Download - Semantik BMM 3111
Prof Madya Dr. Arba’ie bin SujudFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
BBM 3103 :
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Apr 10, 2023 1
Sistem Penilaian
• Kertas Kerja Individu - 30 %• Pep Pertengahan Sem - 30 %• Pep Akhir Sem. - 40 %• Jumlah 100
%
Apr 10, 2023 2
Pensyarah/Pengajar
• Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (Prof Madya Dr)• Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK• Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM• Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar)• Email : [email protected]• No Tel Pejabat : 03-89468662• (HP) : 013-3641145
Apr 10, 2023 3
Rujukan Kursus
• Buku Rujukan : Arba’ie Sujud (2010). Apresiasi Bahasa: Interpretasi
& Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd. Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.
Jakarta: PT. Gramedia.
Apr 10, 2023 4
Skop Perbincangan
• Pengenalan Kursus• Penilaian / Pemberatan• Rangka/ PerincianTugasan• Agihan Kandungan Kursus.
Apr 10, 2023 5
Pengenalan Kursus BBM 3103
• Kursus Elektif Pengkhususan untuk Program BA (Bahasa dan Linguistik)
• Keperluan/Pra Syarat - Tiada• Sinopsis Kursus :• Tujuan Kursus : Memberikan pengetahuan yang
mendalam tentang penggunaan bahasa dalam teks kesusasteraan yang membawa makna eksplisit dan implisit, dan memupuk penghayatan terhadap kesusasteraan.
• Kredit : 3 (3 + 0).
Apr 10, 2023 6
Kertas Kerja Individu• Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu
kertas kerja.• Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.• Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa
persetujuan pengendali kursus.• Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat
gambaran terhadap skop tugasan yang diberikan.
• Pemberatan markah adalah 30 %.
Apr 10, 2023 7
Peraturan Umum• Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga
bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan).
• Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah. • Penghantaran KK - Melalui pusat pembelajaran
dan dialamatkan ke UPMHOLDINGS.• Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu
kesepuluh atau empat minggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
• Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah.
Apr 10, 2023 8
Format Penaipan
• Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih.
• Jarak taipan dua langkau.• Kepanjangan. 12– 16 halaman tidak
termasuk bibliografi.• Saiz huruf 12 • Jenis Times New Roman atau Arial .
Apr 10, 2023 9
Esei Ilmiah
• Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan keatas tajuk tidak dibenarkan.
• Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan• Bibliografi
Apr 10, 2023 10
Pendahuluan
• Pengertian dan konsep bagi tajuk yng dibincangkan.
• Objektif Kajian.• Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.• Pendahuluan 1-3 halaman.
Apr 10, 2023 11
Isi dan Perbincangan
• Berkaitan dengan skop atau batasan kajian yang dinyatakan dalam pendahuluan.
• Gunakan bahan atau teks untuk tujuan menganalisis.
Apr 10, 2023 12
Rumusan Kesimpulan
• Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja• Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.• Dapatan kajian yang diperoleh.• Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif
kertas kerja.
Apr 10, 2023 13
Bibliografi• A. Wahab Ali. 2000. Kritikan Estetika Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
• Hamka. (1985). Keadilan Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: PenerbitanPustaka Antara.
• Kemala. 1995. “Usman Awang: Dasar Estetika dan Keakrabannya dengan Puisi Tradisi Melayu”. Dewan Sastera. Jld.25.5, hal. 80-87.
• Mana Sikana.1996. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
• Milner, Andrew.1996. Literature, Culture and Society. New York: New York University Press.
• Umar Junus.1986. Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apr 10, 2023 14
Skop Bersemuka 1 / Modul
• Pengenalan• Unit 1
• Klasissme dan Retorik• Romantisisme dan Seni Bahasa• Realisme dan Seni Bahasa
• Unit 2• Gaya Bahasa Fungsional dan Gaya Bahasa
Sastera• Stilistik dan Seni Sastera• Pengucapan Seni Bahasa Satira
Apr 10, 2023 15
Perincian Skop Bersemuka
• Sumber Rujukan : (Tambahan Unit 1A)Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi
• Bab 1 : Bahasa dan Manusia• Bab 2 : Stilistika dalam Kajian Sastera• Bab 3 : Bahasa Sastera
Apr 10, 2023 16
Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu - Pengenalan
• Tumpuan Bidang –• Bahasa atau Sastera?
• Apa itu Bahasa?• Apa kata sarjana?
