Download - Sej Tamadun
ESEI
1.faktor penentangan orang quraisy thdp dakwah rasulullah
1. Faktor Agama
Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan
dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang
Makkah.
Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik.
Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti
dipertahankan
Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang
mahu meruntuhkan tradisi itu.
2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi
Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w
kerana keupayaannya yang luar biasa.
Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan
terus berada di tangan Bani Hasyim.
3. Persamaan Taraf
Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang
menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh
kaum bangsawan kaum Quraisy.
Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara
ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan
hamba
Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang
yang bertakwa.
4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan
hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang
mereka,
Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama
berhala mereka.
5. Takut Akan Hari Pembalasan
Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan
denganm saksama.
Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar
bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam
seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga
tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.
6. Perasaan Iri hati
Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati
kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
Antara mereka ialah ialah Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan
menjadi seorang nabi.
Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi
Muhammad s.a.w menerima wahyu
2.faktor kemenangan tentera islam dlm perang badar
1.Perang Badar (17 Ramadan 2H/624M)
- Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
- Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
- Sebab peperangan:
1.dendam terhadap Nabi Muhammad SAW
2.kepentingan ekonomi perdagangan.
- 324 tentera Islam vs 1000 tentera bukan Islam
- tentera Islam telah menang. Kemenangan tentera Islam memberi makna yang
besar kepada umat Islam dan sejarah Islam.
Kesan Perang Badar:
1.Pengiktirafan kepada kekuatan umat Islam di Madinah
2.Pengiktifaran kepada kepimpinan Nabi SAW sebagai pemerintah Madinah dan
juga sebagai ketua tentera Islam Madinah
3.Islam semakin perkembang di Madinah dan di Makkah
4.menunjukkan umat Islam sudah boleh berperang bertindak balas apabila dianiaya.
(konsep Ofensif) dengan izin Allah SWT
Nota tambahan
Selepas peristiwa Hijrah, persaudaraan orang-orang Islam yang datang dari Makkah
( Muhajirin ) dengan orang-orang Islam kota Madinah ( Ansar iaitu Aus + Khazraj ),
begitu baik dan kuat, seakan-akan mereka semua bersaudara kandung dengan
tolong-menolong dengan serapat-rapatnya.
Kota Madinah yang boleh dikatakan kota Yahudi itu, mengalami perubahan besar,
dengan banyaknya orang-orang Yahudi yang masuk Agama Islam. Hal ini
menimbulkan gerakan anti Islam dikalangan orang-orang Yahudi yang masih fanatik.
Dalam pada itu kaum musyrik Makkah semakin cemas hatinya melihat kemajuan
Agama Islam di Madinah itu.
Kemarahan bangsa Yahudi makin bertambah, setelah Allah memerintahkan
berkiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah di Makkah, sekalipun Kaabah sendiri di kala
itu masih penuh dengan berhala. Nabi melayani setiap orang Yahudi dengan baik
dan lemah-lembut. Dengan mereka dibuat perjanjian, iaitu Piagam Madinah di mana
ditetapkan:
1. Orang Yahudi dan Orang Islam hendaklah hidup sebagai satu bangsa.
2. Masing-masing merdeka menjalankan upacara keagamaan masing-masing dan
tidak boleh ganggu-mengganggu.
3. Jika salah satu diserang musuh, yang lain akan memberikan bantuannya.
4. Bila kota Madinah mendapat serangan, orang-orang Islam dan orang-orang
Yahudi harus bersama-sama mempertahankannya.
5. Jika antara kedua pihak timbul perselisihan, maka Nabi sendiri yang akan
mengadilinya.
Tetapi tak lama sesudah perjanjian itu ditandatangani, orang-orang Yahudi mulai
melanggarnya dengan mengadakan hasutan untuk mengenyahkan orang-orang
Islam dari Madinah. Gerakan ini bukan gerakan yang boleh dianggap mudah, tetapi
gerakan besar, yang berbahaya sekali terhadap jiwa ummat Islam, kerana gerakan
ini dipimpin oleh seorang Yahudi yang besar pengaruhnya iaitu Abdullah bin Ubay,
yang hampir saja diangkat bangsa Yahudi menjadi Raja Madinah. Abdullah bin Ubay
ini sangat anti terhadap Islam, kerana dengan tersiarnya Agama Islam itu,
pengaruhnya semakin berkurangan.
Dalam pada itu, penduduk Makkah sudah bersiap sedia pula untuk menyerang
orang Islam dengan kekuatan yang besar. Kedudukan orang Islam mulai sulit dan
berbahaya sekali.
KEIZINAN UNTUK BERPERANG
Dalam keadaan yang meruncing itu, turun wahyu Allah kepada Nabi yang berbunyi:
"Berperanglah dalam jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kamu,
tetapi jangan melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang
melanggar batas. Bunuhlah mereka itu di mana saja kamu jumpai dan usirlah
mereka itu sebagaimana mereka telah mengusir kamu. Tetapi ingat pula, bahawa
fitnah adalah lebih berbahaya dari pembunuhan. Tetapi janganlah kamu berperang
di dalam Masjidil Haram (Kaabah), kecuali kalau diperanginya kamu di sana."
