MANUAL PENGGUNA
ONLINE APPLICATION
VERSI 2.0
SEMAKAN PERMOHONAN
(DIPLOMA)
Disediakan Oleh: -
Seksyen Teknologi Maklumat (IT)
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
2
Isi Kandungan
1.0 Semakan Status Permohonan ........................................................................................................... 3
1.1 Penerimaan Tawaran .................................................................................................................... 8
1.2 Pendaftaran Dalam Talian (Online) ............................................................................................. 15
3
1.0 Semakan Status Permohonan
1. Pada bahagian ini, pemohon akan mendapat notifikasi email daripada pihak
UMCCed yang menyatakan bahawa kelulusan permohonan telah berjaya
seperti dalam Rajah 1di bawah: -
Rajah 1: Notifikasi Email Status Permohonan
2. Kemudian, pemohon dikehendaki membuka laman web ‘online application’ dan
log masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Passport
serta kata laluan pemohon seperti Rajah 2 di bawah: -
Rajah 2: Log Masuk di skrin utama ‘Online Application’
4
NOTA: -
Sekiranya pemohon lupa kata laluan, pemohon dikehendaki klik pada pautan
biru ‘Click Here’ sebaris perkataan ‘Forgot your password?’ di bawah butang
‘Login’.
Skrin ‘Forgot Password’ akan terpapar seperti di bawah: -
Pemohon dikehendaki memasukkan Email dan Nombor Kad Pengenalan/Passport
dan klik butang ‘Submit’.
Pemohon akan menerima notifikasi email untuk memasukkan kata laluan
sementara yang diberikan.
3. Skrin utama pemohon akan terpapar seperti Rajah 3 di bawah: -
Rajah 3: Skrin utama pemohon
5
4. Klik pada butang dan Popup skrin Maklumat Terkini akan terpapar
secara automatik seperti Rajah 4 dibawah:-
Rajah 4: Popup Maklumat Pendaftaran
5. Klik butang ‘Tutup’ untuk menutup paparan popup ini.
6. Butang ini juga akan memaparkan
popup skrin Maklumat Pendaftaran Terkini.
6
7. Kemudian, skrin semakan status permohonan akan terpapar seperti Rajah 5 di
bawah: -
Rajah 5: Skrin Semakan Status Permohonan
5. Klik pada butang untuk
mendapatkan Surat Tawaran Bersyarat (mengikut lokasi pengajian) seperti dalam
Rajah 6 di bawah:-
7
Rajah 6: Contoh Surat Tawaran Bersyarat (Lokasi UMKL)
8
1.1 Penerimaan Tawaran
1. Pemohon dikehendaki membuka laman web ‘online application’ dan log
masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Passport
serta kata laluan pemohon seperti Rajah 2.
2. Klik pada butang dan skrin semakan status permohonan akan
terpapar seperti Rajah 5.
3. Klik pada butang untuk mendapatkan jawapan
calon sama ada menerima tawaran atau menolak dan paparan skrin akan
terpapar seperti dalam Rajah 7 di bawah:-
Rajah 7: Skrin Penerimaan Tawaran
4. Klik pada ‘Langkah 1’, penerangan mengenai pembayaran yuran pengajian
akan dipaparkan dan sekiranya calon ingin memuat turun maklumat yuran
pengajian, calon boleh klik pada pautan biru ‘Maklumat Yuran Pengajian’
seperti dalam Rajah 8 di bawah: -
9
Rajah 8: Maklumat Yuran Pengajian
5. Selain itu, pemohon dikehendaki menyediakan gambar untuk tujuan
penggunaan Kad Matrik Pelajar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
6. Pemohon dikehendaki klik pada pautan biru ‘DI SINI’ untuk mendapatkan
spesifikasi gambar yang ditetapkan.
7. Klik pada ‘Langkah 2’ pula, calon diberi pilihan sama ada ingin mengesahkan
tawaran atau menolak tawaran tersebut seperti dalam Rajah 9 di bawah: -
Rajah 9: Pengesahan Penerimaan Tawaran
10
8. Sekiranya, calon klik pada butang ‘TERIMA’, calon dikehendaki mengisi bukti
bayaran pengesahan penerimaan terlebih dahulu pada ruangan yang
disediakan dan klik pada butang ‘Hantar Bukti Pembayaran’ seperti dalam
Rajah 10 di bawah: -
Rajah 10: Bukti Bayaran Pengesahan Penerimaan
9. Berdasarkan Rajah 10 di atas, pada bahagian A calon dikehendaki mengisi
bukti pembayaran pengesahan penerimaan pada ruangan bertanda (*) dan
memuat naik lampiran bukti bayaran.
10. Klik pada butang ‘Hantar Bukti Bayaran’, Bahagian B akan terpapar seperti
Rajah 11 di bawah: -
11
Rajah 11: Bukti Bayaran Pengesahan Penerimaan
11. Pada bahagian B, calon dikehendaki memuat naik gambar bagi tujuan
penyediaan kad matrik pelajar. Klik pada butang ‘Muat naik’, maklumat
peribadi akan terpapar dan seterusnya calon dikehendaki mengisi maklumat
peribadi tersebut pada ruangan yang bertanda (*) yang disediakan
12
12. Pada bahagian C, calon dikehendaki mengisi maklumat waris/penjaga pada
ruangan yang bertanda (*) dan ruangan yang disediakan.
13. Pada bahagian D, calon dikehendaki memilih sama ada ingin menginap atau
tidak.
