibuat. Walau bagaimanapun, BarOn
dan Parker (2000) juga menyatakan adalah mustahil mengetahui sama ada
alat kajian tersebut benarbenar mengukur ciriciri yang dikaji dengan tepat
dan sempurna. Oleh itu, pengujian alat kajian yang berterusan sering
dilakukan bagi memastikan skala yang digunakan mengukur apa yang
sepatutnya diukur.
Bagi mengukur validiti sikap terhadap perjudian maka analisis item
keseluruhan telah digunakan. Ia dilakukan dengan melihat korelasi antara
setiap item sikap terhadap perjudian dengan total sikap terhadap perjudian.
Dalam nilai korelasi setiap item sikap terhadap perjudian dengan total sikap
terhadap perjudian. Nilai korelasi setiap item sikap adalah antara .42 hingga .
88. Oleh itu, analisis item keseluruhan bagi faktor sikap terhadap perjudian
adalah sesuai digunakan dalam kajian ini(Sila rujuk Jadual dalam Lampiran B
halaman ).
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
32/62
BAB 3
KEPUTUSAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan keputusan daripada kajian yang diperoleh. Keputusan
dalam kajian ini menjawab segala persoalan kajian dan hipotesis yang diuji
sama ada diterima atau tidak. Kaedah ujiant dan regresi mudah digunakan
dalam menguji hipotesis yang dinyatakan.
3.2 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian
Maklumat latar belakang daripada kajian ini boleh dikategorikan kepada
jantina, etnik, pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001),
kawasan tempat tinggal, dan pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah).
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
33/62
Selain itu, kekerapan bermain judi juga diukur pada bahagian ini. Daripada
155 orang subjek, lelaki adalah seramai 61 orang dan perempuan adalah
seramai 94 orang. Jumlah subjek yang pernah berjudi adalah 72 orang
(46.5%) berbanding 83 subjek (53.5%) lagi tidak pernah berjudi.
Daripada maklumat latar belakang ini menunjukkan 91 orang subjek
(58.7%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM1000.
Manakala 64 orang subjek (41.3%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan
di atas RM1001. Dalam kekerapan berjudi, 83 subjek didapati tidak pernah
berjudi. Subjek yang kerap berjudi adalah dalam 14 orang subjek, kadang-
kadang; 17 orang subjek dan jarang; 41 orang subjek. Namun tidak terdapat
sebarang dapatan analisis bagi subjek yang sangat kerap berjudi
Jadual 4
Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian
Pemboleh ubah Kekerapan
Peratus
Jantina Lelaki 6139.4
Perempuan 94 60.6
Pendapatan Ibu Bapa Bawah RM1000 9158.7
Atas RM1001 6441.3
Pernah Berjudi Ya 7246.5
Tidak 83 53.5
Kekerapan Berjudi Tidak pernah 8353.5
Jarang 41 26.5
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
34/62
Kadang kadang 17 11.0
Kerap 14 9.0
Sangat kerap 00.0
N=155
3.5 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan jantina
Analisis ujiant menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian (t = 3.42, k < .05). Ini
menunjukkan lelaki lebih mempunyai sikap positif terhadap perjudian
berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis pertama kajian ini diterima.
Jadual 5
Keputusan Ujiant Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian BerdasarkanJantina
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Lelaki 61 56.64 24.343.42 .002
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
35/62
Perempuan 94 43.93 19.66
Nota: Sig k < .05
3.6 Perbandingan sikap terhadap perjudian secara umum
berdasarkan jantina
Analisis ujiant menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.21, k < .
05).Ini menunjukkan lelaki secara umumnya berpandangan positif terhadap
permainan perjudian berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis kedua kajian
ini diterima.
Jadual 6
Keputusan Ujiant Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Secara UmumBerdasarkan Jantina
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Lelaki 61 24.01 11.51
3.21 .00
Perempuan 94 18.49 8.66
Nota: Sig k < .05
3.7 Perbandingan sikap terhadap perjudian loteri berdasarkan
jantina
Analisis ujiant menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.45, k < .
05). Iini menunjukkan lelaki lebih mempunyai sikap positif terhadap perjudian
loteri berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis ketiga kajian ini juga
diterima.
Jadual 7
Keputusan Ujiant Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian LoteriBerdasarkan Jantina
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
36/62
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Lelaki 61 17.18 7.41
3.45 .02
Perempuan 94 13.23 6.18
Nota: Sig k < .05
3.8 Perbandingan sikap terhadap perjudian kad berdasarkan
jantina
Analisis ujiant menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.22, k > .
05). Oleh itu, hipotesis keempat kajian ini ditolak.
