SIARAN MEDIA
Tandas Bersih Rakyat Selesa
Kuala Terengganu, 19 November 2015 - Sambutan Hari Tandas Sedunia 2015
yang bertemakan Tandas Bersih Rakyat Selesa dilancarkan secara bersama
oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu dan YB Menteri Kesejahteraan
Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini.
2. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memilih tema Tandas
Bersih Rakyat Selesa yang didefinasikan sebagai memenuhi ekspektasi
pelanggan di samping mengubah persekitaran perbandaran kepada yang lebih
bersih ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) yang sedang dilaksanakan oleh KPKT. Tarikh 19 November ini adalah
tarikh yang disarankan oleh World Toilet Organization (WTO) dan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Sambutan Hari Tandas Sedunia.
3. Matlamat KPKT adalah untuk mewujudkan kesemua tandas-tandas awam
di kawasan PBT ke taraf 3 bintang ke atas menjelang tahun 2020. Kini 56.2%
daripada tandas PBT adalah berstatus 3 bintang ke atas. Ini diukur dari
peningkatan tahap kebersihan tandas dari tahun ke tahun semenjak program
kebersihan tandas ini dimulakan oleh KPKT.
4. Selain daripada itu, Sambutan Hari Tandas 2015 ini bertujuan : –
Fail : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.45 (69)
Tarikh : 19 November 2015
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- meningkatkan kesedaran mengenai isu sanitasi dan kebersihan – termasuk
promosi kebersihan diri, perkhidmatan kebersihan yang Sanitation for all atau
Kebersihan untuk semua.
- menggalakkan semua pihak yang berkepentingan, termasuk perjuang hak
manusia dan badan-badan bukan kerajaan, untuk mempromosi dan
menggalakkan perubahan tingkah laku agar menggunakan tandas secara
beretika dengan memberi penekanan kepada Fikirkan Pengguna Seterusnya.
5. KPKT telah menjalankan pelbagai program tandas bersih seperti berikut: -
• menjalankan audit kebersihan tandas awam di kawasan-kawasan PBT
bertujuan memantau tahap kebersihan tandas awam di Malaysia
• mewujudkan Pelan Tindakan Tandas Bersih Kebangsaan bekerjasama
dengan semua Kementerian yang terlibat
• Mewujudkan Manual Pembersihan tandas Awam bagi kegunaan PBT
• Memperkenalkan Anugerah Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia scara
tahunan
• Menyediakan peruntukan yang besar untuk menaiktaraf taraf tandas-
tandas awam di PBT, sebagai contoh sejumlah hampir 50 juta
diperuntukkan bagi tahun 2014 dan 2015, serta
• Mempergiatkan promosi kesedaran mengenai kebersihan tandas awam di
seluruh negara
6. KPKT juga memberikan kerjasama dengan lain-lain Kementerian
antaranya adalah Kementerian Pelancongan (KPL) bagi melaksanakan projek di
bawah 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC).
• Bagi mengadaptasi Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategi –
NBOS) seperti yang disarankan oleh Kerajaan, KPKT dan beberapa
agensi lain seperti Kementerian Pelancungan, Unit Kerjasama Awam dan
Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia akan berganding bahu
menerajui NBOS Initiative 7 – Voluntourism. Bagi maksud ini, KPKT akan
melaksanakan Program Tandas Bersih dengan menggunakan template
NBOS10 - My Beautiful Malaysia seperti yang sedang dilaksanakan oleh
KPKT.
• Program ini akan dilaksanakan secara gotong-royong bakal melibatkan
pelbagai pihak berkepentingan, diharapkan dengan komitmen yang tinggi
bagi mencapai objektif mewujudkan tandas awam yang mesra rakyat di
samping meningkatkan pendapatan masyarakat setempat di luar bandar
dapat dicapai.
7. Pelbagai aktiviti diadakan sempena SHTS 2015 ini antaranya ialah:
• Seminar Sehari mengenai Kebersihan Tandas pada 18 November 2015,
sehari sebelum Hari Pelancaran. Para pembentang kertas terdiri daripada
YBhg. Dato’ Seri Asiah, Profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
QRAM – Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan PLUS Berhad.
• Di majlis pelancaran diadakan gerai pameran yang memperagakan
barangan dan peralatan yang berkaitan dengan kebersihan,
persembahan kebudayaan oleh Badan Kebudayaan dan banyak lagi
acara yang menarik disediakan.
8. Terengganu dipilih sebagai lokasi sambutan kali ini atas komitmen Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) yang dipamerkan oleh MBKT dan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang sangat tinggi dan luar biasa
dalam mewujudkan tandas awam bersih.
9. Majlis pelancaran pada pagi ini diserikan dengan kehadiran Datuk-Datuk
Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan, wakil agensi kerajaan,
badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan wakil syarikat kontraktor
pembersihan awam, IPTA serta pelajar-pelajar sekolah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahman Dahlan. Di bawah Kementerian ini terdapat 9 Jabatan
iaitu Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Lanskap Negara, Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Institut Latihan KPKT.
Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Telefon : 03-8891 5555
Faks : 03-8891 5557
E-mel : [email protected]