14. Pada bahagian E pula, calon dikehendaki membuat perakuan dan klik butang
‘Hantar’.
15. Paparan skrin semakan status permohonan akan terpapar bersama pautan
Borang Maklumat Pelajar seperti dalam Rajah 12 di bawah:-
Rajah 12: Pautan Borang Maklumat Pelajar (BMP)
13
16. Pada skrin itu, calon dikehendaki klik pada pautan biru ‘Cetak Borang Maklumat
Peribadi (BMP)’ dan paparan akan terpapar seperti dalam Rajah 13 di bawah:
-
Rajah 13: Borang Maklumat Peribadi (BMP)
17. Kemudian, calon dikehendaki klik pada butang ‘Penerimaan Tawaran’ semula
bagi menyatakan kepada pemohon bahawa ‘Maklumat Pendaftaran
Program’ akan dipaparkan dalam masa 3 hari bekerja seperti dalam Rajah 14
di bawah: -
Rajah 14: Makluman setelah Pengesahan Penerimaan dilakukan
14
18. Setelah pemohon berjaya mendapat pengesahan daripada pihak Universiti
Malaya, pemohon akan menerima notifikasi email seperti dalam Rajah 15
di bawah: -
Rajah 15: Notifikasi Emel
NOTA:
Sekiranya calon menolak tawaran, calon dikehendaki klik butang ‘TOLAK’ dan
ianya akan terpapar seperti di bawah:-
Calon dikehendaki memilih ‘Sebab menolak’ dan klik butang ‘TOLAK’.
15
1.2 Pendaftaran Dalam Talian (Online)
1. Pemohon yang telah membuat penerimaan tawaran dikehendaki log masuk
semula laman sesawang seperti yang dinyatakan di dalam notifikasi email iaitu
www.online.umcced.edu.my selepas 3 hari bekerja.
2. Klik pada butang ‘Application Status’ dan paparan ‘Maklumat Pendaftaran
Program’ akan terpapar seperti dalam Rajah 16 di bawah: -
Rajah 16: Skrin Maklumat Pendaftaran Program
3. Berdasarkan Rajah 16 di atas, calon dikehendaki memuat turun dokumen-
dokumen yang diperlukan di bahagian Senarai Dokumen seperti dibawah: -
i. Klik pada butang ‘Surat Tawaran’ dan calon akan dipaparkan Surat Tawaran
seperti dalam Rajah 17 di bawah: -
16
Rajah 17: Contoh Surat Tawaran Rasmi (Mengikut Lokasi Pengajian)
ii. Pemohon dikehendaki klik pada butang ‘Jadual Yuran’ untuk mendapatkan
Jadual Yuran Pengajian secara menyeluruh.
iii. Pemohon dikehendaki klik pada butang ‘Senarai Semak’ untuk dicetak dan
memudahkan urusan proses pendaftaran.
iv. Pemohon juga dikehendaki klik pada butang ‘Borang Maklumat Peribadi
(BMP)’ untuk dimuat turun dan dicetak.
v. Pemohon dikehendaki memuat turun ‘Borang Pemeriksaan Kesihatan’ untuk
memudahkan pemohon memuat naik semasa pemohon membuat
pendaftaran dalam talian (Online).
17
4. Seterusnya, Pemohon boleh membuat pendaftaran secara dalam talian
(Online) dengan menekan butang ‘Klik untuk teruskan’ yang disediakan seperti
dalam Rajah 18 dibawah: -
Rajah 18: Pendaftaran secara dalam talian
5. Skrin Pendaftaran Dalam Talian akan terpapar dan pada bahagian A,
pemohon dikehendaki mengisi bukti bayaran yuran pendaftaran pada ruangan
bertanda (*) dan memuatnaik lampiran bukti pembayaran seperti dalam Rajah
19 dibawah: -
Rajah 19: Bukti Bayaran Yuran Pendaftaran
18
6. Klik pada butang ‘Hantar Bukti Pembayaran’, bahagian B akan terpapar seperti
dalam Rajah 20 dibawah: -
Rajah 20: Muat naik Dokumen
7. Pada bahagian B, pemohon dikehendaki memuat naik Kad Pengenalan dan
Borang Pemeriksaan Kesihatan.
8. Kemudian, klik pada butang ‘Muat naik’. Bahagian C akan terpapar seperti
dalam Rajah 21 dibawah: -
19
Rajah 21: Perakuan Penerimaan Syarat – Syarat Tawaran Kemasukan
9. Pada bahagian C, pemohon dikehendaki membaca syarat- syarat kemasukan
dan membuat perakuan untuk menerima tawaran kemasukan.
10. Klik butang ‘Hantar’ dan mesej pemberitahuan akan terpapar seperti Rajah 22
dibawah: -
Rajah 22: Mesej Pemberitahuan
20
11. Skrin Pendaftaran Dalam Talian akan terpapar semula dengan makluman yang
disediakan.
Rajah 23: Makluman
12. Pemohon akan menerima notifikasi Email dan SMS sekiranya pengesahan
bayaran yuran pendaftaran berjaya disahkan secara dalam talian.
Rajah 24: Notifikasi Email
21
Rajah 25: Notifikasi SMS
13. Pemohon dikehendaki log masuk semula laman sesawang seperti yang
dinyatakan di dalam notifikasi email untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai proses orientasi melalui dalam talian (Online).
Rajah 26: Maklumat Orientasi Secara Dalam Talian
-TAMAT MANUAL PENGGUNA-