Jadual 8
Keputusan Ujiant Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Kad BerdasarkanJantina
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Lelaki 61 15.44 6.47
3.22 .06
Perempuan 94 12.20 5.54
Nota: Sig k < .05
3.9 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan
pendapatan ibu bapa
Hasil daripada analisis ujiant yang dilakukan menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara pendapatan ibu bapa dari sikap terhadap
perjudian, t = -3.16, k < .05.. Dengan ini, hipotesis kedua kajian adalah
diterima.
Jadual 9
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
37/62
Keputusan Ujian- t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian AntaraPendapatan Ibu Bapa
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Di bawah RM1000 91 44.05 18.71
-3.16 .00
Di atas RM1001 64 55.86 25.43
Nota: Sig k < .05
3.10 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan
pengalaman berjudi
Hasil analisis ujiant yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan di antara subjek yang pernah berjudi dan yang tidak pernah berjudi
dari segi sikap terhadap perjudian, t = 9.99, k < .05. Dengan ini, hipotesis
ketiga juga diterima.
Jadual 10
Keputusan Ujiant Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian denganPengalaman (Pernah Berjudi dan Tidak Pernah Berjudi)
Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.
Pernah Berjudi 72 64.36 21.73
9.99 .00
Tidak Pernah Berjudi 83 35.54 12.07
Nota: Sig k < .05
3.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
Hasil analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan
yang positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.69).
Kekerapan berjudi memberi sumbangan sebanyak 47% ke atas sikap
terhadap perjudian. Kesan positif ini menjelaskan semakin kerap individu itu
bermain judi, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian. Dengan itu,
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
38/62
hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke
atas sikap terhadap perjudian adalah boleh diterima.
Jadual 11
Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian.
Kekerapan Berjudi B R F Constant Sig.
Sikap terhadap Perjudian .69 .47 136.79 37.0 .00
Nota: Sig k < .05
3.12 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
secara umum
Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudimemberi sumbangan yang
positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan
berjudi memberi sumbangan sebanyak 45% ke atas sikap terhadap perjudian
secara umum. Kesan positif ini menjelaskan semakin kerap individu itu
bermain judi, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian secara
umum. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain
judi ke atas sikap terhadap perjudian secara umum adalah diterima.
Jadual 12
Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian SecaraUmum
Kekerapan Berjudi B R F Constant Sig.
Sikap terhadap Perjudian .67 .45 124.22 15.38 .00
Nota: Sig k < .05
3.13 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
loteri
Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang
positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.65). Kekerapan
berjudi memberi sumbangan sebanyak 42% ke atas sikap terhadap perjudian
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
39/62
loteri. Keputusan ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi
loteri, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian loteri. Hipotesis
yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap
terhadap perjudian loteri adalah boleh diterima.
Jadual 13
Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Loteri
Kekerapan Berjudi R R F Constant Sig.
Sikap terhadap Perjudian .65 .42 111.04 11.30 .00
Nota: Sig k < .05
3.14 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
kad
Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang
positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan
berjudi memberi sumbangan sebanyak 44% ke atas sikap terhadap perjudian
kad. Keputusan ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi kad,
maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian kad. Hipotesis yang
menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap
terhadap perjudian kad adalah boleh diterima.
Jadual 14
Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Kad
Kekerapan Berjudi R R F Constant Sig.
Sikap terhadap Perjudian .67 .44 122.06 10.33 .00
Nota: Sig k < .05
BAB 4
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
40/62
PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini menumpukan perbincangan berdasarkan kepada keputusan yang
diperoleh dan dikemukakan dalam Bab Tiga. Dalam bab ini, tumpuan kepada
perkara seperti perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap
perjudian, perbandingan di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap
terhadap perjudian dan perbandingan di antara pelajar yang pernah berjudi
dan tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Di samping itu,
bahagian ini juga akan menjelaskan pengaruh kekerapan berjudi ke atas
sikap terhadap perjudian.
4.2 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap
perjudian
Keputusan menunjukkan golongan lelaki lebih cenderung bersikap positif
dalam perjudian. Jika dilihat daripada kajian lepas, semuanya menunjukkan
keputusan yang sama iaitu lelaki memang lebih gemar untuk berjudi.
Wickwire et al. (2007) dalam kajian mendapati lelaki lebih bersikap positif
terhadap perjudian berbanding perempuan. Sikap gemar berjudi di kalangan
lelaki ini juga boleh dikaitkan dengan kecenderungan mereka mencuba apa
jua jenis perjudian berbanding golongan perempuan. Kajian yang dilakukan
oleh Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends Reports, 2007) berpendapat
golongan lelaki lebih gemar bermain apa jua jenis perjudian. Menurut
Wallisch (1996) golongan lelaki gemarkan perjudian kerana inginkan cabaran
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
41/62
dan juga hubungan sosial. Pendapat ini mengukuhkan dapatan pengkaji
mengenai sikap positif golongan lelaki ke atas perjudian.
