Transcript

SENAMAN MENYIHATKAN BADANBadan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyakmembawamanfaat kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman.Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu,badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit. Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Selain itu, dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit seperti sakit jantung,obesiti dan banyak lagi.Jika kita tidak bersenam,kolestrol kita semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak. Oleh itu, kita perlu bersenam bagi menjamin kesihatan kita.Di samping bersenam, langkah-langkah keselamatan perlu kita utamakan. Kita perlu melakukan senaman dengan cara yang betul agar senaman yang kita lakukan tidak mendatangkan bahaya kepada kita.Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak akan terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak,merayau-rayau tanpa tujuan dan banyak lagi.Kesimpulannya,aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata pepatah melentur biarlah dari rebungnya.


Top Related