Selama ini Nabi dan orang-orang Islam hanya disuruh mundur dan hijrah. Sekarang
diperintahkan Allah untuk berperang, kerana kini mereka sudah cukup menerima
penganiayaan.
Jelas perintah itu, iaitu perang bukan untuk memaksa orang masuk Agama Islam,
tetapi adalah semata-mata mempertahankan diri kalau diserang. Kerana Agama
Islam tidak boleh dipaksakan kepada siapa jua, walaupun kepada keluarga dan
famili Nabi sendiri.
Kerana perintah itu, maka Nabi mulai menyusun tentera mengatur pertahanan dan
perlengkapan. Mula-mula ke dalam kota Makkah diutus Nabi beberapa orang
perisik, untuk mengetahui rencana dan kekuatan musuh, serta untuk menarik
kepala-kepala bangsa Badwi ke pihak Islam.
Pada bulan Rejab tahun kedua hijrah, Nabi mengutus dua belas orang Muhajirin,
dikepalai Abdullah bin Jahasy keluar kota Madinah; suasana di kala itu sudah
runcing sekali. Kepadanya diberikan sepucuk surat bersampul, Nabi mengizinkan
membuka surat tersebut setelah dua hari dalam perjalanan. Setelah dua hari dalam
perjalanan, lalu surat itu dibuka. Ternyata dalamnya satu perintah dari Nabi agar
mereka menuju ke Nakhlah, satu tempat di antara Makkah dan Taif, guna mencari
keterangan sebaik-baiknya tentang gerak-geri orang Makkah (musuh). Hal ini
dilakukan bukan untuk menyerang Makkah, tetapi untuk berjaga-jaga semata-mata.
Di sana, Abdullah bertemu dengan kafilah kecil orang Makkah yang dalam
perjalanan pulang dari Taif. Orang-orang ini diserangnya, seorang mati iaitu 'Amru
bin Hadhramy dan dua orang lainnya ditawan, iaitu Usman bin Abdullah dan Hakam
bin Kaisan, sedang harta bendanya dirampas. Dalam hal itu Abdullah telah
melanggar perintah Nabi, kerana di saat itu dalam Bulan Muharam, di mana dilarang
menumpahkan darah. Nabi sangat marah kepadanya.
Hal ini membangkitkan semangat bangsa Quraisy (Makkah), untuk menyerang kaum
Muslimin. Nabi mendapat laporan, bahawa kafilah bangsa Quraisy yang amat besar
terdiri dari seribu ekor unta dengan segala muatannya, sedang dalam perjalanan
dari Syria menuju Makkah. Untuk mengurangi kekuatan musuh yang telah siap
untuk menyerang itu, Nabi memerintahkan untuk menahan kafilah itu dan merampas
harta dan barang dagangan untuk dijadikan kekuatan perang. Maksud Nabi ini
diketahui oleh Abu Sufyan yang mengepalai kafilah itu. Abu Sufyan segera mengirim
utusan ke Makkah minta bantuan tentera sebanyak mungkin, sedang perjalanan
kafilahnya dibelokkan melalui satu tempat yang bernama Badar, menyusur pantai
Lautan Merah. Makkah segera mengirimkan bantuan yang terdiri dari seribu orang
tentera, seratus orang di antaranya pasukan berkuda dan tujuh ratus orang lainnya
pasukan unta, yang kesemuanya dikepalai oleh Abu Jahal sendiri. Ketika pasukan
bantuan ini bertemu dijalan dengan Abu Sufyan, Abu Sufyan menyuruh pasukan ini
kembali saja ke Makkah. Tetapi Abu Jahal ingin memperlihatkan kekuatan
tenteranya kepada orang Madinah itu.
Pasukan Rasulullah s.a.w. hanya terdiri dari tiga ratus tiga belas orang saja. Di
antaranya hanya dua orang berkenderaan kuda. Tentera yang kecil ini berangkatlah
bersama Rasulullah menuju satu tempat yang dinamai Badar.
Setelah Rasulullah mengetahui akan kedatangan bantuan Quraisy yang amat besar
jumlahnya itu, Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat beliau. Abu Bakar dan
Umar menasihatkan agar pertempuran diteruskan. Begitu juga Miqdad bin 'Amru dari
Muhajirin. la berkata kepada Rasulullah: "Teruskanlah apa yang diperintahkan Allah
kepada engkau. Kami tidak akan berkata seperti apa yang dikatakan Bani Israil
dahulu kepada Nabi mereka Musa a.s. Mereka berkata kepada Musa: Pergilah
engkau beserta Tuhan engkau berperang, sedang kami biarlah duduk saja di sini
(menonton). Sebaliknya kami, kata Miqdad seterusnya akan berkata kepada engkau:
Pergilah engkau beserta Tuhan engkau berperang, dan kami akan bersama engkau
bertempur. Demi Allah yang telah mengutus engkau membawa kebenaran, jika
sekiranya engkau memerintahkan kami berangkat ke Birkil Ghamad (nama suatu
tempat yang amat jauh di Yaman), kami akan memaksa diri kami agar kami sampai
ke sana."