Wallisch (1996) juga menyatakan golongan perempuan berjudi hanya
untuk keseronokan sahaja. Hraba dan Lee (1996) turut mendapati yang
golongan perempuan kurang berjudi berbanding lelaki. Dapatan ini
menunjukkan yang golongan perempuan sememangnya bersikap negatif
terhadap perjudian. Di Malaysia faktor agama dan budaya memainkan
peranan yang kuat untuk menolak permainan ini dan keadaan ini mungkin
dapat menyokong kenyataan Hraba dan Lee (1996) walaupun kajian yang
dilakukan oleh mereka adalah kepada masyarakat di negara Barat. Walau
bagaimanapun, dalam kajian ini terdapat dalam 29 orang sampel perempuan
yang pernah berjudi dan lelaki seramai 43 sampel. Oleh itu, tidak boleh
dikatakan yang golongan perempuan menolak atau berpandangan negatif
terhadap aktiviti perjudian kerana terdapat sebilangan daripada sampel
perempuan dalam kajian ini juga pernah berjudi.
Kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998)
mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap
perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Keputusan min kajian yang
menunjukkan golongan lelaki mempunyai min 56.64 berbanding golongan
perempuan dengan min 43.93 menunjukkan golongan lelaki sememangnya
lebih bersikap positif terhadap perjudian di dalam kajian ini. Pengkaji
mendapati kumpulan perempuan yang berjudi lebih kepada perjudian kad
tetapi tidak melibatkan pertaruhan.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
42/62
4.3 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap
perjudian secara umum
Kajian ini mendapati golongan lelaki memberikan reaksi yang positif terhadap
pendapat secara umum di dalam perjudian berbanding golongan perempuan.
Min bagi golongan lelaki adalah 24.01 berbanding min daripada golongan
perempuan 18.49. Keputusan kajian ini menyokong kajian Kassinove (1998)
yang menyatakan golongan lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian.
Kajian ini juga menyokong hipotesis pertama kajian yang menyatakan
golongan lelaki lebih cenderung ke atas perjudian berbanding golongan
perempuan. Sikap positif terhadap perjudian secara umum boleh dilihat
melalui item Saya seronok berjudi dan Saya mahu berjudi.
Golongan lelaki lebih memberikan pandangan positif terhadap
persoalan ini berbanding golongan perempuan. Tetapi ini tidak bermaksud
golongan perempuan terlalu berpandangan negatif terhadap perjudian. Ini
kerana perkembangan industri perjudian ini telah menunjukkan golongan
perempuan mula menerima perjudian (Kassinove, Tsytsarev dan Davidson,
1998). Penerimaan ini menunjukkan golongan perempuan secara umumnya
mula merasakan perjudian satu cara bersosial pada masa kini berbanding
perjudian dahulu yang sering dikaitkan dengan tingkah laku negatif.
4.4 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap
perjudian loteri
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
43/62
Keputusan yang diperoleh menunjukkan golongan lelaki lebih bersikap positif
terhadap perjudian loteri dengan min 17.18. Golongan perempuan pula
hanya mencatatkan keputusan min 13.23. Jelas di sini perjudian yang
melibatkan kawasan yang lebih terbuka seperti perjudian loteri kurang
digemari oleh golongan perempuan. Mungkin faktor budaya masyarakat di
Malaysia amnya di Sabah, menunjukkan kekuatan stigma yang melarang
golongan perempuan ini melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Namun jika
dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan
Davidson (1998), yang mendapati golongan perempuan di Russia lebih
bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Ini
mungkin disebabkan masyarakat Rusia dapat menerima golongan
perempuan yang melibatkan diri dalam aktiviti perjudian loteri.
Kajian oleh Wallisch (1996) ke atas penduduk Texas di Amerika
mendapati sekiranya individu itu lelaki, berpendidikan sekolah tinggi dan
mempunyai pendapatan yang tinggi, individu tersebut sememangnya pernah
membeli tiket loteri pada tahun sebelumnya. Kajian tersebut menunjukkan
yang sememangnya golongan lelaki memang gemar terhadap permainan
judi. Keadaan ini mungkin merupakan sebab utama seorang individu lelaki itu
bermain loteri iaitu kerana mahukan aktiviti yang digemarinya dilakukan.
4.5 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap
perjudian kad
Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki
dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian kad. Namun min lelaki
lebih tinggi daripada min perempuan dengan min lelaki 15.44 dan min
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
44/62
perempuan 12.20. Keputusan ini menunjukkan kedua-dua golongan
sememangnya bersikap positif terhadap perjudian kad berbanding sikap
terhadap perjudian loteri. Keadaan ini mungkin boleh dilihat daripada aspek
pembawaan awal permainan ini daripada rakan mahupun ibu bapa.
