Rujukan tuan : Rujukan kami : JEA 1059/100-19/1/24(34)
Tarikh : 3 Julai 2013
KepadaIbu bapa/Penjaga Murid SMK Mutiara Rini81300 Skudai Johor Bahru
Tuan/Puan,
MAKLUMAN BERHUBUNG WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Untuk makluman tuan/puan, waktu persekolahan bagi sesi pagi dan sesi petang dalam bulan Ramadhan adalah seperti ketetapan berikut :-
Hari Waktu P&P Sesi Pagi Waktu P&P Sesi PetangIsnin – Khamis 7.30 pagi – 12.30 tengahari 12.40 tengahari – 5.30 petang
Jumaat 7.30 pagi – 12.00 tengahari 2.10 petang – 5.30 petang
Peringatan: Bagi kelas tertentu yang
tamat pada jam 2.15 petang akan tamat pada jam 1.30 tengahari.
Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah jam 7.00 pagi.
Peringatan: Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada jam 12.15 tengahari (Isnin – Khamis) dan 2.00 petang (Jumaat)
3. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan mematuhi waktu persekolahan yang telah ditetapkan sepanjang bulan Ramadhan dan menguruskan pengangkjutan pergi dan balik anak jagaan tuan/puan.
Sekian terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah
…………………………………………..
SMK Mutiara Rini Jalan Persiaran Utama,Taman Mutiara Rini 81300 Skudai Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-5569845No. Fax : 07-5579289 e-mail : [email protected]