Berkata pula Sa'ad bin Mu'az dari golongan Ansar: "Kami sudah beriman kepada
engkau, kami sudah membenarkan akan engkau dan mengakui bahawa apa yang
engkau bawa kepada kami adalah hak, kami sudah berjanji akan tunduk dan taat.
Maka teruskanlah, ya Rasulullah, dengan apa yang engkau kehendaki, kami akan
selalu bersama engkau. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan hak,
sekiranya engkau harus menyelam lautan itu, kami akan menyelaminya bersama
engkau. Tak seorang pun di antara kami yang akan mundur. Kami tidak takut apa
pun yang akan dilakukan musuh terhadap diri kami, kami adalah orang-orang yang
tabah dalam perang. Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada engkau apa-
apa yang menyenangkan hati engkau, sehingga kami akan senang pula dengan
berkat dari Allah."
Rasulullah sangat gembira mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan para
sahabat itu. Rasulullah lalu berkata memberikan perintah kepada mereka:
"Berangkatlah dan bergembiralah, Allah sudah menjanjikan kepadaku akan
pertolonganNya, seolah-olah aku melihat tempat-tempat yang menjadi sumber
minum mereka."
Kaum Quraisy dan bala bantuannya yang banyak itu dikerah oleh Abu Sufyan,
mengambil kedudukan di lereng jauh di tempat rendah. Sedang Rasulullah
memerintahkan pasukan beliau mengambil tempat di lereng yang dekat di tempat
tinggi dari Wadi(lembah) Badar.
Seorang sahabat bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata:
"Apakah kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah?
Kalau memang begitu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini. Tetapi kalau
hanya pendapat Rasulullah sendiri berdasarkan siasat atau strategi semata, maka
saya berpendapat lain. Lebih baik kita mengambil kedudukan di tempat yang lebih
rendah, dekat sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh-musuh itu. Kita buat
tangki-tangki dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu,
kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat air
minuman, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus bertempur dengan
persediaan air yang banyak itu."
Pendapat Habbab ini dibenarkan oleh Rasulullah, kerana Rasulullah mengambil
tempat kedudukan yang pertama tadi itu tidak berdasarkan perintah dari Allah,
semata-mata pendapat peribadi beliau sendiri.
Seluruh pasukan dikerahkan untuk membuat tangki-tangki dan menggali perigi,
mengisinya dengan air sebanyak mungkin, lalu menutup sumber air yang akan
dipergunakan oleh musuh itu. Para sahabat pun membuat sebuah gubuk/rumah
kecil untuk Rasulullah, tempat beliau memberikan arahannya. Berkata Sa'ad al-
Anbany: "Ya Rasulullah, bila Allah memenangkan kita, engkau tetap sajalah di
gubuk itu, tetapi bila kami tewas seluruhnya, engkau hendaklah segera
meninggalkan gubuk itu bergabung dengan sahabat-sahabat kita yang masih hidup,
yang kecintaan mereka terhadap engkau tidaklah kurang dari kecintaan kami."
Rasulullah amat terharu mendengar ucapan yang demikian itu.
Keesokan harinya musuh yang terdiri lebih dari seribu orang itu mulai menyerang.
Melihat kedatangan musuh yang dengan amat tiba-tiba itu, Rasulullah berdoa:
"Allahumma, ya Allah, kaum Quraisy sudah menyerang dengan sombong dan
membanggakan kekuatan mereka, mereka menentang Engkau dan mendustakan
akan Rasul Engkau. Ya Allah, hanya pertolongan yang pernah Engkau janjikan
kepadaku yang akan dapat mengalahkan dan menghancurkan mereka. Ya Allah,
hancurkanlah mereka."
Tentera Makkah bukan main marahnya. Dengan segera mereka menyerang dengan
pasukan berkuda terhadap tentera Islam. Dua orang pasukan berkuda musuh
(Quraisy) gugur ke tanah dipanah tentera Islam. Dari tentera musuh maju ke depan
tiga orang pahlawan, iaitu 'Utbah dan Syaibah (bersaudara) dengan anak 'Utbah
yang bernama al-Walid. Untuk menghadapi ini, Nabi memerintahkan tiga orang
pahlawan Islam pula, iaitu Ali, Hamzah dan Ubaidah. Ali dan Hamzah dapat
menewaskan musuh sedangkan Ubaidah dan lawannya masing-masing mendapat
luka yang parah dan kerana luka-luka ini Ubaidah meninggal dunia di atas pangkuan
Nabi sendiri.
Kaum Muslimin yang sedikit itu menghadapi lawan yang lebih dari tiga kali ganda
banyaknya. Nabi mendoa kepada Tuhan: "Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk
memberi kemenangan. Kalau ummat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan
menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembahMu di
muka bumi."