Permainan kad biasanya dimainkan dalam bentuk mengisi masa lapang
seperti semasa majlis harijadi mahupun semasa berkumpul dengan rakan
rakan lama. Permainan yang pada awalnya hanya untuk berseronok akan
membawa kepada permainan yang melibatkan pertaruhan. Golongan lelaki
biasanya menggunakan pertaruhan dalam permainan kad. Ini supaya ia lebih
menyeronokkan dan mencabar. Kenyataan ini bersesuaian dengan hipotesis
pengkaji yang pertama yang mengatakan golongan lelaki menggemari
cabaran semasa bermain judi, seperti juga yang dinyatakan oleh Pusat Kajian
Pew (2007) berkenaan dengan golongan lelaki yang mengemari permainan
yang melibatkan cabaran.
4.6 Perbandingan di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap
terhadap perjudian
Kajian ini mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan bagi ibu bapa yang
berpendapatan di bawah RM1000 dan ibu bapa yang berpendapatan RM1001
ke atas. Keputusan kajian menunjukkan min bagi ibu bapa yang
berpendapatan di bawah RM1000 adalah 44.05 dan min bagi ibu bapa
berpendapatan RM1001 ke atas adalah 55.86. Keputusan ini menunjukkan
individu yang mempunyai ibu bapa berpendapatan di atas RM1001 lebih
cenderung bersikap positif terhadap perjudian berbanding individu yang
mempunyai ibu bapa berpendapatan di bawah RM1000. Keadaan ini
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
45/62
menunjukkan mereka yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan
melebihi RM1001 akan lebih bersikap positif terhadap perjudian.
Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak mendapat pendidikan di
sekolah tinggi dan mempunyai pendapatan yang kurang atau sedikit adalah
individu yang paling sedikit bermain judi. Beliau juga menyatakan, keluarga
yang berpendapatan di bawah US$10,000 tidak akan kerap bermain judi.
Keputusan kajian ini boleh dikaitkan dengan keputusan yang diperoleh
pengkaji. Sekiranya dinilai bagi mereka yang berpendapatan RM1000 dalam
masa setahun, pendapatan mereka hanya sebanyak RM12,000 sahaja.
Perbelanjaan wang lebih digunakan untuk perbelanjaan pendidikan,
keperluan rumah, bayaran elektrik dan air, dan juga keperluan lain. Justeru
keinginan untuk berjudi semakin kurang bagi keluarga yang berpendapatan
di bawah RM1000.
Namun, menurut ShuZhen Kuang (2005), mereka yang
berpendapatan rendah dan mempunyai pendidikan yang terhad atau
sederhana mempunyai sikap terhadap perjudian yang lebih tinggi dan
berisiko. Beliau juga turut menekankan yang kemahuan untuk memenangi
ganjaran yang besar telah menyebabkan mereka lebih kerap mengunjungi
kasino dan membeli tiket loteri. Hal ini kerana mereka mempercayai mereka
mempunyai peluang untuk menang. Perbezaan keputusan ini menunjukkan
penyertaan anakanak yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di
bawah RM1000 adalah bergantung kepada keyakinan individu untuk
membabitkan diri dalam aktiviti perjudian. Kepercayaan yang perjudian
mampu mengubah kehidupan keluarga individu itu mungkin akan
menyebabkan dirinya bersikap positif terhadap perjudian. Namun sekiranya
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
46/62
dirinya merasakan perjudian itu sesuatu yang membazirkan dan salah di sisi
agama, sikap negatif terhadap perjudian pasti dapat mengawal individu
tersebut daripada terus bermain perjudian tersebut.
Keluarga yang mempunyai pendapatan RM1001 dan ke atas lebih
kerap bermain judi mungkin merasakan perjudian merupakan satu
keseronokan. Adebayo (1998) mendapati kebanyakan pelajar kolej
menggambarkan perjudian sebagai satu bentuk rekreasi dan juga sebagai
satu cara paling cepat untuk memperbaiki masalah kewangan mereka.
Kemenangan dalam perjudian juga merupakan satu keseronokan dan maka
tidak hairanlah sekiranya keputusan yang diperoleh oleh pengkaji
menunjukkan subjek yang ibu bapanya berpendapatan tinggi cenderung
bersikap positif terhadap perjudian.
4.7 Perbandingan di antara pelajar yang pernah berjudi dan
pelajar yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap
perjudian.