• Apa itu SASTERA?• Apa yang dapat anda fahami?
Apr 10, 2023 17
‘SASTERA’ dari sudut Bahasa
• S – Seni Bahasa • A - Akaliah.• S - Sensitiviti• T - Tersurat dan Tersirat • E – Estetika• R - Realiti• A - Alternatif / Pelepasan Minda
Apr 10, 2023 18
Hubungan Bahasa dan Sastera
• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)• Fonologi • Morfologi• Sintaksis• Semantik
• Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu• Tradisional dan moden• Prosa dan Puisi• Aliran dan Pemikiran
Apr 10, 2023 19
04/10/23 20
BAHASA DAN SASTERA
FOKUS
– Pengajaran Bahasa – SISTEM BAHASA
– Penggunaan bahan Sastera – SENI BAHASA
Apr 10, 2023 21
SISTEM BAHASA• Tatabahasa
– Morfologi • penggolongan kata
– KN, KK, KA
• Pembentukan kata– Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan, pengimbuhan
• Struktur kata– Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku kata
Apr 10, 2023 22
Sintaksis
• Frasa• Klausa• Pola ayat
– FN + FN– FN + FK– FN + FA– FN + FS
• Jenis ayat – Ayat Penyata– Ayat tanya– Ayat Perintah– Ayat seruan
Apr 10, 2023 23
• Bentuk ayat– Ayat tunggal– Ayat majmuk
• Ragam ayat– Ayat pasif– Ayat aktif
Apr 10, 2023 24
• Sistem Ejaan– Pola keselarasan vokal– Ejaan kata pinjaman
• Sebutan dan Intonasi• Kosa Kata
– sinonim– antonim
Apr 10, 2023 25
PERIBAHASA
• Simpulan bahasa• Perumpamaan• Pepatah• Bidalan• Perbilangan• Lidah pendita• Tamsil• IbaratApr 10, 2023 26
Peluasan
• Untuk tujuan pengayaan bahasa dan penilaian bahasa dari sudut makna dan taraf peribahasa dapat berfungsi sebagai SENI BAHASA .
• Penekanan bercirikan komponen dalam disiplin bahasa yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
Apr 10, 2023 27
Seni Bahasa
• Penggunaan pelbagai ragam bahasa sastera yang melibatkan aspek unsur estetika berbahasa.
• Ragam bahasa sastera.
Apr 10, 2023 28
Aplikasi Bahasa Terhadap Teks Sastera
• Sistem Bahasa – Peraturan Bahasa yang melibatkan struktur linguistik.
• Seni Bahasa- Keindahan bahasa yang penggunaannya bertujuan tertentu.
Apr 10, 2023 29
Contoh Bahan
Batang kelapa itu tumbang melintang arus. Pucuknya tersembam di tebing seberang. Patah. Terkobak kulit muda, berkecai umbut-umbut, berlipatan-lipatan mayang-mayang. Dan buah-buah-buah – tak kira tua tak kira dara – terpelanting berselerak bersepah.
Di bawahnya terhampar arus keruh yang deras mengalir mengiringi sampah-sampah busuk, lumut-lumut berselut, bangkai kembung berumutan ulat, tin-tin kosong berkarat dan maut.
Apr 10, 2023 30
Kenal pasti Objektif
• Mengenal pasti jenis kata ganda dalam ayat.• Menyenaraikan kata kerja yang terdapat
dalam petikan.• Membincangkan penggolongan kata yang
terdapat dalam petikan.• Menjelaskan nilai atau pengajaran yang
dapat dikenal pasti dalam petikan yang diberikan.
Apr 10, 2023 31
Penetapan Kemahiran Bahasa / Aspek Bahasa
• Kemahiran bahasa– Kemahiran lisan– Kemahiran membaca– Kemahiran menulis
Apr 10, 2023 32
Aspek Bahasa
• Sistem bahasa– Kata ganda– Kata kerja– Penggolongan kata– Sintaksis– Perbendaharaan kata
Apr 10, 2023 33
• Seni bahasa– Unsur perorangan / persenofikasi
• Nilai emotif / pengajaran / estetik– Sampah-sampah busuk– Lumut-lumut berselut
• Apresiasi bahasa– Cipta puisi / sajak– Slogan
Apr 10, 2023 34
Aspek Bahasa
• Sistem bahasa– Kata ganti nama diri– Penulisan kata singkatan– Fungsi kata– Perbendaharaan kata
Apr 10, 2023 35
• Seni bahasa– Unsur penegasan– Unsur perulangan– Kontradiksi
• Nilai emotif / pengajaran / estetik– Sebab dan akibat– Ciri-ciri pahlawan
• Apresiasi bahasa– Cipta prosa– memprosakan
Apr 10, 2023 36
Aplikasi Bahasa dalam Sastera
• Apa aplikasi bahasa yang akan diberikan tumpuan?