Abu Bakarlah ketika itu orang yang paling sedih dan khuatir melihat ramai dan
kuatnya musuh yang sedang dihadapi oleh tentera Islam. Dengan memegang kain
tutup kepala Nabi, Abu Bakar berkata kepada Nabi: "Ya Nabi Allah, Tuhan tentu
akan mengabulkan doamu dan Tuhan tentu menolong kita menghadapi musuh yang
ramai ini."
Tiba-tiba Nabi seakan-akan tertegun dalam mendoa. Di kala itu turunlah wahyu Allah
yang berbunyi: "Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu'min itu bertempur! Dua
puluh orang Mu'min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh
dan seratus orang (Mu'min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-
orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh."
Dengan segera Nabi menghadapkan mukanya kepada tentera Islam yang sudah
siap sedia, lalu berkata: "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, orang-
orang yang berperang dengan sabar dan penuh harapan ganjaran Allah, terus maju
dan takkan mundur setapak, bila dia terbunuh, terus masuk ke dalam Syurga Allah."
Kemudian diambil Nabi segenggam pasir, lalu dilemparkannya ke arah musuh.
Arahan dan perintah menyerbu sudah diberikan. Kaum Muslimin maju bertempur
dengan keimanan dan keyakinan yang penuh dan kuat, dengan serentak berteriak:
Ahad ! Ahad ! Ahad ! ( Satu ! Satu ! Satu ! )
Di kala itu angin berhembus dengan kencangnya ke arah tempat musuh. Pasir
padang pasir berterbangan sebagai asap tabir yang amat tebal. Mata pedang mulai
bergerincingan berbunyi di tengah-tengah suara takbir dan derunya angin ribut.
Kerana angin berhembus ke arah tentera musuh, maka hal itu sangatlah
menguntungkan pihak ummat Islam yang dipimpin Nabi. Bukan hanya perajurit,
tetapi banyak panglima-panglima tentera musuh, seorang demi seorang tewas di
hujung mata pedang; diantaranya 'Utbah, Syaibah, al-Walid, Umaiyah bin Khalaf,
Abul Bukhtary, Hamzah anak Abu Sufyan.
Dalam pertempuran itu pula, Mu'az bin 'Amru dari golongan ummat Islam telah dapat
melukai Abu Jahal, tetapi anak Abu Jahal segera datang membantu ayahnya,
sehingga tangan Mu'az kena mata pedang hampir putus, tergantung di bahunya.
Dengan segera Mu'az memutuskan tangannya yang tergantung-gantung itu, lalu
tampil menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terbanting jatuh, segera ditikam oleh
seorang pemuda Ansar, iaitu Bin Affa sehingga Abu Jahal tewas seketika itu juga
berlumuran darah bersama kudanya. Kepala Abu Jahal yang telah bercerai dengan
badannya, dibawa Ibnu Mas'ud ke hadapan Nabi.
Melihat panglima tertingginya sudah tewas, maka barisan musuh mulai kucar kacir,
lari tunggang-langgang dikejar orang Islam dari belakang. Mereka meninggalkan
tujuh puluh mayat di medan perang, yang umumnya terdiri dari pemuka-pemuka
mereka dan tujuh puluh orang lagi menjadi tawanan perang. Sedang dipihak ummat
Islam hanya empat belas orang yang mati syahid dan tidak seorang juga yang
menyerah kepada musuh.
Di antara tokoh-tokoh yang berkaliber besar dari kaum Musyrikin Quraisy yang
tewas itu antara lain Abu Jahal bin Hisyam (panglimanya), 'Utbah bin Rabi'ah,
Syaibah bin Rabi'ah, Umaiyah bin Salt. Semua mayat musuh itu dimasukkan ke
dalam sebuah lubang, lalu ditimbuni dengan tanah. Rasulullah lalu berdiri di tempat
itu dan berkata: "Hai Ahli Lubang, hai Abu Jahal bin Hisyam, hai 'Utbah bin Rabi'ah,
hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Salt, apakah kamu sudah memperoleh
apa-apa yang dijanjikan Tuhan kamu kepada kamu sekalian? Kami sudah
memperolehi apa yang pernah dijanjikan Allah kepada kami."
Mendengar itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulu'llah, apakah engkau menyeru orang-orang yang sudah menjadi
bangkai?" Rasulullah menjawab: "Mereka lebih mendengar daripada kamu akan
apa-apa yang saya ucapkan itu, hanya mereka tidak dapat menjawabnya."
Perang inilah yang dinamai perang Badar Kubra, terjadi pada tujuh belas Ramadhan
tahun kedua Hijrah. Kemudian ternyata, bahawa Allah telah mengirimkan
pertolonganNya kepada ummat Islam dalam perang itu. Bukan saja pertolongan
yang berupa angin dan debu, tetapi pula beberapa Malaikat, sebagai ternyata dalam
wahyu Allah yang datang kemudian.
Kepada para tawanan perang kafir Quraisy itu berbagai-bagai usul yang masuk.