Kajian ini mendapati terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah
berjudi dengan yang tidak pernah berjudi. Dapatan menunjukkan mereka
yang pernah berjudi mempunyai kecenderungan untuk bersikap lebih positif
terhadap perjudian. Hasil keputusan menunjukkan min bagi mereka yang
pernah berjudi adalah 64.36 dengan 72 sampel mengatakan mereka pernah
berjudi. Sementara itu, min bagi mereka yang tidak pernah berjudi 35.54
dengan 83 sampel lelaki dan perempuan. Daripada 72 sampel yang
mengatakan mereka pernah berjudi, golongan lelaki adalah seramai 43 orang
dan perempuan sebanyak 29 orang.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
47/62
Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak pernah berjudi adalah
terdiri daripada golongan perempuan, tidak mempunyai pendidikan yang
tinggi sehingga ke peringkat sekolah tinggi atau universiti dan mempunyai
pendapatan isi rumah di bawah US$20,000 setahun. Selain itu, faktor agama
juga merupakan penyebab mereka tidak pernah berjudi. Faktor agama dan
moral ini dikuatkan lagi dengan 46% responden yang ditemubual
memberikan jawapan yang mengaitkan agama sebagai faktor yang
menyebabkan mereka tidak terlibat dengan aktiviti perjudian. Respon
jawapan seperti, Saya merasakan berjudi sesuatu yang salah dan Kitab
Injil melarang saya melakukannya adalah respon yang diberikan oleh
penduduk Texas, Amerika Syarikat, yang menjadi responden dalam kajian ini.
Mungkin subjek dalam kajian ini tidak pernah berjudi disebabkan oleh faktor
moral dan agama. Situasi seperti ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan
dapatan kajian ini di mana terdapat sebilangan subjek yang tidak pernah
berjudi. Ini mungkin disebabkan kebanyakkan subjek masih kuat dengan
pegangan agamanya dan budaya mereka.
4.8 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
Kajian mendapati kekerapan seseorang itu berjudi akan mempengaruhi sikap
seseorang itu terhadap perjudian. Kekerapan bermain judi sememangnya
akan memberi kesan kepada sikap perjudian seseorang. Kekerapan berjudi
ini mungkin dipengaruhi oleh faktor kemenangan atau keseronokan. Menurut
laporan National Council on Problem Gambling (2006), selepas seseorang itu
memperoleh kemenangan, individu itu akan mempunyai keinginan untuk
bermain semula permainan tersebut dengan tujuan untuk menang dengan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
48/62
lebih besar lagi dan laporan tersebut menyatakan 20% responden
menyokong kenyataan tersebut.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Volberg (2003) ke atas 900 sampel
yang berumur lingkungan 14 hingga 22 tahun di sekitar 48 buah negeri di
Amerika Syarikat mendapati mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun
biasanya akan berjudi sekali dalam seminggu. Dalam kajian sikap terhadap
perjudian ini, pengkaji mendapati subjek yang berjudi pada setiap minggu
(dalam skala kerap) adalah seramai 14 orang. Umur mereka dalam
lingkungan 20 hingga 23 tahun. Keputusan kajian ini menyokong hasil kajian
Volberg (2003) di mana mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun ini akan
berjudi sekurangkurangnya sekali dalam seminggu.
Keputusan kajian juga menunjukkan 41 orang yang jarang bermain
judi, iaitu hanya beberapa kali dalam setahun. Jumlah ini lebih banyak
berbanding mereka yang kadang kadang berjudi iaitu beberapa kali dalam
sebulan hanya mencatatkan 17 orang sampel. Keadaan ini masih boleh
dianggap sebagai bersesuaian dengan keadaan budaya di Malaysia di mana
para belianya masih merasakan perjudian itu merupakan satu tingkah laku
yang negatif dan melanggar ajaran agama dan moral.
4.9 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
secara umum
Kajian ini mendapati wujud pengaruh kekerapan ke atas sikap terhadap
perjudian secara umum. Individu yang kerap bermain judi akan mempunyai
sikap yang positif terhadap perjudian kerana berasakan perjudian
memberikan keseronokan dan kadang kala keuntungan kepada diri mereka.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
49/62
Griffiths dan Wood (2004) menyatakan golongan remaja biasanya lebih
memikirkan jumlah ganjaran yang bakal mereka menangi berbanding
peluang mereka untuk memenangi ganjaran tersebut. Harapan untuk
memenangi ganjaran yang juga dipengaruhi oleh kemenangan yang pernah
mereka peroleh atau menerusi pembacaan daripada mana-mana sumber
media. Ini meningkatkan lagi kekerapan mereka untuk bermain judi. Ini sekali
gus akan membentuk sikap positif terhadap perjudian secara umumnya dan
secara tidak langsung akan menyebabkan wujudnya pejudi patologikal
secara perlahan-lahan.