• Tetapkan sama Sistem Bahasa atau Seni Bahasa?
• Kenal pasti bahan sastera yang di dalamnya mengandungi aspek bahasa yang akan dikaji sama sistem bahasa atau seni bahasa?
• Analisis – huraian / sebab dan tujuaan penggunaan
Apr 10, 2023 37
Contoh
• Aspek Bahasa – Sistem Bahasa / Kajian Ayat• Objektif Kajian
– Mengenal pasti penggunaan ayat yang terdapat dalam lirik lagu kanak-kanak.
• Batasan Kajian– Penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk
• Bahan Kajian– 20 lirik lagu kanak-kanak dalam koleksi Adikku
sayangApr 10, 2023 38
Analisis
• Kenal pasti – Konsep ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan pandangan sarjana.
• Kenal pasti contoh ayat tunggal yang terdapat dalam lirik lagu yang dikaji.
• Buat huraian dan analisis tentang pola ayat tunggal.
Apr 10, 2023 39
Kedudukan Bahasa dalam Sastera
• Bahasa juga merupakan suatu seni.• Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,
bersistem dan memiliki nilai keindahan. • Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni
bahasa yang indah’.
Penulis & Bahasa?
• Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)
Bahasa teks Sastera
• Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka.
• Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian.
• Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.
Analisis Bahasa
• Suasana tegang/ situasi berkonflik.• Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)
– Ayat yang digunakan pendek.– Ayat tunggal (satu S+P)
1. “Bagi abang / peluang”
2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”“Beri abang peluang”“Peluang apa lagi”“Tolong Mah. Abang terpaksa”.“Abang tak ada pilihan”“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”“Tak ada beban batu digalas”
Kenapa?
• Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”
Morfologi
• Perulangan kata– Tak sangka– Peluang– Tak ada pilihan
• Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”“Beri abang peluang”“Peluang apa lagi”“Tolong Mah. Abang terpaksa”.“Abang tak ada pilihan”“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”“Tak ada beban batu digalas”
Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera (Unit 2)
• Pendekatan Stilistik• Pendekatan Analisis Wacana• Teori Semiotik
Apr 10, 2023 48
Pendekatan Stilistik
• Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa.
• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera
• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik.
Apr 10, 2023 49
Prinsip Stilistik• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar
sastera – aspek bahasa• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya
keperibadian penulis.• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan
yang merentas disiplin linguistik• Membantu memahami makna yang sukar• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan
karya• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan
penghargaan pembaca. Apr 10, 2023 50
Penyimpangan dalam Stilistik
• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim.
• Apa – morfologi, sentaksis• Kenapa ?
– estetik– tujuan pemikiran– Maksud atau makna
Apr 10, 2023 51
Pendekatan Analisis Wacana
• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran.
• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan.
• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan.
• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi.
Apr 10, 2023 52
Teori Semiotik
• Kajian yang melihat karya mempunyai sistem tersendiri.
• Kajian tentang sistem tanda dan kod.• Bentuk tanda dalam teori semiotik
– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat
– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan alamiah
– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan bersifat arbitrari.
Apr 10, 2023 53
Bahasa dan Batas Makna
• Manusia menggunakan bahasa untuk :– menyatakan maksud,– menjelaskan sesuatu, – mewujudkan kemesraan, – mendapatkan kepastian dan– membuat keputusan. Dalam hal ini,
Apr 10, 2023 54
Penentuan Makna
• Tidak semua perkara sama diterima.• Faktor perbezaan makna lambang bahasa.• Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’.• Memahami maksud yang diterima melalui
isyarat bahasa.
Apr 10, 2023 55
Faktor Pemahaman
• Antaranya dipengaruhi oleh :– intonasi, – aliran fikiran, – pemilihan diksi, – presepsi dan tanggapan, – hubungan.