Umar Ibnul-Khattab mengusulkan agar mereka dibunuh semuanya, seimbang
dengan kekejaman mereka terhadap orang-orang Islam. Tetapi Abu Bakar
mengusulkan agar tawanan-tawanan yang kaya, diwajibkan menebus dirinya
masing-masing dengan wang yang banyak, lalu dilepaskan dan yang miskin dan tak
berbahaya, dilepaskan saja tanpa tebusan. Dengan wahyu Allah, Nabi menjalankan
usul Abu Bakar, menolak usul Umar. Para tawanan yang mempunyai kepandaian
menulis, dapat menebus dirinya dengan kepandaiannya itu.
Dengan jalan begitu, perlakuan terhadap tawanan memang diatur Nabi sebaik
mungkin. Hal inilah yang menyebabkan kemenangan yang berterusan untuk kaum
Muslimin di samping dengan pertolongan dari Allah. Salah seorang yang membayar
tebusan yang agak besar sekali ialah Abbas iaitu bapa saudara Nabi sendiri.
Di Makkah kaum Quraisy menunggu perkhabaran tetapi setelah tiba ternyata
kekalahan dipihak mereka di mana banyak yang mati dan tertawan. Dari tentera
yang pulang itu mereka ketahui jalan peperangan, budak suruhan Abbas yang
bernama Abu Rafi dengan keras berkata: Demi Allah. Tentu saja Malaikatlah yang
menolong tentera Islam!
Mendengar perkataan itu bukan main marah lagi Abu Lahab, walaupun masih lagi
dalam kesakitan dipukulnya Abu Rafi setengah mati. Kejadian itu dilihat oleh isteri
Abbas, dia amat marah diambilnya lembing lalu ditikamnya Abu Lahab, parah
dibuatnya. Dengan keadaan yang luka parah dan malu Abu Lahab pulang ke rumah,
sakitnya semakin tenat setelah tujuh hari dia pun mati. Quraisy Makkah berada
dalam kesedihan atas kekalahan yang dialami tentera mereka.
3. perubahan ciri manusia pd zmn neolitik dgn zmn2 sblmnya
ZAMAN PALEOLITIK
Pengenalan
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung
dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada
zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan
Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di
Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang
pada zaman ini melukis gambar gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan
dan idea-idea mereka.
Ciri-ciri
a) Tempat Tinggal
Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka
tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup
dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal
di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang
liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat
rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti
memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.
b) Cara Hidup
Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil.
faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh
faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini
tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan
bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di
suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain
yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman
mereka juga tidak tetap.
c) Kegiatan Seharian
Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap
ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan
kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini,
mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan
berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang
yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang
dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.
d) Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan
tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar.
Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan
mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak
dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk
rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.
e) Kepercayaan
Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua
benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta
telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka
memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur
alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.
f) Pakaian
Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit
binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa
berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah
dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini
kemudiannya disambung dengan tali kulit.
g) Penggunaan Api
Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan
binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api
daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar
kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka
mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran 3 batu. Selain itu,
ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada
usaha seseorang yang bersungguhsungguh memperbaiki alat kayunya sehingga
keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan
mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang
berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia
terbakar.
ZAMAN MESOLITIK
Pengenalan
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini
berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini
mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman
Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman
Haobinhian.
Ciri-ciri
a) Tempat Kediaman
Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang
bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan
laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan
makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum,
mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam
hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman
mereka.
b) Kegiatan Seharian
Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang
Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut
hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan
bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk
tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buahbuahan.
Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah
sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka
akan kelaparan.
c) Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu,
dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan
kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia
Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang
kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah
dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan
perangkap untuk menangkap ikan.
ZAMAN NEOLITIK
Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan
berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal
manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai
bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh
petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan
Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.
Ciri-ciri
a) Tempat Tinggal
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat
daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik
tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang
zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini
menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama
lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk
menjaga keselamatan.
b) Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka
juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung.
Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai
seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan
dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu
daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang
Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang
ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.
c) Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang
mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan
bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang
seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan
menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk
mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula
menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.
d) Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak,
beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan
bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak,
tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan
peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan
pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang
dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,mengangkap ikan dan memburu
binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar
daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak,
mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu
apabila roda ceper digunakan.
e) Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa
semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa
semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja
semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap
pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara
yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian
dan sebagainya.
f) Pakaian
Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian
tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian
kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian
yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian
kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau
dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.
g) Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan
dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang
dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain
perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti
perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang
memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai
masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai
di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan
sebagainya.
h) Organisasi Sosial
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini.
Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk
melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan
dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan
pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali
sebagai ketua kampung.
i) Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang
infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta
untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda
dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat.
Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar
membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun
dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan
pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.