4.10 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
loteri
Kassinove (1998) dalam kajiannya mendapati wujud sikap yang positif
terhadap perjudian loteri. Ini mungkin disebabkan penambahan bilangan
pusat penjualan loteri yang memudahkan pembelian dan juga keinginan
bertingkah laku adalah punca kepada sikap kongruen iaitu sikap positif
terhadap sesuatu perkara itu (Myers, 1993). Dalam kajian ke atas pelajar
UMS, didapati kekerapan berjudi memberi sumbangan 42% ke atas sikap
terhadap perjudian. Kekerapan untuk membeli tiket loteri secara berulang
kali ini mungkin disebabkan wujudnya pusat-pusat penjualan tiket loteri.
Tambahan pula, wujud juga penjual tiket loteri dari rumah ke rumah yang
biasanya ke kawasan kampung yang jauh dari pusat penjualan tiket. Maka
tidak hairanlah kekerapan berjudi dapat mempengaruhi sikap seseorang
terhadap perjudian, khususnya loteri. Ini kerana semakin kerap individu itu
bermain perjudian loteri ini, maka semakin positif sikap individu tersebut
terhadap perjudian loteri.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
50/62
4.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
kad
Kajian ini mendapati kekerapan berjudi juga mempengaruhi sikap terhadap
perjudian kad. Perjudian kad merupakan permainan yang boleh dimainkan
pada bila-bila masa sahaja berbanding perjudian loteri yang mempunyai
masa-masa tertentu bagi membuat cabutan tiket pemenang. Perjudian kad
biasanya berlaku semasa perayaan-perayaan besar seperti Tahun Baru Cina
dan perayaan Krismas. Namun pada waktu-waktu seperti ahli keluarga
berkumpul contohnya semasa harijadi ataupun semasa hari keluarga,
permainan perjudian kad ini sering digunakan sebagai hiburan dan juga
untuk mendapatkan keuntungan.
Walau bagaimanapun, perjudian ini hanya dimainkan sekiranya
perayaan atau aktiviti tersebut dirayakan. Namun ada juga individu yang
akan bermain permainan perjudian ini pada setiap minggu atau bulan. Kajian
Volberg (2003), mendapati mereka yang berumur 18 sehingga 19 tahun
merupakan kumpulan yang paling kerap bermain judi dalam masa sebulan
iaitu sebanyak 27.5% berbanding mereka yang berumur 20 sehingga 22
tahun dengan 24.7% sahaja. Boleh dilihat di sini golongan remaja lebih
gemar bermain perjudian kad kerana mereka tidak dibenarkan bermain
perjudian loteri.
Kekerapan mereka bermain perjudian kad berbanding perjudian lain
yang tidak dibenarkan menyebabkan sikap positif mereka terhadap perjudian
kad akan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Mungkin apabila umur
mereka meningkat, mereka dapat membiasakan diri dengan perjudian kad
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
51/62
dan mengganggap perjudian kad sebagai sesuatu yang normal biarpun
masyarakat memandangnya sebagai sesuatu yang salah di sisi agama dan
norma masyarakat.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
52/62
BAB 5
PENUTUP
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengutarakan rumusan daripada hasil kajian yang telah dilakukan
dan diperoleh daripada pengkaji. Di dalam bab ini juga, perbincangan
berkenaan implikasi, masalah yang dihadapi dan limitasi berkenaan kajian
dikemukakan. Selain itu, saranan kajian juga disertakan bagi pengkaji yang
berminat mengkaji lebih lanjut berkenaan sikap terhadap perjudian dalam
konteks masyarakat yang berbeza pula.
5.2 Rumusan kajian
Kesemua hipotesis yang dibentuk oleh pengkaji secara keseluruhannya boleh
diterima. Kesemua hasil kajian menunjukkan keputusan yang signifikan dan
keadaan ini sememangnya menyokong hipotesis yang dibentuk. Hipotesis
yang menyatakan terdapat perbezaan di antara golongan lelaki dan
perempuan dari segi sikap terhadap perjudian disokong dalam kajian ini.
Dapatan ini selari dengan dapatan kajiankajian lepas yang pernah
dikemukakan oleh para pengkaji yang mengatakan golongan lelaki
sememangnya bersikap positif terhadap perjudian berbanding golongan
perempuan. Namun, dari segi sikap terhadap perjudian kad, keputusan yang
tidak signifikan telah diperoleh. Keadaan ini mungkin disebabkan golongan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
53/62
lelaki dan perempuan di dalam kajian ini hanya berasakan perjudian kad
boleh dimainkan secara bersama tanpa wujud unsur pertaruhan dan hanya
untuk keseronokan sahaja berbanding perjudian loteri yang memerlukan
wang untuk sebarang pertaruhan.
