Transcript

SET INDUKSI RBT TAHUN 4

SET INDUKSI RBT TAHUN 4

MATA PELAJARANReka Bentuk dan Teknologi

Kelas4 Gemilang

Masa8.00 pagi-9.00 pagi (1 jam)

Bil. Murid30 orang

TAJUK

3.0 REKA BENTUK

STANDARD KANDUNGAN

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

STANDARD PEMBELAJARAN (Kod sahaja)

3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan masalah menyebabkan bongkah ais mudah cair dengan betul.2. Mengumpul maklumat bagi mengatasi masalah bongkah ais cepat cair dengan betul dan sistematik.3. Menghasilkan lakaran penjanaan idea projek eksperimental penebat haba bongkah ais. 4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental penebat haba bongkah ais.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)1. Ketulan ais2. Kad gambar/ kad imbasan3. Kertas lakaran

LANGKAH/ MASAISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

AKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Set Induksi( 5 minit )Mengenalpasti masalah

Guru meletakkan seketul ais yang berada dalam bekas di atasmeja..

Guru bersoaljawab dengan murid

Soalan:Apakah yang anda dapat perhatikan di hadapan kelas?

Gurumenunjukkan gambar situasi aiskrim sedang mencair di bawah sinaran sang matahari yang sedang tersenyum nakal.

Soalan:Apakah yang sedang terjadi kepada ais krim ini?

Soalan:Kenapakah ais krim itu mencair?

Soalan:Apakah pula perubahan fizikal yang akan berlaku kepada ketulan ais di hadapan kamu ini pada suhu bilik?

Soalan:Sekiranya tidak mahu ketulan ais ini mencair, apakah yang perlu dilakukan?

Murid diminta memerhatikan ais tersebut

Jawapan:Kiub/ bongkah ais

Jawapan:Ais krim menjadi cair

Jawapan:Ais krim mencair kerana suhu matahari yang panas.

Jawapan:Ketulan ais semakin lama semakin mencair.

Jawapan:Simpan di dalam peti sejuk/ simpan di dalam bekas ais (polisterina)/ bungkus dengan plastik.Kaedah P&P:Bersoaljawab

BBM:Ketulan ais, Kad gambar/ kad imbasan

Kemahiran:Memerhati, mengumpul maklumat


Top Related