4. sebab berlakunya penjelajahan n pnerokaan di klangan msyrakat china n
india
Tamadun china
Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun China
Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China mengambil
masa kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia
Barat dan Asia Selatan. Pada tahun 138 SM Chang Chien telah diutus ke Asia
Tengah oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba membuat perjanjian dengan penduduk
di sempadan barat China bagi menentang puak Hun yang menceroboh. Dalam
tempoh 12 tahun beliau mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun.
Selepas berjaya melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi
ditawan semula. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya kembali ke China
dengan 2 orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya dahulu. Misi beliau
gagal tetapi beliau berjaya membawa balik berita tentang peluang perdagangan
dengan Asia Barat. Hasilnya, tidak lama kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM)
jalan perdagangan baru dibuka untuk membawa barangan seperti rempah ratus,
batu permata, mutiara, sutera, kulit penyu melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang
tinggi di Asia Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka mengembara melalui
Asia ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa batang
jalan yang secara amnya dikenali sebagai ‘ Jalan Sutera’ iaitu laluan perdagangan
antara China dan Barat .
Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah penganut
agama Buddha yang sedang mencari pengetahuan agama di dalam dan di sekitar
India Utara iaitu tempat asalnya agama Buddha. Pengembara yang termasyhur ialah
Hsuan- tsang (596-664M). Beliau mengembara selama 16 tahun bermula pada
tahun 629 SM tanpa menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang
agama. Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yang
berbahaya dan gaung yang gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan mendaki ke
timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar selama 2 tahun di India, melawat
perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah Sungai Ganges. Beliau melawat
Allahabad dan di situ beliau ditangkap lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam
perjalanan pulang ke China, beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas
meninggalkan China selama 16 tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan
membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan Buddha. Ekspedisinya
dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya telah ditarik balik malah
beliau dihujani penghormatan termasuk dari Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana
pengembaraan di luar sempadan China tidak digalakkan manakala bangsa asing
tidak dibenarkan masuk. Atas sebab itu kemajuan tamadun China langsung tidak
diketahui dunia Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo pada abad ke-13.
Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan perdagangan
yang kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab menetap dan menyebarkan
agama Islam) dan Madagascar menjelang tahun 1180-an ( mereka sebenarnya
telahpun melawat Timur Tengah melalui jalan laut sejak tahun 360 M lagi).
Sebenarnya orang China hanya dibenarkan keluar dari negara China dalam tahun-
tahun tertentu sahaja dalam sejarah China. Salah satu zaman yang membenarkan
ialah pada masa China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu pada awal
Dinasti Ming (1368-1644). Baginda menugaskan seorang pembesar Islam yang
bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai seangkatan armada
besar yang telah melancarkan satu siri tujuh pelayaran penjelajahan yang bermula
pada tahun 1405 hingga tahun 1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415
Pada awal abad ke-13 puak Mongol bersatu di bawah Genghis Khan (1167-1227).
Mereka menceroboh China dari Utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan
berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga ke sempadan Eropah.Pada
masa ini mereka enggan melayan lawatan diplomatik dari wakil-wakil Eropah
hinggalah kedatangan keluarga Polo. Marco Polo diambil sebagai wakil China ke
Tanah Melayu, Sumatera, Ceylon dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang
China terhadap pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan kerajaan Mongol di China
membuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan dasar
menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.
Tamadun india
Penjelajahan orang India dalam tamadun awal kurang didedahkan oleh ahli-ahli
sejarah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud penjelajahan orang-
orang India terutamanya atas motif perdagangan dan agama. Orang-orang India
telah menjelajah ke bahagian timut tengah dan Asia Tenggara sebelum penjelajahan
orang-orang Barat lagi atas tujuan perdagangan. Ini terbukti dengan adanya kapal-
kapal orang India di pelabuhan Yaman. Mereka juga menjelajah ke Asia Tenggara
untuk memperluaskan perdagangan dan menyebarkan agama Hindu sejak sebelum
abad pertama Masihi lagi. Penjelajahan atas tujuan perdagangan ini kemudiannya
telah mewujudkan penjajahan. Ini dapat dibuktikan dengan penjajahan Raja
Rajendra I (Raja Chola dari India Selatan) ke atas kerajaan-kerajaan Srivijaya di
Semenanjung Tanah Melayu (seperti Kedah dan Ligor) dan di Sumatera (seperti
Palembang) pada sekitar tahun 1025M.
Struktur
1.sumbngan tmadun mesopotamia dlm bdg keseniaan n seni ukir
Sastera
- Tamadun ini telah menghasilkan epik yang terawal di dunia walaupun tanpa
kewujudan kertas atau dakwat.
- Hasil-hasil kesusasteraan Sumeria ditulis pada kepingan-kepingan tanah liat
dengan tulisan Cunieform.
- Antara karya terawal ialah mitos tentang Enlil dan Ninhursag.
- Epik Gilgamesh merupakan karya yang paling termasyur dalam tamadun
Mesopotamia.
- Epik ini adalah puisi panjang yang menyentuh tentang
agama,keperwiraan,falsafah dan lain-lain.