Kajian ini dapat merumuskan yang masyarakat di institut pengajian
tinggi kini khususnya di kalangan belia melihat perjudian itu sebagai satu
permainan yang boleh diterima di dalam konteks masyarakat di Malaysia,
tidak kira sama ada individu tersebut perempuan mahupun lelaki. Namun
golongan lelaki sememangnya kumpulan yang telah dilabelkan sebagai
golongan yang gemar berjudi dan dapatan kajian ini dan kajian lepas
menyokong kenyataan ini. Merujuk kepada pendapatan ibu bapa atau isi
rumah secara keseluruhannya di dalam kajian ini, mereka yang mempunyai
ibu bapa yang berpendapatan isi rumah RM1001 dan ke atas mempunyai
sikap yang positif untuk bermain judi berbanding mereka yang mempunyai
keluarga yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah. Keadaan ini
menunjukkan pendapatan yang tinggi juga menggalakkan masyarakat untuk
berjudi dan situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor kepuasan dan
keseronokan diri.
Kemiskinan yang dialami oleh sesebuah keluarga itu sehingga
menjadikan perjudian sebagai medan untuk mengubah keadaan keluarga
tidak akan mampu memberhentikan tabiat atau sikap terhadap perjudian.
Hal ini kerana kemenangan akan menyebabkan keseronokan dan kepuasan
dalam diri seseorang seperti yang dikemukakan oleh Abraham Maslow dalam
Teori Hierarki Keperluan Maslow. Keadaan ini sebagai motivasi yang
diperoleh daripada kemenangan yang memuaskan kehendak fisiologi dan
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
54/62
seterusnya kepada penyempurnaan keperluan lain (Marof Redzuan dan
Haslinda Abdullah, 2003).
5.3 Implikasi kajian
Daripada kajian ini, dapat dilihat beberapa implikasi yang wujud. Salah
satunya adalah kajian ini telah menyedarkan kita sebagai masyarakat
bahawa faktor agama dan budaya tidak lagi menjadi alasan mengapa sikap
yang positif terhadap perjudian ini tidak berlaku dalam kalangan belia di
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Mungkin keadaan ini berlaku akibat
gerbang media terutamanya melalui laman laman web internet yang
semakin mudah untuk dimasuki oleh para pengguna pelbagai umur.
Pengusaha industri ini telah menjadikan internet sebagai produk pengiklanan
kepada pasaran perjudian mereka yang sememangnya tanpa had. Permainan
yang bercorak hiburan telah berjaya membawa seseorang individu itu untuk
lebih kerap bermain judi dalam apa jua jenis permainan. Walaupun kajian
yang dilakukan pengkaji hanya terhadap perjudian kad dan loteri sahaja,
informasi dan kaedah bermain mengenai perjudian permainan tersebut
begitu mudah diperoleh pada masa kini, apalagi sekiranya menggunakan
internet. Oleh itu, kajian ini serba sedikit dapat melihat situasi masa kini yang
mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap perjudian.
Selain itu, kajian ini juga telah dapat mengetengahkan kepada
masyarakat tahap kekerapan berjudi dalam kalangan belia terutamanya
golongan pelajar universiti. Biarpun masih di tahap yang jarang bermain,
namun tidak mustahil sekiranya mereka yang dikategorikan jarang bermain
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
55/62
akan berubah kepada tahap sering bermain pada masa akan datang. Budaya
perjudian ini akan semakin mudah menular sekiranya pada peringkat awalan
lagi masalah ini tidak disekat. Kajian ini diharap dapat menyedarkan semua
pihak, tentang penerimaan masyarakat terhadap perjudian masih pada tahap
sederhana dan masih boleh dikurangkan sebelum menimbulkan masalah lain
seperti pejudi patologikal dan masalah sosial. Oleh itu, kajian lanjutan harus
sentiasa dijalankan bagi mengetahui sikap masyarakat tempatan terhadap
perjudian.
Kajian ini juga dapat memperbanyakkan lagi usaha dalam mengkaji
aspek perjudian dari sudut psikologi seperti sikap dan tingkah laku. Dapatan
kajian ini diharap dapat membantu pengkajipengkaji akan datang untuk
mendapatkan sumber rujukan tambahan terutamanya mereka yang
mengaitkan aspek perjudian dalam psikologi.
5.4 Masalah kajian
Wujud beberapa masalah semasa pengkaji menjalankan kajian ini dan
seharusnya pengkaji lain yang mahu menjalankan kajian berkenaan aspek
perjudian dapat memperbaiki atau mencari penyelesaian awal sebelum
kajian dilakukan. Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji
adalah masalah alat kajian yang digunakan. Walaupun pengkaji mempunyai
alat kajian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, namun banyak
itemitem yang terpaksa diubah daripada item yang asal. Hal ini bertujuan
menyesuaikan item tersebut dengan konteks masyarakat tempatan dan bagi
memastikan alat kajian ini boleh digunakan dan difahami oleh subjek kajian.