Apr 10, 2023 56
Analisis Tafsiran 1
• Dialog 1 : [Bagusnya anak emak! Lain kali panjat lagi tinggi ye. Kalau kurang tinggi nanti mak ambikkan tangga!]
• Tanggapan Makna: Dua situasi– Sindiran atau tegahan– Suruhan
Apr 10, 2023 57
Analisis Tafsiran 2
• Dialog 2: [Emak tu, lepas makan, tidur!. Terlentang. Perut selambak macam perut lembu kena sembelih. Kita je yang kesian kat dia, dia buat tak pada je!]
• Dialog 3 : [Emak tu lebih kurang macam adik je. Selagi tak dibelikan, asyik tanya je. Lain kali tak payah cakap-cakap, belikan je]
• Apr 10, 2023 58
Tafsiran
• Maksud perbandingan – Situasi sama tara antara dialog 2 dan dialog 3.
• Namun tafsiran boleh berbeza :– Penghinaan / penyamatarafan status.– Makna boleh lebih daripada satu bergantung
tafsiran.– Bahasa mempunyai kuasa.
Apr 10, 2023 59
04/10/23 60
Kuliah 4A. Bahasa Sastera
Prof. Madya Dr Arba’ie Sujud
Justifikasi
• Memahami ciri-ciri bahasa sastera akan membantu untuk mendekati eleman seni bahasa.
• Bahasa sastera bersifat tersendiri dan unik.• Keunikan ini yang menjadikan karya sastera
kaya dengan bahasa, indah dengan makna dan subur dengan interpretasi.
Apr 10, 2023 61
04/10/23 62
Laras Bahasa Sastera
• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan.
• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas.
• Bahasa sastera bersifat emotif
Konsep Emotif
• Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai– Sayang– Suka– Duka– Benci
• Diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat mahupun wacana.
Apr 10, 2023 63
Contoh
• Emotif sedih– “…Adik. Jangan menangis. Sama sekali jangan
menangis. Itulah satu-satunya permintaan abang yang besar. Beratnya memang berat. Bapa pulang tahun lalu. Kalau ditakdirkan Allah, ibu juga ingin ikut jejak bapa, lepaskan.”
» (Cerpen SN Shahnon Ahmad“Kalau ibu Sampai Takah Tiga”
Apr 10, 2023 64
04/10/23 65
Ciri LB Sastera• Bersifat Imaginatif dan Figuratif• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat
melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya.
• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan • Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna
daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran.
04/10/23 66
Menggunakan Bahasa Hiasan
• Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut.
• Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.• Tujuan lain penggunaan :
– Sebagai hiasan karya – Penyeri jalan terhadap isi cerita. – Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,
hambar atau menjemukan. • Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,
peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.
04/10/23 67
Perlukisan Gambaran yang Jelas
• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.
• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut:
• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.
04/10/23 68
Penggunaan Bahasa Baku
• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya.
• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian.
• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat.
• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni:– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa
dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.
04/10/23 69
Bernada Puitis
• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa yang puitis dan indah.
• Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan.
• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.
04/10/23 70
Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi ( Kekasih )
KAMI mengunjungi pusara bunda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
04/10/23 71
Pemilihan Diksi Berkesan
• Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan.
• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.
• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.
04/10/23 72
Bersifat Komunikatif• Bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan
penulis dengan pembaca. • Penglahiran idea dan plot cerita yang
disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang.
• Mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembacan melalui plot penceritaan.
04/10/23 73
Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)
• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan.
• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.
• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang.
• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi.
04/10/23 74
Bersifat Stilistik
• Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca.
• Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya.
• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya.
• Pemilihan kata / diksi yang berkesan. • Contohnya, penggunaan perkataan merdu
yang menekankan kepada cita rasa telinga.
04/10/23 75
Bersifat Simbolik• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan
kepada sesuatu benda. • Simbol bersifat individu, konvensional dan ada
juga yang berunsur sejagat. • Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis
manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan
secara lebih serius bagi menunjukkan maksud
04/10/23 76
Unsur-Unsur Bahasa LS
• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif.
• Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.
• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain.
• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :-
04/10/23 77
Unsur Perbandingan
• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut :
• Unsur Personifikasi– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia
daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.
– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah,
• Angin yang meraung ….• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….• Kasih yang bersayap ….
04/10/23 78
Unsur Hiperbola
• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.
• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah.
• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca.
• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:-– Pijak semutpun tidak mati ….– Hajat hati hendak memeluk gunung ….
04/10/23 79
Unsur Simile• Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya
sastera. • Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain
yang hampir sama. • Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai
kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. • Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk
menanggapi maksud pengarang.• Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan
sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. • Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
– Pipinya laksana pauh dilayang ….– Betisnya bagai bunting padi ….– Giginya seperti mutiara ….
04/10/23 80
Unsur Metafora• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras
sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile.
• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.
• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh:– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….– Perasaannya api yang menyala ….– Kata adalah pedang tajam
04/10/23 81
Unsur Analogi• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara
atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.
• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara.
• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zaman
• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia.
04/10/23 82
Unsur-unsur Sindiran• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif
seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya.
• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu.
• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus.
• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-
04/10/23 83
Unsur Ironi• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai
makna yang tajam. • Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang
disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya.
• Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya.
• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.
Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai.
04/10/23 84
Unsur Sarkastik• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali
akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut.
• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.
• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….– Nyah kamu dari rumah aku….
04/10/23 85
Unsur Sinisme
• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.
• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi.
• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya:– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..
04/10/23 86
Unsur-unsur Penegasan• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap
kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. • Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang
beberapa kali. • Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,
ayat atau seumpamanya.• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah
seperti berikut;-
04/10/23 87
Unsur Repetisi
• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai
estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. • Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan.
• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga
berjaya….– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..
04/10/23 88
Unsur Klimaks
• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan.
• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa.
• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks,
• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis …..
04/10/23 89
Unsur Antiklimaks• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks. • Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya
menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. • Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada
yang kurang utama atau kurang penting. Cth:– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah.
04/10/23 90
Unsur-unsur Pertentangan• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan
wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut.
• Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan.
• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu:
04/10/23 91
Unsur Paradoks• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata
dalam ayat. • Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada.
• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth:– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala
Lumpur…– Aku kesepian di tengah keramaian….
04/10/23 92
Unsur Antitesis• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang
menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:– Kecantikannya yang mencelakakannya….– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi
bahasanya yang baik…,– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….
04/10/23 93
Unsur Kontradiksi• Unsur yang bertentangan dengan apa yang
telah dinyatakan sebelumnya. • Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth:– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin…
04/10/23 94
Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera
• Pendekatan Stilistik• Pendekatan Analisis Wacana• Teori Semiotik(Buku : Apresiasi Bahasa : Interpretasi dan
Ekspresi)
04/10/23 95
Pendekatan Stilistik
• Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa.
• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera
• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik.
04/10/23 96
Prinsip Stilistik• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar sastera
– aspek bahasa• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian
penulis.• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan
yang merentas disiplin linguistik• Membantu memahami makna yang sukar• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan
karya• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan
penghargaan pembaca.
04/10/23 97
Penyimpangan dalam Stilistik
• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim.
• Apa – morfologi, sentaksis• Kenapa ?
– estetik– tujuan pemikiran– Maksud atau makna
04/10/23 98
Pendekatan Analisis Wacana
• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran.
• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan.
• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan.
• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi.
04/10/23 99
Teori Semiotik• Kajian yang melihat karya mempunyai sistem
tersendiri.• Kajian tentang sistem tanda dan kod.• Bentuk tanda dalam teori semiotik
– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan
alamiah– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan
bersifat arbitrari.
Terima kasih
04/10/23 100
Pep. Pertengahan Sem• Pemberatan – 30 %• Skop –
– Unit 1A & Unit 2- Modul BBM 3103– Nota Bersemuka Pertama– Nota-nota Kuliah 1- kuliah 5
• Format -Objektif dan Subjektif (Struktur)• Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %)• Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %)
Apr 10, 2023 101
Contoh Format Subjektif1. Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif
imaginatif. I. II.______________________________________________________III______________________________________________________
(3 markah)
2. Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya kreatif imaginatif? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.( 2 markah)
Apr 10, 2023 102
Contoh Format Bahasa dalam konteks karya kreatif digunakan untuk
tujuan : I. menyampaikan ideaII. komunikasi dua halaIII. mentafsir lambangIV. Berimaginasi
A. Semua di atasB. I, II dan III sahajaC. I dan II sahajaD. IV sahaja
Apr 10, 2023 103
Sekian, terima kasihManusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle)
Apr 10, 2023 104