Muzik
- Antara peralatan muzik yang ditemui ialah genderang dengan pelbagai saiz.
- Di rumah-rumah berhala terdapat gendang besar dengan garis pusat lebih
dari 2.5 meter.
- Dalam upacara keagamaan,alat muzik yang dimainkan seperti seruling dan
trompet.
- Alat trompet diperbuat daripada logam atau tanduk kerbau yang melengkung.
- Harp dan lyre adalah dua daripada alat muzik yang sangat popular.
Seni bina
- Antara sumbangan tamadun Mesopotamia ialah penggunaan batu-bata bakar
untuk membina bahagian luar bangunan.
- Tamadun Mesopotamia juga memperkenalkan binaan pintu gerbang yang
melengkung.
- Binaan yang begitu distingtif dari tamadun Mesopotamia ialah Ziggurat.
- Ziggurat dibina daripada bahan lumpur dan ditutup di bahagian luarnya
dengan batu-bata bakar yang berkilat.
Seni ukir
- Mutu kesenian ini menampakkan mutu yang lebih baik pada zaman-zaman
sebelum zaman Sargon. Walau bagaimanapun seni ini tidak dapat
menandingi seni yang terdapat di Mesir.
- Kemahiran seni ukir tidak begitu nyata dalam tamadun Mesopotamia. Antara
sebabnya ialah tidak terdapat bahan binaan iaitu batu.
- Walau bagaimanapun, pengukir-pengukir Sumeria mempunyai kemahiran
seni ukir yang tinggi. Mereka membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus
seperti kerbau, rusa jantan dan helang dari tembaga. Kemahiran seni ukir
orang Sumeria dapat dilihat daripada patung Raja Gudea.
- Seni Ukir yang terkenal sekali di sini ialah ukiran Patung Raja Gudea. Ukiran
juga dapat dilihat melalui tembikar dan cop mohor yang dibuat daripada tanah
liat.
2. keseniaan dlm perspektif islam
konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan
pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab.
Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari
batas-batas syariat
3. bentuk eko. tamadun china smasa dinasti chou
Dinasti Chou (Chou Barat dan Chou Timur)
Chou Barat
Terikat di bawah sistem buruh paksa yang menjalankan kerja-kerja awam.
Wujud sistem pertanian dipanggil Well Field System. (tanah dibahagikan kepada 9
bahagian dengan 8 bahagian diusahakan oleh petani untuk diri sendiri; yang ke-9
diserahkan kepada tuan rumah yang memerintah)
Pertanian masih bersifat primitif, alat digunakan ialah batu dan kayu
Chou Timur
Besi sebagai peralatan pertanian.
Penggunaan binatang dalam pembajakan menandakan permulaan Revolusi
Pertanian.
Zaman Akhir Dinasti Chou
Kemajuan dalam sistem pengairan, muncul projek pengairan Chengtu di Szechuan.
Kegiatan ekonomi meliputi bidang pertanian, kraftangan, penghasilan barangan
mewah dan hasil sutera.
Pengklasifikasian penduduk : Shih golongan bangsawan, Nung(petani),
Kung(tukang), Shang(pedagang)
Membawa pertambahan dalam bilangan dan saiz bandar.
Nota Tambahan
1. Perhubungan
Jalan raya telah dibina di seluruh Empayar China. Lebarnya ialah 50 kaki, pokok
ditanam di tepi jalan, dan tambak Sungai Kung dibina untuk menghalang banjir.
Jalan sungai di China seperti Sungai Hwang-Ho, Sungai Yang-Tze digunakan.
Jalan Sutera yang merentasi Asia Tengah antara China dan India yang dibuka oleh
Chang-Qian pada zaman Dinasti Han.
2. Pengangkutan
Di darat, kereta kuda telah digunakan untuk mengangkut barangan.
Orang China pada abad ke-3 M. telah mencipta kereta sorong beroda satu untuk
mengangkut barangan.
Pada zaman Han, kolar kuda telah dimajukan untuk menunggang kuda atau
digunakan untuk menarik alat-alat lain.
Di laut, kapal-kapal, tongkang, sampan kecil dan perahu telah digunakan.
3. Institusi Kewangan
Pada zaman Dinasti Sung, Perdana Menteri yang bernama Wang An Shih telah
menubuhkan bank pertanian.
Fungsi bank pertanian ialah memberi pinjaman dengan kadar bunga dan faedah
yang rendah.
Petani akan membayar pinjamannya apabila hasil pertanian dapat dituai.
Kaedah ini menguntungkan kerajaan kerana memperolehi hasil sampingan.
4. Gudang
Di China, di setiap bandar terdapat sebuah atau lebih gudang yang dibina untuk
menyimpan cukai yang dikutip dalam bentuk bijirin dari penduduk bandar tersebut.
Kadang-kala, pihak pemerintah membeli bahan makanan seperti padi dan gandum
dari petani untuk kegunaan tentera dan disimpan dalam gudang.