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
56/62
Selain itu, item yang menyoal berkenaan pendapat umum masyarakat
terhadap perjudian juga tidak banyak dalam alat kajian asal. Tambahan pula,
persoalan yang ditimbulkan sememangnya lebih kepada masyarakat di
negara Barat dan ini menyukarkan pengkaji mengubah set soalan kepada
perspektif di negara Timur. Pengkaji bimbang pengubahsuain ini akan
mengganggu kebolehpercayaan dan keesahan alat kajian. Di samping itu,
banyak item yang hampir sama dalam setiap soalan menyebabkan subjek
kajian tidak memahami persoalan yang cuba diutarakan. Keadaan ini
memberi masalah kepada pengkaji pada peringkat awal namun melalui
perbincangan dengan pensyarah, keadaan ini telah dapat diatasi. Diharap,
pengkaji yang akan datang dapat memahami alat kajian dengan lebih jelas
dahulu sebelum menggunakannya dalam kajian sebenar.
Masalah lain yang wujud adalah dari segi kerjasama daripada subjek
kajian. Daripada 200 borang soal selidik yag diedarkan, hanya 155 borang
yang lengkap diisi sahaja diperoleh atau boleh dianalisa. Borang soal selidik
yang selebihnya sememangnya tidak boleh digunakan akibat beberapa
masalah yang timbul. Antara masalah tersebut adalah banyak bahagian yang
tidak diisi contohnya pada bahagian jantina dan pendapatan ibu bapa.
Kekosongan ruangan ini sememangnya menyukarkan kepada pengkaji
kerana bahagian itu diperlukan dalam menjawab hipotesis yang telah
dibentuk. Ada juga borang soal selidik yang tidak dikembalikan dan keadaan
ini menyebabkan harapan untuk mendapatkan 200 borang soal selidik yang
telah siap disi tidak tercapai dalam kajian ini.
5.5 Limitasi kajian
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
57/62
Di dalam bahagian, terdapat beberapa limitasi kajian yang wujud. Dari segi
alat kajian, kebanyakkan alat kajian yang diperoleh pengkaji adalah lebih
kepada perspektif masyarakat Barat contohnya Gambling Attitude Survey
yang dibentuk oleh Kassinove. Kekurangan alat kajian berkenaan sikap
terhadap perjudian ini dalam konteks tempatan sememangnya menjadi
limitasi dalam menjalankan kajian sebegini.
Selain itu, kajian ini juga tidak dapat mengkaji kesan judi ke atas
masalah sosial seperti mencuri, pengambilan alkohol dan dadah, dan
masalah sosial yang lain. Kajian ini hanya dapat melihat kekerapan berjudi
seseorang itu sahaja. Pengkaji yang ingin membuat kajian berkenaan aspek
perjudian di masa akan datang seharusnya menumpukan kaitan masalah
sosial dengan perjudian. Perkaitan ini akan dapat membantu mengenal pasti
mengapa sesetengah pejudi itu kerap melakukan kesalahan sosial.
Kajian ini juga tidak dapat mengkaji aktiviti perjudian yang lain seperti
perjudian di kasino, lumba kuda, kad gores dan menang dan sebagainya.
Kajian ini hanya mengkaji dua aktiviti perjudian yang sering dimainkan
seperti perjudian loteri dan kad sahaja. Limitasi ini dipengaruhi oleh kawasan
kajian dan pengetahuan berkenaan perjudian kerana selain perjudian loteri
dan kad, perjudian yang lain kebanyakkan dimainkan oleh golongan awal
dewasa berbanding remaja. Pengkaji akan datang seharusnya
memperluaskan lagi kajian mereka dalam perjudian ini kerana banyak
terdapat banyak jenis perjudian masa kini yanng boleh dikaji.
Selain itu, pemilihan tempat kajian yang hanya fokus kepada subjek di
kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja adalah limitasi
-
8/9/2019 sikap terhadap perjudian
58/62
dalam kajian ini juga. Pemilihan UMS sebagai lokasi kajian sahaja sebenarnya
tidak mencukupi bagi menilai tahap sikap remaja di Malaysia terhadap
perjudian. Kajian ini juga tidak dapat di jalankan ke atas remaja dari kalangan
pelajar bukan IPTA iaitu golongan remaja yang mengganggur ataupun
bekerja. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai risiko tinggi
untuk menjadi pejudi patologikal kerana mereka lebih terdedah kepada
aktiviti perjudian berbanding golongan remaja yang berpendidikan.
5.6 Saranan kajian
Pengkaji menyarankan kepada pengkaji l