Gudang yang dibina bagi menyimpan ketulan emas dan perak yang dikutip sebagai
cukai dari rakyat akan dilindungi oleh askar-askar raja.
5. Bazar
Di China, setiap bandar mempunyai sekurang-kurangnya satu pasar yang
merupakan tempat para pedagang bertemu dan menjual-beli barangan.
Pada zaman Dinasti Tang, kota Chang-An mempunyai 2 pasar, iaitu pasar Timur
dan pasar Barat di mana semua urusan perniagaan akan dijalankan di sini.
6. Sistem Kewangan
Pada tahap awal, kulit siput dijadikan sebagai mata wang khususnya pada zaman
Dinasti Shang.
Pada zaman Dinasti Chou, terdapat mata wang tembaga dalam pelbagai rupa dan
saiz. Emas dan perak juga muncul tetapi bukan dalam bentuk syiling.
Pada zaman Dinasti Sung, wang kertas diperkenalkan.
4. prinsip2 eko. Islam
Hak milik terbahagi kepada 2, iaitu hak milik khusus(individu) dan hak milik umum.
Hak milik individu diperoleh menerusi harta pusaka/warisan, wasiat, pemberian
derma dan hadiah serta hasil usaha sendiri seperti berniaga, bertani dan
sebagainya.
Islam menetapkan harta dan milik peribadi adalah antara 5 perkara penting yang
wajib dilindungi oleh syariat Islam.
Syariat melarang pencabulan hak terhadap pemilikan harta seperti curi dan rampas.
Perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidak bererti ia membiarkan manusia
bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan.
Hak milik umum ialah harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau
kepentingan masyarakat.
Terdapat barang milik umum yang sedia ada seperti udara bersih, air hujan, sumber
galian, sumber perikanan,sumber perhutanan dsb.
Hak milik umum termasuk ladang yang tidak bertuan atau ditinggalkan oleh tuannya
kerana peperangan atau mati.
5. senaraikan tamadun2 dunia yg amalkn sistem pemerintahan beraja
Mesopotamia
Sistem pemerintahan :
Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di
Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang
jawatan di Zigurat .
Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .
Tamadun china
Sistem pemerintahan Dinasti Shang :
- Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
- Raja berkuasa di pusat pentadbiran.
- Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
- Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan
yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai,
mengurus pertahanan dan undang – undang.
- Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
Sistem pemerintahan Dinasti Chao :
- Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah.
- Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
- Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda,
senjata gangsa, hamba dan binatang.
- Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
- Pembesar ini juga menjadi ketua agama.
Tamadun rom
Tamadun yunani
6. dasar2 pentadbiran smasa zman pemerintahan Rasulullah
- sederhana dan ringkas
- nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa
pelaksana/pentadbiran dan penggubal undang-undang
- jawatan yang diwujudkan untuk membantu negara hanyalah beberapa
jawatan
- Mereka dilantik memeganga jawatan tersebut secara sukarela dan tidak
menerima sebarang gaji/pendapatan negara
- tiada dewan parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap
Jawatan yang wujud semasa zaman pemerintahan rasulullah
- ketua negara
- peringkat tertinggi terdirir daripada majlis nuqaba’(syura), Seiausaha(Sahib al
Sir) dan Pemegang amanah
- peringkat kedua – wali/gabenor dan amil, khadi, penulis(wahyu, surat dan
sebagainya) dan Penterjemah
7. sistem pendidikan yg wujud perbezaan kurikulum smsa tamadun india
- Bermula pada Zaman Vedik
- Agama Hindu menjadi teras
- mempelajari kitab-kitab Veda
- Pendidikan didominasi oleh golongan lelaki
- bahasa pengantar ialah Bahasa Sanskrit
- menggunakan kaedah hafalan
- Lokasi pendidikan zaman awal di istana/rumah
- Karya saintifik dan falsafah dipelajari
Kurikulum
Tujuan pendidikan ialah melahirkan manusia yang alim.
Pendidikan pada zaman itu berteraskan pelajaran yang terkandung di dalam
beberapa veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan
agama.
Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini
dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang
dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun.
Pada masa itu pelajar tersebut akan menghafal semua veda dan belajar tentang
astronomi.
Apabila dia tua maka pengetahuan itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam alam
pertapaan untuk mendapatkan tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah
Sanskrit.
Hasil kesusasteraan yang paling terkemuka ialah Dharma Sutra yang menyentuh
tentang adat istiadat, tingkah laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi
asas kepada buku perundangan Manu moden.
Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha
di Nalanda.
Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf
dan mendapat jawatan kerajaan.
8. pencapaian tertggi yg d perolehi dlm bdang astronomi. berikan 3 sumbngan
ahli astronomi
Tamadun cina
Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang
Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang
gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang
lebih daripada 2,000 tahun.
Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan
tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Tamadun Yunani
Ptolemy – ahli astronomi Yunani.
Tamadun Mesopotamia
Perkembangan ilmu astronomi
- Perkembangan ilmu matematik
- Menggunakan jalan laut
- Mencipta calendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan
dalam satu tahun